Rabu, April 28, 2010

Empat nilai asas untuk memacu transformasi perkhidmatan awam

Perdana Menteri telah mengariskan empat nilai asas untuk melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan awam. Empat nilai asas tersebut ialah membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk wang, dan nilai integriti.

Membudayakan kreativiti dan inovasi bermaksud para penjawat perlu berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian di luar kezaliman. .

Kepantasan bertindak dan membuat keputusan akan menyebabkan keyakinan rakyat kepada kerajaan akan meningkat.Selain daripada itu, faedah daripada amalan kepantasan juga akan mengurangkan kos kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan daya saing, .

Dalam konteks nilai untuk wang atau 'value for money' penjawat awam perlu mencari kaedah yang lebih berkesan dan efektif dengan memberi penekanan kepada penjimatan kos dan berupaya mendapat kualiti perkhidmatan yang baik. .

Ketiga-tiga nilai ini tidak lengkap tanpa sokongan nilai integriti"Penjawat awam haruslah menghindari gejala salah urus seperti pembaziran dan penyelewengan, kerana setiap perbelanjaan hendaklah mendapat pulangan nilai maksima kepada kerajaan dan rakyat,

Jumaat, April 23, 2010

Mengapa Pejabat Tanah Marang menyediakan gerai pamiran yang berbeza dengan Pejabat Daerah Marang ? di Pekan Budaya Daerah Marang..

Program Pekan Budaya yang dilaksanakan setiap tahun di Daerah Ma¬rang dilihat sebagai salah satu cara terbaik memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan, kebudayaan dan kesenian yang terdapat di daerah ini.

Perasmian Pekan Budaya Daerah Marang dirasmikan oleh YB Alias Abdullah ADUN Alor Limbat yang mewakili Yahya Khatib Mohamad berkata Pekan Budaya menjadi identiti dan tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan, malah pelancong luar negara.

Menurutnya lagi , ia adalah satu perkembangan baik yang diharap akan memberi impak kepada industri pelancongan di dae¬rah ini. "Melalui Pekan Budaya, Marang berpeluang mengumpul dan mempromosikan produk tempatan yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga mempunyai potensi untuk dikembangkan.

"Justeru, saya harap program ini akan dapat berlangsung dengan cemerlang dan semua pihak terbabit dapat memberikan komitmen dalam memastikan ia terus mendapat sambutan, khususnya dalam kalangan penduduk setempat," katanya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali yang juga Pengerusi Jawa-tankuasa Induk Pekan Budaya Daerah Ma¬rang 2010. Program berkenaan akan berlangsung dari 21 hingga 27 April ini, di Pantai Peranginan Kelulut. Pelbagai pameran daripada jabatan kerajaan dan swasta diadakan.

Dalam Pekan Budaya Tersebut buat pertama kalinya Pejabat Tanah Marang telah membuka gerai pameran pamiran secara berasingan dengan Pejabat Daerah Marang sebagai persiapan untuk mewakili negeri Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Terengganu dalam Karnival Juara Rakyat peringkat Negeri yang akan diadakan di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Marang di pamirkan dalam bukan budaya tersebut. Selaras dengan gagasan YAB Menteri Besar Dato’ Ahmad Said “ Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan “ Pejabat Tanah Marang mennyediakan pamiran dengan tema IT mencetus Transformasi Pentadbiran Tanah Terengganu.

Demontrasi perisian e-mohon disediakan secara try-server, google earth, e-consent, e-convert dan juga perlaksanaan SPTB. Dalam usaha menterjemahkan merakyatkan pentadbiran dalam Pekan Budaya kali ini Pejabat Tanah Marang telah menyediakan kaunter bayaran hasil sehingga jam 10.00 malam.

Diantara pamiran yang menarik minat pengunjung ialah kegiatan melombong emas diLubuk Mandi yang membawa nostalgia kepada pengunjung. Ramai pengunjung khususnya penduduk Daerah Marang terlibat menjadi pendulang sekitar tahun 1988 dahulu.Aktiviti mendulang emas secara haram masih diteruskan sehingga kini.

Selain daipada itu kaedah siasatan dan memperengan tanah oleh penolong pegawai tanah juga ditunjukan kepada pengunjung.

Betullah apa yang dinyatakan pada gerai Pejabat Tanah Marang “ Dari Tanah Kita Berasal Dan Kepada Tanah Kita Kembali” Sesungguhnya “ Tanah Adalah Aset Utama Manusia”

Rabu, April 21, 2010

Tahniah! Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu tetah diberi Penarafan Empat bintang dalam sistem penarafan Star Rating.

Sistem penarafan bintang ( Star Rating ) adalah arahan Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) . supaya Star Rating dilaksanakan. Tahun 2007 Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Langkah untuk memantapkan criteria penilaian Star Rating telah dilaksanakan oleh MAMPU pada 2008.

Pada Disember 2009 semua Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dinilai oleh penal penilai daripada MAMPU . Tanggal 11 – 15 Disember 2009 Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah didatangi oleh penal penilai tersebut.

Terdapat lebih daripada 240 kriteria yang dinilai. Ia melibatkan pelaksanaan semua perkeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan sejak dahulu hingga sekarang.

Semasa bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK Terengganu saya terlibat secara langsung semasa penyediaan untuk penarafan tersebut.

Setelah menunggu sekian lama hari ini 21/4/2010 Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penantian tersebut telah diumumkan.

Alhamdulillah hari ini saya menerima SMS daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) bahawa SUK negeri Terengganu telak di istiharkan dengan diberi Penarafan Empat Bintang.

Terdapat beberapa SUK lagi yang diberi penarafan empat bintang ialah SUK Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor. TAHNIAH ! kepada Pejabat SUK Terengganu. .

Isnin, April 19, 2010

Pengurusetiaan acara Kapas Marang International Swimathon 2010 mengecewakan dan memalukan.

MARANG: Perenang negara Kevin Yap Soon Choy dan Leung Chui Lin masing-masing muncul juara keseluruhan acara lelaki dan wanita pada acara Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2010 di sini hari ini.

Kevin Yap, pemenang pingat perak Sukan SEA Laos lepas, menamatkan perlumbaan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut dengan catatan masa 1 jam 33 minit 33 saat.

Tempat kedua dalam kategori umur 20-34 tahun itu pula dimenangi oleh peserta tempatan Nor Mohamad Ibrahim dengan masa 1:45:20s diikuti Azhar Aman dengan masa 1:45:53s.

Dalam pada itu, peserta wanita Leung pula mencatatkan masa 1:33.:35s untuk menjuara kategori 20 tahun ke atas diikuti oleh Lai Mei Juan dengan masa 1:37:13s dan Khoo Cai Lin di tempat ketiga dengan catatan masa 1:38:58s.

Peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt pula memenangi acara lelaki 35-49 tahun dengan masa 1:34:23s, manakala tempat dua Yau Yee Ming dan Kohing Bin Antak kedua-dua dari Malaysia.

Kohju Okano dari Jepun pula muncul juara kategori lelaki 50 tahun ke atas setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:52:36 manakala tempat kedua Han Ah Wah (Malaysia) dan ketiga Eduard Nowak (Jerman).

Bagi kategori lelaki 12-19 tahun, tiga tempat teratas dikuasai oleh peserta Malaysia iaitu Nor Adli Safwan Sarman, Norshaniran Norsam dan Tan Aik Jun.

Juara bagi semua kategori menerima hadiah wang tunai RM2,000, kedua (RM1,500) dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Pertandingan itu disertai seramai 293 orang peserta tempatan, dan dari beberapa negara termasuk Australia, Kanada, Denmark, Jerman, Indonesia, Jepun, Singapura, Sepanyol dan Vietnam.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan kerajaan negeri sebagai salah satu daripada aktiviti teras dalam kalendar pelancongan negeri tahun ini. - BERNAMA

Komen Pemerhati Bebas:

Oleh kerana banyak sangat kontroversi terhadap tulisan ini. Maka komen pemerhati bebas terpaksa saya tarik balik. Semuga yang termakan cili itu buatlah perubahan dan terimalah kritikan dengan cara yang positif. Penulis.

Sabtu, April 17, 2010

Pejabat Tanah Marang menubuhkan pasukan Task Force untuk menyelesaikan tonggakan QT-FT

Pada masa kini, tunggakan Pendaftaran QT-FT telah menjadi fokus utama yang perlu diselesai oleh setiap Pejabat Tanah di seluruh negara kerana perkara ini telah diberi perhatian oleh YB Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN). Tan Sri Sidek Hassan.

QT atau HS ia itu hakmilik sementara atau geran tanah (Sementara) yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar (PTG) . Walau pun statusnya sama dengan hakmilik kekal, namun dari segi ukuran sempadan yang diperengankan oleh Penolong Pegawai Tanah tidak mempunyai ukuran yang tepat. Dibawah Kanun Tanah Negara ukuran yang tepat ukuran halus hendaklah dibuat oleh JUPEM (Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia). Batu-batu sempadan tanah akan ditanam oleh JUPEM.

Setelah selesai kerja-kerja yang dilaksanakan oleh JUPEM barulah FT atau Final Title dikeluarkan. Geran tanah final title ini dikenali sebagai hakmilik kekal. Kelewatan pengeluaran hakmilik kekal ini disebabkan oleh banyak factor. Ia nya perlu melalui prosedur tertentu sebelum dapat diselesaikan. Perjalanannya kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun. Bayaran upah ukur ini telah dijelaskan oleh pemilik tanah semasa bayaran premium (Jadual 5A) lagi.

Oleh itu Pejabat-Pejabat Tanah telah diarah supaya memberi perhatian dan pemantauan setiap masa agar tunggakan pendaftaran QT-FT ini dapat dikurangkan dan diselesaikan dengan segera.

Oleh itu, Pegawai atau Kakitangan yang terlibat perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran khusus agar dapat memahami sepenuhnya fenomena ini. Dengan cara itu, permasalahan tunggakan QT-FT ini akan dapat diatasi dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Tanah Marang melalui Pegawai dan Kakitangannya telah mengambil tindakan pro aktif dalam menangani masalah ini dengan cara menggunakan menubuhkan Pasukan “Task Force” . Pasukan kerja ini terdiri daripada Pelukis Pelan, Kerani , PRA dan Pegawai Skim Khidmat Sementara Terengganu (T-GAST) serta diselia oleh seorang Penolong Pegawai Tanah Kanan.

Pejabat Tanah Marang mengambil tiga pendekatan dalam kerja- kerja penyelesaian QT ke FT iaitu:

1- Penyelesaian borang 'B1' yang belum diambil tindakan dengan mengesan dan mengumpul semua Borang 'BV yang dihantar oleh JUPEM pada 2004 dan sebelumnya dengan mengambil tindakan susulan

2- Menyelesaikan QT-QT berlamaan yang belum dikeluarkan FT iaitu dengan menyemak semua QT yang berada di dalam bilik kebal dengan mengambil tindakan susulan sebagaimana sebagaimana peraturan yang ditetapkan.

3- CD yang diterima daripada JUPEM dengan mengambil tindakan susulan sebagaimana di tetapkan...

Isnin, April 12, 2010

Modul merealisasikan gagasan merakyatkan pentadbiran akan diterapkan kepada seluruh penjawat awam Negeri Terengganu.

Menterjemah gagasan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan Terengganu supaya rakyat faham bahawa asal usul kerajaan adalah dari rakyat. Maka seharusnya perkhidmatan yang disampaikan haruslah kepada rakyat. Sepertimana dendangan lagu ulek mayang ( lagu tradisional Terengganu ) jika datangnya dari darat hendaklah kembali kedarat. Jika datang dari laut hendaklah kembali ke laut. Begitulah kehendak YAB Dato' Ahmad Said menteri besar Terengganu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu semasa berucap kepada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan di INTAN Kemaman pada ogos 2009 telah melontarkan gagasan tersebut.

Penulis turut hadir dalam perjumpaan tersebut. Itulah kehebatan Menteri Besar Terengganu ditengah-tengah kontroversi perlantikan beliau mampu menjelaskan wawasan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sesungguhnya pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas. Begitu juga mantan PErdana Menteri Dr. Mahadir Muhamad, kehebatannya teserlah kerana wawasan 2020.

Sama ada secara kebetulan atau tidak saya kurang pasti. Nampaknya gagasan Doto’ Ahmad Said ini sama dengan gagasan 1Malaysia : Rakyatdidahulukan . Pencapaian diutamakan yang diutarakan oleh YAB Dato' Najib selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009. Gagasan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan lebih awal dari gagasan 1Malaysia itu sendiri.

Adalah tidak benar jika dikatakan gagasan 1Malaysia sama dengan konsep 1Israel. Tuduhan yang konongnya Malaysia tiru Israel adalah salah. Jika dikatakan bahawa gagasan 1Malaysia Doto' Najib meniru gagasan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Dato' Ahmd Said mungkin ada kebenarannya.

Bagi saya siapa dahulu yang melontarkan idea ini tidak penting dan tidak perlu diperdebatkan. Yang pentingnya kepimpinan Negara dan Kepimpinan Negeri bergerak seiringan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Justeru itu pentadbiran Negeri Terengganu telah merangka modul kursus untuk menerapkan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan kepada semua pegawai dan kakitangan Negeri seramai lebih kurang 11,000 orang. Modul tersebut telah dirangka oleh think tank YAB Menteri Besar Terengganu itu untuk dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Menurut Hj. Wan Ahmad bin Wan Muda, Timbalan SUK (Pengurusan) kandungan modul tersebut adalah untuk kakitangan awam Negeri Terengganu memahami konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan yang berjalan serangtak dengan konsep gagasan 1Malaysia. Kefahaman adalah penting bagi mengerakkan transformasi dalam perkhidmatan awam itu sendiri.

Dalam modul tersebut diberi peluang setiap peserta member pandangan dan cadangan bagaimana untuk menterjemah konsep merakyatkan pentadbiran itu sendiri. Hasil daripada bengkel peserta kursus ini akan dikumpul dan diambil kira dalam merangkan pembangunan Negeri Terengganu.

Dari rakyat kembali kepada rakyat. Kerajaan untuk Rakyat..

Selasa, April 06, 2010

Transformasi Perkhidmatan Awam adalah selaras aspirasi kerajaan.

SEKTOR awam perlu melakukan transformasi segera sejajar aspirasi kerajaan pimpinan Dato’ Najib. Transformasi perlu memastikan perkhidmatan awam lebih cekap mengurus, berhemah dalam berbelanja serta bertanggungjawab terhadap setiap keputusan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat atau sector swasta.

Transformasi perkhidmatan awam perlu khususnya ketika Datuk Seri Najib Razak melaksanakan transformasi besar-besaran dalam politik serta pentadbiran untuk memenuhi perubahan pemikiran umum, landskap politik mahupun sosiobudaya. Selepas Umno memulakan transformasi baru-baru, ia perlu disusuli sektor awam bagi melengkapkan landskap baru politik serta pentadbiran negara.

Dengan itu, rakyat tanpa ragu lagi pasti boleh menerima hakikat bahawa Umno dan kerajaan yang didukungnya mampu berubah sekali gus memberi sokongan mereka dalam memastikan agenda dan kelangsungan pembangunan negara diteruskan. Bajet 2010 yang telah dibentangkan antara lain untuk menzahirkan komitmen beliau mahu meningkatkan kecekapan dalam sektor awam menerusi kebijaksanaan mengurangkan kos operasinya serta melaksanakan pengurusan perbelanjaan pembangunan lebih berhemah.

Justeru, jawapan kepada komitmen itu ialah melakukan transformasi drastik dalam sektor awam demi menyaksikan sejumlah wang rakyat diselamatkan daripada dibelanja secara membazir kerana salah keutamaan dan perancangan lemah akan melahirkan ‘projek gajah putih atau projek politik’. Sektor awam yang disertai lebih 800,000 kakitangan memainkan peranan utama menzahirkan aspirasi kerajaan.

Antaranya, mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif dan berkembang; menyokong pertumbuhan dan daya saing dalam industri serta sektor swasta; menyokong keperluan tenaga kerja negara; serta, meningkatkan mutu kehidupan warga negara. Lantas, usaha Najib melakukan transformasi inovasi pentadbiran sektor awam dilihat sangat mendesak kerana ia akan membantu ketangkasan dan kejayaan beliau melakukan perubahan serupa dalam Umno dengan niat meletakkan keutamaan rakyat pada kedudukan teratas.

Najib mengajak ahli dan pemimpin Umno kembali kepada asas perjuangan asal parti sebagai syarat menjayakan transformasi parti itu. Kali ini kakitangan dan pegawai perkhidmatan awam pun perlu ada kesediaan serupa untuk kembali ke atas landasan kerja dan tanggungjawab asal mereka menduduki jentera itu. Mereka perlu jujur, komited, amanah, tangkas tetapi mesra serta memberi perkhidmatan tanpa menyindir atau meminta sogokan.

Transformasi sektor awam antara lain memaksa Najib meneroka dan memperkenalkan sikap baru - kreatif, inovatif dan bernilai tambah tinggi berlandaskan sifat murni serta jati diri untuk diterapkan ke dalam sektor itu. Penjawat awam mesti memiliki kemahiran dan kemampuan tertinggi bagi jawatan masing-masing.

Mereka perlu dilatih dengan aplikasi terkini, menyerap sistem dan pemikiran baru, mengamalkan nilai murni dan ada jati diri malah memiliki daya usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat selaku pelanggan. Jadi, sangat bijak Najib apabila berkata, kerajaan meneruskan usaha memantapkan institusi latihan kerajaan untuk membentuk penjawat awam berkualiti, berprestasi tinggi dan berpengetahuan.

Justeru, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara distruktur semula sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia selepas dinaik taraf sebagai ‘School of Government’ dengan kuasa autonomi, ditadbir secara profesional dibantu tenaga pengajar berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan institusi berkaitan terkemuka dunia. “Maksudnya, dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu setiap langkah diambil memerlukan pengorbanan dan kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat,” kata Najib.

Suasana pejabat perlu ditukar supaya lebih ceria bertenaga; lenyapkan muram dan mengantuk di kaunter; buang jauh-jauh layanan kasar atau riak muka cuka; dan kurangkan bersembang sebaliknya pendekkan masa pelanggan menunggu giliran atau menanti jawapan rasmi. Penggerak jentera sektor awam juga digelar ‘orang kerajaan’. Jadi apa saja keburukan atau kelemahan mereka akan mencerminkan imej kerajaan. Sikap dan prestasi buruk mereka akan dijadikan modal politik parti lawan.

Umum yang ditujah bertubi-tubi dengan gambaran itu akhirnya menerima persepsi berat sebelah dan turut menuduh kerajaan mengamalkan rasuah sedangkan hakikat gejala itu dilakukan cuma segelintir penjawat awam. Tindak-tanduk mereka akan diputar belit menjadi propaganda untuk memburukkan keseluruhan jentera kerajaan dengan pelbagai label negatif.

Sebagai pemacu jentera pentadbiran negara, transformasi sektor itu mampu mengembalikan integriti dan kredibiliti kerajaan yang semakin tebal dibelenggu persepsi buruk seperti mengambil rasuah, tiada kesetiaan dan menjadi talam dua muka, serta suka lengah dan bertangguh menyelesaikan tugas.

Bekas Presiden Cuepacs, Datuk Siva Subramaniam, mengakui sektor awam adalah nadi jentera sesebuah kerajaan untuk membuat pacuan ke arah pentadbiran yang dinamik, cekap dan memenuhi aspirasi seseorang Perdana Menteri. “Transformasi perlu dalam sektor awam sekarang kerana berjaya atau gagal pentadbiran Najib turut bergantung kepada sektor itu. Persoalan sekarang ialah, apakah mereka mampu mengikuti gerak tindak Najib yang begitu pantas? “Jentera kerajaan mesti mampu mengikut rentak Perdana Menteri jika tidak aspirasi beliau akan tergendala.

Jika jentera kerajaan dipacu perlahan sedangkan Perdana Menteri bergerak jauh lebih pantas dan ke hadapan maka di sini akan berlaku sesuatu yang akan merugikan,” katanya sambil menyarankan transformasi turut merangkumi institusi badan berkanun. Dalam proses transformasi politik dan pentadbiran ini juga, Najib harus mencari penyelesaian menangani gejala rasuah, kes projek politik dan projek gajah putih pada masa akan datang yang turut menyumbang kepada kemerosotan keyakinan umum sebaliknya meningkatkan persepsi buruk terhadap kerajaan selama ini.

Jalinan kerjasama semua agensi juga perlu dipertingkatkan lagi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara selain mengelakkan pertindihan dasar, peruntukan, penguatkuasaan mahupun pelaksanaan. Tindakan itu bukan saja akan disokong malah dihormati kerana menyelamatkan banyak wang negara. Tindakan itu juga perlu bagi membuktikan keupayaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib mengurangkan semula lebihan perbelanjaan. Andai dapat dilakukan, maka ini akan memberi banyak kesan positif terhadap kerajaan, perdagangan, ekonomi dan penarafan kewangan pada kacamata pelabur asing. Namun transformasi sektor awam mesti dilakukan dengan berhemah kerana khuatir kesilapan melaksanakannya akan memakan diri. Ini lantaran sentiasa ada pihak mengintai peluang merapatkan perhubungan dengan kelompok penjawat awam semata-mata untuk memecahkan tembok monopoli sokongan mereka terhadap kerajaan selama ini..

Isnin, April 05, 2010

Kerajaan Terengganu melaksanakan pengdemokrasian tanah melalui e-mohon dalam memproses permohonan tanah.

Kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato’ Ahmad Said terus menterjemahkan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan. Dalam pentadbiran tanah umpamanya dasar pemberian tanah kepada rakyat dilaksanakan melalui kaedah e-mohon. Rakyat Terengganu yang layak dan tidak mempunyai tanah, sama ada tanah anugerah (permohonan kerajaan) atau pembelian adalah layak memohon satu lot tanah untuk tapak rumah.

Kaedah permohonan diperoses melalui system computer (e-mohon) . Kaedah e-mohon ialah kaedah online yang dapat mengurang krenah birokrasi dalam pentadbiran tanah. Melalui kaedah ini rakyat Terengganu yang ingin memohon tanah boleh mengisi borang dan mengemukakan kepada Pejabat- Pejabat Tanah. Masalah kehilangan fail dan tidak berlaku lagi kerana pemprosesan dilaksanakan dalam talian.

Kaedah memproses permohonan tanah secara konvensional akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana permohonan bergerak melalui 27 buah meja baru tanah yang dipohon tersebut dapat diluluskan. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Kerajaan Terengganu akan segera menangani dan menyelesaikan masalah permohonan tanah oleh rakyat negeri menerusi sistem e-Mohon yang diwujudkan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata e-Mohon ialah sistem permohonan yang diproses melalui komputer bagi mempercepatkan permohonan.

Ia sebagai pendemokrasian pengagihan tanah kepada rakyat yang masih tidak mempunyai tanah. "Permohonan untuk mendapatkan tanah daripada rakyat terlalu banyak, itu pasal jadi lambat untuk diselesaikan dan kita wujudkan e-Mohon supaya ia dapat dipercepatkan. Selain itu kita mahu lihat juga mereka yang memohon tanah (pertanian), mengusahakannya atau tidak, kalau tak usaha, kita tak akan bagi," katanya selepas menutup program Juara Rakyat Parlimen Kuala Nerus, Bulan Agensi Kerajaan di Felda Chalok.

Pada majlis itu, seramai 179 pemohon diberi geran tanah pertanian dan tapak rumah masing-masing bagi kawasan Kuala Nerus yang dipohon sejak sekian lama dan ada antaranya sejak 40 tahun lalu.

Ahmad Said berkata permohonan tanah daripada rakyat berlaku setiap masa. Berikutan itu kerajaan perlu meneliti tanah-tanah yang dipohon sebelum permohonan itu diluluskan, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga yang tidak mempunyai tanah khususnya tapak kediaman..