Selasa, September 28, 2010

Keluar kenyataan manis untuk cover line kegiatan haram.

Membuat kenyataan manis bagi menutup kegiatan dan penyelewengan dibelakang tabir. Kenyataan yang dikeluarkan kepada wartawan www.teganuku.blogspot.com adalah sepertimana berikut. “Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin kawasan serta Pejabat Daerah Marang yang membantu merealisasikan impian penduduk kampung Kampung Tanah Lot Kubu. ”

Itulah yang diluahkan penduduk apabila seramai 199 penduduk kampung itu mendapat bantuan tanah lot kediaman tahun ini. ”

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanah Lot Kubu, Zainal Mohammad berkata, daripada jumlah itu, seramai 141 menerima bantuan bagi fasa pertama dan 58 lagi bagi fasa kedua.”

Apa yang berlaku sebenarnya ialah bagi menutup kegiatan beliau yang mengepalai kegiatan penceroboh tanah kerajaan bersama beberapa pihak yang bersekongkol dengan beliau. Laporan telah dibuat dan perkara ini dalam siasatan penguatkuasa Pejabat Tanah Marang.

Selasa, September 21, 2010

Kecangihan SMS menganti kad ucapan hari raya.

Kad raya sebagai penganti diri telah mula ditinggalkan. Kesibukan pejabat-pejabat pos mengendalikan kad raya tidak lagi menjadi isu. Pengiriman kad raya tidak lagi menjadi kewajipan bila tibanya bulan Ramadhan.

Namun, sejak lima tahun lalu percetakan dan penjualan kad ucapan hari raya melalui zaman muram yang agak mendadak . Penjual (peruncit), penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya, menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Bazar Ramadhan tidak lagi sibuk dengan jualan kad raya sepertimana tahun-tahun yang lalu.

Kemerosotan tempahan percitakan kad raya menjunam sehingga 70 peratus. Ini menunjukkan orang ramai, pejabat kerajaan, individu berpangkat dan peneribit kad tidak lagi berminat mencetak kad hari raya seperti sebelumnya. Alasan utama penerbit ialah penjualan kad yang merudum teruk sejak tiga empat tahun lalu akibat kemunculan media alternatif lain yang lebih canggih, murah dan berkesan.

Kemerosotan penjualan kad hari raya adalah berpunca dari kemunculan teknologi talipon bimbit yang memperkenalkan Sistem Pesanan Rengkas (SMS) - membenarkan segala bentuk ucapan bersifat peribadi dan umum – dimuatkan dalam talipon bimbit. Kehadiran SMS menyebabkan semua orang Islam dan bukan muslim boleh mengirim ucapan selamat hari raya kepada ayahbonda, kekanda adinda, kawan-kawan, sedara mara dan buah hati tanpa perlu membeli kad hari raya di kedai atau tempat umum lain. Mereka boleh terus mengirim ucapan dalam bentuk SMS menerusi talipon bimbit sahaja. Yang lebih menarik, penerima boleh menjawab ucapan yang diterima dalam jangka waktu segera – beberapa saat selepas menerima ucapan atau boleh menjawab kemudian mengikut kesesuaian masa yang dipilihnya.

Lebih unik lagi, penerima ucapan melalui SMS tidak perlu pergi ke kedai membeli kad hari raya untuk menjawab dan berkejar ke Pejabat Pos untuk membeli setem sebagai syarat utama pengiriman kad raya itu sampai kepada distansiasinya. Dengan kata lain, tanpa setem, kad yang hendak dikirim tidak mungkin sampai ke destinasinya dan ini semua menyusahkan dibandingkan dengan urusan pengiriman melalui SMS yang diakui lebih pantas, rengkas dan tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan serta tenaga.

Demikianlah perkembangan zaman dan kemajuan teknologi menyebabkan urusan pengiriman kad hari raya menjadi semakin canggih dan lebih menjimatkan wang serta tenaga. Penjual, penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya yang pernah mengaut untung besar sejak berpuluh tahun lalu kini mengalami zaman kemuraman yang tidak mereka sangka dan jangkakan akibat dari kemajuan teknologi ciptaan manusia. Begitulah kecanggihan teknologi talipon bimbit telah menelan kemajuan percetakan kad hari raya yang kini tidak lagi menjadi pilihan umum dan seolah-olah semakin dilupakan orang.

Apakah kecanggihan talipon bimbit yang mungkin dapat diatasi oleh teknologi lain yang lebih terkini di tahun-tahun mendatang yang bakal mengganti dan menandinggi kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas dalam talipon bimbit?

Rabu, September 15, 2010

Iktibar dari pembunuhan kejam dan tragis Sosilawati dan tiga yang lain.

Pembunuhan kejam dan tragis terhadap Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya mengejutkan negara. Terjadi dalam suasana umat Islam menyambut hari raya aidil fitri.

Apa lagi bentuk kematian paling tragis dari itu. Sebelum ini kita pernah mendengar kekejaman yang menimpa seroang ahli politik bernama Mazlan Idris. Beliau mati apabila disembelih kemudian anggotanya dikerat 16 atau 18 oleh penjenayah perempuan bernama Monapandi bersama dua pembantunya termasuk si suaminya Apandi dan Jurimi.

Selepas itu kita dengar pula kematian pragawati dari Mongolia bernama Altantuya. Altautya dibunuh mungkin ditembak kemudian mayatnya diletup menggunakan C4. Bommmm... berkecai. Kedua kejadian itu Mazlan dan Altantuya dikira masih belum kejam. Sebab, sebanya mereka tidak dibakar dan abunya tidak dihanyutkan ke sungai.

Sosilawati adalah orang Islam. Jenazah orang Islam tidak dibakar dan abunya tidakdihanyutkan ke sungai macam Hindu dan atau Buddha. Maat orang Islam dimandikan kemudian disembahyang dan dibawah ke kubur. Apabila kematian Sosilawati dan rakannnya itu (tidak berdosa), dengan cara itu ia sungguh kejam dan trajiskan. Babak dalam filem pun tidak ada sekejam itu. (Mungkin selepas ini ada kerana mengambil idea dari kejadian itu).

Apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan diambil iktibar untuk semua.

Kalau hendak menjalankan urusniaga kenal pastikan orangnya dulu. Seeloknya minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Jangan jalankan urusan niaga bersendirian,

Dalam kes-kes membabitkan wang tunai yang banyak, hendaklah minta polis memberi bantuan kawalan keselamatan tambahan. Sahkan dulu apa-apa yang hendak dibeli itu menerusi agensi yang sah. Kalau tanah sahkan dengan pejabat tanah terlbih dahulu. Pejabat Tanah hendaklah dijadikan tempat rujukan dan urusniaga tanah. Jangan jalankan urusniaga tanah melainkan di Pejabat Tanah. Tanyalah pegawai-pegawai di Pejabat Tanah terlebih dahulu.

Hidup jangan bergalagak besar. Usah cerita mengenai kekayaan kita kepada orang ramai. Jangan takabur dan suka membesarkan diri. Bermegah dengan kecantikan, kehebatan dan kekayaan satu dosa. Ikut rasmi padi makin berisi makin merunduk.

Jangan mudah percaya kepada profesyen seseorang. Hari ini manusia sudah tergamak melakukan apa saja untuk hidup mewah. Penjenayah bukan lagi bermisai, rambut panjang atau berwajah huduh seperti dalam filem. Tetapi pembunuh juga smart dan kacak berkereta besar dan kelihatan pemurah.

Sebaik hendak melakukan sesuatu yang besar atau luar biasa, buatlah sembahyang istikharah terlebih dulu kalau kita seorang Islam.

Sehubungan itu tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dibawah pimpinan ketuanya baru Ismail Omar berjaya merungkaikan pembunuh itu dalam kadar segera.