Selasa, Julai 29, 2008

Business Plan sebagai alat pengurusan organisasi yang berkesan

Business Plan bertujuan untuk merancang pelaksanaan program yang telah ditetapkan untuk sesebuah organisasi berjaya dengan suksesnya. Perancangan aktiviti yang dilaksanakan dalam business plan mencakupi penetapan matlamat dan arahan-arahan yang akan dilaksanakan oleh jabatan atau organisasi. Matlamat yang hendak dicapai hendaklah realistik (dapat dicapai): spesifik, dapat diukur, dan adanya time frame (batasan waktu). Ianya memerlukan commitment dari semua staf yang terlibat dalam perancangan aktiviti tersebut. Pelan perancangan aktiviti yang dibuat haruslah fleksibel supaya jika berlakunya kekangan ia boleh diubahsuai dengan merangka strategi dan cadangan (alternatif) baru supaya perancangan aktiviti dapat disusun semula.
Apa itu business plan ?
Business Plan adalah sebuah dokumen bertulis yang memperincikan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Dokumen tersebut seharusnya lengkap dan mencakupi informasi-informasi tentang aktiviti yang hendak dilaksanakan. Setiap aspek aktiviti perlu dinyatakan. Penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dirancangkan akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang menjadi core business sesuatu organisasi. Kemana arah tuju organisasi tersebut akan dibawa, dan bagaimana mencapainya jelas dapat digambarkan dalam business plan tersebut. Kegunaan business plan dilihat dari berbagai demensi bergantung kepada organisasi berkenaan. Bagi organisasi yang berorientasikan business ia adalah sebuah proposal perniagaan atau pun prospectus pelaburan. Walau apa pun penggunaanya sebuah business plan adalah mendokumentasikan idea aktiviti yang rancang. Sebuah garis panduan perlaksanaan aktiviti. Mengukur prestasi dan perlaksanaan aktiviti dan sebagainya. Sebagai contoh Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu ( Pembangunanan Manusia ) mendokumentasikan business plan untuk merangcang aktiviti tahunan setiap unit dan bahagian. Ia akan menjadi garis panduan kepada kakitangan agar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan aktivi yang dirancang.
Idea bagi mengadakan business plan di Bahagian Pembangunan Manusia Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu telah dimulakan oleh Tuan Hj Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail, Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pembangunan Manusia). Keberkesanan perlaksanaan business plan sebagai alat pengurusan boleh dijadikan garis panduan kepada jabatan lain.

Isnin, Julai 28, 2008

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dapat meningkatkan Delivery System jabatan

Banyak jabatan mendapat teguran audit kerana tidak menyediakan manual prosedur kerja dan fail meja . Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.8 1991 dikeluarkan khusus mengenai garis panduan bagi menyediakan manual prosedur kerja (MPK) dan fail meja . Kedua-dua dokumen ini merupakan alat pengurusan yang dapat menyumbangkan kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan / pejabat dalam melaksanakan delivery system kepada pelanggan. Namun begitu ianya selalu diabaikan oleh jabatan sehingga mendapat teguran audit. Jika ada pun sesetengahnya tidak mengemaskini mengikut keperluan terkini.
Ketua jabatan perlu melaksanakan tindakan segera bagi mengelakan tegoran audit yang berulang-ulang . Bengkel penyediaan MPK dan FM perlu dilaksanakan dengan segera. MPK dan FM disediakan bertujuan untuk : Merekodkan semua prosedur dan pengaturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi. Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja. Menentukan peraturan jabatan / pejabat dipatuhi. Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa menjalankan tugas. Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru. Menyenangkan pertukaran staf dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Menyenangkan kajian keatas sistem kerja dan membolehkan pembaikan dibuat Mengurangkan arahan lisan. Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain.Manual prosedur kerja merupakan dokumen rasmi diperinkat jabatan menyatakan secara terperinci mengenai Latar belakang jabatan/pejabat , Objektif jabatan/pejabat, Carta jabatan/pejabat, fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat , aktiviti-aktiviti bagi fungsi-fungsi utama, pProses kerja aktiviti-aktiviti utama, carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama dan senarai borang-borang yang digunakan .
Setiap pegawai hendaklah menyediakan fail meja masing-masing bagi meningkatkan kecekapan & keberkesanan dalam menjalankan tugas harian. Fail meja dapat memberi panduan terperinci mengenai semua tugas. Ianya akan melancarkan dan memudahkan kerja-kerja harian. Ianya juga akan menjadikan seseorang individu itu bertanggungjawab dalam jabatan. Setiap pegawai akan mengetahui kedudukan individu di dalam jabatan.
Kandungan sebuah fail meja terdiri daripada , Objektif jabatan/pejabat , Objektif bahagian/unit, Carta organisasi jabatan/pejabat , Carta organisasi kedudukan pegawai , Senarai tugas/kuasa dan hubngan , Peraturan-peraturan pentadbiran ,Proses kerja ,Carta aliran kerja ,Senarai semak/checklist,Senarai undang-undang/peraturan , Senarai jawatankuasa yang dianggotai ,Senarai borang-borang yang digunakan ,Norma kerja ,Senarai tugas harian.
Mana-mana jabatan yang ingin menganjurkan bengkel bolehlah berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Bahagian Latihan atau berhubung terus dengan saya melalui e-mail : jahani.ismail@gmail.com. Telefon : (0199539402).

Isnin, Julai 14, 2008

Tertipu dengan skim cepat kaya di internet

Bagaimana jutaan manusia ditipu di internet. Bila sahaja anda melayari blog atau portal , anda akan menemui berbagai iklan untuk menjana kekayaan, menjana duit macam mengaut duit dari perigi dan sebagainya. Tetapi sebenarnya disebalik janji manis kekayaan itu adalah suatu rompakan keatas anda disiang hari.
Ramai manusia di dunia ini telah ditipu di alam cyber. Penduduk England dianggarkan kerugian £1 Billion Setahun, manakala penduduk Amerika Syarikat dianggarkan kerugian USD$100 Juta Sebulan disebabkan penipuan siber. Di malaysia pula bagaimana ?.
Diantara bentuk-bentuk iklan yang selalu anda temui dalam internet ialah .Anda mahu menjadi kaya di dalam masa yang singkat?, Peluang menjana pendapatan di dalam masa beberapa hari!, Modal yang sedikit !, Tiada modal, Sistem Terbukti Berkesan!, Jadilah Kaya Seperti Kami!, Rahsia didedahkan!, Peluang Keemasan! Pulangan Terjamin!. Malah banyak lagi dan ribuan janji manis dan pengiklanan yang menyakinkan anda yang anda hanyalah beberapa saat, jam atau hari sebelum anda menjadi kaya. Kemerdekaan daripada beban hutang seumur hidup anda. Semua perkataan, pengiklanan dan juga ayat
pemukauan digunakan untuk menarik wang anda kepada individu dan juga syarikat ini. Dunia Internet ini disokong pula oleh individu yang mengeluarkan ratusan atau ribuan buku di dunia nyata. Mereka juga mengadakan seminar dan bengkel yang menjanjikan kekayaan dengan yuran penyertaan hingga ke ribuan ringgit. Semuanya adalah teknik pemukauan dan penipuan besar di abad ke-21 ini.
Teknik yang sama juga mereka gunakan di akhbar tempatan dengan menjanjikan pulangan dan kekayaan sekelip mata. Bayangkanlah satu muka penuh akhbar tabloid yang menonjolkan kereta mewah dan janji manis kekayaan. Hari demi hari kita disajikan dengan pukauan yang mencabar minda kita. Dengan membayar puluhan ringgit atau ratusan ringgit kita mampu mengikuti jejak langkah mereka.
Persoalannya, adakah kita akan menjadi seperti mereka; perompak yang menggunakan janji manis yang menjanjikan kita rahsia mereka dan kemudiannya kita menjadi seperti mereka menipu dan juga mengambil duit secara haram. Mungkin pukauan mereka mengatakan rezeki itu adalah halal dan sebagainya. Di Malaysia pengetahuan dunia internet masih baru dan kesedaran pengguna tentang kebenaran dan juga risiko alam ini amatlah sedikit.
Sekiranya anggota perkhidmatan awam sendiri pernah tergoda dengan janji manis dan harapan kekayaan atau Jutawan segera ini, apatah lagi masyarakat di luar. Statistik dan perangkaan tentang jumlah sebenar kerugian rakyat Malaysia mungkin tiada buat masa ini. Anggaran kerugian pengguna internet United Kingdom dan juga Amerika Syarikat sudah cukup untuk kita jadikan sebagai iktibar. Walaupun ramai di kalangan penduduk Barat yang berfikiran kritikal dan waras, namun harapan menjadi kaya di dalam waktu yang singkat telah memukau ribuan maupun jutaan mereka untuk membazirkan wang mereka. Timbul cerita penipu membuat keuntungan USD $100 Juta di dalam masa sebulan dan pelbagai lagi.
Kenapa kita boleh tertipu dengan begitu mudah, terpulanglah kepada anda untuk menyoal diri anda, adakah anda akan tertipu. Kebanyakkan peserta atau pelabur skim atau program ini biasanya menggunakan rasional bahawa mereka hanya akan melabur seterusnya mereka akan mengeluarkan pokok pelaburan dan hanya akan bergantung kepada keuntungan. Ramai juga yang mengandaikan bahawa risiko setakat RM$100 atau RM$1000 bukanlah sesuatu yang besar dan sekiranya ianya mendatangkan keuntungan ianya adalah berbaloi. Sebenarnya anggapan inilah yang menjadikan operator skim ini Jutawan dan kita yang menjadi ahli sentiasa tertipu.
Marilah kita sama-sama menyinkap tabir penipuan dunia internet ini supaya anda tidak menjadi mangsa kepada individu dan juga syarikat perompak di siang hari. Marilah kita sama-sama dalami akan keadaan Internet ketika ini dan “pemukauan melalui perkataan” yang sedang dan akan berterusan. Kami juga berharap dengan timbulnya kesedaran ini maka anda boleh menjadi Pelayar Internet yang bijak dan seterusnya menfaatkan Internet ke jalan yang sepatutnya dan bukanlah sebagai asas atau tempat penipuan. Bilamana anda telah mengetahu yang mana Emas dan yang mana Suasa maka mudahlah untuk anda mengetahui jalan manakah yang perlu anda ambil sekiranya anda memilih untuk menjana pendapatan melalui Internet. Bagaimana penipuan ini dilakukan ? ...bersambung

Jumaat, Julai 11, 2008

Menjelang debat Anwar – Shabery

Menjelang debat Anwar – Shabery Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada hari selasa 15 Julai 2008. Sebelum kita dengar debat Anuar – Shabery mari kita renung dahulu PEAK OIL THEORY (TEORI PUNCAK MINYAK). Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan berkurangan.Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang di hasilkan semakin kurang. Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada geologis yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar geologis ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhir akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum. Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Hari ini harga minyak terus melonjak naik dan apakah kita mampu untuk membendungnya. Siapa jua yang memerentah pasti tidak mampu untuk menurunkan harga minyak . Sedar atau tidak bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum. Perang di Iraq, perang di Darfur atau perang di Sudan. Adalah akibat dasar luar negara Amerika Syarikat . Politikus hanya bercita-cita untuk berkuasa. Cakap mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.Sedar tidak dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kerajaan dalam bentuk apa sahaja semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur. Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan. Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis. Sebagai langkah persediaan kena kita kena mulakan langkah berjimat cermat. Elakan pembaziran. Pengeluaran makanan secara intensif hendaklah dimulakan dari sekarang. Jangan biarkan tanah terbiar. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak? Fikir-fikirkan lah.

Rabu, Julai 09, 2008

Laknanakan “succession planning” bagi melahirkan Pegawai Tadbir yang dihormati dan disegani

Dalam pembangunan organisasi “succession planning” adalah proses mengenalpasti dan menyediakan pemimpin yang sesuai melalui pemantauan, latihan dan job rotation untuk mengambil alih tugas kepimpinan dan pengurusan apabila pemimpin yang ada bersara atau tidak ada lagi dalam organisasi. Sukar kita bayangkan sekiranya tiada pemimpin pelapis yang sesuai bagi menggantikan atau mengambil alih tugas pemimpin yang bersara.
Apabila “Succession Planning” dilaksanaknakan pegawai yang memimpin sesebuah organisasi perlu mengenalpasti pegawai bawahan untuk di “grooming” sebagai pemimpin pelapis organisasi tersebut. Ini penting kerana untuk membangunkan seorang pengurus dan pemimpin yang berpotensi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Pegawai tinggi yang akan meninggalkan perkhidmatan adalah pakar dalam pelbagai disiplin, sama ada dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mahupun dalam bidang ikhtisas. Pengalaman dan kepakaran mereka adalah tidak ternilai dan sudah tentu kita akan kehilangan satu aset paling penting kepada pentadbiran awam. Namun demikian ada di antara mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan untuk beberapa ketika.
Seharusnya tempat mereka ini dapat diganti oleh pemimpin pelapis yang akan mengambil alih tempat pegawai yang akan bersara tadi. Kepakaran dan pengalaman yang terkumpul selama bertahun ini dapat dimanfaatkan dan dipindahkan kepada pegawai pegawai muda lebih awal sekiranya Succession Planning dapat dilaksanakan .
Pemimpin pelapis yang dilantik bagi megang jawatan yang lebih tinggi dan menerajui pelbagai jabatan adalah atas prestasi cemerlang yang melayakkan mereka dinaikkan pangkat serta melangkah ke satu lagi tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya masing-masing. Jika perancangan untuk peralihan ini telah dilaksanakan lebih awal ia nya tidak mempunyai kesukaran untuk meneruskan usaha-usaha yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Malah ada antara pegawai-pegawai ini telah bersama dengan bos masing-masing sama ada sebagai timbalan atau immediate subordinate dan sekarang mengambil alih tugas dan tanggungjawab mereka.
Dalam konteks Pentadbiran Awam Negeri Terengganu “Succession Planning” seharusnya dilaksanakan keatas Pegawai Tadbir Negeri. Walaupun pemimpin datang dan pergi namun pemimpin yang telah dikenalpasti bagi mengambil alih sesuatu jawatan seharusnya di “groom” dari awal. Perancangan teliti perlu dilaksanakan bagi melahirkan pemimpin dan Pengurus yang dihormati dan disegangni.

Ahad, Julai 06, 2008

Krisis Makanan Dunia

Masalah kenaikan harga makanan bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja. Dunia sekarang mengalami krisis makanan yang amat parah. Jika kita ikuti perkembangan berita dunia, berlaku rusuhan terhadap kenaikan harga makanan ( food riots) di kebanyakan negara-negara di caribbean &Timur Tengah. Agensi bantuan antarabangsa begitu bimbang tidak mampu memberi bantuan makanan kepada masyarakat dunia yang paling miskin di antara yang miskin. Setiausaha Am United Nation, Ban Ki-moon menganggarkan hampir 100 milion penduduk dunia yang paling miskin yang sebelum ini tidak memerlukan bantuan, kini, tidak lagi mampu untuk membeli makanan.

Antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga makanan:
1. Jumlah penduduk dunia yang kian meningkat seiring dengan permintaan yang tinggi terhadap makanan. ( Terutamanya di China & India)2.Penggunaan banyak tanah di Amerika Syarikat bagi penanaman jagung untuk penghasilan petrol kenderaan (Biofuel). Sejak beberapa tahun yang lalu, kerajaan US telah memberi subsidi kepada peladang-peladang domestik untuk penanaman jagung. Minyak jagung ini boleh di'fermentasi'kan bagi menghasilkan ethanol. Ethanol ini dicampurkan kepada petrol untuk kegunaan kenderaan. Tujuan asalnya adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import minyak ke negara tersebut. Walau bagaimanapun, penggunaan tanah hampir 20 milion ekar telah menyebabkan penurunan ketara sumber makanan utama dunia, iaitu gandum dan lain-lain. Polisi ini turut diguna pakai oleh negara-negara Kesatuan Eropah tetapi terkawal.
2. Extreme Weather. Kesan daripada cuaca buruk, seperti banjir atau kemarau telah menyebabkan pertanian terganggu.
3. Perubahan tabiat makan di China & India. Semakin ramai penduduk China & India makan daging/ ayam. Menurut suatu sumber, sejak 1980-an, pengambilan daging per kapita di China, telah naik 150%."You simply feed less people on maize [corn] via cattle than you do in maize direct," said John Powell, the UN World Food Program's (WFP) deputy director of external programs in Rome.
4. Kenaikan harga minyak mentah dunia

Selasa, Julai 01, 2008

Seminar Leadership Grid kearah kontinum kepimpinan (9,9)

Kuala Terengganu. 1 Julai 2008 Seramai 15 orang Pegawai Tadbir Negeri Terengganu telah menghadiri Seminar Leadership Grid yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu selama tiga hari bermula 29 Julai yang lalu bertempat di Grand Continetal Kuala Terengganu. Seminar dikendalikan oleh En Abd Malik dan En Azahar dari Grid International Malaysia. Perasmian penutup disempurnakan oleh KPSU (Strategik) pada jam 9.00 malam.
Gaya kepimpinan yang diasaskan oleh Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikut nya 1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan ini terletaknya gaya 9, 9, (pengurusan berpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya ini merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi.
Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. ini berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut pengurus autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-ehwal pekerja.
Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan ini, setiap teknik atau gaya kepengurusan boleh ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan matlamat dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalah terhad. ini disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang juga mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan pengikut itu.
Harapan KPSU kepada peserta supaya bersedia menyahut cabaran dan jadikanlah yang terbaik diantara yang terbaik. Dalam konteks perkhidmatan awam di Terengganu kita berada di persimpangan antara politik dan pentadbiran. Berhati-hatilah menguruskannya.