Isnin, Mac 29, 2010

Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan dengan mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi

Dalam merialisasikan tag line YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri besar Terengganu “MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN” Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu seharusnya mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi (high performance culture).

Budaya berprestasi tinggi ialah setiap anggota perkhidmatan awam melaksanakan kerja bersungguh-sungguh tidak bersikap acuh tak acuh dalam member perkhidmatan kepada pelanggan. Budaya kerja lebih kurang hendaklah dihapuskan. Perkhidmatan pelanggan yang lebih kurang akan menjejaskan imej perkhidmatan awam itu sendiri.

Sebagai contoh seorang pelanggan datang ke Pejabat Tanah memohon geran tanah kekal (Final Title). Pembantu Tadbir yang melayan pelanggan tersebut menjawab dengan cauh tak acuh bila Final Title belum siap lagi walau pun Hakmilik Sementara tanah yang dipohon itu telah lama dikeluarkan. Jawapan yang diberi oleh pembantu tadbir tersebut ialah “ Nak buat apa final title sedangkan hakmilik sementara pun laku juga (nilai sama macam final titlt”. Ini adalah contoh jawapan yang acuh tak acuh bagi menutup kelemahan jabatan berkenaan.

Oleh yang demikian setiap anggota perkhidmatan awam perlu mencapai tahap kerja yang terbaik bekerja dengan cepat, cekap dan tepat. Pencapaian seharusnya bertaraf dunia. Matlamat yang dituju tidak lagi sekadar mencapai standard atau norma atau kebiasaan (rolek kata kata orang Terengganu). Kita seharusnya mempunyai wawasan yang tinggi untuk mencapai taraf dunia.

Pemimpin yang mempunyai budaya berprestasi tinggi adalah pemimpin mewujudkan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Jika dia berada dihadapan seharusnya ia menjadi role model kepada pengikutnya. Berada ditengah-tengah pasukannya ia mampu membangkitkan semangat pasukannya. Sekiranya ia berada dibelakang orang yang dipimpinnya seharusnya mampu member dorungan atau motivasi kepada kumpulan yang dipimpimnya.

Perkhidmatan yang merakyatkan pentadbiran dan pembangunan seharusnya mengamalkan budaya ketepatan (Culture of precision). Perlaksanaan kerja mesti menepati ukuran. Spesifikasi yang telah ditetapkan mesti tepat. Pelaksanaan projek pembangunan kampong mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan. Ketebalah jalan mesti ikut pelan yang telah ditetapkan. Juruteknik yang mengawasi kontraktor mesti memastikan tiada penipuan.

Setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah bertindak cepat dan memberi respond segera kepada setiap aduan pelanggan. Kepantasan memberi maklumbalas ini menunjukkan perkhidmatan yang diberi adalah cekap dan terbaik.

Komunikasi yang baik sangat penting dalam berurusan dengan pelanggan. Pelanggan tidak akan marah jika kita berkata benar dan memberi penjelasan yang sebaiknya. Menepati masa bila berjanji. Ini adalah sebahagian daripada konsep pemberi perkhidmatan yang merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.

Tiada ulasan: