Khamis, Julai 29, 2010

Menang perjuangan dengan mengalah.

Perjalanan air menuju kemenangan.

Air mengalir kelembah mencari tempat yang paling rendah,

Manusia bergerak pantas mencari tempat yang paling tinggi untuk bermegah.

Air bersifat mengalah, namun tidak pernah kalah.

Air memadamkan api dan membersihkan lumpur.

Andai kata air tidak berupaya melawan, air akan mengalah.

Kalau merasa akan dikalahkan, air membolos diri dalam bentuk wap dan kembali kembali menjadi embun.

Namun air juga masih menang.

Air merapuhkan besi hingga hancur menjadi lebur..

Bila bertemu dengan batu yang jadi penghalang,

Air akan membelok untuk meneruskan perjalanannya.

Air membuat membuat awan diudara udara sehingga angi menjadi mati.

Air memberikan jalan pada hambatan dengan segala kerendahan hati.

karena sadar bahwa tidak ada sesuatu kekuatan apapun yang dapat mencegah perjalanannya menuju ke lautan.

Air menang dengan mengalah.

Air tidak pernah menyerang, namun air selalu menang pada akhir perjuangannya.

Manusia boleh hidup bergelap tanpa api.

Tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa air.

Selasa, Julai 27, 2010

Reformasi pentadbiran Pejabat Tanah Marang untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan.

Penganugerahan sijil MS ISO 9001:2008 merupakan suatu pengiktirafan yang terbaik diperolehi oleh pentadbran tanah di Terengganu. Ini bermakna pentadbiran tanah telah mencapai suatu standard kualiti yang diiktiraf di peringkat antara bangsa.

Zaman sekarang bukan lagi zaman angkat bakul sendiri. Mana-mana pentadbiran tidak lagi boleh mendakwa ia adalah sebuah pentadbiran yang terbaik berbanding dengan yang lain. Kita tidak lagi boleh membuat iklan dengan mengatakan kita yang terbaik. Tidak lagi boleh menaikkan bena yang besar dengan mengatakan kita yang terbaik.

Pengiktrafan amat penting, lebih-lebih lagi bila kita diiktiraf oleh badan yang membuat auditan dimana perlaksanaan pentadbiran yang dilakukan sememangnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh standard kualiti MS ISO.

Pejabat Tanah Marang telah melaksanakan prosedur kualiti ISO tersebut dalam bidang seperti h Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga, Pembangunan Tanah, Pelupusan Tanah dan Hasil. Ia merupakan core bussines dalam pentadbiran tanah.

Dengan pengiktirafan ini bermakna Pejabat tanah Marang, Terengganu telah bergerak selangkah lagi untuk menghasilkan produk 1Malaysia. Perlaksanaan urusan pendaftaran pindahmilik tanah telah dapat dilaksanakan dalam tempuh 1 hari. Namun begitu warga Pejabat Tanah Marang masih belum berpuashati dengan pencapaian. Kerana sasaran KPI yang ingin dicapai ialah untuk melaksanakan pendaftaran pindahmilik tanah dalam tempuh 1 jam sahaja.

Begitu juga urusan yang lain akan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk itu reformasi pentadbiran tanah telah dilaksanakan dengan begitu drastik di Pejabat Tanah Marang. Diantaranya ialah pembinaan kaunter bersepadu disuatu tempat sedang giat dibangunkan dimana ia melibatkan peruntukan yang agak besar telah diluskan oleh kerajaan negeri. Bila siap nanti ia merupakan kaunter bersepadu ala coperat yang pertama di Terengganu.

Sebelum ini pengstrukturan dan penyusunan semula kakitangan telah dilaksanakan disemua bahagian di Pejabat Tanah Marang. Ia melibatkan job rotation Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir dan juga unit Teknikal melibatkan Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pekerja Rendah Awam (PRA).

Dengan melaksanankan perubahan ini telah dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang didalam setiap sistem penyampaian. Ia telah mendatangkan respond yang positif dari kakitangan dan juga pelanggan.

Ahad, Julai 25, 2010

Pejabat Tanah Marang telah mendapat sijil MS ISO 9001:2008

Pentadbir Tanah Marang, Hj. A. Rahman Che Ali menerima sijil MS ISO.

26 Julai 2010 Kuala Terengganu - Pejabat Tanah Marang bersama Pejabat Tanah Besut, Dungun,Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kemaman dan Setiu telah menerima sijil MS ISO 9001:2008 yang berkuat kuasa pada 26 May 2008 hingga 10 May 2011. Majlis penyampaian sijil tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KPTG di majlis ringkas di Kuala Terengganu.

Isnin, Julai 19, 2010

Penghormatan kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Saya perturunkan disini e-mail yang saya terima dari penjengok blog jahaniwalit.com untuk renungan kita bersama.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Gambar seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Menyingkap sejarah yang jarang kita dengar tentang Adolf Hitler

Sabtu, Julai 17, 2010

Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah.

Amaran MB Terengganu, kakitangan awam jangan salah guna kuasa

KEMAMAN, 11 Julai 2010— Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri. “Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut,” katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman hari ini.

“Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah. “Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan. Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan. — Bernama

Ulasan penulis : Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah.

Tanah adalah amanah. Tanah bukan semata komoditi atau barangan untuk di jual-beli tetapi adalah amanah yang akan di panjangkan untuk generasi akan datang.Tanah tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai tanah..

Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah boleh dielakkan jika pegawai yang diamanahkan dalam pentadbiran tanah bekerja dengan ikhlas dan jujur.

Diantara beberapa contoh salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah ialah ;

1. Tanah diberi kepada syarikat atau individu yang tidak ada kaitan dengan tanah tersebut berbanding mereka yang telah tinggal dan mengusaha tanah itu bertahun-tahun lamanya.

2. Tanah rizab diberi tetapi tidak di keluar dari warta tanah rizab.

3. Kawasan lapang dan tanah awam diberi kepada pemaju yang dekat dan ada hubungan rapat dengan orang-orang tertentu untuk perumahan dan pembangunan kawasan komersial.

4. Tanah tinggi dan kawasan tadahan air di anugerah kepada syarikat tertentu atau kategori tanah ditukar untuk dibenar membina projek pelancongan atau perumahan.

5. Pengawai yang bertanggung jawab dalam pentadbiran tanah menggunakan proksi ( pinjam nama orang lain) untuk mendapat tanah kerajaan untuk kepentingan peribadi.

6. Pegawai yang bertanggung jawab memalsukan dokumen permohonan tanah. Tanah dalam kawasan Rancangan Tanah Berkelompok dimasukkan nama kroni atau adik beradik tanpa melalui proses temuduga. Kadang-kadang borang pun tidak diisi dengan sempurna.

7. Pegawai dipejabat tanah memasukkan nama sendiri sebagai peserta ganti bagi mengantikan peserta RTB yang meninggal dunia. Pada hal dia tiada hubungan waris langsung dengan simati.

8. Pegawai yang tidak bertanggungjawab memberi ID kepada kakitangan untuk membuat kerja bagi pihak beliau tanpa kawalan. Contoh dalam memproses e-mohon ( sistem permohonan tanah berkomputer) dan sebagainya.

9. Pen. Pegawai Tanah menghebahkan tanah kerajaan untuk dipohon kepada sahabat handai, saudara mara dan orang yang ada kepentingan dengan mereka.

10. Pegawai yang bertgas di Pejabat Tanah membuat kerja-kerja juru ukur swasta dalam proses tukar syarat, pecah sempadan dan pecah bahagian tanah. Mereka-mereka ini mendapat akses yang mudah dalam sistem maklumat di Pejabat Tanah.

Jumaat, Julai 16, 2010

Saiful Haizan Hasam (membongkok) bersama pasukannya.

Kegigihan anak Terengganu dalam pasukan expedisi EM1M - KL to London

HEZOU (China) 14 Julai - Tangan tidak dirasakan seperti memegang 'handle' motosikal Kawasaki Versys 650 lagi, sebaliknya ia dirasakan umpama memegang ketulan ais sehingga sendi-sendi jari menjadi sengal. Hujan yang disertai tiupan angin lintang menambah sengsara, kesejukan terasa menggigit hinggga ke tulang hitam walaupun beberapa lapisan pakaian sudah disarungkan bersama jaket menunggang GIVI.

Itu pengalaman baru yang ditempuhi anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu menunggang di kawasan tinggi antara 3,000 hingga 4,000 meter dari aras laut dengan suhu yang menurun sehingga lima darjah celcius dari Hongyuan ke sini, semalam. Suhu yang terlalu sejuk menyebabkan alat pemanas tangan yang dipasang pada pemegang 'handle' motosikal kami bagaikan tidak berfungsi walaupun telah diaktifkan ke tahap maksimum sedangkan pada suhu biasa, ia boleh menyebabkan tapak tangan melecur jika dipegang terlalu lama.

Ternyata bukannya mudah untuk empat anak Malaysia menyesuaikan diri dalam cuaca sesejuk itu sewaktu penunggang motosikal tempatan berketurunan Tibet yang kami temui di jalanan turut memakai jubah tebal dan membalut muka mereka dengan kain untuk menahan kesejukan. Namun setiap daripada kami tetap bertahan dan positif menerima ujian berkenaan kerana ia merupakan proses persediaaan untuk menghadapi cabaran di sepanjang laluan ke London yang masih berbaki kira-kira 18,000 kilometer (km) lagi.

Mengenai angin lintang, ia berpunca daripada kawasan lapang sejauh mata memandang di sebelah kiri dan kanan laluan yang kami gunakan.Terletak di kawasan lembah antara dua jaluran gunung-ganang, kawasan berkenaan merupakan Taman Rumput Semulajadi yang sebenarnya adalah padang ragut untuk kegunaan penternak yak, biri-biri dan kuda. Keluasannya tidak dapat dianggarkan kerana kawasan berkenaan hanya dilepasi selepas lebih 260km kami menunggang.

Penternak yang menggunakan padang ragut itu akan berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan apabila bekalan rumput menyusut dan kembali semula ke kawasan berkenaan apabila tiba masa yang sesuai.

Perjalanan EM1M juga beberapa kali terhenti apabila kawanan binatang ternakan melintasi jalan yang kami gunakan dan yang paling menggerunkan ialah jika ia membabitkan yak yang bebulu lebat dan bertanduk runcing, dikhuatiri deruman ekzos Versys mengejutkan mereka sehingga menjadi agresif.

Kami tiba di sini, kira-kira pukul 6 petang dan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang mengambil kesempatan itu untuk menukar minyak enjin tajaan Silkolene kerana perjalanan kami sudah mencecah 5,000 km sejak meninggalkan Kompleks Sri Utusan, Bangi pada 1 Julai lalu.

Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM - Anak kelahiran Besut Terengganu (Idola Keluarga)

Penulis bersama peserta kursus yang lain di INSTUN

Isu-isu dalam pentadbiran tanah di Malaysia

Berikut adalah rumusan sidang pleno Kursus Pentadbiran Dan Perundangan Tanah (Pentadbir Tanah & Ketua Penolong Pentadbir Tanah Gred 52-54 ) yang turut dihadiri penulis.

ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA

Ketidakupayaan Pentadbir Tanah Daerah mungkin berpunca dari kekurangan pengetahuan dalam bidang pentadbiran tanah. Terdapat Pentadbir Tanah Daerah yang dilantik tidak mempunyai pendedahan tentang pentadbiran tanah daripada penempatan-penempatan mereka sebelumnya.

Pentadbir Tanah Daerah juga sentiasa sibuk dengan tugas-tugas sebagai Pegawai Daerah dan keterlibatan Pegawai Daerah dalam banyak jawatankuasa dan mesyuarat. Ini menyukarkan mereka untuk menghadiri kursus / latihan bagi tujuan peningkatan kompetensi mereka.

Pejabat PTG kurang berkemampuan melaksanakan peranan penggubalan dasar, perancangan, penyelarasan dan pemantauan. Ini sebahagiannya disebabkan oleh keterlibatan langsung Pejabat PTG dalam tugas-tugas operasi. Kesannya Pejabat PTG kurang menyelia usaha-usaha inovasi, penambahbaikan dan pemantauan urusan pentadbiran tanah oleh Pejabat-Pejabat Tanah Daerah.

Pelbagai sistem telah diwujudkan seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB), Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK), Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) dan sebagainya. Masih tiada sistem yang komprehensif yang merangkumi urusan tanah / ukur. Tiada maklumat bersepadu mengenai tanah Negara dan diharapkan e-Tanah akan dapat menjadi model terbaik untuk menjadi sistem aplikasi komputer yang komprehensif yang merangkumi semua proses kerja. Projek perintis di Pulau Pinang masih dalam pelaksanaan.

Projek pembangunan dan urbanisasi menyebabkan banyak permohonan bagi memajukan tanah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Jabatan Ukur Negeri (PU). Contohnya pindah milik, gadaian, pendaftaran, perintah jualan, permohonan ukur halus (PU). Pertambahan tugas ini sepatutnya diimbangi dengan pertambahan perjawatan.

Kekurangan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dikalangan pentadbir tanah dan kakitangan sokongan berkaitan pentadbiran dan perundangan tanah adalah isu yang perlu segera ditangani bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan urusan berkaitan tanah.

Warga kerja di Pejabat-Pejabat Tanah turut terlibat dengn kerja-kerja teknikal pengukuran. Namun begitu, terdapat kekurangan kemahiran kakitangan teknikal pejabat tanah dalam kerja-kerja pengukuran ini. Apakah kursus / latihan yang diperlukan bagi warga kerja tersebut?

Warga kerja yang mempunyai kepakaran untuk pendakwaan amat kurang sekali. Ini mengakibatkan banyak kes hasil tertunggak. Selain itu, terdapat juga masalah keyakinan dalam melakukan pendakwaan dalam anggota penguatkuasaan walaupun telah mengikuti kursus di INSTUN.

Walaupun arahan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Yang Ke-59 bertarikh 18 Disember 2003 memutuskan semua anggota pentadbiran tanah DIWAJIBKAN hadir kursus di INSTUN, namun masih ramai lagi pegawai yang belum pernah hadir berkursus di INSTUN terutama Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). Ini menyebabkan ramai pegawai tersebut menjalankan tugas tanpa mempunyai ilmu pentadbiran dan perundangan tanah yang secukupnya sebelum memulakan tugas.

Kebanyakan Pejabat Tanah / PTG masih menggunakan sistem pengurusan fail dan rekod secara manual. Fail-fail tidak diselenggara dengan baik. Kekurangan kakitangan juga menyumbang kepada fail-fail yang aktif dan tidak aktif bercampur.

Kelemahan ini turut menyumbang kepada masalah penipuan dan pemalsuan dokumen hakmilik. Warga kerja di pentadbiran tanah harus dilengkapi kemahiran bagi mengenal pasti pemalsuan agar penambahbaikan dan tindakan dapat diambil.

Rakyat Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Dianggarkan bahawa pertumbuhan rakyat Malaysia mampu mencecah sehingga 70 juta penduduk berbanding 30 juta penduduk pada masa kini. Dengan memahami bahawa tanah yang semakin berkurangan, perancangan gunatanah yang digunapakai perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan agar disesuaikan dengan gunatanah yang bertambah. Kreativiti dan inovasi diperlukan untuk melaksanakan pembaharuan ini.

Aduan yang tidak beri perhatian mengakibatkan pelanggan (orang ramai) memanjangkan aduan kepada Biro Pengaduan Awam dan SPRM.

Umum sedia maklum urusan di Pejabat Tanah dan Pejabat Ukur memerlukan penggunaan borang yang banyak. Masalah sering timbul apabila pengisian borang tidak lengkap atau tidak menepati kehendak borang tersebut. Pegawai yang menguruskan borang-borang tersebut seharusnya pakar dalam mengenal pasti kekurangan pada pengisian borang tersebut oleh pelanggan untuk memudahkan pemprosesan.

Tunggakan kutipan hasil cukai tanah adalah berikutan kurang kesedaran pelanggan terhadap kewajiban membayar cukai tanah, kurang usaha Pejabat Tanah untuk mengutip cukai, kurang penguatkuasaan, dan kurang insentif menggalakkan kepada pemilik jika membayar awal. Publisiti untuk memberi kesedaran kepada pembayar cukai tanah amat diperlukan.

Terdapat masalah persekitaran pejabat yang secara tidak langsung mengganggu kelancaran kerja-kerja harian anggota di pentadbiran tanah seperti:

i) Keadaan bangunan Pejabat Tanah yang lama dan kurang penyelenggaraan.

ii) Ruang pejabat yang sempit dan susun atur pejabat yang tidak sistematik.

iii) Kekurangan ruang kaunterdan ruang menunggu pelanggan.

iv) Kurang ruang untuk Bilik Fail dan Bilik Kebal.

v) Kekurangan ciri-ciri keselamatan.

Secara umumnya terdapat tujuh (7) bidang utama perlu melalui enam peringkat proses kerja. Semua aktiviti mempunyai halangan sehingga mengambil masa yang panjang untuk memproses permohonan. Disaran perlu ada Piagam Pelanggan yang jelas dan menyegerakan pelaksanaan MS ISO 9001:2008.

Enam aktiviti dikenalpasti yang mempunyai halangan tertentu:

Halangan peringkat proses;
Pegawai bertugas akan menyemak lengkapnya dokumen, kesahihan, mengesah, dan menyisih.

Halangan peringkat laporan tanah;
Kerja-kerja penyediaan maklumat laporan tanah yang melibatkan Pelukis Pelan dan Pen.Pegawai Tanah.

Halangan peringkat rujukan.
Keperluan merujuk kepada agensi teknikal untuk mendapatkan ulasan-ulasan berkaitan.

Halangan peringkat pertimbangan;
Menyediakan kertas pertimbangan J/kuasa Tanah Daerah (JKTD) (atau dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Tanah atau J/kuasa Kerja Tanah atau J/kuasa Hasil Bumi dan Tanah disetengah daerah)

Halangan peringkat keputusan; dan
Melibatkan keperluan mendapatkan pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN).

Halangan peringkat pendaftaran.
Mendaftarkan hak milik dan mengeluarkan hak milik (sementera atau tetap) kepada pemilik. Hak Milik Sementara perlu ditukar kepada Hak Milik Tetap. Disini peranan JUPEM untuk lot-lot tanah perlu diperakui / diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri sebelum didaftarkan sebagai hak milik tetap.

Keperluan kompetensi (latihan) perlu selaras dengan kehendak, peranan, halangan / masalah yang dihadapi agar program latihan yang digubal menepati dan membantu jabatan menyelesaikan halangan ini.