Ahad, Mac 28, 2010

Cerita pelik tapi benar berkaitan dengan urusan perlaksanaan projek dan tanah.

Ada sesuatu yang pelik bila berlaku proses pengambilan balik tanah bagi menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh pihak lain. Sebagai contoh projek pembinaan peparitan telah dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa penyediaan tapak terlebih dahulu. Sepatutnya perancangan perlu dibuat terlebih dahulu dengan dimulakan proses pengambilan balik tanah. Budget pengambilan balik tanah hendaklah disediakan sebelum projek peparitan dilaksanakan.

Projek pembinaan peparitan dilaksanakan melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, pelaksanaan projek duruskan oleh bahagian Pembangunan Pejabat Daerah suatu ketika dahulu (Projek 2004 atau 2005). Yang peliknya projek tersebut telah dilaksanakan diatas tanah milik. Lebih pelik lagi bila projek tersebut pemilik tanah itu sendiri sebagai kontraktornya.

Tiada rekod yang menunjukkan projek tersebut dirujuk kepada Pejabat Tanah terlebih dahulu untuk penentuan tapak agar tidak terkena diatas tanah milik.. Malangnya projek ini dilaksanakan membahagi dua tanah tersebut menjadi dua bahagian. Pada saya ini bukan bukan suatu kesilapan yang tidak sengaja. Tetapi suatu konspirasi tuan tanah untuk mendapat keuntungan berganda. Satu keuntungan projek dan satu lagi adalah keuntungan pengambilan balik tanah. Seterusnya adalah keuntungan pecah bahagian tanah. Pemilik tidak perlu lagi memohon untuk pecah bahagian tanah kerana bila diluluskan pengambilan balik tanah pecah bahagian tersebut terjadi dengan sendiri menjadi dua lot.

Malangnya selepas beberapa tahun berlalu tuan tanah membuat komlain kapada Pejabat Tanah supaya dibayar pampasan ganti rugi konongnya projek awam peparitan tersebut telah dilaksanakan oleh kerajaan diatas tanah persendirian dan dipohon supaya dibuat proses pengambilan balik.

Pelik juga melihat kes ini tanpa permohonan rasmi (black and write) pihak Pejabat Tanah telah membuka fail siasatan untuk proses pengambilan balik. Berdasarkan laporan siasatan Pegawai Tanah mendapati kos pengambilan balik tanah berjumlah RM350,000.00. Apakah ini suatu mainan tuan tanah berkenaan atau ada pihak lain yang terlibat.

Persoalanya mengapa perkara begini berlaku dalam pengurusan wang awam. Apakah juruteknik yang menjaga projek ketika tidak buat kerja sehingga projek tersebut dibuat diatas tanah milik dengan sewenang-wenangnya. Sepatutnya juruteknik yang terlibat merujuk projek tersebut kepada Pejabat Tanah untuk menentukan tapak.

Jika pun tuan bersedia mengkhairatkan tanahnya untuk kemudahan awam sepertimana jalan-jalan kampung perakuan bertulis seharusnya diperolehi terlebih dahulu dari tuan tanah. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dam kes ini. Pada saya permintaan tuan tanah ini tidak perlu dilayan.

Jika benar tuan tanah berkenaan tidak bersetuju tanah beliau dibuat peparitan beliau boleh sahaja menimbus kembali sistem peparitan berkenaan . Adalah tidak wajar pihak lain yang membuat kesilapan Pejabat Tanah dibebankan tugas bagi menghalalkan kesilapan tersebut.

Begitu juga keadaan yang berlaku terhadap projek peparitan JPNT yang lain juga telah dilaksanakan diatas tanah milik sedangkan disini masih terdapat lagi tanah kerajaan yang boleh dibuat sistem peparitan. Juruteknit Majlis Daerah yang menyelia projek tersebut seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah. Bila tuan tanah komplain Majlis Daerah senang-senang minta Pejabat Tanah uruskan proses pengambilan tanah. Perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Sabtu, Mac 27, 2010

YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said, Turun padang mengadakan lawatan sehari ke Daerah Marang.

Marang Khamis (24 Mac 2010) Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengadakan siri turun padang di daerah Marang. Program sepanjang hari – pagi dan petang. Pada sebelah pagi YAB MB mengadakan lawatan untuk melihat sendiri infrastruktur Daerah Marang dan sebelah petang mengadakan pertemuan dengan JKKK dan pemimpin masyarakat Marang.

Program yang memangnya dinantikan oleh rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin peringkat kampung. Menariknya lawatan dan persiapan penduduk setempat berbaloi kerana Ahmad Said turut meninggalkan buah tangan untuk penduduk di kawasan berkenaan.

Walaupun disebut peruntukan diluluskan kira-kira RM6 juta, itu tidak termasuk memperbaiki dan meluaskan beberapa batang jalan, termasuk sebahagian jalan utama antara Kuala Terengganu – Kuala Berang dalam daerah Marang.

Marang menjadi lokasi ke lima turun padang Dato’ Ahmad Said. Misinya, melihat sendiri masalah rakyat!. Antara yang menjadi tumpuan ialah cadangan membaik pulih infrastruktur seperti longkang, jalan raya dan sistem peparitan parit yang sedia ada.

Berikutan itu, kerajaan negeri meluluskan RM4 juta iaitu masing-masing RM2 juta kepada Majlis Daerah Marang (MDM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) bagi tujuan itu.

Ahmad Said berkata infrastruktur perlu dititikberatkan di setiap PBT bagi mengelak berlakunya kejadian banjir secara berulang dan kemalangan jiwa, selain dapat memberi keselesaan kepada masyarat setempat. Katanya, pihaknya mengakui kawasan, PBT Marang sering dilanda banjir berikutan kekurangan kawasan tadahan air dan wujudnya pelbagai projek pembangunan dan perumahan.

“Dalam masa terdekat dan menanganinya secara serius, kerajaan negeri meluluskan RM4 juta bagi menaiktaraf Sungai Lembam, Sungai Buaya, Sungai Seriting, Sungai Seluang, sistem peparitan, jalan raya kampung dan beberapa longkang di kawasan perumahan.

“MDM perlu menjalankan kajian terperinci terhadap saiz longkang `monsoon drain’ kerana saya tidak mahu lagi mendengar rungutan penduduk kampung mengenai banjir,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja itu.

Turut menyertai lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa, Pembangunan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam, YB Encik Khatib Mohamad, Abd. Rahman Che Ali, Pegawai Daerah Marang, Yang Dipertua MDM Ibrahim Mohamed, Pengarah JPS, Ir. Hj Mat Hussin Bin Ghani dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad Said berkata, setiap kali membina longkang sewajarnya pihak berwajib mengikut standard terkini `oversize’berbanding sebelum ini bersaiz lapan kaki berikutan pembangunan semakin pesat.

“Tidak rugi mempunyai besar longkang sehingga 16 kali kerana kawasan tadahan air seperti paya dan lembah semakin berkurangan, jadi longkang besar ini menjadi saluran penting untuk laluan air hujan,” katanya.

Pada lawatan itu, Ahmad Said sempat meninjau beberapa taman perumahan dan kawasan perparitan sekitar Tasek, Bukit Payong, Macang Lada, Serating, Merchang, Kampung Paya dan Seberang Marang.

Lapan tonggak perdana untuk memacu negara menjadi negara bangsa yang hebat

LAPAN TONGGAK PERDANA

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 13 mac 2010
1.2 juta kakitangan awam perlu melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan. Lapan tonggak perdana tersebut ialah :

Empat tiang utama

i. Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;
ii. Program Transformasi Kerajaan (GTP),
iii. Model Ekonomi Baru (MEB) dan
iv. Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)

Empat nilai asas (Sebagai pelengkap)

i. Membudayakan Kreativiti dan Inovasi;
ii. Mementingkan Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan;
iii. Nilai Untuk Wang dan
iv. Nilai Integriti.

Lapan tonggak itu yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ialah sebagai panduan kepada penjawat awam menggalas amanah dan tanggungjawab bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

i. Gagasan 1Malaysia

Adalah satu falsafah induk yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan kerana matlamat itu adalah perpaduan nasional.

"Inilah matlamat yang menjadi cita-cita dan aspirasi semua warga Malaysia sejak dulu lagi. Sama ada suka atau tidak, sebagai sebuah negara majmuk tanpa dipacu perpaduan nasional, apa pun cita-cita kebangsaan yang lain seperti usaha mencapai taraf hidup yang lebih baik untuk setiap warga akan hanya tinggal angan-angan kosong.

"Terbukti tanpa perpaduan nasional, tidak mungkin wujud kestabilan politik yang menjadi teras kepada segala-galanya," kata Perdana Menteri

ii. Tranformasi kerajaan

Transformasi kerajaan pula bertujuan menjadikan kerajaan lebih responsif terhadap aspirasi dan lebih prihatin kepada denyut nadi rakyat, seperti yang sering disebut Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir dan perlu bersifat sebagai pemudahcara.
Tiang utama ketiga dan keempat, iaitu MEB dan RMK-10, merupakan dua insiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek.

NILAI ASAS SEBAGAI PELENGKAP

Empat tiang utama dan empat nilai asas pelengkap itu saling melengkapi antara satu sama lain dan bagi membudayakan kreativiti dan inovasi, penjawat awam mesti berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Peranan pantas bertindak dan membuat keputusan itu pula amat penting kerana tindakan sedemikian akan meningkatkan "velocity of money" atau halaju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara.

Begitu juga dengan nilai untuk wang supaya mengelakkan pembaziran dalam usaha memastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat.

Aspek integriti turut ditekankan oleh Najib kerana padanya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi malah turut melibatkan kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani.

APA KATA PEMIMPIN :

i. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan:
“ Semua penjawat awam perlu berganding bahu demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

Perdana Menteri telah meletakkan kepercayaan penuh kepada anggota perkhidmatan awam untuk bersama-sama memenuhi janji dan memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

ii. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh :
Lapan tonggak yang digariskan oleh Perdana Menteri boleh dicapai dengan kerjasama daripada penjawat awam dan anggota pentadbiran yang bekerja sebagai satu pasukan. Tiada perbezaan objektif di antara penjawat awam dan anggota pentadbiran kerana matlamat akhirnya ialah untuk membantu rakyat.

"Langkah untuk merealisasikan aspirasi negara itu sedang berjalan, tetapi seperti kata Perdana Menteri sebelum ini, sekarang bukan lagi pada gear satu, tetapi gear tiga dan empat kerana cabaran yang mendatang itu begitu besar.

"Jika berdasarkan kepada daya saing negara, kita tidak berada pada tahap tinggi yang sepatutnya kita berada," katanya.

Beliau berkata penekanan yang dibuat oleh Najib itu bukan sahaja kepada penjawat awam malah turut membabitkan pihak swasta.

"Beliau menekankan sektor korporat juga perlu menyinsing tangan untuk sama-sama bergerak. Tidak ada perbezaan di antara sektor awam dan sektor swasta kerana semua mesti bergerak selari.

"Tahun 2020 hanya 10 tahun sahaja lagi dan jika ini tidak dilakukan, matlamat ini tidak akan dapat dicapai," katanya.

iii. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman :

Menyifatkan lapan tonggak perdana itu sebagai amanat yang komprehensif dan memberi visi yang jelas kepada anggota perkhidmatan awam dalam menetapkan hala tuju negara pada masa depan.

Langkah itu selaras dengan agenda transformasi kerajaan selain meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat, selain memacu negara menjadi sebuah negara maju, katanya.

Omar berpendapat perubahan di dalam perkhidmatan awam perlu membabitkan pelbagai peringkat termasuk hubungan yang rapat daripada peringkat atasan hingga ke bawahan bagi mewujudkan perkongsian pintar.

KESIMPULAN

Sektor awam diakui sebagai nadi dan jentera sesebuah kerajaan untuk membuat pacuan ke arah pentadbiran yang dinamik, cekap dan memenuhi aspirasi seseorang Perdana Menteri.

Transformasi perlu dalam sektor awam sekarang kerana berjaya atau gagal pentadbiran Najib itu turut bergantung kepada sektor itu.

Persoalannya sekarang ialah, apakah mereka mampu mengikuti gerak tindak Najib yang begitu pantas? Jentera kerajaan mesti mampu mengikut rentak Perdana Menteri, jika tidak aspirasi beliau akan tergendala.

Jika jentera kerajaan dipacu perlahan sedangkan Perdana Menteri bergerak jauh lebih pantas dan ke hadapan, maka di sini akan berlaku sesuatu yang merugikan semua pihak.

Oleh itu, jentera kerajaan mesti menyerapkan mantera kepantasan bertindak menerusi perubahan pemikiran dan kaedah bekerja, seiring dengan pembangunan inovasi dan pembaharuan yang berterusan.

Transformasi ini, seperti yang dikatakan oleh Mohd Sidek, boleh merubah landskap sosioekonomi negara dengan pantas dan berkesan.

Ia akan terus membantu visi Perdana Menteri yang jelas dalam mewujudkan sebuah negara maju yang mengutamakan rakyat, agar tiada siapa pun walau berada di pelosok mana di dalam negara akan merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada manfaat arus kemajuan.

Ini adalah masanya bagi penjawat awam untuk merealisasikan matlamat negara sebagaimana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

Dengan semangat yang lebih komited, mereka tentu boleh membantu mempertingkatkan mutu pentadbiran, memperkukuhkan pengurusan serta melaksanakan khidmat penyampaian yang melambangkan keprihatinan yang tinggi di dalam negara.

Jumaat, Mac 12, 2010

Penipuan dalam urusan pindahmilik tanah

Pentadbiran tanah melibatkan banyak dokumen yang boleh ditiru untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Dokumen penting seperti geran tanah atau hakmilik tanah begitu mudah dipalsukan. Penipuan boleh berlaku bila kertas keselamatan (kertas geran ) yang tidak dikawal. Pihak yang melakukan penipuan mencetak sendiri keterangan hakmilik tanah ini diatas kertas geran. Ia akan kelihatan seperti keterangan tanah yang asli. Pembeli tanah boleh ditipu dengan mudah.

Penipuan juga boleh berlaku dengan memalsukan surat kuasa wakil dengan cop mahkamah dan tandatangan Pendaftar Mahkamah yang palsu. Tandatangan pemilik tanah juga dipalsukan dalam surat cara pindahmilik tanah.

Perintah mahkamah juga dipalsukan dengan tujuan untuk menggunakannya bagi tujuan menarik balik kaveat yang dikenakan keatas tanah. Terdapat juga kes yang memalsukan kad pengenalan pemilik asal dan penerima pindahmilik semasa urusan pindah milik tanah.

Bagi tanah yang hendak buat perserahan terdapat juga kes yang memalsukan 'franking' (cop duti setem) pada Borang 14 A.

Membuat laporan kehilangan hakmilik dengan menyertakan laporan palsu bagi laporan polis iaitu dengan tujuan untuk mendapatkan hakmilik gantian dan menggunakan nama yang sama dengan nama pemilik tanah sebenar semasa memohon hakmilik gantian khususnya bagi hakmilik yang tiada catatan nombor kad pengenaian (khususnya bagi tanah-tanah lama).

Banyak lagi pemalsuan-pemalsuan yang boleh berlaku dalam pentadbiran tanah. Kealpaan pegawai yang bertanggungjawab keatas katalakuan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) boleh mengakibatkan pihak yang melakukan penipuan ini mengubah apa yang ada dalam keterangan hakmilik. Tanah yang sepatutnya mempunyai sekatan kepentingan tidak dibenarkan pindahmilik dicetak dengan menghapuskan sekatan kepentingan tersebut.

Bukan sahaja tandatangan pegawai yang membuat penyaksian dipalsukan. Bahkan cop rasmi Pentadbir Tanah juga dipalsukan. Pendek kata semua urusan dalam surat cara pembelian tanah dalam boring 14A dipalsukan. Pembeli yang tidak berpengetahuan dalam dalam soal ini begitu mudah ditipu.

Modus operandi sendikit ini biasanya tidak dilakukan oleh seorang individu tetapi dilakukan oleh kumpulan tertentu yang licek menipu pembeli.

Isnin, Februari 22, 2010

Jumaat, Februari 19, 2010

Cabaran dalam melaksanakan transformasi di Pejabat Tanah Marang

Perubahan yang berlaku disekeliling menuntut kita melaksanakan perubahan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang peka kepada perubahan. Mahu tidak mahu kita kena berubah seiring dengan perubahan dunia. Pentadbiran dan pengurusan Pejabat Tanah Marang pastinya akan melaksanakan transformasi bagi menerajui pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Sebagai orang baru dalam pentadbiran tanah pastinya saya mempunyai keazaman untuk melaksanakan transformasi sepertimana yang disarangkan oleh Perdana Menteri. Transformasi memerlukan kerjasama dari semua pihak. Jika hanya pemimpin yang inginkan perubahan tetapi tidak di ikuti oleh kakitangan pastinya perubahan tidak akan terjadi. Lebih dasyat lagi jika ada dikalangan kakitangan yang anti perubahan. Ada yang rasa terancam bila perubahan hendak dilakukan kerana telah lama berada di zon selesa. .

Kepada kakitangan yang seperti ini biarlah ia terjun seperti siluncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan…biarkan …biarkan. Suatu hari nanti ia akan sedar juga. Perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan komitmen semua pihak. .

Dalam meneraju perubahan ini pastinya disiplin amatlah penting . Tanpa disiplin perubahan tidak akan berlaku. Jika hendakan perubahan kita kena berani menghadapi cabaran yang mendatang. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Jika takut menghadapi risiko jangan bicara soal perjuangan.. Semoga Allah member kekuatan untuk saya mengharumi perjuangan ini. .

Bermula dengan siri perjumpaan dengan unit-unit yang ada di Pejabat Tanah Marang, mendapati beberapa penemuan yang memerlukan perubahan segera. Membentuk disiplin kakitangan tentunya menjadi agenda utama. Setiap kakitangan perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa. Ini penting supaya kerja yang tertonggak dapat diselesaikan segera. Job rotation perlu dilaksakan segera. Kemahiran kakitangan dapat diperbagaikan. Kakitangan tidak hanya mahir dalam satu bidang sahaja. .

Untuk berjaya dalam satu bidang kena tahu matlamat yang hendak dilaksanakan. Pelan Perancangan Strategik jabatan perlu disediakan terlebih dahulu. Disamping pelan-pelan perancangan yang lain seperti Pelan Strategik ICT, Pelan Pengurusan Sumber Manusia, Pelan Integriti dan lain-lain. Pelan perancangan kerja tahunan juga perlu disediakan. Jika semua ini dapat disediakan maka kerja harian yang dilaksanakan akan tersusun dan terurus. .

Persekitaran kerja yang kemas bersih dan terutur mampu membentuk suasana kerja yang selesa. Oleh itu amalan 5S (Sapu,sisih,susun,sorot dan sentiasa amal) perlu dilaksanakan segera. Namun begitu dalam keghairahan untuk melaksanakan 5S jangan pula kita lupa kepada Akta Akib. Oleh itu kaedah pelupusan dokumen awam hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.. .

Sebagai anggota sebuah organisasi seharusnya kita mengetahui secara menyeluruh berkaitan organisasi kita. Latar belakang, carta organisasi matlamat penubuhannya, objektif yang hendak dicapai serta semua aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan. Oleh itu keperluan kepada menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sangat penting. .

Bagi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah jabatan yang cemerlang pelaksanaan ISO 2008 dapat meningkatkan keyakinan warga kerja.Usaha-usaha kearah itu sedang giat dilaksanakan di Pejabat Tanah Marang. Selain daripada itu beberapa inovasi khususnya berkaitan dengan ICT akan dilaksananakan. Diantaranya ialah system pemetaan menerusi google earth, papan kenyataan digital, system fail dan lain-lain.

Khamis, Februari 11, 2010

Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyiapkan MPK & FM melalui bengkel yang dikendalikan oleh penulis

9 Febuari 2010 Merang. Seramai 102 orang kakitangan Yayasan Islam Terengganu telah mengikuti bengkel penyedian Manual Prosidur Kerja dan Fail Meja yang dikendalikan oleh penulis pada 9 - 11 Febuari 2010 bertempat di Suria Beach Resort , Merang, Setiu Terengganu. Ia melibatkan kakitangan dari semua bahagian termasuk pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Terengganu. Terdiri daripada bahagian Pengurusan, Pentabiran, Kewangan, Dakwah, Kafa, Khidmat Masyarakat, Pengajian Pondok, Pra Sekolah dan Pentadbiran Daerah.

Komitmen yang ditunjukan oleh peserta begitu mantap dan terbaik kerana melibatkan semua kategori kakitangan. Setelah berbengkel selama dua hari dan dua malam Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyediakan Manual Prosedur Kerja jabatan dengan lengkap dan sempurna sepertimana perkeliling JPA 8/1991. Setiap peserta juga telah berjaya mewujudkan Fail Meja masing-masing.

Dalam menjayakan benkel tersebut kerjasama setiap kakitangan amat cemerlang sekali. Kakitangan biasa dan juga pihak pengurusan atasan telah berjaya mewujudkan kerjasama yang mantap sebagai sebuah pasukan. Walau pun bengkel berjalan selama dua hari dua malam namun ia berjalan begitu pantas sekali bagaikan tidak terasa masa telah berlalu.

Kearah menjadikan Yayasan Islam Terengganu jabatan yang terunggul dalam membantu perkembangan Islam dinegara ini mereka bertungkus lumus bekerja bagi mencapai objektif jabatan dan juga objektif bahagian masing-masing. Dengan melaksanakan fungsi utama jabatan yang ditunjukkan melalui carta organisasi jabatan.

Aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit telah dihalusi melalui proses kerja Dan juga carta aliran kerja. Peraturan-peraturan serta undang-undang yang berkaitan dinyatan bagi setiap peringkat dalam melaksanakan sesuatu aktivi.

Menyedari bahawa setiap angota organisai adalah aset utama jabatan maka setiap orang mesti menjadi kakitangan yang mahir. Ertinya setiap orang hendaklah bekerja dengan cepat, cekap dan tepat. Ciri-ciri ini jugalah sifat pekerja yang profesional dalam melaksanakan tugas. Cepat, laju dan deras bertindak dalam melaksanakan tugas yang diarah. Tugas tersebut dilaksanakan dengan cekap dalam ruang kerangka dan peraturan yang ada,

Soalnya bagaimana untuk menjadikan seorang kakitangan itu seorang yang profesional dalam bidang tugasnya?. Mestilah mengikut panduan dari manual yang ada. Disinilah pentingnya manual prosedur kerja ( MPK ) dan fail meja ( FM ).

Kedua-dua dokumen yang disediakan tersebut merupakan manual dalam melaksanakan kerja dengan cepat, cekap dan berkesan atau tepat..

Ahad, Februari 07, 2010

Peranan Pegawai Petempatan (SO) dalam pembangunan negara

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) dari NT17 kepada NT27 di Semenanjung Malaysia. Tanhiah kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang telah dinaikkan pangkat semoga terus berkerja dengan bersih, cekap dan amanah serta jujur dalam Berkhidmat Untuk Negara.

Sebenarnya jawatan Pen.Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur. .

Jawatan Pegawai Petempatan adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di Negara ini, adalah kerana adanya jawatan Pen. Pegawai Tanah yang berkhidmat didalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan. .

Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah ini semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Peg.Kanan Petempatan pada tahun 1989. .

Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B didalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun perseketuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Pen.Pegawai Tanah (NT9,NT7 & NT 5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil.18/2001. .

Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17,NT22 & NT 31/322 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Pen.Pegawai tanah NT17,NT22,NT31/32,NT36 kepada skim Pen.Penolong Pegawai Tanah NT27,NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009. .

Peranan pegawai-pegawai petempatan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pembangunan negara. Dalam melaksanakan tugas harian yang semakin mencabar dan menuju ke era teknologi maklumat maka peranan Pegawai Petempatan perlu diperkasakan lagi. Justeru itu bagi mewujudkan perkhidmatan pegawai-pegawai petempatan yang lebih komprehensif dan berwawasan, berdaya maju selari dengan dasar - dasar, cita -cita dan matlamat kerajaan masakini. Pegawai petempatan perlu melaksanakan transformas dalam melaksanakan tugas harian sejajar dengan perkembangan semasa. .

Saudara-saudara selaku pegawai petempatan adalah merupakan kakitangan terpenting dalam pentadbiran tanah dan sekaligus pembangunan tanah keseluruhannya. Selaku pegawai petempatan, saudara-saudara adalah bertanggung jawab untuk menyalurkan maklumat - maklumat yang terkini kepada pihak pentadbir tanah khususnya dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan status tanah, maklumat ini penting kerana dasar pembangunan yang dirancang pastinya memerlukan data - data yang terbaik dan kemaskini. .

Pegawai Petempatan juga berperanan merumuskan perancangan masa hadapan yang membabitkan tanah dalam sebuah mukim dan daerah. Ini kerana saudara-saudara adalah kakitangan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat. .

Pegawai Petempatan bertanggungjawab menyediakan bank data tanah yang sentiasa kemaskini bagi memudahkan pihak kerajaan menentukan program pembangunan sejajar dengan wawasan negara. Pegawai-fegawai petempatan selain daripada menyalurkan maklumat - maklumat tanah juga bertanggungjawab melaksanakan tugas penguatkuasaan undang - undang mengikut kehendak - kehendak kanun tanah negara dan akta-akta serta peraturan-peraturan yang berkaitan. .

Di bawah Seksyen 425 ktn Pegawai Petempatan bertanggungjawab menjalankan tugas penguatkuasaan bagi mengawal segala bentuk pencerobohan di atas tanah kerajaan dan tanah - tanah rizab. Oleh itu pengawalan dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 ktn, ini perlu dipertingkatkan . Kelewatan tindakan penguatkuasaan boleh menjadikan pertambahan jumlah pencerobohan dan menambah kesulitan serta kos pembangunan yang akhirnya menganggu pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan. .

Pengawalan di bawah Seksyen 426 ktn pula untuk memastikan dan mengawasi segala peralihan bahan batuan mengikut peraturan dan undang - undang supaya kerajaan negeri tidak kehilangan hasil. Kurangnya pengawalan peralihan bahan batuan ini akan boleh menjejaskan hasil royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan. Justeru itu, unit - unit penguatkuasaan perlu memikirkan apakah cara terbaik dan berkesan dalam usaha menangani isu ini. .

Selaku pegawai petempatan, yang dianggap sebagai tulang belakang didalam organisasi pentadbiran tanah hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan mematuhi segala etika sebagai kakitangan kerajaan. Kecekapan dalam menjalankan tugas perlu di iringi dengan minda yang mantap, dan berdaya kreatif. Pegawai Petempatan perlu amanah dan jujur. Jauhjlah sikap mementingkan diri sendiri dan amalan menyalah gunakan kuasa. Sebagai kakitangan yang berurusan secara langsung dengan orang awam sememangnya saudara-saudara terdedah dengan bahaya penyalahgunaan kuasa. Sehubungan itu kekuatan iman dapat menghindari dari perkara-perkara yang dilarang baik dari segi agama atau yang berkaitan dengan etjka sebagai kakitangan kerajaan. .

Tugas yang saudara-saudara jalankan adalah amanah Allah dan juga amanah kerajaan. Oleh itu, lakukanlah ia dengan penuh dedikasi, komited dan berdisiplin. Sejajar dengan matlamat dan hasrat kerajaan yang kini menuju ke arah koridor raya multimedia, maka adalah menjadi harapan kerajaan supaya saudara-saudara bersedia menghadapi perubahan yang sedang menanti di hadapan kita semua..

Selasa, Februari 02, 2010

Perjumpaan sulung dengan kakitangan Pejabat Tanah Marang

Tarikh : 2 Februari 2010. Masa : 8.30 pagi. Tempat : Bilik Syarahan, PDM. .

Majlis didahului dengan bacaan Al Fatihah Alhamdulillah pada pagi yang berbahagia ini kita dapat berhimpun didalam dewan yang selalu digunakan untuk membaca Al Quran, ceramah, tazkkirah dan sebagainya. Pagi ini merupakan kali pertama untuk tahun 2010 saya bertemu dengan tuan/tuan / puan-puan, saudara-saudari, adik kakak yang dihormati sekalian, apa yang berlaku bukan kehendak kita, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luh Mahfuz lagi, begitu juga rezeki kita telah Allah tetapkan dan begitu juga jodoh dan pertemuan telah ditetapkan. Manakala ajal maut yang telah ditentukan tidak sedikitpun boleh ditangguhkan. .

Begitu juga saya telah ditakdirkan untuk kembali ke Daerah Marang meneruskan sisa-sisa perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri untuk mengurus tadbir Pejabat Tanah membantu Tuan Haji A.Rahman bin Che Ali, Pentadbir Tanah Marang. Tanggungjawab saya untuk membantu Pentadbir Tanah dan tanggungjawab saudara-saudari semua supaya membantu saya melaksanakan tanggungjawab ini. .

Allah jualah yang telah menentukan punca dan saluran rezeki untuk kita dengan pelbagai kapasiti jawatan yang disandang. Rezeki kita tidak akan lari. Bila sampai masa dan ketikanya Allah akan beri. Cuma saluran rezeki sahaja yang berbeza. Macam pili air juga, ada pili besar dan pili kecil dan tersumbat. .

Hari ini saya kembali ke Pejabat Tanah Marang sebagai KPPT, ada orang kata “sirih pulang ke gagang”, “ikan pulang ke lubuk” . .

Dalam hidup ada matlamat yang hendak dicapai dan ada wawasan untuk direalisasikan. Tidak semua orang yang mampu untuk menyerlahkan diri dengan cemerlang seiring dengan kelahiran kita sebagai seorang juara suatu ketika dahulu. .

Orang yang Berjaya adalah orang yang mahir dalam pengurusan masa. Oleh itu pengurusan masa adalah penting supaya kita boleh membeza yang mana kita perlu utamakan. Yang mana perkara yang perlu dikemudiankan. Kerajaan telah mengeluarkan perkeliling waktu anjal agar kakitangan wam dapat mengurus masa dengan baik. Pada dasarnya perlaksanaan waktu anjal ini supaya pejabat-pejababat dapat di buka lebih awal dan ditutup lambat, pelanggan boleh mari seawall pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Tetapi malangnya ada individu yang ambil peluang atau tidak reti bahasa. Sekiranya perlu minum sebelum bekerja bolehlah mengambil masa masuk pejabat jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang. Kita hendaklah sentiasa mendisiplinkan diri. .

Kita bekerja dbagi melaksankan tanggungjawab kepada pelanggan luar dan dalaman yang memerlukan kita bekerja dalam tempoh yang ditetapkan. Waktu rehat jam 10.00 pagi untuk kita minum pagi. Mencuri masa pejabat adalah sama dengan mencuri atau merompak dan menyebabkan rezeki yang diperolehi daripadanya menjadi haram. .

Penjawat awam adalah bernasib baik yang mana telah dinaikkan pangkat dalam gred baru-baru ini seperti jurutaip daripada N11 kepada N17, kerani pula yang berkhidmat 15 tahun telah dinaikkan gred daripada N17 kepada N22, manakala pegawai petempatan pula daripada N17 kepada NT 27. Oleh itu kita harus bekerja setimpal atau berpadanan dengan gaji yang telah diberikan. Kita bekerja dengan kerajaan hendaklah merealisasikan slogan YAB Datuk Seri Najib “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan slogan YAB Dato’ Ahmad Said “Merakyatkan Pentadbiran dan pembangunan”. .

Dunia hanya tempat persinggahan, jangan jadi orang yang rugi. Sesungguhnya cabaran dalam kehihidup tahun 2010 lebih sukar daripada tahun 2009. Mendidik anak kini lebih sukar daripada zaman ayah-ayah kita mendidik kita dahulu. Dalam konteks Pejabat kita bersaing dengan Pejabat lain dan hendaklah menjadikan pejabat kita yang terbaik, kita boleh tiru pejabat orang lain yang telah membuat perubahan. Pihak PTG telah meletakkan “standard” yang terbaik di Malaysia dan berharap kita boleh mencapai yang lebih baik daripada PTG. .

ISO 2000 kepada 2008 hendaklah mencapai standard. 5S akan diteruskan walaupun kedudukan kita padat tetapi biarlah kemas. Pasukan petugas akan ditubuhkan dan “Strategic Planning” hendaklah diadakan. Pejabat Tanah akan dinilai secara “Star Rating” dan kita haruslah bersedia kearah itu. .

Pusingan kerja adalah penting dan akan dilakukan bagi menambahkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan dan akan dibuat kajian terlebih dahulu. Semua kakitangan diminta menyediakan senarai tugas yang betul-betul dibuat sekarang (bukan sebagaimana SKT yang boleh direka) dan kita akan perkemas struktur organisasi. Kita seharusnya bekeerja sebagai sebuah pasukan, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah adalah sama dibawah seorang Ketua iaitu Pentadbir Tanah dan Pegawai Daerah adalah orang yang sama. .

Dari segi IT hendaklah dibuat perubahan kerana ia selaras dengan dengan pembangunan global. Mana bahagian yang boleh kita buatperubahan akan dilaksanakan. .

Dari segi kenderaan, kita ada 4 buah iaitu Proton Waja, Ford Everest dan 2 buah pajero yang mana sebuah daripadanya dipinjamkan oleh Pejabat Daerah dan kita amat berterima kasih kepada pihak Pejabat Daerah yang telah meminjamkan kenderaan tersebut . Pengurusan kenderaan seperti Ford Everest dan Pajero dan lain-lain akan diperkemas. Ketua Pembantu Tadbir dberi tanggungjawab untuk pengurusan kenderaan jabatan. Akhir kata “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. .

Isnin, Februari 01, 2010

Pesanan pertama untuk kakitangan bagi mewujudkan organisai yang cemerlang.

Organisasi yang hebat bermula dengan pengurusan yang hebat. Pengurusan yang hebat tentukan lahir dari kepimpinan yang hebat juga. Setiap anggota organisasi dipimpin dan dibimbing untuk bergerak seiring dengan pihak pengurusan. Matlamatnya jelas dan difahami oleh setiap warganya.

Dalam melaksanakan transformasi setiap anggota perlu bersedia untuk berubah. Berubah dari paradigm lama kepada paradigm baru. Kejadian alam ini sendiri sentiasa berubah. Berubah dari satu era kepada era yang lain. Kadang-kadang perubahan itu disedari dan kadang-kadang ianya tidak disedari. Pemimpin berubah maka orang yang dipimpin juga berubah. .

Orang yang tidak bersedia untuk berubah ia akan ketinggalan. Sejauh mana ia akan ketinggalan bergantung kepada keadaan. Jika ketinggalan ada kalnya ia dapat mengejar kembali dan mungkin ia kan ketinggalan terus.. .

Di antara perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang ialah: .

1. Pengurusan masa. Orang yang mahir dalam pengurusan masa akan berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna. Dalam Negara maju rakyatnya sangat menghargai masa. Budaya “on time” menjadi budaya hidupnya. Bila berjanji ia akan menepati masa yang dijanjikannya. .

2. Disiplin diri. Hanya orang yang menghargai masa sahaja yang dapat mendisilinkan dirinya. Dalam perkhidmatan awam kita ada peraturan dan undang-undang. Ada perkara yang boleh kita lakukan dan ada pula perkara yang tidak boleh kita lakukan. Masa bekerja telah ditetapkan sepertimana waktu anjal. Ia dibuat untuk kebaikan semua , bukan untuk member peluang kepada yang ingin mengambil kesempatan. .

3. Beri perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang kita dapat. Ramai yang telah diberi kenaikan pangkat. SO dari pada gred N17 kepada NT27, Pembantu tadbir daripada N17 kepada N22, Jurutaip daripada N11 kepada N22 dan lain-lain. Dengan itu setiap daripada kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah kita perolehi. Tanda bersyukur kita harus menyerlahlan kehebatan diri kita. Bagi menyerlah kehebatan diri itu kita harus berubah cara bekerja. Berubah cara berfikit dan berubah cara bertindak. Untuk itu ia memerlukan komitment dari setiap orang. .

4. Bagi memastikan kecemerlangan organisasi kita tidak boleh menilai diri kita sendiri. Sebaliknya kita perlu dinilai oleh orang lain. Kita tidak boleh mengiklankan dengan mengatakan kita adalah terbaik, melainkan kita benar-benar terbaik. Dalam perkhidmatan awam kerajaan telah keluarkan banyak perkeliling untuk dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi. Kaedah penilaian pula dibuat sedemikian rupa agar ianya berjaya dilaksanakan dengan baik. Penilai melalui perlaksaan ISO, star rating dibuat untuk diberi pengiktirafan dan tanda aras. .

5. Kearah melaksanakan pengurusan organisasi yang baik banyak perkara seharusnya didokumenkan. Dokumen yang perlu ada dalam sesebuah jabatan ialah MPK & FM, Strategik Planning Jabatan, Strategik Planning Sumber Manusia, KPI, Bussines Plan dan sebagainya. Ini perlu bagi perlaksanaan kerja mengikut kerangka yang telah ditetapkan dan terancang. .

6. Job rotation atau pusingan kerja dilakukan untuk kebaikan semua. Pengalam penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang paling unggul untuk tempat kita belajar ialah dari pengalaman yang lalu. Belajar dari pengalaman untuk masa depan yang lebih baik. Ini sangat sesuai untuk konsep transformasi tadi. .

7. Proses re engienginering perlu dilaksanakan dalam sesubuah organisasi. Proses kerja yang telah kita lakukan sebelum ini mungkin telah tidak sesuai masa kini. Walaupun pada suatu kitika dahulu ia sangat sesuai. Macam kereta juga sapai masanya kina over houl bagi memantapkan kuasa enginenya. Ini memerlukan kreativiti dan inovasi. .

8. Perlaksanakan pengurusan “by meeting”. Pengurus yang berkesan ialah pengurus yang dapat menyelaraskan ideanya untuk dilaksanakan oleh orang yang dipimpinya. Cara mudah bagi menyalurkan idea ialah melalui mesyuarat. Banyak mesyuarat adalah lebih baik untuk membina organisasi yang mantap..

Sabtu, Januari 30, 2010

Penangguhan bayaran penuh faedah persaraan pilihan

Surat Edaran JPA bertarikh 28 Januari 2010 memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara pilihan. Manakala bakinya akan dibayar apaila sampai umur persaraan sebenar.

Walau bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen. Ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan telah dijelaskan. .

"Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai, .

Kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang). .

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan, .

"Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA, .

Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan 13(2)Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya. .

Bagi anggota yang ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan faedah persaraannya. Syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Feb tahun ini. .

"Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya,".

Selasa, Januari 12, 2010

Cuti sakit bergaji penuh selama 24 bulan untuk penjawat awam yang disahkan mengidap barah

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

. Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah

. Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

. Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

. Kakitangan awam yang disahkan oleh pakar perubatan layak untuk mendapatkan cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain; ( Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’ ).

. Seseorang pegawai yang, disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan , seperti yang diperbekalkan dalam perintah am bab” F” Pesakit hendaklah memohon cuti sakit barah bergaji penuh kepada Ketua Jabatan, dengan disertakan sijil sakit dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.Sekiranya belum juga sembuh dalam tempuh tersebut, pegawai layak mendapat cuti sakit separuh gaji untuk tempuh tidak lebih dari 12 bulan.

. Selepas tamat tempuh cuti sakit bergaji penuh tersebut dan cuti sakit separuh gaji selama 12 bulan itu, pesakit belum juga sembuh .Ketua Jabatan hendaklah merujuk pegawai berkenaan kepada Lembaga Perubatan untuk dibersarakan pegawai berkenaan atas sebab-sebab kesihatan.

Rabu, Disember 30, 2009

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian i.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA)

"Key Result Area" atau KRA memjuk kepada Bidang Keberhasilan Utama sesebuah organisasi atau jabatan yang bertanggungjawab. Di dalam istilah mudahnya, Bidang Keberhasilan Utama boleh dijelaskan sebagai bidang utama di dalam sesebuah jabatan yang merangkumi dari sudut pengambilan pekerja, keselamatan di tempat kerja, pengurusan professional, pentadbiran sumber manusia dan sebagainya. Selain itu ianya juga memjuk kepada tanggungjawab utama seseorang pegawai dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya untuk menjayakan misi jabatan.

Terdapat beberapa kepentingan Bidang Keberhasilan Utama di antaranya ialah;-

• Dapat menetapkan objektif dan matlamat
• Meletakkan meutamaan kepada aktiviti yang penting
• Mampu menjimatkan masa dan juga pengurusan kerja
• Mampu memberi nilai tambah kepada keputusan yang dibuat
• Mampu menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai atau jabatan dengan lebihjelas
• Memberikan focus terhadap hasil kerja berbanding aktiviti kerja

Pentadbiran Bidang Keberhasilan utama terbahagi kepada beberapa cabang utama di dalam sesebuah organisasi di antaranya ialah;-

• Bahagian Sumber Manusia
• Bahagian Pengurusan
• Bahagian Pentadbiran
• Bahagian penyelenggaraan
• Pengurusan fail
• Pengurusan keselamatan & Kesihatan
• Sistem Perhubungan Pelanggan

Kepentingan elemen Bidang Keberhasilan Utama sangatberkait rapat dengan perkara-perkara berikut iaitu:-

• Misi Organisasi
• Visi organisasi
• Objektif Korporat Organisasi
• Strategi Korporat Organisasi

Syarat utama Bidang Keberhasilan Utama adalah memerlukan hampir 80% daripada bidang tugas sesuatu jabatan manakala selebihnya iaitu 20% adalah datangnya daripada tanggungjawab bersama seperti membantu ahli kumpulan, mengambil bahagian di dalam aktiviti di tempat kerja dan sebagainya.

Sebagai contoh, bidang utama di dalam jabatan sumber manusia adalah untuk mengambil pekerja. Untuk memastikan pekerja yang bekerja mencapai matlamat organisasi, organisasi tersebut perlulah mempunyai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI bagi memastikan matlamat pengambilan pekerja itu tercapai. Pekerja yang diambil bekerja haruslah mempunyai daya pencapaian yang diperlukan oleh sesebuah unit di dalam organisasi. Kelayakan yang secukupnya perlu diberi perhatian dan diutamakan selain pengalaman di dalam bidang yang berkaitan.

Selain itu, di dalam bidang Keselamatan dan kesihatan Pekerja pula, organisasi perlu memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin dan mampu mengurangkan berlakunya kemalangan. Oleh itu perlu diwujudkan KPI bagi memastikan matlamat mengurangkan peratusan kemalangan di tempat kerja tercapai.

Ringkasnya KRA adalah bidang-bidang utama yang ada di dalam sesebuah organisasi samada kementerian, jabatan, agensi ataupun syarikat yang berperanan untuk menggerakkan sesebuah organisasi tersebut. Untuk itu, perlu diwujudkan Petunjuk prestasi Utama di dalam setiap bidang utama tersebut.

PENGGUNAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

KPI adalah satu system pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. Maklumat ini akan digunakan sebagai tanda aras yang akan menjadi komponen utama sesebuah organisasi bagi mencapai konsep amalan terbaik. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Tujuan KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor¬-faktor utama yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi.

Untuk KPI berfungsi dan memberikan faedah kepada organisasi, ianya harus diukur secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. KPI boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti Directional KPI iaitu memberikan ukuran yang baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang spesifik dan memantau sama ada terdapat penambahbaikan. Quantifitable KPI diwakili oleh angka dan memberikan ukuran yang tepat untuk menganalisis data. Terdapat juga KPI yang menggunakan sifat seperti lemah, sederhana dan baik yang boleh ditukarkan kepada skala Likert 1-5. Secara keseluruhannya KPI menyediakan peluang kepada organisasi untuk menyasarkan bidang-bidang yang perlu dilakukan penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi. .

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian ii

HUBUNGAN DIANTARA KRA DAN KPI

Kita sedia maklum bahawa salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Ini bermaksud jika kementerian Pelajaran Malaysia sebagai contoh harus mempunyai KPI dan juga turut tidak terkecuali ialah semua sekolah di seluruh Malaysia. Bourne dan Bourne (2002) telah merumuskan secara keselurohannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertamanya, menjelaskan hala tuju organisasi. Melalui pembinaan KPI, warga kementerian pelajaran misalnya dapat menyedari perkara¬-perkara penting dan patut diberikan perhatian serius dalam menjayakan misi dan visi kerajaan. Di peringkat ini misi dan visi kementerian pelajaran adalah untuk mencapai dasar yang telah diperkenalkan iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sistem pengukuran yang baik akan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategic di sekolah. Setiap warga kementerian akan dapat mengenal pasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan individu dengan sasaran kerja kumpulan seperti Kawalan Mutu Kerja (KMK), dengan perancangan startegik kementerian dan seterusnya dapat menentukan samada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai atau tidak.

Perkara kedua ialah dengan mengaplikasikan sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI, kementerian akan dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama yang disampaikan kepada jabatan pelajaran dan pihak berkepentingan yang lain. Penggunaan KPI dapat membantu kementerian dalam menentukan tindakan yang perlu diambil. System pengukuran merupakan sesuatu yang dinamik. Pengukuran secara tekalakan dapat membantu kementerian mengenal pasti Perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu, tumpuan dapat diberikan kepada perkara¬perkara penting yang menjadi teras kepada kecemerlangan dan keberkesanan kementerian.

Ketiganya, penggunaan KPI akan dapat membolehkan kementerian menilai semula prestasi yang telah disasarkan. Kesesuaian strategi yang telah diimplementasi juga boleh dikenalpasti melalui Penilaian semula prestasi menggunakan KPI dan tindakan-tindakan pembetulan serta penambahbaikan yang perlu dibuat. Untuk memantapkan prestasi, kementerian harus membandingkan pencapaian masa lalu dengan prestasi semasa serta menyasarkan prestasi pada masa akan datang. Melalui penggunaan KPI kementerian akan dapat mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan prestasi kementerian agar sejajar dengan kehendak kerajaan. .

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian iii

MEMBINA KPI

Perlaksanaan pengukuran menggunakan KPI adalah bertujuan untuk mengukur prestasi perkhidmatan dan penyampaian sesebuah organisasi. KPI yang diwujudkan hendaklah merangkumi aspek kecekapan dan keberkesanan proses-proses utama dalam menghasilkan dan menyampaikan perkhidmatan utama kepada pelanggan serta aspek kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diterima.

Perlaksanaan pengukuran prestasi memerlukan pembinaan KPI dan sasaran prestasi sebagai asas membuat pengukuran. Sasaran prestasi hendaklah mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan. Sasaran prestasi yang ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah memenuhi eiri-eiri SMART (specific, measurable, achievable, realistic and time bound)

Rajah menunjukkan Langkah-Iangkah untuk mewujudkan KPI dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi . Rajah di atas juga menunjukkan bagaimana KPI dibentuk. Selepas menetapkan KPI dan sasaran prestasi, organisasi yang bertanggungjawab perIu pengumpulan maklumat dan menilai pencapaian dengan membandingkan pencapaian sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Jurang pencapaian sebenar dengan sasaran perlu dikenal pasti serta analisis sebab-sebab berlakunya jurang perlu dibuat dan seterusnya mencadangkan tindakan penambahbaikan yang perIu dibuat.

Pemantauan harus dibuat memenuhi kehendak pelanggan luar (masyarakat) dan pelanggan dalaman ( state holder ). Berdasarkan kepada pengumpulan data dan analisis yang telah dibuat serta pemantauan oleh pihak organisasi terlibat, langkah yang terakhir ialah melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi organisasi. Penambahbaikan yang dilakukan juga perlu dinilai secara berterusan melalui pengukuran prestasi menggunakan KPI dan sasaran prestasi.

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama adalah mekanisma penting yang perlu ada bagi sesebuah organisasi. KRA dan KPI dapat membantu organisasi menetapkan sasaran dan objektif organisasi dengan lebih jelas dan spesiftk lagi.

Dengan menetapkan bidang keberhasian utama, maka organisasi tersebut haruslah mempunyai model KPI yang tersendiri supaya mudah dieapai. KPI yang dibentuk juga haruslah menggunakan ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, realistic, Time Bound). Penggunaan KPI merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI di dalam kerajaan penting bagi memastikan tahap prestasi telah tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak masyarakat dan pihak berkepentingan. Melalui KPI, pihak organisasi kementerian dapat mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjamin keberkesanan kementerian dan memenubi kehendak pelanggan.

Rujukan

R.Kaufman,H.Oatdey-Browne,R.Watkins,.2003.Strategic Planning for Success:Aligning People, Performance and Payoffs.

Robert S. Kaplan & David P.Norton. 1992. The Balanced Scorecard:Translating strategy into action. .

Isnin, Disember 28, 2009

Menetapkan matlamat hidup yang jelas untuk melangkah menuju sukses

Dalam permainan dan sukan, mesti ada gol agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama untuk menjaringkan gol lawan. Dengan lain perkataan, wujud satu matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.

Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki gol (goal) matlamat dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi goal mempunyai ciri-ciri yang khusus agar lebih mudah tercapai dan dinilai tahap pencapaiannya.

Bagaimana untuk menetapkan goal ?

Fikirkan apa yang anda hajati atau inginkan. Tuliskan kesemuanya. Gunakan proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea. Kemudian, buat keputusan apa sebenarnya yang anda inginkan atau impikan.

Tuliskan di atas kertas atau di dalam buku. Semak senarai kesemua goal anda.

Kenalpasti sebab-sebab kenapa anda mahu goal yang berkenaan.

Tuliskan sebab-sebab ini di kertas atau dalam buku. Ini kerana alasan atau sebab datang sebelum yang lain.

Jika anda mempunyai alasan yang membara dan jitu, lautan api sekalipun akan anda redah. Tak hairanlah telah ada di kalangan rakyat kita yang sanggup berjalan kaki atau berbasikal mengelilingi dunia.

Lazimnya setiap goal harus mempunyai ciri-ciri menurut akronim SMART.

S= SPECIFIC (khusus)

M=MEASURABLE, MANAGEABLE (dapat diukur kejayaannya, boleh diuruskan secara munasabah)

A = ACHIEVABLE, AMAZING, AWESOME (boleh dicapai, berjejak di alam nyata, hebat,mengagumkan)

R =RELEVANT, REALISTIC, RASIONAL ( relevan, realistik, munasabah, boleh diterima akal)

T =TIME FRAME, TRACKABLE ( jangka masa pencapaian, boleh dijejaki atau dipantau)

M.Heppel dalam bukunya berjudul "How to be Brilliant" mengutarakan agar goal hendaklah memiliki 3 ciri-ciri P ia itu:-

Personal (peribadi),

Positive (positif),

Present tense (kala kini, sekarang).

Goal yang bersifat peribadi memiliki kuasa WIIFM iaitu "apa yang saya dapat dari semua ini". Kita sedang memperkatakan tentang goal persendirian dan bukan kumpulan atau syarikat. Kita memperkatakan tentang goal ANDA , goal yang akan membuat anda berbeza dari anda dulu, atau dari orang lain yang mengenali diri anda.

Goal juga mestilah sesutu yang positif contohnya, "saya ingin bebas dari hutang dalam satu tahun lagi" merupakan goal yang tidak positif tetapi sebaliknya. Perkataan "hutang" adalah perkataan negatif. Pernyataan goal anda sepatutnya berbunyi " Dalam setahun saya bebas dari segi kewangan".

Perkataan "akan" dalam pernyataan goal anda memberi makna kala hadapan atau akan datang. Kita mesti menggunakan "sekarang" atau seolah-olah sudah berlaku. Apabila kita menetapkan gol kita dalam kala masa kini atau telah berlaku, otak bawah sedar (subconscious) kita akan bekerja keras bagaimana mencapai gol berkenaan. Ia akan mencari jalan dan memberi idea bernas untuk menjawab persoalan "HOW" atau "bagaimana". Justeru , pada peringkat permulaan di atas, kita mesti jelas di fikiran kita tentang "WHY" atau "kenapa " atau sebab kita mesti mendapat atau berjaya dalam sesuatu goal kita.

Terdapat beberapa aspek kehidupan yang mana goal wajib dibuat. Untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan saling lengkap melengkapi (insan kamil mutakkammil) kita hendaklah mengambil berat serta prihatin dalam kesemua aspek kehidupan iaitu kerohanian/spiritual, fizikal, kewangan, kerjaya, pendidikan, keluarga/famili, masyarakat, emosi/mental, dan masa lapang (senggang/hobi). Aspek utama goal ialah kita mesti memiliki goal dalam medan kerohanian atau spiritual. Sebagai contoh, " saya mesti memahami apa yang saya ucapkan dalam solat saya di penghujung bulan April 2010", "saya mesti dapat menghafaz surah AtTariq pada bulan Mei 2010" dan sebagainya.

Dalam aspek fizikal, sebagai contoh, "saya dapat belari keliling balapan Stadium tanpa berhenti sebelum penghujung tahun 2012".

Setelah selesai proses menetapkan atau mengwujudkan senarai goal, setiap goal yang telah ditulis mestilah mempunyai senarai langkah tindakan (action steps) yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, goalnya ialah "saya hendak mendapat sijil tambahan dalam bidang kaunseling di hujung tahun 2012", maka langkah tindakan selanjutnya mungkin: melayari internet untuk mencari program PJJ (pendidikan jarak jauh) yang ditawarkan serta perkara yang berkaitan seperti kos, jangkamasa dll., merujuk individu tertentu seperti kaunselor sekolah, merujuk KWSP untuk pembiayaan dengan pengeluaran simpanan, berbincang dengan majikan atau bos hasrat untuk sambung belajar dan seterusnya.

Senarai langkah tindakan bagi setiap satu goal harus dibuat mengikut keutamaan (priority). Kemudian, laksanakan langkah tindakan yakni BUAT. Buat sesuatu setiap hari. Rujuk goal dan langkah tindakan setiap hari. Pada setiap hari, lihat, bayangkan dan sebut goal anda. Jika perlu, gantungkan senarai goal anda di tempat-tempat yang anda mudah melihatnya seperti di cermin muka, di bilik air atau pada dash board kereta. Semoga berjaya duniawi ukhrawi..

Ahad, Disember 27, 2009

Hargailah kehidupan ini

Erti Kehidupan

Hidup adalah peluang, rebutlah ia.

Hidup adalah keindahan, kagumi ia

Hidup adalah mimpi, realisasikannya

Hidup adalah cabaran, hadapilah ia.

Hidup adalah kewajipan, tunaikanlah ia.

Hidup adalah permainan, bermainlah dipentasnya.

Hidup adalah janji, tunaikanlah ia.

Hidup adalah kesedihan, atasikanlah ia.

Hidup adalah lagu, nyanyikanlah ia.

Hidup adalah perjuangan, terimalah ia.

Hidup adalah tragedi, hadapilah ia.

Hidup adalah pengembaraan, beranilah tempuhinya.

Hidup adalah keberuntungan, dapatkanlah ia..

Hidup ini terlalu berharga, jangan memusnahkannya

Hidup adalah kehidupan, berjuang untuk itu.

Selamat menyambut tahun baru 2010 yang bakal menjelang tiba.

Rabu, Disember 23, 2009

Apakah benar wujudnya budaya "ketakutan" dalam perkhidmatan awam hari ini ?



Apakah benar terdapatnya budaya ketakutan dalam perkhidmatan awam hari ini. Itu yang dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini (23/12/2009). .

Wujudnya Perkhidmatan awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.. Relevan atau tdak sesebuah agensi kerajaan itu bergantung kepada penerimaan pelanggan. .

Perkhidmatan awam juga bertanggungjawab kepada stakeholder ia itu ketua-ketua kerajaan, pembuat-pembuat dasar, lembaga-lembaga pengarah, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat. .

Ruang untuk membuat aduan atau cadangan terbuka luas melalui sms, surat khabar ,radio, blog-blog dan website menjadikan perkhidmatan awam terpaksa mengubah sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan tepat. .

Oleh itu sistem penyampaian yang dapat memenuhi kehendak dan mengembirakan pelanggan akan menjadi matlamat utama perkhidmatan awam. Ini adalah untuk mempastikan supaya perbelanjaan kerajaan tidak sia-sia dan member faedah yang tinggi kepada pelanggan dan stakeholder. Perkhidmatan awam hari ini telah berubah atau mempunyai kebolehan untuk berubah (adopt and adapt) kepada keperluan semasa dan masa akan datang. .

Perkhidmatan awam hari telah berubah cara berfikir, cara bekerja dan bertindak bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Ini terbukti apabila berlaku perubahan dalam pemerintahan kerajaan, kakitangan dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan-pendekatan baru yang dibuat oleh pentadbiran semasa. .

Kerajaan pula sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk berubah dan mencapai kecemerlangan. Kelemahan-kelemahan yang berlaku pada masa ini lebih merupakan kekurangan dari sudut ilmu dan kemahiran serta beberapa sikap dan mindset yang negetif yang bersifat individu. .

. Faktor-faktor ini boleh diatasi bukan sahaja dengan bantuan organisasi tetapi juga dengan keinginan kakitangan berkaitan. Kita dapat melihat bahawa hampir 90% kakitangan awam memberi perkhidmatan mereka sehingga tempoh pencen. Ini bermakna mereka 'loyal' kepada perkhidmatan awam dan sanggup menghabiskan separuh hayat mereka untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Selasa, Disember 22, 2009

Gagasan1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, memerlukan pengurusan pentadbiran awam berorientasikan prestasi sebagai suatu budaya.

Dikalangan negara membangun perkhidmatan awam Malaysia adalah yang terbaik. Ia berperanan untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara dan telah membantu Kerajaan membentuk negara yang berdaulat, aman dan makmur.

Dalam dunia yang semakin kompetitif dan global, memberi cabaran besar kepada perkhidmatan awam. Ekspektasi pelanggan telah meningkat dan pelanggan lebih bermaklumat

Perkhidmatan kerajaan bukan sekadar memenuhi kehendak pelangan tetapi Kepuasan pelanggan merupakan sesuatu yang perlu diutamakan, supaya perkhidmatan awam terus kekal relevan. Oleh itu kecemerlangan perkhidmatan awam adalah menerusi sistem penyampaian perkhidmatan yang menepati kehendak dan cita rasa pelanggan.

Keperluan kepada sistem penyampaian yang berkualiti dan cekap, rakyat juga mengharapkan layanan yang saksama, mesra, bersopan santun dan berbudi bahasa. Gagasan pucuk pimpinan Negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, memerlukan pengurusan pentadbiran awam berorientasikan prestasi sebagai suatu budaya. Oleh itu prestasi perkhidmatan awam perlu diukur.

Dalam konteks ini, pendekatan berasaskan Bidang Hasil Pencapaian Utama atau Key Result Area (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) telah dijadikan asas dalam proses pengukuran pencapaian prestasi. KRA merupakan hasil utama yang perlu dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan misi organisasi berkenaan. Manakala KPI merupakan indikator utama.

Perkhidmatan awam perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari kaedah terbaru bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keadaan semasa.

Usaha-usaha peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan adalah usaha yang berterusan. Apabila satu tahap kualiti telah tercapai, usaha perlu terus ditingkatkan lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Ini adalah kerana ekpektasi dan kehendak pelanggan tidak statik tetapi turut meningkat. Oleh kerana itu, usaha mengemaskini, merombak serta menyusun semula untuk memperkenalkan prosedur baru, inovasi dan aplikasi teknologi akan berterusan untuk memastikan perkhidmatan awam memenuhi aspirasi negara dan harapan rakyat.

Khamis, Disember 17, 2009

Menghayati Ikrar Perkhidmatan Awam untuk kecemerlangan.

Setiap anggota Perkhidmatan Awam akan membuat ikrar bahawa semasa dan selagi berkhidmat dengan Kerajaan akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan seperti yang terkandung dibawah semasa menjalankan tugas – tugas

I. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Ii. Bekeeja dengan penuh tanggungjawab
Iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
V. Bekeeja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Vi. Bekerjasama dalam membereras kelemahan dan musuh musuh negara
Vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ikrar sebegini akan dilafazkan oleh setiap anggota Perkhidmatan Awam sebaik sahaja mereka melapur diri dihadapan ketua perkhidmatan atau wakilnya. Hakikat ikrar ini adalah pematuhan dan integriti anggota perkidmatan bagi memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Ikrar merupakan pernyataan lisan terhadap janji-janjinya dihadapan Allah swt. Bersaksikan ketua perkhidmatan.

Unsur-unsur perkhidmatan berkualiti diterapkan dalam ikrar tersebut . Janji untuk tidak mementingkan diri sendiri akan teruji bila terdapat perbezaan antara tuntutan perkhidmatan dengan tuntutan pribadi. Yang mana satu patut dibuat pilihan terlebih dahulu. Gagasan untuk mendahulukan rakyst atau merakyatkan pentadbiran telah lama diterapkan dalam perkhidmatan swam.

Oleh itu setiap anggota perkhidmatan awam wajib menggayati setiap patuh perkataan ikrar yang diucapkan.

Isnin, Disember 14, 2009

Integriti adalah cabaran terbesar perkhidmatan awam masa hadapan

Kerugian yang kerajaan tanggung dalam skander PKFZ ialah RM 1.35 Billions.Manakala kerugiaan tahunan kerajaan RM28 billions akibat salah urus dalam projek-projek kerajaan Banyak manakah nilai RM28 billon itu?. Mungkin angka dibawah member1 gambaran kepada kita nilai harta benda sebanyak itu.

Cuba kita bayangkan banyak mana RM1 Bilions ?. Ia adalah bersamaan dengan RM 1000 juta. Atau dalam bentuk angkanya ialah RM1,000,000,000

Sekiranya kita mempunyai wang yang sebanyak itu apa yang boleh kita buat?. Menurut Dr Mohd Tab Presiden Institut Integriti Malaysia dalam Konvensyen JKP 7 Disember yang lalu wang yang sebanyak itu kita boleh melaksanakan projek

90 sekolah rendah @ 11 juta sebuah sekolah
500 buah jambatan @ RM2juta sebuah jambatan
667km Jalan Luar / Bandar (kelebaran 21’ @ RM1.5juta /km)
6,667 km Jalan Kg (kelebaran 14’ @ RM150k /km)
5,000 Taska/Pusat Sumber (RM200k seunit)
23,310 Rumah kos rendah @ RM42,000 seunit
55,555 unit rumah PPRT (RM18k seunit)
4 juta unit basikal @ RM250 seunit
6.6 juta pasang uniform sekolah untuk pelajar @ RM150 sepasang

Bayangkan….

……Apakah yang boleh diperolehi dengan RM28 billion setahun……..
- Tak Perlu Bayar Tol?
- Tak Perlu GST?
- Tak Ada Orang Miskin?
- Dan Lain-lain?
….Inilah Cabaran Terbesar Perkhidmatan Awam Masa Hadapan……..

Sabtu, Disember 12, 2009

‘Good Governance' atau Tadbir urus baik

Apa yang saya faham dari Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) bertemakan Tadbir Urus Baik Penentu Pembangunan Mampan. Konvensyen JKP 2009 pada 7-8 Disember 2009 di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.

‘Good Governance' atau Tadbir urus baik dianggap sebagai kunci pengurusan pembangunan oleh Bank Dunia. Dimana dimensi pengurusan sektor awam mempunyai akuntabiliti, kerangka undang-undang untuk pembangunan dan ketelusan maklumat .

Dalam konteks Perkhidmatan awam ‘Good Governance' ialah "Pengurusan yang profesional & mempunyai akauntabiliti. Dalam ertikata lain perkhidmatan awam yang boleh menyelenggarakan peraturan-peraturan, mengekalkan standard & daya saing bagi memastikan akuntabiliti dari segi kewangan dan pentadbiran. . Ia sangat sangat penting bagi mendapat keyakinan sektor swasta ..

. Good Governance' mengikut takrif “Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP)” adalah proses membuat keputusan dan bagaimana mana menentukan keputusan dilaksanakan atau tidak"

Asian Development Bank mentakrifkan Good Governance' ialah "Norma-norma tingkahlaku yang menentukan kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat sepertimana yang dijanjikan.. Terdapat empat elemen asas: akuntabiliti , penyertaan i, prediktabiliti, transparens"

Elements Good Governance (ESCAP)

1. Efektif dan Efisien (Cekap dan berkesan)
2. Mengikuti peraturan dan undang-undang
3. Penyertaan
4. Berorientasi Konsensus
5. Akuntabiliti
6. Responsif
7. Transparen (ketelusan)
8. Adil dan saksama

1. Efektif dan Efisien
PEMUDAH ditubuhkan untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kecekapan sector awam. Pada permulaannya terdapat 89 isu yang berkaitan denagan sector swasta. Umpamanya isu berkaitan dengan kelulusan permit yang mengambil masa berminggu-minggu telah dapat diselesaikan dalam masa 7 hari sahaja. Pendaftaran syarikat daripada 3 hari kepada 1 jam sahaja.

2. Peraturan dan undang-undang
Peraturan dan undang-undang sangat penting. Dalam hal ini kecekapan mahkamah sangat diutamakan. Banyak perjanjian yang ditandatangani yang melibatkan Negara ketiga perlu penyelesaian segera. Proses mahkamah yang mengambil masa yang panjang akan mendatangkan persepsi yang bias kepada pihak tertentu.

3. Penyertaan.
Komunikasi yang berkesan stakeholders dengan rakyat adalah jantung hati pembangunan . Dalam hal ini penglibatan Persatuan , Syarikat ,, NGO, parti politik) & orang ramai dapat memberi kesan kepada rancangan & pelaksanaan projek dan program, terutama nya yang melibatkan kepentingan mereka. Sebagai contoh jika kerajaan berbelanja RM 1 untuk membuat keputusan,dengan membelanjakan RM10 untuk konsultansi. Adalah lebih baik daripada menghabiskan RM 100 untuk membatalkan projek yang tidak dirancang dengan baik

4. Berorientasi Konsensus
Penglibatan agensi-agensi berkaitan perlu namun terdapat juga pro dan kontra sehingga persetujuan dicapai untuk menyelesaikan sesuatu isu. Contohnya : Dasar Pekerja Asing – dilibatkan sama MTUC dalam membuat dasar. Mengambil masa 2 tahun sebelum persetujuan dicapai.

5. Akuntabiliti
Orang ramai mengharapkan akuntabiliti sebenar sector awam . Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tanggungjawab apabila sesuatu krisis berlaku. Sebagai contoh pihak pengurusan Bank Central Govt. dari New Zealand mengundurkan diri ketika inflasi melebihi target . Untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai wujudnya akauntabiliti dalam sector awam tidakan tegas hendaklah dilaksanakan jika terdapat lapuran salah laku dalam sektuor awam.

6. Responsif
Tuntukan agar kerajaan melaksanakan tadbir urus yang baik telah meningkat dengan peningkatan pendidikan rakyat ,ketelusan maklumat masyarakat sivil kuat, pengawal, internet & blog . Oleh itu penjawat awam hendaklah fleksibel & responsive terhadap perubahan dan keperluan rakyat. Contohnya : kaedah baru pembayaran & penghantaran harus dilaksanakan.. Jam bekerja harus memenuhi keperluan pelanggan, Perkhidmatan pelanggan harus mengikuti piagam pelanggan yang ditetapkan.

7. Transparen (ketelusan)
Berkaitan dengan akuntabiliti & ketersediaan maklumat kepada umum Peraturan kerajaan dan kriteria untuk membuat keputusan yang diperlukan. Tiada pelindungan untuk pelaku rasuah, kebocoran dan penyalahgunaan kuasa

8. Adil dan saksama
Ketidakadilan dalam penyediaan perkhidmatan awam perlu ditangani dengan segera.-Perkhidmatan yang adil dan saksama adalah sesuatu yang penting dan sangat releven dengan Mlaysia yang rakyatnya multiras dan multi-agama. Kepelbagaian harus tercermin dalam dasar dan perlaksanaan system penyampaian kerajaan.

Kesimpulannya kepimpinan tertinggi dalam perkhidmatan awam harus menunjukkan komitmen terhadap tadbir urus yang baik. Mengkaji semula prosedur pentadbiran untuk menangani isu-isu etika, kemungkinan penyalahgunaan kuasa, dan lain-lain di persekitaran yang lebih kompleks .Kemudahan untuk rakyat membuat aduan hendaklah disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti Nombor telefon, alamat email dan perlindungan. Kepada pengadu.

Jumaat, Disember 11, 2009

Sektor awam perlu bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah rakyat

Sesungguhnya bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Era globalisasi, pembangunan ICT yang pesat dan pembaharuan dalam teknologi memungkinkan ekspektasi rakyat terhadap sistem perkhidmatan awam kini telah berubah. Kematangan rakyat pada masa kini dalam menyuarakan pandangan dan cadangan merupakan satu titik tolak perubahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada. Sekali gus senario ini mewujudkan satu cabaran terhadap Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang efektif, dan berkualiti dapat diberikan. Oleh yang demikian, penjawat awam tidak seharusnya menganggap aduan pelanggan sebagai satu bebanan sebaliknya menjadikan ianya sebagai satu peluang dan cabaran untuk menambahbaik dan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2009 yang telah dikeluarkan pada 24 Februari 2009 mendefinisikan pengaduan awam ialah pengaduan-pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam (public utilities) yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewangan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Apa yang rakyat boleh boleh adukan berhubung dengan system penyampaian kerajaan telah dikategorikan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sebanyak 10 kategori sepertimana berikut :-

i) Kekurangan kemudahan awam
ii) Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
iii) Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
iv) Tindakan tidak adil
v) Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon
vi) Salahgunaka kuasa/penyelewangan
vii) Salahlaku anggota awam
viii) Kegagalan penguatkuasaan
ix) Pelbagai aduan
x) Kelewatan atau tiada tindakan
Oleh itu sistem penyampaian perkhidmatan yang sebelum ini menitikberatkan produktiviti perlu diubah kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa telah memberikan ruang kemudahan kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan, cadangan dan pandangan secara terbuka. Kesediaan orang awam dalam berkomunikasi secara terus dengan Kerajaan hendaklah dianggap sebagai satu bonus yang boleh menambahbaik penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Sekiranya, maklum balas atau aduan tidak diberi perhatian yang serius, perkhidmatan awam akan terjejas dan ini akan mencalarkan imej Kerajaan. Situasi ini memerlukan sektor awam untuk bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah aduan kelewatan atau tiada tindakan yang diambil. Isu dan skop aduan perlu dianalis secara mendalam, telus dan adil tanpa membelakangi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai ekspektasi, persepsi, cita rasa dan kerenah yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengalah dan sekaligus tidak bermakna bahawa sektor awam gagal dalam melaksanakan dasar dan undang-undang yang telah ditetapkan. Usaha-usaha penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perlu dilakukan secara berterusan dengan bersungguh-sungguh.

Jangan doakan bencana untuk satukan orang Melayu yang sedang berpecah

Masihkah wujud jati diri yang bertunjangkan Alif, Baa & Ta (Agama, bangsa dan Tanah Air) dikalangan orang Melayu. Dikalangan orang Melayu perjuangannya tidak ada istiqamah. Hanyut dan terumbang ambing seperti perahu di samudera luas. Seperti lalang ketika ditiup angin sekali ke Hulu sekali ke Hilir.. Bangsaku ini banyak cakap dari bekerja, berkontroversi dan suka bergaduh dan dengki sesama sendiri. Sifat ini terbawa-bawa dalam semua aspek kehidupan, termasuk politik dan agama.Saya melihat pergaduhan dikalangan Ummat melayu ini tidak berkesudahan, mujurlah tidak sampai berbunuhan sesame Melayu Islam A dan Islam B. Sepertimana puak Sunni dan Syiah di Iraq.

Masalah ini ia telah lama diketahui. Pakar psaikologi dan antropologi telah pun memperkatakan masalah ini berdasarkan analisa dan kajian empirikal mereka. Namun amaran dan peringatan itu ia tidak diambil hirau. Sikap ini bukan saja ada pada Melayu yang berpendidikan rendah, tetapi Melayu berpendidikan tinggi yang bergelar intelektual juga. Bahkan Melayu intelektuallah yang mengajar Melayu berpendidikan rendah untuk bergaduh! .

Kesemua sifat ini membawa kepada kehidupan Melayu yang tertutup. Berfikiran secara jumud, ego, keras kepala dan panas baran yang natijahnya akan meletakkan Melayu dalam satu belenggu (stigma) hidup yang meresah dan menyeksakan. Sebagai contoh tengok saja bagaimana sikap Melayu dalam mempertahankan kedudukan dan maruah bangsa mereka. ini bila ada yang mengungkit soal ketuanan Melayu.. Kerana itu mereka memberi amaran dan warning dari masa ke semasa. Kata-kata, “jangan main api”, “jangan biadap”, “sedar diri”, “ini peringatan terakhir”, “jangan cabar Melayu”, dan sebagainya sering kita dengar dari masa ke semasa.. seolah-olah jika ada pihak yang sentuh juga akan mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. .

Sebenarnya sudah banyak kata-kata sebegini yang kita dengar namun bangsa lain terus mengungkit. Namun habuk pun tiada tindakan dari orang Melayu. Malah bansa lain semakin berani. Dalam kehebatan Melayu memberi amaran dan warning, mereka terus memperolehi apa yang mereka inginkan. Keadilan sosial yang mereka perjuangkan demi kepentingan kaum mereka sudah diperolehi sedikit demi sedikit. .

Tuntutan mereka sepaya ISA dipinda. Telah pun dipinda. Begitu juga dengan DEB yang dilihat mendiskriminasikan mereka telah dirombak hasil daripada perjuangan mereka. Hak-hak keistimewaan Melayu menerusi DEB sudah pun dikurangkan. Terbaru ialah desakan agar BTN dibuabrkan untuk tidak menjadi bilik indoktrininasi semangat petriotik bangsa Melayu. Kita juga akur. Terbaru peruntukan pembinaan mesjid pun mereka pertikaikan. .

Perjuangan orang Melayu berbeza dengan perjuangan orang Cina. Orang Melayu berjuang politik untuk memartabatkan ekonomi orang Melayu. Politik pertama. Kedua Sosial dan Ketiga barulah Ekonomi. Tetapi perjuangan orang Cina pertama Ekonomi, kedua Sosial dan yang ketiga politik. Jadi mereka menggunakan kekuatan ekonomi untuk mendapatkan kuasa politik. .

Jadi apakah erti dan maknanya orang Melayu melaung, membakar gambar, mengangkat sepanduk dan meludah kata-kata kesal yang merindingkan bulu roma, tetapi ia tidak memberi bekas langsung dan pihak dikecamnya sedikit demi sedikit memperolehi apa yang dijuangkan. .

Sehubungan itu juga pemimpin siasah Melayu sendiri harus membina intergriti diri yang mantap. Mengapa pemimpin Cina khasnya DAP diminati kerana mereka mempunyai intergriti dan kredibiliti yang mampan. Sebaliknya soal intergriti dan kredibiliti ini di kalangan pemimpin Melayu agak buruk dan sesetengahnya amat jelek. Ramai orang kata untuk Melayu menjamin hak mereka Melayu kena bersatu. Pada saya dalam keadaan hari ini Melayu tidak akan bersatu. Ego dan amarah Melayu sangat tinggi. Inilah menyebabkan Melayu akan membenci antara satu sama lain. Bangsa dan agama bukan wadah yang boleh mempersatukan Melayu. Sebab masing-masing ada teori, ada formula dan ada fahaman dan keyakinan tersendiri. Dalam penghayatan agama Pas dengan Umno tidak sama, persamaannya hanya dalam filsafah dan kiblat saja. .

Sudah menjadi lumrah manusia bila dalam keadaan tersempik baru ingatkan kawan dan Tuhan. Contoh mudah, orang Melayu bila tersepak tunggul di jalan atau terjatuh longkang dia akan menyebut, Allah... maknanya orang Melayu ingat Tuhan waktu sakit saja. Selagi tidak sakit Melayu akan ego, 'manggak' dan merasa hebat sendiri.

Rabu, Disember 09, 2009

Tadbir urus yang baik menjamin kecemerlangan yang berterusan

7 - 8 Disember 2009 saya menghadiri Konvensyen Keutuhan Pengurusan 2009 di Kuching, Sarawak. Diantara pembentangan kertas ialah Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Dalam pembentangan tersebut beliau menyarankan supaya sektor awam melaksanakan tadbir urus yang baik dengan memperolehi penarafan yang cemerlang.

Amalan tadbir urus yang baik hendaklah dibudayakan bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan. Keperluan untuk mendapatkan penarafan yang cemerlang adalah penting kerana penarafan adalah suatu yang lumrah. Lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kita perlu mempertingkatkan daya saing negara . Daya saing Negara akan dinilai melalui laporan penarafan antara bangsa. .

Mahu tidak mahu prestasi perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan. Untuk itu kerajaan telah mewujudkan beberapa sistem penarafan antaranya ialah: .

i. Indeks Akauntabiliti olah Jabatan Audit Negara Mengukur akauntabiliti dan integriti pegawai-pegawai dalam menguruskan kewangan agensi dari segi mematuhi segala peraturan dan prosedur kewangan kerajaan.

ii. Star Rating oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan. Penilaian berpandukan kepada 4 kriteria ia itu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.

iii. Star Rating MAMPU Melibatkan agensi kerajaan peringkat persekutuan dan pentadbiran kerajaan negeri Sistem penarafan ini menunjukkan bahawa semua agensi telah mengambil langkah positif untuk meningkatkan prestasi pengurusan serta untuk memupuk budaya kualiti dalam sektor awam. .

Justeru itu sistem penyampaian perkhidmatan awam tidak boleh berkompromi langsung dengan kelemahan. Tindakan yang tegas harus diambil terhadap kelemahan yang berlaku dalam pengurusan Wang awam sepertimana lapuran audit 2008. KSU dan Ketua Jabatan hendaklah membuat siasatan lanjut terhadap kes penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran Wang awam. Jika terdapat kesalahan yang dilakukan. Hukuman setimpal hendaklah dikenakan. .

Berbelanjaan berhemah perlu dibudayakan disemua peringkat yang berasaskan prinsip "value for money". Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum membuat komitmen perbelanjaan. Perbelanjaan bukan hanya menghasilkan output tetapi outcome. Oleh itu pengurusan kewangan agensi hendaklah sejajar dengan matlamat strategik agensi. .

Untuk itu melalui tadbir urus yang baik seharusnya mampu melahirkan penjawat awam yang berupaya berfikir dan berubah mengikut kehendak dan citarasa stakeholders dan pelanggan. Penjawat awam yang mampu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuaan yang terkini. "The governent knows best era is over" Untuk itu kerajaan telah mengeluarkan pelbagai perkelilung dan arahan merangkumi pelbagai espek pelaksanaan tugas. Prinsip tadbir urus yang baik telah diterapkan melaluinya. Soalnya sejauh mana pelaksanaannya?.

Jumaat, Disember 04, 2009

Guru pidatoku. Icon Pidato Nusantara

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan besar. Apa yang penting ialah anda perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya ia perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman.

Dalam kehidupan seseorang banyak terlibat dalam berbagai bentuk komunikasi dikhalayak umum, umpamanya anda diminta untuk memperkenalkan diri dalam majlis. Anda diminta untuk menjadi pengurusi majlis. Anda dilantik menjadi wakil kumpulan untuk berucap. Anda ada sepatah dua kata kepada tetamu. Anda diminta memperkenalkan sahabat anda kepada hadirin. Anda terlibat dalam debat / pidato. Mewakili rombongan keluarga untuk merisik. Dijemput memberikan ceramah umum di atas pentas.

Pastinya anda mempunyai perasaan gementar bila dikhalayak ramai. Mereka yang terlatih juga ada perasaan ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana pada 2 - 4 Disember 2009 berpeluang berguru dengan Dato’ Dr. Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof seorang tokoh pidato Nusantara. Beliau telah menerima anugerah ’Top Motivator of The Year 2000’ di dalam persidangan MALIC III Malaysian Insurance Institute di PWTC, telah mengangkat semangat beliau meneruskan perjuangan di dalam bidang motivasi dan pidato. Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam bidang tersebut di mana suara dan wajah beliau sering berkumandang di corong radio 1 RTM dan TV1 dalam Rancangan Jendela Pagi dan segmen motivasi Riak-Riak Remaja.

Beliau merupakan pengasas kelab pidato serta Pengerusi Pusat Latihan Pidato Professional (PULAPI-PRO). Beliau lebih dikenali sebagai guru motivasi dan guru pidato Melayu yang berkaliber. Beliau merupakan Certified Professional Motivator PLPP.

Beliau telah dianugerahkan doktor falsafah di dalam bidang Social Science dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ’humanitarian organizational/behaviour’. Malah, beliau turut menerima ’Certificate in Entrepreneurial Management Programme’ dari University of New England, Australia. Beliau juga memperolehi Dip. In L.I.M MII-lutc (USA).

Beliau merupakan seorang Pengarah Pembangunan Perniagaan kepada FETC dan turut bertindak sebagai ’Professional Consultant Speaker’ kepada beberapa buah syarikat. Turut dibanggakan apabila beliau dilantik sebagai ’Speaker Bumiputera’ yang berceramah di 2nd Asia Pasific Life Insurance Congress (APLIC). Malah, beliau turut muncul sebagai ’The Best Motivator’ ketika Agency Conference di World Trade Centre Singapore. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Majlis Perundingan Belia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2002. Beliau merupakan pemimpin Gerakan Belia 4B kawasan parlimen Cheras.

Pelbagai anugerah telah diraih sepanjang meneruskan karier beliau antaranya menerima anugerah ’Top Group Sales Manager 2000’ di Annual Convention di Genting Highlands. Selain itu, beliau turut menerima anugerah ’Gold Supremacy Award 1998’ dari GE Life. Beliau juga dianugerahkan ’MII-Professional Agent Award’ pada tahun 1999 serta menerima anugerah Citra Agong Pidato Asean 2004.

Beliau pernah menulis di ruangan motivasi di akhbar dan majalah seperti Progress News, Frontline, Wtti, Pesona, PA Magazine dan banyak lagi. Beliau turut menerbitkan beberapa buah buku seperti Belia Tunjang Negara, Yakin Boleh, Rahsia Usahawan dan banyak lagi. Malah, kaset dan VCD beliau telah pun berada di pasaran.

YM Dato' Dr Syed Ahmad mengatakan bahawa "Pidato bukan sekadar melontarkan kata-kata semata-mata, tapi pidato adalah cara melontarkan kebijaksanaan. Pidato adalah ilmu kalam dan ilmu kalam adalah datangnya dari Allah s.w.t dan gunakanlah ilmu kalam ini untuk mendapat redha Illahi."

Katanya lagi
Kalau tanah ada sempadannya,
Kalau pohon ada akarnya,
Kalau tugu ada tiangnya,
Kalau bangsa ada bahasanya,
Kalau pidato ada pejuangnya,
Kalau pejuang ada perjuangannaya.

Untuk pengetahuan semua, Dato Syed Ahmad mempelajari pidato dari gurunya Kiyai soeharjo dari Indonesia. Di Malaysia, antara tokoh-tokoh yang juga mempelajari pidato dari Kiyai soeharjo ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Shamsiah Fakeh, Tan Sri Asiah Ghani dan Pendita Zaaba.

Rasa teruja bila mendengar Dr. Syed berpidato yang menyerlahkan teknik verbal dan non verbal beliau yang sangat lancar, memukau dan boleh menaikkan semangat orang. Intonasi suara beliau juga begitu lantang dan beliau dapat mengekalkan momentum lantang tu selama beliau mengendalikan kelas tersebut.

Tamat sahaja pidato, semua peserta akan melaung serentak dengan menunjukkan tangan kepada peserta yang berpidato dengan lafaz motivasi , "You are the best"... insya Allah, semoga impian Dato' untuk mewujudkan Universiti Agung Pidato Malaysia akan tercapai sebagaimana kata Dato' : "Impian tidak akan menjelma selagi kita tidak bermimpi untuk berimpian" .

Semuga saya dan anda juga menjadi manusia hebat macam Dato’ Syed Ahmad.

Terima kasih Institut Integriti Negeri Terengganu dan Institut Integriti Malaysia.