Cakna Sayang

MEMACU KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN AWAM

Isnin, Februari 22, 2010

Posted by Jahani Ismail at 2/22/2010 04:34:00 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Hari Pertama Dato' Ahmad Said di Wisma Darul Iman

Hari Pertama Dato' Ahmad Said di Wisma Darul Iman

MENDOAKAN KEJAYAAN

MENDOAKAN KEJAYAAN

LUBUK MANDI 1988

LUBUK MANDI 1988

Sejarah Penemuan Emas di Lubuk Mandi 1988

ARUS sungai yang mengalir pekat di situ benar-benar terasa sudah berpindah ke dalam degup jantung setiap penghuninya. la mengikis, menghakis dan meroboh tebing sedikit demi sedikit.

Pokok getah yang berderetan di sekitar Lubuk Mandi itulah menjadi punca rezeki kepada penghuni di perkampungan sekitarnya. Takdir telah mencipta dan membentuk kehidupan mereka dan takdir juga telah menukar segala-galanya, daripada kebun getah yang lembap dan ditutupi belukar tiba-tiba berubah men­jadi bumi bertuah dengan memuntahkan rezeki yang melimpah.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1365, daerah Marang yang meliputi Sungai Kerak dan Mukim Rusila yang melibatkan kawasan Lubuk Mandi ini ditakluki oleh Majapahit. Mengikut cerita mulut daripada orang tua-tua, sebelum da­erah ini diterokai, hutan belukarnya hanya didiami oleh kaum-kaum asli, Pangan atau Semang.

Mereka kemudian pindah ke gunung dan ke hulu-hulu su­ngai apabila orang-orang Melayu berasal dari negeri Kemboja, Champa (Indo-China) dan Yala, Patani (Selatan Thai) mula bertapak di beberapa kawasan sekitarnya. Terengganu sememangnya mempunyai hubungan dengan kerajaan Jambi, Sumatera dan Thai pada kurun kedua belas.

Kajian juga membuktikan bahawa kerajaan Melayu Terengganu mungkin beragama Buddha) telah lahir sebelum kerajaan Sri-wijaya yang memindahkan ibu kotanya ke Sumatera pada kurun yang kedelapan Masihi.

Ketika itu Hulu Terengganu ialah ibu kota kepada' negeri Terengganu sebelum Kuala Terengganu, manakala Marang menjadi pintu masuknya. Kemungkinan di sinilah bermulanya Islam, kemudian barulah merebak ke Melaka.Oleh sebab, Marang, khususnya Rusila-Lubuk Mandi men­jadi kawasan laluan ahli-ahli perniagaan, kemungkinan pedagang Arab yang mengembangkan agama Islam di negeri China pada kurun ketujuh Masihi bertanggungjawab dalam mengembangkan Islam di Terengganu.

Sesungguhnya, tidak banyak yang dapat dibongkar mengenai orang yang mula-mula memerintah daerah Marang berbanding dengan daerah Hulu Terengganu atau Kuala Terengganu sendiri.

Walau bagaimanapun, dipercayai sejak zaman purba atau zaman batu sudah ada tempat-tempat kediaman di sekitar pantainya dan tidak di kawasan hutan seperti di Lubuk Mandi.

Daripada apa yang dapat dikesan, terdapat seorang raja yang dikenali dengan panggilan Tok Raja yang berasal dari Patani pulang ke Terengganu selepas menimba ilmu agama dan kemudiannya memperisteri Wan Mas (khabarnya cucu kepada Tok Raja Patani).

Bagaimanapun, disebabkan perselisihan faham, anak raja itu melarikan diri, terus mengembara dari setempat ke setempat. Menyeberang sungai dan alur, naik bukit, turun bukit, akhirnya sampailah di suatu kawasan yang difikirkan sesuai untuk dijadikan tempat tinggal dan bercucuk tanam.

Inilah Lubuk Mandi yang berdekatan dengan Bukit Anak Reng dan Bukit Cerong Pinang, yang berasap apabila diteng-gelami banjir. Walaupun tidak ada gunung berapi di kawasan itu, asap yang keluar daripada kedua-dua buah bukit itu mem-buatkan tanah kawasan itu menjadi panas, ini merisaukan Tok Raja lalu meninggalkan kawasan itu.

Dalam tahun sembilan puluhan, seorang lagi anak raja dari Patani, yang dihalau dari istana, menjadikan kawasan Lubuk Mandi yang dingin dan berdekatan dengan gua itu tempat pertapaannya. Di gua itulah dijadikan tempat pertapaannya sehinggalah cukup ilmu di dada, lalu mengembara mencari sahabat-handai untuk penerokaan sebuah perkampungan.

Secara kebetulan dalam pengembaraannya itu, dia telah bertemu dengan sahabat lamanya, seorang anak raja Patani yang melarikan diri dari istana, di bawah teduhan sebatang pohon ru di tepi pantai.

Sempena pokok ru, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Lubuk Mandi, yang menyerupai seorang lebai yang duduk bersila, lalu mereka namakan tempat itu Kampung Rusila, iaitu gabungan daripada pohon ru dan bersila. Nama itu kekal hingga sekarang.

Kedua-dua anak raja itu telah mengerahkan penduduk sekitarnya membuka kawasan perkampungan sambil mengerjakan tanah untuk bercucuk tanam. Di samping itu, agama Islam dikembang kepada orang ramai. Ramailah penduduk di sekitar datang berguru sehingga tersebar ke seluruh negeri.



Beberapa buah kampung di sepanjang pantai itu juga di-namakan sempena pokok ru, iaitu Rurenggeh (pokok ru tidak ada daun), Rudua (pokok ru bercabang dua), Rurendang (po­kok ru banyak daun) dan Rumuda (pokok ru terlalu muda) sehingga ke hari ini.

Kawasan hutan di situ kemudiannya diterokai oleh pen­duduk kampung sekitarnya pada awal tahun seribu sembilan ratus sebelum tanah getah itu diberi milik menjelang tahun empat puluhan, sesudah Jepun menyerah kalah kepada British.

Dahulunya sungai Lubuk Mandi banyak lubuk dan dalam airnya. Selain tempat mandi-manda selepas menoreh getah, mereka juga menjadikan sungai ini tempat mencari lauk-pauk. Ada ikan kelah, tumang, lampam, limbat, keli, baung dan se-bagainya. Selain bergantung hidup kepada menoreh getah, ke-banyakannya menjadi nelayan, bersawah padi dan berkebun kelapa, manakala perempuan pula menganyam tikar dan bertenun kain.

Pokok getah semuanya sudah tua, susu pun kurang. Batangnya sudah berkematu, ternyata rezeki daripada batang-batang getah ini sudah kian malap. Ketika berjalan sambil berfikir itu, tiba-tiba tersilau beberapa buah lubang yang agak luas. Aku terus menyusul secara diam-diam. Barulah terdengar suara manusia. Apabila menghampiri mereka, kesemuanya terdiam. Terkunci mulut, seolah-olah terperanjat. Cangkul dan kuali di tangan tiba-tiba terlepas dan jatuh ke tanah.

Misteri sudah terbongkar rupa-rupanya Lu­buk Mandi tempat emas! Lubuk Mandi kian dikenali, heboh menjadi buah mulut, nanya mula meniti dan terukir dari bibir ke bibir. Kata orang, Labuk Mandi bumi bertuah.

Beberapa hari selepas bulan Ogos 1988 Laporan pertama tersiar di muka depan Utusan Malaysia:

Marang 12 November 1988.- Kerajaan negeri sedang menyiapkan satu laporan lengkap mengenai kerja-kerja mendulang emas yang dikatakan diusahakan secara haram di kawasan hutan Rusila, dekat sini sejak beberapa bulan lulu.

Menteri Besar Dato’ Seri Amar Di Raja (sekarang Tan Sri) Haji Wan Mokhtar Ahmad dijangka membuat pengumuman penting tentang masa depan kawasan yang dilaporkan mempunyai banyak bahan galian tersebut, sehari dua ini.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Data' Ben-tara Luar Haji Omar Pilus berkata demikian ketika ditanya tentang hasil lawatan singkat serombongan pegawai kerajaan ke kawasan tersebut petang tadi.

Turut sama melihat orang ramai yang sedang mendulang emas di kawasan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Data' Setia Wangsa Haji Abdul Rahman Nasir dan Pegawai Daerah Marang, Haji Saad Boto'.

Dato' Bentara Luar itu enggan mengulas lebih panjang tentang potensi emas di kawasan itu dan bagaimana dengan laporan yang dijalankan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC).

Beliau juga tidak dapat menentukan sama ada orang ramai dapat meneruskan kerja-kerja mendu­lang emas di kawasan tersebut atau kemungkinan satu larangan dikenakan bagi menjamin masa depan bahan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang langkah diambil untuk menentukan sama ada kawasan itu perlu dikawal supaya orang ramai tidak lagi tertumpu mencari atau mendulang emas seperti se-karang.Beliau tidak menafikan kawasan itu menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk sekitar atau dari Kuala Terengganu malah terdapat ramai dari daerah-daerah lain di negeri ini turut sama mendulang emas di situ.

Dato' Bentara -Luar juga melahirkan rasa terpe-ranjat dengan keadaan yang berlaku di kawasan itu sejak akhir-akhir ini sehingga antara beratus yang mendulang emas itu, ada yang sanggup berkhemah dan bermalam di situ.

Ditanva tentang rancangan baru kerajaan untuk memastikan keselamatan pendulang yang semakin bertambah, beliau menyatakan tunggulah keputusan \ang akan dibuat oleh kerajaan.Katanva, Menteri Besar sendiri akan membuat kenyataan akhbar khas, bila semua laporan lengkap tentang keadaan dan cara penyelesaian diterima, dalam tempoh sehari dua ini.Ini disebabkan, beliau difahamkan kawasan yang terlibat dengan terjumpanya bahan galian emas itu, bukan sahaja di kawasan tanah kerajaan tapi terdapat juga kepunyaan tanah milik orang perseorangan.

Keesokan harinya beberapa akhbar menyiarkan "Rusila jadi tumpuan cari emas alatalat mendulang naik harga mendadak".

Malah, ada akhbar yang menyatakan Kampung Rusila yang sejak sekian lama menjadi tumpuan beribu penyokong PAS setiap hari Jumaat, kini sudah dipancar oleh kilauan emas.

Pada tahun tersebut saya bersama ayahda Ismail bin Said pernah meredah hutan belantara Bukit Kor berjalan kaki dari rumah untuk mendulang emas di lubuk Mandi.


BERTUKAR

Mulai 1 Febuari 2010 saya tidak lagi bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM). Kepada rakan-rakan dan kakitangan di Bahagian PSM Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, saya mengambil kesempatan disini memohon ampun dan maaf diatas kesalahan, kesilapan dan ketanjuran kata bicara, terlebih dan terkurang semasa saya bersama anda semua.


Sebagai penjawat awam yang sentiasa menurunkan tanda tangan "SYMP" Saya yang menurut perintah. Saya akur atas segalanya.
Saya akan bertukar ke Pejabat Tanah Marang sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Marang, Terengganu.
Tugas baru yang lebih mencabar bak kata orang selagi ada langit dan bumi masalah tanah tidak akan selesai. Terima kasih.,

Menjawab Soalan Panel Penilai Star Rating

Menjawab Soalan Panel Penilai Star Rating

Syeikh Abdul Malik - Tokoh Ulama Silam Terengganu

Syeikh Abdul Malik dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada pertengahan abad ke 17 dan mendapat pendidikan awal dalam bidang keagamaan daripada ayahnya dan guru agama di kampungnya sebelum menyertai bapa saudaranya berulang alik dari Terengganu ke Acheh atas urusan perniagaan. Semasa di Acheh, Syeikh Abdul Malik sempat berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkal, seorang Ulama Besar Acheh.

Hasrat keluarganya yang begitu tinggi untuk menjadikan Syeikh Abdul Malik sebagai seorang yang berilmu dalam bidang keagamaan, lalu pada usianya sekitar 30an beliau telah dihantar belajar di Mekah. Di sini beliau berguru dengan Syeikh Ibrahim AI-Kurani dan mendalami Fiqah al­Shafie. Selain itu, Syeikh Abdul Malik juga mempelajari ilmu Fiqah, Usuluddin, Tasawuf, Tafsir, Nahu, Hadis dan sebagainya.

Dalam bidang Tasawuf, Syeikh Abdul Malik mengamalkan Tarekat Sadhiliyah. Beliau banyak mengkaji pendapat dan buah fikiran tokoh-­tokoh besar seperti Ibn Ata'ullah, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar dan beberapa orang lagi. Antara tulisan-tulisan yang menjadi pengkajian beliau seperti Hikam, al-Tanwir Fi Isqah al-Tadbir, Lats If al-Minan, Taj

al-Arus dan Ihya Ulumuddin.
: .

Semasa belajar di Mekah, Syeikh Abdul Malikjuga berperanan sebagai pengajar sebagaimana Syeikh Daud bin Abdullah AI-Pattani, Syeikh Abdul Samad AI-Palembani, Syeikh Muhamad AI-Bintani dan Syeikh Muhamad Khatib bin Abdul Latif AI-Minangkabau. Antara kitab-kitab yang pernah digunakan sebagai bahan rujukan ialah Kitab Ihya Ulumuddin. Namun demikian, beliau sangat tertarik dengan Matan Hikam Ibnu Ata'ullah iaitu lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah AI-Imam AI-Ghazali. Sahabat-sahabat juga telah berminat dengan kitab ini lalu meminta beliau menterjemahkan ke dalam Bahasa Jawi sebagaimana yang tercatat di dalam Rikam Melayu :-
Bahawasanya telah meminta akan daku setengah saudara ku yang balik bahawa menterjemahkan aku akan dia dengan bahasa jawi supaya memberi manafaat dengan dia segala orang yang mudtadi, maka ku perkenankan atas yang demikian itu dengan sekira-kira yang dij'ahamkan Allah Taala akan daku

Selepas lebih kurang sepuluh tahun berada di Mekah, beliau pulang ke kampungnya di Hulu Terengganu dan menjalankan pengajaran agama di sebuah surau kampung tersebut. Syeikh Abdul Malik dipercayai salah seorang yang bertanggungjawab menyempurnakan istiadat pertabalan Sultan Zainal Abidin I dalam tahun 1708 di Tanjung Baru. Beliau mendapat kedudukan yang tinggi dalam masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin I malah salah seorang daripada anak perempuannya diperisterikan oleh baginda Sultan. Dengan berbekalkan ilmu agama yang dimilikinya, Syeikh Abdul Malik dilantik sebagai Ulama Istana dan Mufti yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa-fatwa berhubung masalah yang berkaitan dengan hukum-hukum agama.

Sikap beliau yang gemar mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain di samping mencari tapak yang sesuai bagi menjalankan kegiatan dakwah terus mendorongnya berpindah dari kampung kelahirannya ke Kampung Pulau Manis iaitu sebelah kiri hilir Sungai Terengganu. Namun demikian, beliau kemudian berpindah lagi ke Kampung Pulau Manis, Serada kerana beliau tidak mahu mengambil wuduk dengan membelakangi kiblat. Di sinilah beliau menjalankan dakwah Islamiah dengan membuka institusi pengajian pondok apabila jumlah anak muridnya semakin meningkat.

Sepanjang mengajar ilmu agama kepada orang ramai, beliau telah mengarang atau menyalin beberapa buah kitab-kitab agama seperti Hikam Melayu sebuah kitab Tasawufterbesar dan terawal menurut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bahasa Melayu, Kitab Kifayah (merangkumi Usuluddin dan Fiqah), Kayfiyat al-Niyyat (berkaitan Tasawuf dan Fiqah), Kitab Kifayah dan Risalah Naq!.

Sesuai dengan tarafnya yang berkedudukan sebagai anbia, terdapat pelbagai kelebihan yang Allah Taala kurniakan kepadanya. Antaranya Syeikh Abdul Malik telah menunjukkan kebolehannya yang luar biasa sejak keeil lagi. Umpamanya pernah satu ketika, ketika guru beliau mengajar mengenal huruf-huruf al-Quran. Gurunya menyebut 'Alif' tetapi dengan pantas Syeikh Abdul Malik menyebut 'Ba'. Oleh kerana banyak lagi perkara-perkara yang menakjubkan telah berlaku lalu gurunya tidak sanggup lagi mengajar beliau kerana terlalu pandai.

Kelebihan lain yang ada pada diri Syeikh Abdul Malik iaitu suatu masa ketika berada di Mekah telah ditanya oleh sahabatnya lJuah apakah yang paling sedap di kampung masing-masing, lalu beliau menjawab buah durian. Untuk membuktikan apa yang dikatakan, beliau telah pulang ke Hulu Terengganu mengambil sebiji buah durian kemudian beliau pulang semula ke Mekah. Sesampainya di Mekah beliau meletakkan buah tersebut di dalam kawasan masjid. Para jemaah yang datang ke masjid pada pagi itu terhidu bau yang enak. Pada masa yang sarna, keluarga Syeikh Abdul Malik mendapati sebiji buah durian telah hilang dan mereka pereaya buah itu telah diambil oleh anaknya.

Keistimewaan lain yang dimiliki oleh beliau ialah berkaitan dengan buah rengas yang boleh dimakan serta manis. Sebenarnya di bawah pokok ini pernah dijadikan tempat sembahyang oleh Tok Pulau Manis. Selain itu, Syeikh Abdul Malik pernah bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. Buktinya pada satu tengah malam di bulan Ramadhan, beliau bangun untuk mengerjakan solat sunat dan pergi ke sungai mengambil wuduk, apabila selesai terus naik ke rumah. Keesokan harinya beliau teringat akan serbannya dan cuba mengambilnya tetapi serban beliau didapati berada di atas pokok buluh yang berdiri tegak.

Setelah beberapa lama mencurah bakti pada masyarakat, pada tahun 1736 Masehi beliau meninggal dunia semasa berumur 86 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Manis, Kuala Terengganu.

Walaupun jasadnya telah tiada, namun proses pengajaran agama diteruskan oleh anak-anak muridnya bermula dari Kampung Pulau Manis, Kampung Belada, Sungai Rengas dan akhirnya di Kampung Tasik, Bukit Payong. Antara anak muridnya yang paling menonjol ialah Syeikh Abdul Malik bin Isa yang bertapak di Kampung Tasik.

Sebagai mengenang jasa-jasa beliau, sebuah sekolah agama di Terengganu telah mengabadikan nama beliau dengan gelaran Sekolah Menengah Agama Syeikh Abdul Malik, Kuala Terengganu. Selain itu, pihak Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pernah menganjurkan 'Syarahan Syeikh Abdul Malik' bertujuan mengenang jasa-jasa beliau yang telah disumbangkan kepada masyarakat dalam memartabatkan perkembangan agama Islam.

Pada tahun 2003, Syeikh Abdul Malik telah dipilih sebagai Tokoh Ulama Silam Peringkat Negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah 2003

Sumber Rujukan:
Ulama Terengganu Suatu Sorotan: Suntingan dan Pengenalan Oleh Muhammad Abu Bakar Terbitan Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. serta Jawatankuasa Koleksi Terengganu Perbadanan Perpustakaan
Awam Terengganu.
TERENGGANU Monumen Dan Tempat-Tempat Bersejarah Oleh Mohd Yusoj Abdullah, Che Muhammad Azmi Ngah dan Rashid Hamat. .,


Aqilah Zakiah binti Jahani

Aqilah Zakiah binti Jahani
Tahniah kerana mengekalkan kecemerlangan abang dan kakak mu kali ke 4 berturut-turut .

SENYUM SOKMOR

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya,sebab keelokan paras dapat menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Semoga kamu menemukan orang seperti itu.


Ingatlah.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum
dan orang-orang di sekeliling mu menangis.

Agama Bangsa Negara

Agama Bangsa Negara

KONTRAK SOSIAL

Malaysia Tanah Air Ku bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?


Kini nasib Melayu di era globalisasi seolah-olah sebuah tasik yang hampir gersang. Yang ada cuma anak ikan, air yang semakin cetek serta tercemar.


Semasa Kerajaan Inggeris hendak memberikan kemerdekaan kepada negara ini , syarat diletakkan betapa ketiga-tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India; mesti membuktikan yang mereka boleh bersatu-padu.


Orang Melayu mengiktiraf orang bukan Melayu, kaum pendatang pada masa itu sebagai warganegara yang mempunyai hak yang sama dalam sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka.


Syarat itu menetapkan bahawa orang bukan Melayu mesti mengakui beberapa hak-hak istimewa orang Melayu. Ia itu kedudukan Agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, dan sedikit keistimewaan, perlindungan diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan dan dalam bidang ekonomi.


Ini yang disebutkan sebagai kontrak sosial.


Inilah yang menjadi tapak kepada kemerdekaan. Kalau kontrak sosial ini cuba diceroboh, cuba diruntuhkan, maka dengan sendirinya persetujuan, persefahaman mencapai kemerdekaan itu akan runtuh.


Jiwa Melayu itu sangat kuat toleransinya sepertimana Tun Sambanthan berucap di Parlimen pada 1 Jun 1965 ia berkata,


“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain. Di Burma, seperti yang kita semua maklum, kaum India telah diusir keluar. Di Ceylon, mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Tetapi apa yang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ‘Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan memberikan mereka peluang untuk menjadi warganegara’.
Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang?”

Apa yang terjadi kini bahawa kita hanya memberi, mereka merasa, maka generasi kita merana.


Tergadainya Singapura? Kemudian Batu Putih. Peristiwa ini hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Itu sejarah yang telah berlalu.

PENJENGUK BLOG

free counters

Penulis Menyampaikan Ceramah

Penulis Menyampaikan Ceramah
Bersama kearah kecemerlangan perkhidmatan awam

WISMA DARUL IMAN K. TRG

WISMA DARUL IMAN K. TRG

RENUNGAN BERSAMA

Setelah sekian lama ia ditubuhkan kini taggal 16 September iaitu hari penubuhan Malaysia, diisytiharkan sebagai hari cuti umum seluruh negara. Sesungguhnya penubuhan Malaysia bukan sekadar kejayaan mengabungkan Sabah dan Sarawak bersama Malaya selain Singapura, tetapi ia suatu proses transformasi yang besar yang punya nilai sejarah dan kesan politik yang besar juga khasnya dirantau ini.

Apa pun memang sesuai sangat tanggal 16 September ini diingati. Malah usaha serius perlu dipertingkatkan bagi merapatkan jurang antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Laut Cina Selatan adalah pemisah besar antara bumi Semenanjung dan Borneo. Hakikatnya rakyat Semenanjung lebih rapat sesama mereka berbanding dengan saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak. Sempadan geografi yang dipisahkan oleh lautan terbuka ini sepatutnya tidak memisahkan kita.



Sesungguhnya nasib masyarakat (kini) minoriti Melayu di Singapura sering menjadi cerita sedih yang sampai kepadakita. Setelah terpisah dari Malaysia pada tahun 1965, masyarakat Melayu di Singapura terus menimpa nasib yang malang. Ini realiti bukannya bermaksud mahu melagakan mana-mana pihak di sini. Bersyukurlah di Malaysia hari ini kita dapat hidup aman dan tenteram berkongsi kekayaan negara bersama.

“Orang-orang Melayu Singapura yang ada ini akan dipandang sebagai orang yang patutu tidak ada di atas pulau yang kaya menjadi sumber ekonomi dunia ini……… mereka akan dihalau daripada rumah-rumah mereka, daripada kampong halaman mereka, dan mereka akan berpisah dari kaum kerabat mereka. Cara mereka dihalau bukanlah dengan menghalakan muncung senapang kepada mereka tetapi dengan menjadikan kawasan kampong halaman mereka sebagai tempat penting untuk bandaraya itu. Rumah-rumah batu dan gedung-gedung akan didirikan dan dengan bangunan itulah mereka terpaksa berpindah dari kampong halaman mereka”.

..........Almarhum Prof Zulkiflee Mohammad


Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esuk adalah impian yang belum nyata. Hari ini penentu siapa kita dihari esuk.


Oleh itu suatu keputusan yang anda buat pada hari ini akan menentukan masa depan anda.

Jika terdapat seribu orang yang berjaya dan cemerlang. Pastikan anda tersenarai dalam bilangan seribu tersebut. Jika terdapat seratus orang yang berjaya dan cemerlang. Pastikan juga anda termasuk dalam bilangan seratus tersebut. Jika terdapat hanya sepuluh orang yang berjaya dan cemerlang. Pastikan juga anda tersenarai dalam sepuluh orang tersebut. Jika hanya seorang yang berjaya dan cemerlang. Biarlah yang seorang itu adalah anda.


Amalan Mulia

Amalan Mulia

  • Mengaji Al-Quran & Terjemahan
  • Suara Orang Kampung
  • Membongkar Rahsia Rumah Gelap

Catatan Pengalaman

Catatan Pengalaman

Mengenai Saya

Foto saya
Jahani Ismail
e-mail :jahani.ismail@gmail.com

Hand Phone : 0199539402
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ►  2012 (1)
    • ►  Januari 2012 (1)
  • ►  2011 (2)
    • ►  Ogos 2011 (2)
  • ▼  2010 (45)
    • ►  Oktober 2010 (1)
    • ►  September 2010 (3)
    • ►  Ogos 2010 (2)
    • ►  Julai 2010 (10)
    • ►  Mei 2010 (7)
    • ►  April 2010 (8)
    • ►  Mac 2010 (6)
    • ▼  Februari 2010 (6)
      • Tiada tajuk
      • Cabaran dalam melaksanakan transformasi di Pejabat...
      • Yayasan Islam Terengganu telah berjaya menyiapkan ...
      • Peranan Pegawai Petempatan (SO) dalam pembangunan ...
      • Perjumpaan sulung dengan kakitangan Pejabat Tanah ...
      • Pesanan pertama untuk kakitangan bagi mewujudkan ...
    • ►  Januari 2010 (2)
  • ►  2009 (58)
    • ►  Disember 2009 (17)
    • ►  November 2009 (10)
    • ►  Oktober 2009 (13)
    • ►  September 2009 (11)
    • ►  Mac 2009 (2)
    • ►  Februari 2009 (5)
  • ►  2008 (58)
    • ►  September 2008 (3)
    • ►  Ogos 2008 (3)
    • ►  Julai 2008 (7)
    • ►  Jun 2008 (3)
    • ►  Mei 2008 (11)
    • ►  April 2008 (31)
Tema Tera Air. Dikuasakan oleh Blogger.