Rabu, Mac 18, 2009

Beri perkhidmatan yang cepat cekap dan betul bagi merealisasikan agenda merakyatkan pembangunan dan pentadbiran

Agenda pembangunan negeri hari ini ialah melaksanakan pembangunan yang dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat khususnya di kampung kampung. Penjawat awam adalah pelaksana dasar bagi merealisasikan agenda tersebut. Dengan sebab itu adalah menjadi tanggung jawab kepada pegawai kerajaan memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat. Kerana itu perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat. Perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat adalah sebahagian daripada agenda merakyatkan pentadbiran.

Justeru itu konsep merakyatkan pentadbiran ini seharusnya difahami oleh seluruh warga kerajaan. Bagaimana cara untuk kita merakyatkan pentadbiran. Maka kita kena kembali kepada konsep asas, apa dan mengapa kita bekerja. Samalah juga apa dan mengapa kita perlu makan?. Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Makan makanan yang boleh mengenyangkan. Maka jika tujuan makan untuk mengenyangkan dan untuk hidup, jadi matlamat atau tujuan makan akan tercapai. Begitulah juga dalam bekerja, tujuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jika perkhidmatan yang kita berikan itu sampai kepada rakyat dan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan sudah tentu konsep merakyatkan pentadbiran akan tercapai.

Sehebat manapun program yang dilaksanakan jika rakyat tidak berpuas hati tiada maknanya kepada kerajaan dan rakyat akan membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kerajaan tersebut atau tidak.

Untuk merakyatkan pentadbiran kita kena lihat sistem penyampaian dilaksanakan benar-benar berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan perlukan perubahan dalam kadar yang segera. Jangan hanya bekerja sebagai rutin sahaja. Perkhidmatan yang baik adalah berdasarkan apa yang pelanggan mahu. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang pantas, cekap berkesan dan mesra.

Matlamat akhir sistem penyampaian kerajaan adalah supaya perkhidmatan yang diberi sempurna dan rakyat berpuashati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh kerajaaan. Rakyat yang berada di peringkat akar umbi menerima faedah atau manafaatnya. Impak sistem penyampaian ini amat besar kepada kerajaan.

Anggota perkhidmatan awam telah dilanjutkan tempuh persaraannya daripada umur 55 tahun kepada 56 tahun kemudian dilanjutkan lagi kepada umur 58 tahun. Tetapi kerajaan yang memerentah persaraannya setiap 5 tahun sekali . Panjang pendek bergantung kepada mandat yang diberi oleh rakyat.

Jika pentadbiran sesebuah kerajaan ini memuaskan hati rakyat maka tempoh persaraannya akan disambung. Jika tidak akan berlakulah pertukaran kerajaan. Baik buruknya pemerintahan sesebuah kerajaan bergantung kepada perkhidmatan atau sistem penyampaian yang diberi oleh kakitangan awam.

Terpantulnya sistem penyampaian dalam sesebuah organisasi itu adalah kerana prosedur kerja dalam sistem penyampaian tersebut tersumbat. Aliran tugas yang sepatutnya berkalan lancar tersumbat atau tersekat kerana anggota sesbuah organisasi tidak jelas dan tidak faham atau tidak tahu apa dan siapa yang patut dibuat dalam dalam melicinkan sistem penyampaian tersebut

Oleh kerana penjawat awam adalah jentera kerajaan, jika jentera lemah akan lemahlah kerajaan yang memerintah. Rakyat melihat peranan yang dimainkan oleh pegawai kerajaan untuk mengukur prestasi kerajaan yang memerintah. Jika perkhidmatan yang diberi cepat, cekap dan tepat . Maka itulah persepsi rakyat terhadap kerajaan yang ada pada hari ini. Maka konsep governent of the day telah dapat dilaksanakan dengan baik.

Merakyatkan pentadbiran memerlukan seorang pegawai bekerja dengan cara yang profesional. Tiada gunanya seorang pegawai yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional tetapi bekerja semi profesional atau tidak profesional dalam segala tindaktanduknya. Setiap aduan rakyat perlu diambil tindakan dengan segera cepat dan pantas. Setiap tindakan pula perlu diurus dengan cekap. Setiap pentadbir sepatutnya peka kepada apa yang berlaku dikeliling kita. Setiap pentadbir kena sensitif pada perubahan semasa. Janganlah kita terlalu rigid dengan peraturan seolah olah kita berurusan dengan mesin bukan dengan manusia. Jika kita berurusan dengan manusia kena ada sifat tolak ansur , kena ada budibicaranya . Unsur-unsur mendidik rakyat kena ada dalam setiap tindakan kita. Walau bagaimana pun tindakan kita kena tepat dan betul dan tidak bercanggah dengan peraturan yang sedia ada.

Dalam situasi semasa yang semakin mencabar adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan kerajaan yang bertaraf dunia. Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menilai dan melaksanakan sistem penyampaian yang cepat dan efektif.

Ketua-ketua jabatan perlu mengurus tadbir organisasi masing-masing untuk memastikan kakitangan akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam melaksanakan kerja mereka dengan cepat, cekap dan tepat mengikut prosidur dan peraturan yang ada serta dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran masing-masing.

Manusia dan kemanusian itu bukan sesuatu yang kaku dan rigid tetapi mampu berubah dan diubah kepada suatu suasana yang lebih baik daripada sebelumnya. Justeru itu seorang pemimpin yang berkualiti dalam sebuah organisasi akan memberi pengaruh secara langsung kepada orang bawahannya. Oleh itu kejayaan setiap organisasi banyak dipengaruhi oleh pemimpin organisasi tersebut. Sebagai seorang pemimpin atau ketua jabatan , ia menjadi penghubung antara dua kepentingan dan tanggungjawab, Bertanggungjawab keatas pencapaian tugas yang dipimpinnya dan juga kena memastikan mencapai pelaksanaan perancangan dari pihak kerajaan.

Ketua jabatan hendaklah memastikan wujudnya keadaan kakitangan disusun dan diatur pada tempat yang betul ia itu 'The Right Person for The Right Job' . Pengurusan atasan bukan penonton dan penunggu yang mengharapkan jabatannya akan muncul sebagai jabatan yang cemerlang. Didalam sesebuah jabatan seorang pemimpin tidak boleh mengelakkan tugasnya untuk mendemonstrasikan cara mewujudkan waktu yang efektif, memilih keutamaan, menemui pelanggan, membimbing & menegur orang-orang bawahan, hatta memilih perkara-perkara yang sekecil-kecil pun. Ia nya perlu ditunjukkan kepada orang bawahan kerana mereka tidak mampu memperolehi bimbingan dari orang lain. Oleh itu seorang pemimpin harus menyedari bahwa ia perlu menguasai banyak kompetensi lain di luar kemahirannya yang ada sekarang.

Tiada ulasan: