Isnin, Februari 22, 2010

Jumaat, Februari 19, 2010

Cabaran dalam melaksanakan transformasi di Pejabat Tanah Marang

Perubahan yang berlaku disekeliling menuntut kita melaksanakan perubahan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang peka kepada perubahan. Mahu tidak mahu kita kena berubah seiring dengan perubahan dunia. Pentadbiran dan pengurusan Pejabat Tanah Marang pastinya akan melaksanakan transformasi bagi menerajui pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Sebagai orang baru dalam pentadbiran tanah pastinya saya mempunyai keazaman untuk melaksanakan transformasi sepertimana yang disarangkan oleh Perdana Menteri. Transformasi memerlukan kerjasama dari semua pihak. Jika hanya pemimpin yang inginkan perubahan tetapi tidak di ikuti oleh kakitangan pastinya perubahan tidak akan terjadi. Lebih dasyat lagi jika ada dikalangan kakitangan yang anti perubahan. Ada yang rasa terancam bila perubahan hendak dilakukan kerana telah lama berada di zon selesa. .

Kepada kakitangan yang seperti ini biarlah ia terjun seperti siluncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan…biarkan …biarkan. Suatu hari nanti ia akan sedar juga. Perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan komitmen semua pihak. .

Dalam meneraju perubahan ini pastinya disiplin amatlah penting . Tanpa disiplin perubahan tidak akan berlaku. Jika hendakan perubahan kita kena berani menghadapi cabaran yang mendatang. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Jika takut menghadapi risiko jangan bicara soal perjuangan.. Semoga Allah member kekuatan untuk saya mengharumi perjuangan ini. .

Bermula dengan siri perjumpaan dengan unit-unit yang ada di Pejabat Tanah Marang, mendapati beberapa penemuan yang memerlukan perubahan segera. Membentuk disiplin kakitangan tentunya menjadi agenda utama. Setiap kakitangan perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa. Ini penting supaya kerja yang tertonggak dapat diselesaikan segera. Job rotation perlu dilaksakan segera. Kemahiran kakitangan dapat diperbagaikan. Kakitangan tidak hanya mahir dalam satu bidang sahaja. .

Untuk berjaya dalam satu bidang kena tahu matlamat yang hendak dilaksanakan. Pelan Perancangan Strategik jabatan perlu disediakan terlebih dahulu. Disamping pelan-pelan perancangan yang lain seperti Pelan Strategik ICT, Pelan Pengurusan Sumber Manusia, Pelan Integriti dan lain-lain. Pelan perancangan kerja tahunan juga perlu disediakan. Jika semua ini dapat disediakan maka kerja harian yang dilaksanakan akan tersusun dan terurus. .

Persekitaran kerja yang kemas bersih dan terutur mampu membentuk suasana kerja yang selesa. Oleh itu amalan 5S (Sapu,sisih,susun,sorot dan sentiasa amal) perlu dilaksanakan segera. Namun begitu dalam keghairahan untuk melaksanakan 5S jangan pula kita lupa kepada Akta Akib. Oleh itu kaedah pelupusan dokumen awam hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.. .

Sebagai anggota sebuah organisasi seharusnya kita mengetahui secara menyeluruh berkaitan organisasi kita. Latar belakang, carta organisasi matlamat penubuhannya, objektif yang hendak dicapai serta semua aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan. Oleh itu keperluan kepada menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sangat penting. .

Bagi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah jabatan yang cemerlang pelaksanaan ISO 2008 dapat meningkatkan keyakinan warga kerja.Usaha-usaha kearah itu sedang giat dilaksanakan di Pejabat Tanah Marang. Selain daripada itu beberapa inovasi khususnya berkaitan dengan ICT akan dilaksananakan. Diantaranya ialah system pemetaan menerusi google earth, papan kenyataan digital, system fail dan lain-lain.

Khamis, Februari 11, 2010

Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyiapkan MPK & FM melalui bengkel yang dikendalikan oleh penulis

9 Febuari 2010 Merang. Seramai 102 orang kakitangan Yayasan Islam Terengganu telah mengikuti bengkel penyedian Manual Prosidur Kerja dan Fail Meja yang dikendalikan oleh penulis pada 9 - 11 Febuari 2010 bertempat di Suria Beach Resort , Merang, Setiu Terengganu. Ia melibatkan kakitangan dari semua bahagian termasuk pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Terengganu. Terdiri daripada bahagian Pengurusan, Pentabiran, Kewangan, Dakwah, Kafa, Khidmat Masyarakat, Pengajian Pondok, Pra Sekolah dan Pentadbiran Daerah.

Komitmen yang ditunjukan oleh peserta begitu mantap dan terbaik kerana melibatkan semua kategori kakitangan. Setelah berbengkel selama dua hari dan dua malam Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyediakan Manual Prosedur Kerja jabatan dengan lengkap dan sempurna sepertimana perkeliling JPA 8/1991. Setiap peserta juga telah berjaya mewujudkan Fail Meja masing-masing.

Dalam menjayakan benkel tersebut kerjasama setiap kakitangan amat cemerlang sekali. Kakitangan biasa dan juga pihak pengurusan atasan telah berjaya mewujudkan kerjasama yang mantap sebagai sebuah pasukan. Walau pun bengkel berjalan selama dua hari dua malam namun ia berjalan begitu pantas sekali bagaikan tidak terasa masa telah berlalu.

Kearah menjadikan Yayasan Islam Terengganu jabatan yang terunggul dalam membantu perkembangan Islam dinegara ini mereka bertungkus lumus bekerja bagi mencapai objektif jabatan dan juga objektif bahagian masing-masing. Dengan melaksanakan fungsi utama jabatan yang ditunjukkan melalui carta organisasi jabatan.

Aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit telah dihalusi melalui proses kerja Dan juga carta aliran kerja. Peraturan-peraturan serta undang-undang yang berkaitan dinyatan bagi setiap peringkat dalam melaksanakan sesuatu aktivi.

Menyedari bahawa setiap angota organisai adalah aset utama jabatan maka setiap orang mesti menjadi kakitangan yang mahir. Ertinya setiap orang hendaklah bekerja dengan cepat, cekap dan tepat. Ciri-ciri ini jugalah sifat pekerja yang profesional dalam melaksanakan tugas. Cepat, laju dan deras bertindak dalam melaksanakan tugas yang diarah. Tugas tersebut dilaksanakan dengan cekap dalam ruang kerangka dan peraturan yang ada,

Soalnya bagaimana untuk menjadikan seorang kakitangan itu seorang yang profesional dalam bidang tugasnya?. Mestilah mengikut panduan dari manual yang ada. Disinilah pentingnya manual prosedur kerja ( MPK ) dan fail meja ( FM ).

Kedua-dua dokumen yang disediakan tersebut merupakan manual dalam melaksanakan kerja dengan cepat, cekap dan berkesan atau tepat..

Ahad, Februari 07, 2010

Peranan Pegawai Petempatan (SO) dalam pembangunan negara

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) dari NT17 kepada NT27 di Semenanjung Malaysia. Tanhiah kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang telah dinaikkan pangkat semoga terus berkerja dengan bersih, cekap dan amanah serta jujur dalam Berkhidmat Untuk Negara.

Sebenarnya jawatan Pen.Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur. .

Jawatan Pegawai Petempatan adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di Negara ini, adalah kerana adanya jawatan Pen. Pegawai Tanah yang berkhidmat didalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan. .

Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah ini semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Peg.Kanan Petempatan pada tahun 1989. .

Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B didalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun perseketuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Pen.Pegawai Tanah (NT9,NT7 & NT 5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil.18/2001. .

Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17,NT22 & NT 31/322 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Pen.Pegawai tanah NT17,NT22,NT31/32,NT36 kepada skim Pen.Penolong Pegawai Tanah NT27,NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009. .

Peranan pegawai-pegawai petempatan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pembangunan negara. Dalam melaksanakan tugas harian yang semakin mencabar dan menuju ke era teknologi maklumat maka peranan Pegawai Petempatan perlu diperkasakan lagi. Justeru itu bagi mewujudkan perkhidmatan pegawai-pegawai petempatan yang lebih komprehensif dan berwawasan, berdaya maju selari dengan dasar - dasar, cita -cita dan matlamat kerajaan masakini. Pegawai petempatan perlu melaksanakan transformas dalam melaksanakan tugas harian sejajar dengan perkembangan semasa. .

Saudara-saudara selaku pegawai petempatan adalah merupakan kakitangan terpenting dalam pentadbiran tanah dan sekaligus pembangunan tanah keseluruhannya. Selaku pegawai petempatan, saudara-saudara adalah bertanggung jawab untuk menyalurkan maklumat - maklumat yang terkini kepada pihak pentadbir tanah khususnya dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan status tanah, maklumat ini penting kerana dasar pembangunan yang dirancang pastinya memerlukan data - data yang terbaik dan kemaskini. .

Pegawai Petempatan juga berperanan merumuskan perancangan masa hadapan yang membabitkan tanah dalam sebuah mukim dan daerah. Ini kerana saudara-saudara adalah kakitangan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat. .

Pegawai Petempatan bertanggungjawab menyediakan bank data tanah yang sentiasa kemaskini bagi memudahkan pihak kerajaan menentukan program pembangunan sejajar dengan wawasan negara. Pegawai-fegawai petempatan selain daripada menyalurkan maklumat - maklumat tanah juga bertanggungjawab melaksanakan tugas penguatkuasaan undang - undang mengikut kehendak - kehendak kanun tanah negara dan akta-akta serta peraturan-peraturan yang berkaitan. .

Di bawah Seksyen 425 ktn Pegawai Petempatan bertanggungjawab menjalankan tugas penguatkuasaan bagi mengawal segala bentuk pencerobohan di atas tanah kerajaan dan tanah - tanah rizab. Oleh itu pengawalan dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 ktn, ini perlu dipertingkatkan . Kelewatan tindakan penguatkuasaan boleh menjadikan pertambahan jumlah pencerobohan dan menambah kesulitan serta kos pembangunan yang akhirnya menganggu pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan. .

Pengawalan di bawah Seksyen 426 ktn pula untuk memastikan dan mengawasi segala peralihan bahan batuan mengikut peraturan dan undang - undang supaya kerajaan negeri tidak kehilangan hasil. Kurangnya pengawalan peralihan bahan batuan ini akan boleh menjejaskan hasil royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan. Justeru itu, unit - unit penguatkuasaan perlu memikirkan apakah cara terbaik dan berkesan dalam usaha menangani isu ini. .

Selaku pegawai petempatan, yang dianggap sebagai tulang belakang didalam organisasi pentadbiran tanah hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan mematuhi segala etika sebagai kakitangan kerajaan. Kecekapan dalam menjalankan tugas perlu di iringi dengan minda yang mantap, dan berdaya kreatif. Pegawai Petempatan perlu amanah dan jujur. Jauhjlah sikap mementingkan diri sendiri dan amalan menyalah gunakan kuasa. Sebagai kakitangan yang berurusan secara langsung dengan orang awam sememangnya saudara-saudara terdedah dengan bahaya penyalahgunaan kuasa. Sehubungan itu kekuatan iman dapat menghindari dari perkara-perkara yang dilarang baik dari segi agama atau yang berkaitan dengan etjka sebagai kakitangan kerajaan. .

Tugas yang saudara-saudara jalankan adalah amanah Allah dan juga amanah kerajaan. Oleh itu, lakukanlah ia dengan penuh dedikasi, komited dan berdisiplin. Sejajar dengan matlamat dan hasrat kerajaan yang kini menuju ke arah koridor raya multimedia, maka adalah menjadi harapan kerajaan supaya saudara-saudara bersedia menghadapi perubahan yang sedang menanti di hadapan kita semua..

Selasa, Februari 02, 2010

Perjumpaan sulung dengan kakitangan Pejabat Tanah Marang

Tarikh : 2 Februari 2010. Masa : 8.30 pagi. Tempat : Bilik Syarahan, PDM. .

Majlis didahului dengan bacaan Al Fatihah Alhamdulillah pada pagi yang berbahagia ini kita dapat berhimpun didalam dewan yang selalu digunakan untuk membaca Al Quran, ceramah, tazkkirah dan sebagainya. Pagi ini merupakan kali pertama untuk tahun 2010 saya bertemu dengan tuan/tuan / puan-puan, saudara-saudari, adik kakak yang dihormati sekalian, apa yang berlaku bukan kehendak kita, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luh Mahfuz lagi, begitu juga rezeki kita telah Allah tetapkan dan begitu juga jodoh dan pertemuan telah ditetapkan. Manakala ajal maut yang telah ditentukan tidak sedikitpun boleh ditangguhkan. .

Begitu juga saya telah ditakdirkan untuk kembali ke Daerah Marang meneruskan sisa-sisa perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri untuk mengurus tadbir Pejabat Tanah membantu Tuan Haji A.Rahman bin Che Ali, Pentadbir Tanah Marang. Tanggungjawab saya untuk membantu Pentadbir Tanah dan tanggungjawab saudara-saudari semua supaya membantu saya melaksanakan tanggungjawab ini. .

Allah jualah yang telah menentukan punca dan saluran rezeki untuk kita dengan pelbagai kapasiti jawatan yang disandang. Rezeki kita tidak akan lari. Bila sampai masa dan ketikanya Allah akan beri. Cuma saluran rezeki sahaja yang berbeza. Macam pili air juga, ada pili besar dan pili kecil dan tersumbat. .

Hari ini saya kembali ke Pejabat Tanah Marang sebagai KPPT, ada orang kata “sirih pulang ke gagang”, “ikan pulang ke lubuk” . .

Dalam hidup ada matlamat yang hendak dicapai dan ada wawasan untuk direalisasikan. Tidak semua orang yang mampu untuk menyerlahkan diri dengan cemerlang seiring dengan kelahiran kita sebagai seorang juara suatu ketika dahulu. .

Orang yang Berjaya adalah orang yang mahir dalam pengurusan masa. Oleh itu pengurusan masa adalah penting supaya kita boleh membeza yang mana kita perlu utamakan. Yang mana perkara yang perlu dikemudiankan. Kerajaan telah mengeluarkan perkeliling waktu anjal agar kakitangan wam dapat mengurus masa dengan baik. Pada dasarnya perlaksanaan waktu anjal ini supaya pejabat-pejababat dapat di buka lebih awal dan ditutup lambat, pelanggan boleh mari seawall pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Tetapi malangnya ada individu yang ambil peluang atau tidak reti bahasa. Sekiranya perlu minum sebelum bekerja bolehlah mengambil masa masuk pejabat jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang. Kita hendaklah sentiasa mendisiplinkan diri. .

Kita bekerja dbagi melaksankan tanggungjawab kepada pelanggan luar dan dalaman yang memerlukan kita bekerja dalam tempoh yang ditetapkan. Waktu rehat jam 10.00 pagi untuk kita minum pagi. Mencuri masa pejabat adalah sama dengan mencuri atau merompak dan menyebabkan rezeki yang diperolehi daripadanya menjadi haram. .

Penjawat awam adalah bernasib baik yang mana telah dinaikkan pangkat dalam gred baru-baru ini seperti jurutaip daripada N11 kepada N17, kerani pula yang berkhidmat 15 tahun telah dinaikkan gred daripada N17 kepada N22, manakala pegawai petempatan pula daripada N17 kepada NT 27. Oleh itu kita harus bekerja setimpal atau berpadanan dengan gaji yang telah diberikan. Kita bekerja dengan kerajaan hendaklah merealisasikan slogan YAB Datuk Seri Najib “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan slogan YAB Dato’ Ahmad Said “Merakyatkan Pentadbiran dan pembangunan”. .

Dunia hanya tempat persinggahan, jangan jadi orang yang rugi. Sesungguhnya cabaran dalam kehihidup tahun 2010 lebih sukar daripada tahun 2009. Mendidik anak kini lebih sukar daripada zaman ayah-ayah kita mendidik kita dahulu. Dalam konteks Pejabat kita bersaing dengan Pejabat lain dan hendaklah menjadikan pejabat kita yang terbaik, kita boleh tiru pejabat orang lain yang telah membuat perubahan. Pihak PTG telah meletakkan “standard” yang terbaik di Malaysia dan berharap kita boleh mencapai yang lebih baik daripada PTG. .

ISO 2000 kepada 2008 hendaklah mencapai standard. 5S akan diteruskan walaupun kedudukan kita padat tetapi biarlah kemas. Pasukan petugas akan ditubuhkan dan “Strategic Planning” hendaklah diadakan. Pejabat Tanah akan dinilai secara “Star Rating” dan kita haruslah bersedia kearah itu. .

Pusingan kerja adalah penting dan akan dilakukan bagi menambahkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan dan akan dibuat kajian terlebih dahulu. Semua kakitangan diminta menyediakan senarai tugas yang betul-betul dibuat sekarang (bukan sebagaimana SKT yang boleh direka) dan kita akan perkemas struktur organisasi. Kita seharusnya bekeerja sebagai sebuah pasukan, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah adalah sama dibawah seorang Ketua iaitu Pentadbir Tanah dan Pegawai Daerah adalah orang yang sama. .

Dari segi IT hendaklah dibuat perubahan kerana ia selaras dengan dengan pembangunan global. Mana bahagian yang boleh kita buatperubahan akan dilaksanakan. .

Dari segi kenderaan, kita ada 4 buah iaitu Proton Waja, Ford Everest dan 2 buah pajero yang mana sebuah daripadanya dipinjamkan oleh Pejabat Daerah dan kita amat berterima kasih kepada pihak Pejabat Daerah yang telah meminjamkan kenderaan tersebut . Pengurusan kenderaan seperti Ford Everest dan Pajero dan lain-lain akan diperkemas. Ketua Pembantu Tadbir dberi tanggungjawab untuk pengurusan kenderaan jabatan. Akhir kata “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. .

Isnin, Februari 01, 2010

Pesanan pertama untuk kakitangan bagi mewujudkan organisai yang cemerlang.

Organisasi yang hebat bermula dengan pengurusan yang hebat. Pengurusan yang hebat tentukan lahir dari kepimpinan yang hebat juga. Setiap anggota organisasi dipimpin dan dibimbing untuk bergerak seiring dengan pihak pengurusan. Matlamatnya jelas dan difahami oleh setiap warganya.

Dalam melaksanakan transformasi setiap anggota perlu bersedia untuk berubah. Berubah dari paradigm lama kepada paradigm baru. Kejadian alam ini sendiri sentiasa berubah. Berubah dari satu era kepada era yang lain. Kadang-kadang perubahan itu disedari dan kadang-kadang ianya tidak disedari. Pemimpin berubah maka orang yang dipimpin juga berubah. .

Orang yang tidak bersedia untuk berubah ia akan ketinggalan. Sejauh mana ia akan ketinggalan bergantung kepada keadaan. Jika ketinggalan ada kalnya ia dapat mengejar kembali dan mungkin ia kan ketinggalan terus.. .

Di antara perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang ialah: .

1. Pengurusan masa. Orang yang mahir dalam pengurusan masa akan berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Dalam Negara maju rakyatnya sangat menghargai masa. Budaya “on time” menjadi budaya hidupnya. Bila berjanji ia akan menepati masa yang dijanjikannya. .

2. Disiplin diri. Hanya orang yang menghargai masa sahaja yang dapat mendisilinkan dirinya. Dalam perkhidmatan awam kita ada peraturan dan undang-undang. Ada perkara yang boleh kita lakukan dan ada pula perkara yang tidak boleh kita lakukan. Masa bekerja telah ditetapkan sepertimana waktu anjal. Ia dibuat untuk kebaikan semua , bukan untuk member peluang kepada yang ingin mengambil kesempatan. .

3. Beri perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang kita dapat. Ramai yang telah diberi kenaikan pangkat. SO dari pada gred N17 kepada NT27, Pembantu tadbir daripada N17 kepada N22, Jurutaip daripada N11 kepada N22 dan lain-lain. Dengan itu setiap daripada kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah kita perolehi. Tanda bersyukur kita harus menyerlahlan kehebatan diri kita. Bagi menyerlah kehebatan diri itu kita harus berubah cara bekerja. Berubah cara berfikit dan berubah cara bertindak. Untuk itu ia memerlukan komitment dari setiap orang. .

4. Bagi memastikan kecemerlangan organisasi kita tidak boleh menilai diri kita sendiri. Sebaliknya kita perlu dinilai oleh orang lain. Kita tidak boleh mengiklankan dengan mengatakan kita adalah terbaik, melainkan kita benar-benar terbaik. Dalam perkhidmatan awam kerajaan telah keluarkan banyak perkeliling untuk dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi. Kaedah penilaian pula dibuat sedemikian rupa agar ianya berjaya dilaksanakan dengan baik. Penilai melalui perlaksaan ISO, star rating dibuat untuk diberi pengiktirafan dan tanda aras. .

5. Kearah melaksanakan pengurusan organisasi yang baik banyak perkara seharusnya didokumenkan. Dokumen yang perlu ada dalam sesebuah jabatan ialah MPK & FM, Strategik Planning Jabatan, Strategik Planning Sumber Manusia, KPI, Bussines Plan dan sebagainya. Ini perlu bagi perlaksanaan kerja mengikut kerangka yang telah ditetapkan dan terancang. .

6. Job rotation atau pusingan kerja dilakukan untuk kebaikan semua. Pengalam penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang paling unggul untuk tempat kita belajar ialah dari pengalaman yang lalu. Belajar dari pengalaman untuk masa depan yang lebih baik. Ini sangat sesuai untuk konsep transformasi tadi. .

7. Proses re engienginering perlu dilaksanakan dalam sesubuah organisasi. Proses kerja yang telah kita lakukan sebelum ini mungkin telah tidak sesuai masa kini. Walaupun pada suatu kitika dahulu ia sangat sesuai. Macam kereta juga sapai masanya kina over houl bagi memantapkan kuasa enginenya. Ini memerlukan kreativiti dan inovasi. .

8. Perlaksanakan pengurusan “by meeting”. Pengurus yang berkesan ialah pengurus yang dapat menyelaraskan ideanya untuk dilaksanakan oleh orang yang dipimpinya. Cara mudah bagi menyalurkan idea ialah melalui mesyuarat. Banyak mesyuarat adalah lebih baik untuk membina organisasi yang mantap..