Menjelang debat Anwar – Shabery Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada hari selasa 15 Julai 2008.
Sebelum kita dengar debat Anuar – Shabery mari kita renung dahulu PEAK OIL THEORY (TEORI PUNCAK MINYAK). Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan berkurangan.Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang di hasilkan semakin kurang.
Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada geologis yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar geologis ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhir akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.
Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga.
Hari ini harga minyak terus melonjak naik dan apakah kita mampu untuk membendungnya. Siapa jua yang memerentah pasti tidak mampu untuk menurunkan harga minyak . Sedar atau tidak bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum. Perang di Iraq, perang di Darfur atau perang di Sudan. Adalah akibat dasar luar negara Amerika Syarikat .
Politikus hanya bercita-cita untuk berkuasa. Cakap mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.Sedar tidak dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kerajaan dalam bentuk apa sahaja semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.
Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.
Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.
Sebagai langkah persediaan kena kita kena mulakan langkah berjimat cermat. Elakan pembaziran. Pengeluaran makanan secara intensif hendaklah dimulakan dari sekarang. Jangan biarkan tanah terbiar. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak? Fikir-fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan