9 Febuari 2010 Merang. Seramai 102 orang kakitangan Yayasan Islam Terengganu telah mengikuti bengkel penyedian Manual Prosidur Kerja dan Fail Meja yang dikendalikan oleh penulis pada 9 - 11 Febuari 2010 bertempat di Suria Beach Resort , Merang, Setiu Terengganu.
Ia melibatkan kakitangan dari semua bahagian termasuk pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Terengganu. Terdiri daripada bahagian Pengurusan, Pentabiran, Kewangan, Dakwah, Kafa, Khidmat Masyarakat, Pengajian Pondok, Pra Sekolah dan Pentadbiran Daerah.
Komitmen yang ditunjukan oleh peserta begitu mantap dan terbaik kerana melibatkan semua kategori kakitangan. Setelah berbengkel selama dua hari dan dua malam Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyediakan Manual Prosedur Kerja jabatan dengan lengkap dan sempurna sepertimana perkeliling JPA 8/1991. Setiap peserta juga telah berjaya mewujudkan Fail Meja masing-masing.
Dalam menjayakan benkel tersebut kerjasama setiap kakitangan amat cemerlang sekali. Kakitangan biasa dan juga pihak pengurusan atasan telah berjaya mewujudkan kerjasama yang mantap sebagai sebuah pasukan. Walau pun bengkel berjalan selama dua hari dua malam namun ia berjalan begitu pantas sekali bagaikan tidak terasa masa telah berlalu.
Kearah menjadikan Yayasan Islam Terengganu jabatan yang terunggul dalam membantu perkembangan Islam dinegara ini mereka bertungkus lumus bekerja bagi mencapai objektif jabatan dan juga objektif bahagian masing-masing. Dengan melaksanakan fungsi utama jabatan yang ditunjukkan melalui carta organisasi jabatan.
Aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit telah dihalusi melalui proses kerja Dan juga carta aliran kerja. Peraturan-peraturan serta undang-undang yang berkaitan dinyatan bagi setiap peringkat dalam melaksanakan sesuatu aktivi.
Menyedari bahawa setiap angota organisai adalah aset utama jabatan maka setiap orang mesti menjadi kakitangan yang mahir. Ertinya setiap orang hendaklah bekerja dengan cepat, cekap dan tepat. Ciri-ciri ini jugalah sifat pekerja yang profesional dalam melaksanakan tugas. Cepat, laju dan deras bertindak dalam melaksanakan tugas yang diarah. Tugas tersebut dilaksanakan dengan cekap dalam ruang kerangka dan peraturan yang ada,
Soalnya bagaimana untuk menjadikan seorang kakitangan itu seorang yang profesional dalam bidang tugasnya?. Mestilah mengikut panduan dari manual yang ada. Disinilah pentingnya manual prosedur kerja ( MPK ) dan fail meja ( FM ).
Kedua-dua dokumen yang disediakan tersebut merupakan manual dalam melaksanakan kerja dengan cepat, cekap dan berkesan atau tepat..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan