Dalam pembangunan organisasi “succession planning” adalah proses mengenalpasti dan menyediakan pemimpin yang sesuai melalui pemantauan, latihan dan job rotation untuk mengambil alih tugas kepimpinan dan pengurusan apabila pemimpin yang ada bersara atau tidak ada lagi dalam organisasi. Sukar kita bayangkan sekiranya tiada pemimpin pelapis yang sesuai bagi menggantikan atau mengambil alih tugas pemimpin yang bersara.
Apabila “Succession Planning” dilaksanaknakan pegawai yang memimpin sesebuah organisasi perlu mengenalpasti pegawai bawahan untuk di “grooming” sebagai pemimpin pelapis organisasi tersebut. Ini penting kerana untuk membangunkan seorang pengurus dan pemimpin yang berpotensi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Pegawai tinggi yang akan meninggalkan perkhidmatan adalah pakar dalam pelbagai disiplin, sama ada dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mahupun dalam bidang ikhtisas. Pengalaman dan kepakaran mereka adalah tidak ternilai dan sudah tentu kita akan kehilangan satu aset paling penting kepada pentadbiran awam. Namun demikian ada di antara mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan untuk beberapa ketika.
Seharusnya tempat mereka ini dapat diganti oleh pemimpin pelapis yang akan mengambil alih tempat pegawai yang akan bersara tadi. Kepakaran dan pengalaman yang terkumpul selama bertahun ini dapat dimanfaatkan dan dipindahkan kepada pegawai pegawai muda lebih awal sekiranya Succession Planning dapat dilaksanakan .
Pemimpin pelapis yang dilantik bagi megang jawatan yang lebih tinggi dan menerajui pelbagai jabatan adalah atas prestasi cemerlang yang melayakkan mereka dinaikkan pangkat serta melangkah ke satu lagi tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya masing-masing. Jika perancangan untuk peralihan ini telah dilaksanakan lebih awal ia nya tidak mempunyai kesukaran untuk meneruskan usaha-usaha yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Malah ada antara pegawai-pegawai ini telah bersama dengan bos masing-masing sama ada sebagai timbalan atau immediate subordinate dan sekarang mengambil alih tugas dan tanggungjawab mereka.
Dalam konteks Pentadbiran Awam Negeri Terengganu “Succession Planning” seharusnya dilaksanakan keatas Pegawai Tadbir Negeri. Walaupun pemimpin datang dan pergi namun pemimpin yang telah dikenalpasti bagi mengambil alih sesuatu jawatan seharusnya di “groom” dari awal. Perancangan teliti perlu dilaksanakan bagi melahirkan pemimpin dan Pengurus yang dihormati dan disegangni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan