Ahad, Februari 07, 2010

Peranan Pegawai Petempatan (SO) dalam pembangunan negara

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) dari NT17 kepada NT27 di Semenanjung Malaysia. Tanhiah kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang telah dinaikkan pangkat semoga terus berkerja dengan bersih, cekap dan amanah serta jujur dalam Berkhidmat Untuk Negara.

Sebenarnya jawatan Pen.Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur. .

Jawatan Pegawai Petempatan adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di Negara ini, adalah kerana adanya jawatan Pen. Pegawai Tanah yang berkhidmat didalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan. .

Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah ini semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Peg.Kanan Petempatan pada tahun 1989. .

Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B didalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun perseketuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Pen.Pegawai Tanah (NT9,NT7 & NT 5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil.18/2001. .

Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17,NT22 & NT 31/322 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Pen.Pegawai tanah NT17,NT22,NT31/32,NT36 kepada skim Pen.Penolong Pegawai Tanah NT27,NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009. .

Peranan pegawai-pegawai petempatan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pembangunan negara. Dalam melaksanakan tugas harian yang semakin mencabar dan menuju ke era teknologi maklumat maka peranan Pegawai Petempatan perlu diperkasakan lagi. Justeru itu bagi mewujudkan perkhidmatan pegawai-pegawai petempatan yang lebih komprehensif dan berwawasan, berdaya maju selari dengan dasar - dasar, cita -cita dan matlamat kerajaan masakini. Pegawai petempatan perlu melaksanakan transformas dalam melaksanakan tugas harian sejajar dengan perkembangan semasa. .

Saudara-saudara selaku pegawai petempatan adalah merupakan kakitangan terpenting dalam pentadbiran tanah dan sekaligus pembangunan tanah keseluruhannya. Selaku pegawai petempatan, saudara-saudara adalah bertanggung jawab untuk menyalurkan maklumat - maklumat yang terkini kepada pihak pentadbir tanah khususnya dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan status tanah, maklumat ini penting kerana dasar pembangunan yang dirancang pastinya memerlukan data - data yang terbaik dan kemaskini. .

Pegawai Petempatan juga berperanan merumuskan perancangan masa hadapan yang membabitkan tanah dalam sebuah mukim dan daerah. Ini kerana saudara-saudara adalah kakitangan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat. .

Pegawai Petempatan bertanggungjawab menyediakan bank data tanah yang sentiasa kemaskini bagi memudahkan pihak kerajaan menentukan program pembangunan sejajar dengan wawasan negara. Pegawai-fegawai petempatan selain daripada menyalurkan maklumat - maklumat tanah juga bertanggungjawab melaksanakan tugas penguatkuasaan undang - undang mengikut kehendak - kehendak kanun tanah negara dan akta-akta serta peraturan-peraturan yang berkaitan. .

Di bawah Seksyen 425 ktn Pegawai Petempatan bertanggungjawab menjalankan tugas penguatkuasaan bagi mengawal segala bentuk pencerobohan di atas tanah kerajaan dan tanah - tanah rizab. Oleh itu pengawalan dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 ktn, ini perlu dipertingkatkan . Kelewatan tindakan penguatkuasaan boleh menjadikan pertambahan jumlah pencerobohan dan menambah kesulitan serta kos pembangunan yang akhirnya menganggu pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan. .

Pengawalan di bawah Seksyen 426 ktn pula untuk memastikan dan mengawasi segala peralihan bahan batuan mengikut peraturan dan undang - undang supaya kerajaan negeri tidak kehilangan hasil. Kurangnya pengawalan peralihan bahan batuan ini akan boleh menjejaskan hasil royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan. Justeru itu, unit - unit penguatkuasaan perlu memikirkan apakah cara terbaik dan berkesan dalam usaha menangani isu ini. .

Selaku pegawai petempatan, yang dianggap sebagai tulang belakang didalam organisasi pentadbiran tanah hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan mematuhi segala etika sebagai kakitangan kerajaan. Kecekapan dalam menjalankan tugas perlu di iringi dengan minda yang mantap, dan berdaya kreatif. Pegawai Petempatan perlu amanah dan jujur. Jauhjlah sikap mementingkan diri sendiri dan amalan menyalah gunakan kuasa. Sebagai kakitangan yang berurusan secara langsung dengan orang awam sememangnya saudara-saudara terdedah dengan bahaya penyalahgunaan kuasa. Sehubungan itu kekuatan iman dapat menghindari dari perkara-perkara yang dilarang baik dari segi agama atau yang berkaitan dengan etjka sebagai kakitangan kerajaan. .

Tugas yang saudara-saudara jalankan adalah amanah Allah dan juga amanah kerajaan. Oleh itu, lakukanlah ia dengan penuh dedikasi, komited dan berdisiplin. Sejajar dengan matlamat dan hasrat kerajaan yang kini menuju ke arah koridor raya multimedia, maka adalah menjadi harapan kerajaan supaya saudara-saudara bersedia menghadapi perubahan yang sedang menanti di hadapan kita semua..

Tiada ulasan: