Jumaat, Februari 19, 2010

Cabaran dalam melaksanakan transformasi di Pejabat Tanah Marang

Perubahan yang berlaku disekeliling menuntut kita melaksanakan perubahan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang peka kepada perubahan. Mahu tidak mahu kita kena berubah seiring dengan perubahan dunia. Pentadbiran dan pengurusan Pejabat Tanah Marang pastinya akan melaksanakan transformasi bagi menerajui pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Sebagai orang baru dalam pentadbiran tanah pastinya saya mempunyai keazaman untuk melaksanakan transformasi sepertimana yang disarangkan oleh Perdana Menteri. Transformasi memerlukan kerjasama dari semua pihak. Jika hanya pemimpin yang inginkan perubahan tetapi tidak di ikuti oleh kakitangan pastinya perubahan tidak akan terjadi. Lebih dasyat lagi jika ada dikalangan kakitangan yang anti perubahan. Ada yang rasa terancam bila perubahan hendak dilakukan kerana telah lama berada di zon selesa. .

Kepada kakitangan yang seperti ini biarlah ia terjun seperti siluncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan…biarkan …biarkan. Suatu hari nanti ia akan sedar juga. Perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan komitmen semua pihak. .

Dalam meneraju perubahan ini pastinya disiplin amatlah penting . Tanpa disiplin perubahan tidak akan berlaku. Jika hendakan perubahan kita kena berani menghadapi cabaran yang mendatang. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Jika takut menghadapi risiko jangan bicara soal perjuangan.. Semoga Allah member kekuatan untuk saya mengharumi perjuangan ini. .

Bermula dengan siri perjumpaan dengan unit-unit yang ada di Pejabat Tanah Marang, mendapati beberapa penemuan yang memerlukan perubahan segera. Membentuk disiplin kakitangan tentunya menjadi agenda utama. Setiap kakitangan perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan masa. Ini penting supaya kerja yang tertonggak dapat diselesaikan segera. Job rotation perlu dilaksakan segera. Kemahiran kakitangan dapat diperbagaikan. Kakitangan tidak hanya mahir dalam satu bidang sahaja. .

Untuk berjaya dalam satu bidang kena tahu matlamat yang hendak dilaksanakan. Pelan Perancangan Strategik jabatan perlu disediakan terlebih dahulu. Disamping pelan-pelan perancangan yang lain seperti Pelan Strategik ICT, Pelan Pengurusan Sumber Manusia, Pelan Integriti dan lain-lain. Pelan perancangan kerja tahunan juga perlu disediakan. Jika semua ini dapat disediakan maka kerja harian yang dilaksanakan akan tersusun dan terurus. .

Persekitaran kerja yang kemas bersih dan terutur mampu membentuk suasana kerja yang selesa. Oleh itu amalan 5S (Sapu,sisih,susun,sorot dan sentiasa amal) perlu dilaksanakan segera. Namun begitu dalam keghairahan untuk melaksanakan 5S jangan pula kita lupa kepada Akta Akib. Oleh itu kaedah pelupusan dokumen awam hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.. .

Sebagai anggota sebuah organisasi seharusnya kita mengetahui secara menyeluruh berkaitan organisasi kita. Latar belakang, carta organisasi matlamat penubuhannya, objektif yang hendak dicapai serta semua aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan. Oleh itu keperluan kepada menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sangat penting. .

Bagi mendapat pengiktirafan sebagai sebuah jabatan yang cemerlang pelaksanaan ISO 2008 dapat meningkatkan keyakinan warga kerja.Usaha-usaha kearah itu sedang giat dilaksanakan di Pejabat Tanah Marang. Selain daripada itu beberapa inovasi khususnya berkaitan dengan ICT akan dilaksananakan. Diantaranya ialah system pemetaan menerusi google earth, papan kenyataan digital, system fail dan lain-lain.

Tiada ulasan: