Sabtu, Mei 15, 2010

Penjawat Awam Dilarang Buat Sebarang Bentuk Pernyataan Awam

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam -- lisan atau bertulis -- kerana dibimbangi boleh menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.

Dalam surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam mengingatkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi penjawat awam berkaitan pernyataan awam. "Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.

"Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"," katanya dalam surat edaran bertarikh 14 Mei yang disiarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam. Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi;

a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu;
b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau
c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.

Di bawah Peraturan 19 (2), Peraturan yang sama pula, seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu perkara melainkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada menteri sama ada secara am atau khusus.
a. apa-apa ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan
b. memberi apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan atau
c. memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan kerajaan.

Ismail berkata semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan hendaklah memantau perkara itu dan mengingatkan semua pegawai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan awam agar tidak menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.

"Sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.—BERNAMA

1 ulasan:

Law (LLB) Center berkata...

Ini adalah kenyataan awam yang tidak dibenarkan oleh kerajaan mengikut peraturan penjawat awam kelakuan dan tatatertib sebagaimana yang tuan siarkan
...
Komen Pemerhati Bebas:

Dalam riuh rendah perasmian penutup acara tersebut tersembunyi seribu satu peristiwa yang memalukan kerana tidak profesionalnya urusetia yang terlibat dengan program tersebut. “ Pengurusan acara swimathon amat mengecewakan “ itulah keluhan yang saya dengar dari beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan acara tersebut..

Pengusaha boat mendakwa pengurusan acara tidak telus. Keadaan ini telah menimbulkan sedikit kekecuhan kerana masalah tambang pengankutan yang dipotong oleh pihak penganjur acara. Difahamkan bahawa kerajaan telah menetapkan tambang bot adalah RM20.00 seorang tetapi petapi pengurusan acara mahu mambayar kepada pengusaha bot hanya RM15.00 sahaja. Tahun sebelum ini tambang boat yang ditetapkan ialah RM20 tetapi mengapa tahun ini menjadi RM15 seorang katanya. Kos yang dikenakan kepada peserta ialah RM20.00.

Begitu juga kos makan minum peserta RM10.00 dikenakan kepada peserta. Manakala pembekal dibayar RM8.00 sahaja. Ketidak telusan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan pengusaha berkenaan. Sepatutnya pihak pengusaha boat turut dipanggil dalam mesyuarat jawatan kuasa, ianya harus lebih telus dengan apa yang berlaku.

Pihak urusetia penganjur pula tidak berfungsi dengan baik. Sepatutnya urusetia (Bahagian Pelancongan SUK) datang lebih awal ke Pulau Kapas untuk memastikan logistik pelepasan peserta berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku ialah urusetia datang ke tapak pelepasan dengan hanya menumpang bot yang digunakan oleh Pegawai Daerah Marang , Hj. A. Rahman Che Ali.pada jam 6.45 pagi. Dahlah begitu urusetia yang datang sebuk nak ambil gambar bukannya mengurus kemudahan kepada peserta untuk acara pelepasan.tiada healer disediakan. Hanya pakai laung mulut sahaja untuk kumpul peserta. Kan koman begitu.

. Jemputan kepada pelepas hanya dibuat melalui pangilan telefon secara tangkap muat sahaja. Sepatutnya selepas pengesahan melalui telefon seharusnya disusuli dengan surat pula. Begitu juga baju 'T' untuk pelepas dibekalkan pada pagi itu juga. Apakah urusetia fikir DO boleh tukar baju dalam bot depan orang ramai begitu.

Urusetia tidak membuat pemantauan ditapak perasmian penutup di Pantai Kelulut. Paip air yang sepatutnya digunakan peserta untuk mandi didapati tidak berfungsi dan tiada air. Pihak SATU ada datang bawa air dengan lori tangki tetapi tiada tangki disediakan. Memalukan juga even peringkat antarabasa anjuran Kerajaan Negeri begini hanya dijemput Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang untuk menyempurnakan perasmian penutup. Sepatutnya program peringkat international begini perlu dijemput EXCO . Sekira Exco atau Yang Berhormat tidak dapat hadir ia harus diganti dengan Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri paling tidaknya Timbalan SUK. Jangan hanya tangkap muat sahaja. Penganjuran acara swimathon ini pula bukannya kali pertama. Sepatutnya PSU yang terbabit menyediakan check list terlebih dahulu.

Begitu juga DJ yang bertugas hari itu lintang pukang DO pun dipanggil YB juga. Khabarnya DJ yang bertugas hari itu juga main tangkap muat juga. Dahlah DJ even manager langsung tak ikut protokol dan tak hormat VIP yang hadir.

Lebih mengecewakan lagi makanan yang disediakan untuk peserta telah disapu oleh orang ramai kerana tidak dikawal oleh urusetia. Dahlah begitu perkara sebegini berlaku sebelum lagi tiba waktu jamuan tengahari . Ianya berlaku ditengah-tengah acara penyampaian hadiah sedang berlangsung.

Adalah diharapkan pihak yang Bertangung jawab mengambil perhatian serious tentang perkara yang memalukan ini. PSUK yang terbabit harus turun padang. Janganlah asyik melawat luar negera sahaja. Mesyuarat diperinkat daerah jarang hadir. Takanlah sibuk sangat kot. Ingatlah bahawa peserta Kapas International Swimathon ini kebanyakannya peserta regular yang mengambil bahagian setiap tahun. Jangan memalukan negeri Terengganu kerana kecuaian anda.