Business Plan bertujuan untuk merancang pelaksanaan program yang telah ditetapkan untuk sesebuah organisasi berjaya dengan suksesnya. Perancangan aktiviti yang dilaksanakan dalam business plan mencakupi penetapan matlamat dan arahan-arahan yang akan dilaksanakan oleh jabatan atau organisasi. Matlamat yang hendak dicapai hendaklah realistik (dapat dicapai): spesifik, dapat diukur, dan adanya time frame (batasan waktu). Ianya memerlukan commitment dari semua staf yang terlibat dalam perancangan aktiviti tersebut. Pelan perancangan aktiviti yang dibuat haruslah fleksibel supaya jika berlakunya kekangan ia boleh diubahsuai dengan merangka strategi dan cadangan (alternatif) baru supaya perancangan aktiviti dapat disusun semula.
Apa itu business plan ?
Business Plan adalah sebuah dokumen bertulis yang memperincikan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Dokumen tersebut seharusnya lengkap dan mencakupi informasi-informasi tentang aktiviti yang hendak dilaksanakan. Setiap aspek aktiviti perlu dinyatakan. Penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dirancangkan akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang menjadi core business sesuatu organisasi. Kemana arah tuju organisasi tersebut akan dibawa, dan bagaimana mencapainya jelas dapat digambarkan dalam business plan tersebut.
Kegunaan business plan dilihat dari berbagai demensi bergantung kepada organisasi berkenaan. Bagi organisasi yang berorientasikan business ia adalah sebuah proposal perniagaan atau pun prospectus pelaburan. Walau apa pun penggunaanya sebuah business plan adalah mendokumentasikan idea aktiviti yang rancang. Sebuah garis panduan perlaksanaan aktiviti. Mengukur prestasi dan perlaksanaan aktiviti dan sebagainya.
Sebagai contoh Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu ( Pembangunanan Manusia ) mendokumentasikan business plan untuk merangcang aktiviti tahunan setiap unit dan bahagian. Ia akan menjadi garis panduan kepada kakitangan agar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan aktivi yang dirancang.
Idea bagi mengadakan business plan di Bahagian Pembangunan Manusia Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu telah dimulakan oleh Tuan Hj Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail, Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pembangunan Manusia). Keberkesanan perlaksanaan business plan sebagai alat pengurusan boleh dijadikan garis panduan kepada jabatan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan