Cakna Sayang
MEMACU KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN AWAM
Jumaat, Januari 13, 2012
Jihad dalam dalam melaksanakan tugas
Ahad, Ogos 07, 2011
Organisasi perlu berubah untuk terus berdaya saing.
Perubahan sentiasa berlaku, kadang kita sedar tetapi perubahan juga berlaku tanpa kesedaran kita. Zaman berubah dunia juga berubah. Perubahan berlaku selari dengan peredaran zaman. Perubahan berlaku dari lama kepada baru atau daripada suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Perubahan adalah suatu keperluan dalam kehidupan.
Dalam kontek organisasi , kena ada perubahan bukan sahaja suatu keperluan tetapi untuk sesebuah organisasi itu terus berdaya saing. Apa yang perlu berubah dalam sesebuah organisasi ?. Terdapat tiga unsur penting perubahan yang berlaku dalam organisasi. Pertama adalh staf, kedua struktur organisasi dan ketiga adalah teknologi yang digunakan. Namun begitu perubahan juga berlaku dari dalam atau luar organisasi itu sendiri.
Dalam ertikata lain sesebuah organisasi perlu berubah kerana harapan atau ekpektasi pelanggan yang begitu tinggi terhadap organisasi. Organisasi juga terpaksa berubah kerana teknologi. Teknologi yang berkembang pesat memerlukan pengubahsuaian cara berfikir, cara bekerja dan cara bertindak. Umpamanya organisasi tidak boleh lagi menggunakan mesin taip untuk melaksanakan kerja sedangkan organisasi lain telah menggunakan computer. Malah keperluan untuk mengubah system kerja daripada cara mamual kepada komputerise begitu mendesak. Perubahan juga terus berlaku kepada system diatas talian (online).
Persaingan yang berlaku memerlukan organisasi perlu berubah dengan cepat , jika tidak iakan ketinggalan atau tiada daya saing. Perubahan perlu dilakukan agar kita dapat meninggalkan legasi dalam kehidupan ini. Dengan itu perubahan tidak boleh dielak.
Sabtu, Oktober 02, 2010
Banyak perkara berlakunya pembaziran
KHUTBAH Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini menarik perhatian dan menyentuh kalbu saya. Isu atau temanya mengenai pembaziran. Khatib telah menghuraikan ada sembilan bentuk pembaziran (diri) dilakukan manusia. Sememangnya pembaziran ini jarang disedari oleh setiap daripada kita.
Selalunya bila disebut pembaziran ia terfokus kepada makanan, wang, masa dan tenaga saja. Bahawa hal-hal hubungan dan tanggungjawab diri kita dengan Tuhan juga sebenarnya berlaku pembazairan.
Di sini saya cuba mengulas dan memperluaskan lagi apa yang dimaksudkan pembaziran itu dan bagaimana ianya berlaku. Mudah-mudahannya ada manfaat untuk semua.
Antara sembilan pembaziran itu ialah;
i) Pembaziran ilmu pengetahuan
Banyak manusia mempunyai ilmu pengetahuan tetapi sayangnya ia tidak dimanfaatkan untuk kegunaan orang lain. Tidak mahu berkongsi dengan orang lain.Misalnya banyak para sarjana atau intelektual kita dalam berbagai bidang, tetapi ilmu para ilmuan itu hanya tersimpan dalam khazanah hati mereka saja. Mereka menuntut atau mempelajari ilmu itu bertahun-tahun tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Ada yang sekadar belajar untuk lulus periksa atau mendapat master dan Phd saja. Selepas itu mereka terus diamkan saja dalam diri mereka.
Begitu juga dengan para ulama dan ustaz. Mereka tidak menggunakan ilmu yang dimilikinya seoptimanya. Mereka hanya menggunakan atau pun mengajar sanak saudara atau keluarga sendiri saja. Kalau ustaz mengajar hanya di surau-surau di kampung mereka saja. Malas untuk merantau jauh menyebarkan ilmu dan berdakwah. Walhal ilmu yang ada kepada mereka itu perlu disebar luaskan dan ia juga adalah satu tanggugnjawab wajib mereka yang tahu. Ia satu amanah Allah kepada mereka. Inilah dikatan pembaziran ilmu pengetahuan.
Seharusnya mereka tulis dan terbitkan ilmu yang mereka perolehi itu sebagai kitab, VCD atau vedio. Sebar kepada umum biar orang ramai dapat memetik dan menggunakan ilmu berkenaan untuk dijadikan pandaun untuk hidup di dunia dan akhirat. Dan ingat kalau sudah establish sebagai pendakwah nanti jangan pula meletakkan harga bayaran dengan nilai tertentu. Menerima bayaran juga pada saya satu pembaziran!
ii) Pembaziran kekayaan
Banyak manusia kaya raya, punya wang jutaan ringgit tujuh keturunan makan tidak habis. Ada yang sampai RM4 billion. Tetapi malangnya wang itu disimpan begitu saja dan tidak dimanfaat oleh orang lain. Orang miskin dan dhaif patut mendapat batuan mereka terus tinggal dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa mendapat sejemput pun bantuan mereka.
Sikap ini menyebabkan orang miskin tidak dapat merasai kekayaan mereka dan si kaya pula tidak mendapat pahala dari si miskin. Jadilah kekayaan mereka untuk dimegahkan saja tetapi bukan membantu orang lain. Kekayaan seperti itu kekayaan yang tidak memberi guna sedikitpun. Kekayaan yang tidak diredhai Allah. Kekayaan ala Hamman dan Firauan.
Kekayaan yang mulia, ialah kekayaan yang dapat dikecapi sama oleh orang lain. Seperti mana kekayaan Allah s.w.t. menurunkan setitik hujan. Bila Allah turunkan hujan semua makhluk-Nya dapat merasai nikmatnya. Segala hidupan di atas gunung, bukit bukau curam dan lembah dapat merasai nikmat hujah. Rumput, lumut, pokok, semut, gajah, kambing, kucing, ayam, itik, semua dapat merasai air hujan itu.
Hatta ikan, belut, dan segala hidupan dalam sungai dan laut juga dapat merasai kekayaan Allah itu. Inilah dikatakan kekayaan yang tidak membazir. Kekayaan yang meliputi kegunaan dan manfaatnya.
Sebaliknya setengah orang kaya ini suka menghabiskan wang untuk keburukan dunia dan akhirat. Bukan dibelanjakan untuk membaiki dunia dan membawa dirinya hampir dengan akhirat. Inilah yang dimaksudkan kekayaan yang dibazirkan. Contohnya ada manusia yang memilik kasut sampai 3,000 pasang, kereta mewah pulahan dan sekali berbelanja terpaksa pakai trak atau lori untuk memunggah barang ke rumah.
iii) Pembaziran kesihatan
Allah memberi kesihatan tubuh badan kepada seseorang. Tetapi malangnya kesihatan itu tidak digunakan untuk kebaikan. Misalnya diberikan tubuh sasa, otak cergas tetapi kesihatan itu digunakan di jalan yang tidak benar. Bunuh orang, bakar orang jadi abu dan sebagainya. Kesihatan seperti ini juga tidak memberi faedah kepada dunia dan dapat memenuhi filsafat manusia itu sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Inilah kesihatan yang merugikan.
iv) Pembaziran ibadat
Anih ibadat pun ada pembaziran juga? Ibadat itu dikira membazir sekiranya ia tidak sampai kepada hakikatnya. Memang ada orang kuat beribadat, berzikir ribuan seharian, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, berkhalwat di dalam gua dan gunung, atau tinggal anak dan isteri berbulan kerana dakwah atau sembahyang sampai dahi lekuk dan menjadi hitam. Tetapi kalau ibadat itu tidak dapat merubah sikap dan perangainya baik lahir dan zahir ia hanya pembaziran saja. Kerja itu sia-sia saja. Ia lebih kepada ibadat untuk menunjuk-nunjuk. Inilah dinamakan ibadat syaitan.
Ibadat yang sampai ke kemuncaknya ialah bila dapat merubakan kehidupan diri, fiil dan perangainya mendekati akhlak Rasulullah s.a.w. Memiliki sifat mahmudah dan membuang perangai mazmumah yang bersarang di istana kalbun di dalam diri. Hoi...
v) Pembaziran zikir
Iaini mereka yang berzikir tetapi tidak mengingati Allah. Ingat hanya ketika zikir saja tetapi selepas zikir ia kembali ke dunia asalnya. Juga dikira membazirkan bagi mereka yang berzikir tahu menyebut dan mengulang-ulanginya tetapi tidak tahu makna dan pengertiannya. Zikir seperti ini samalah cakap burung gemala kerbau atau tiong yang tahu berkata-kata tetapi tidak mengerti makna dan maksudnya. Kemuncak zikurullah ialah zaouk (mabuk).
vi) Pembaziran cinta
Tidak mencurahkan cinta jiwa raganya kepada Allah yang berhak menerima cinta setinggi-tinggi dan sekudus-kudusnya. Manusia rela berkorban dan memberi cinta kepada mahkluk dan bukan kepada Penciptanya. Belum ada kita mendengar berita manusia terjun dari bangunan tinggi kerana kecewa cinta kepada Allah, sebaliknya yang kita dengar mereka membunuh diri kerana kecewa cinta dengan kekasihnya. Meletakkan perasaaan yang suci dan agung itu kepada manusia ini juga pembazhiran.
vii) Pembaziran kasih
Tidak mengasihi saudara sendiri tidak kasih kepada dunia dan tidak kasih kepada diri sendiri. Allah memberikan kawan dan saudara untuk saling kasih mengasihi dengan cara itu menguatkan keimanan dan ketakwaan. Sebaliknya kita bergaduh sesama sendiri, tuduh menuduh dan dengki mendengki. Tentang dunia dan makhluk ini pula kita tidak sayang dan kasih. Kita khianati sungai, khianati pokok, khianati bukit bukau, gondolkan untuk jadikan kawasan penempatan. Perbuatan ini juga menunjukkan kita tidak kasih, dan perasaan kasih itu adalah pembaziran.
viii) Pembaziran akal
Allah menganugerahkan akal kepada manusia menjadi manusia makhluk yan paling mulia. Akal membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Sayangnya manusia tidak menggunakan akal untuk melihat dan menghayati perbezaan itu sepenuhnya. Lebih malangnya lagi ada manusia bersikap dan berperangai macam haiwan. Inilah dikatakan pembaziran akal anugerah tertinggi bagi manusia.
Nah... cubalah renungi secara mengdalam dan menghalusi apakah tiap daripada kita tidak terlibat dalam melakukan pembaziran itu? -MSO
Selasa, September 28, 2010
Keluar kenyataan manis untuk cover line kegiatan haram.
Itulah yang diluahkan penduduk apabila seramai 199 penduduk kampung itu mendapat bantuan tanah lot kediaman tahun ini. ”
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanah Lot Kubu, Zainal Mohammad berkata, daripada jumlah itu, seramai 141 menerima bantuan bagi fasa pertama dan 58 lagi bagi fasa kedua.”
Apa yang berlaku sebenarnya ialah bagi menutup kegiatan beliau yang mengepalai kegiatan penceroboh tanah kerajaan bersama beberapa pihak yang bersekongkol dengan beliau. Laporan telah dibuat dan perkara ini dalam siasatan penguatkuasa Pejabat Tanah Marang.
Selasa, September 21, 2010
Kecangihan SMS menganti kad ucapan hari raya.
Namun, sejak lima tahun lalu percetakan dan penjualan kad ucapan hari raya melalui zaman muram yang agak mendadak . Penjual (peruncit), penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya, menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Bazar Ramadhan tidak lagi sibuk dengan jualan kad raya sepertimana tahun-tahun yang lalu.
Kemerosotan tempahan percitakan kad raya menjunam sehingga 70 peratus. Ini menunjukkan orang ramai, pejabat kerajaan, individu berpangkat dan peneribit kad tidak lagi berminat mencetak kad hari raya seperti sebelumnya. Alasan utama penerbit ialah penjualan kad yang merudum teruk sejak tiga empat tahun lalu akibat kemunculan media alternatif lain yang lebih canggih, murah dan berkesan.
Kemerosotan penjualan kad hari raya adalah berpunca dari kemunculan teknologi talipon bimbit yang memperkenalkan Sistem Pesanan Rengkas (SMS) - membenarkan segala bentuk ucapan bersifat peribadi dan umum – dimuatkan dalam talipon bimbit. Kehadiran SMS menyebabkan semua orang Islam dan bukan muslim boleh mengirim ucapan selamat hari raya kepada ayahbonda, kekanda adinda, kawan-kawan, sedara mara dan buah hati tanpa perlu membeli kad hari raya di kedai atau tempat umum lain. Mereka boleh terus mengirim ucapan dalam bentuk SMS menerusi talipon bimbit sahaja. Yang lebih menarik, penerima boleh menjawab ucapan yang diterima dalam jangka waktu segera – beberapa saat selepas menerima ucapan atau boleh menjawab kemudian mengikut kesesuaian masa yang dipilihnya.
Lebih unik lagi, penerima ucapan melalui SMS tidak perlu pergi ke kedai membeli kad hari raya untuk menjawab dan berkejar ke Pejabat Pos untuk membeli setem sebagai syarat utama pengiriman kad raya itu sampai kepada distansiasinya. Dengan kata lain, tanpa setem, kad yang hendak dikirim tidak mungkin sampai ke destinasinya dan ini semua menyusahkan dibandingkan dengan urusan pengiriman melalui SMS yang diakui lebih pantas, rengkas dan tidak mengeluarkan banyak perbelanjaan serta tenaga.
Demikianlah perkembangan zaman dan kemajuan teknologi menyebabkan urusan pengiriman kad hari raya menjadi semakin canggih dan lebih menjimatkan wang serta tenaga. Penjual, penerbit dan pencetak kad ucapan hari raya yang pernah mengaut untung besar sejak berpuluh tahun lalu kini mengalami zaman kemuraman yang tidak mereka sangka dan jangkakan akibat dari kemajuan teknologi ciptaan manusia. Begitulah kecanggihan teknologi talipon bimbit telah menelan kemajuan percetakan kad hari raya yang kini tidak lagi menjadi pilihan umum dan seolah-olah semakin dilupakan orang.
Apakah kecanggihan talipon bimbit yang mungkin dapat diatasi oleh teknologi lain yang lebih terkini di tahun-tahun mendatang yang bakal mengganti dan menandinggi kecanggihan Sistem Pesanan Rengkas dalam talipon bimbit?
Rabu, September 15, 2010
Iktibar dari pembunuhan kejam dan tragis Sosilawati dan tiga yang lain.
Apa lagi bentuk kematian paling tragis dari itu. Sebelum ini kita pernah mendengar kekejaman yang menimpa seroang ahli politik bernama Mazlan Idris. Beliau mati apabila disembelih kemudian anggotanya dikerat 16 atau 18 oleh penjenayah perempuan bernama Monapandi bersama dua pembantunya termasuk si suaminya Apandi dan Jurimi.
Selepas itu kita dengar pula kematian pragawati dari Mongolia bernama Altantuya. Altautya dibunuh mungkin ditembak kemudian mayatnya diletup menggunakan C4. Bommmm... berkecai. Kedua kejadian itu Mazlan dan Altantuya dikira masih belum kejam. Sebab, sebanya mereka tidak dibakar dan abunya tidak dihanyutkan ke sungai.
Sosilawati adalah orang Islam. Jenazah orang Islam tidak dibakar dan abunya tidakdihanyutkan ke sungai macam Hindu dan atau Buddha. Maat orang Islam dimandikan kemudian disembahyang dan dibawah ke kubur. Apabila kematian Sosilawati dan rakannnya itu (tidak berdosa), dengan cara itu ia sungguh kejam dan trajiskan. Babak dalam filem pun tidak ada sekejam itu. (Mungkin selepas ini ada kerana mengambil idea dari kejadian itu).
Apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan diambil iktibar untuk semua.
Kalau hendak menjalankan urusniaga kenal pastikan orangnya dulu. Seeloknya minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Jangan jalankan urusan niaga bersendirian,
Dalam kes-kes membabitkan wang tunai yang banyak, hendaklah minta polis memberi bantuan kawalan keselamatan tambahan. Sahkan dulu apa-apa yang hendak dibeli itu menerusi agensi yang sah. Kalau tanah sahkan dengan pejabat tanah terlbih dahulu. Pejabat Tanah hendaklah dijadikan tempat rujukan dan urusniaga tanah. Jangan jalankan urusniaga tanah melainkan di Pejabat Tanah. Tanyalah pegawai-pegawai di Pejabat Tanah terlebih dahulu.
Hidup jangan bergalagak besar. Usah cerita mengenai kekayaan kita kepada orang ramai. Jangan takabur dan suka membesarkan diri. Bermegah dengan kecantikan, kehebatan dan kekayaan satu dosa. Ikut rasmi padi makin berisi makin merunduk.
Jangan mudah percaya kepada profesyen seseorang. Hari ini manusia sudah tergamak melakukan apa saja untuk hidup mewah. Penjenayah bukan lagi bermisai, rambut panjang atau berwajah huduh seperti dalam filem. Tetapi pembunuh juga smart dan kacak berkereta besar dan kelihatan pemurah.
Sebaik hendak melakukan sesuatu yang besar atau luar biasa, buatlah sembahyang istikharah terlebih dulu kalau kita seorang Islam.
Sehubungan itu tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dibawah pimpinan ketuanya baru Ismail Omar berjaya merungkaikan pembunuh itu dalam kadar segera.
Jumaat, Ogos 20, 2010
Latihan yang dibuat dengan tekun pasti menghasilkan kecekapan. Kursus autocad untuk penolong pegawai tanah , PRP dan PRA
Bila berlaku job rotation atau pergiliran tugas telah berlaku kerenjatan kerja. Penolong pegawai tanah telah merangkak membuat pelan ukuran tanah yang dilaksanakan. Pembantu rendah yang beliau bergantung selama ini ditukarkan ke unit lain.
Bagi mengatasi masalah ini Pentadbiran Pejabat Tanah Marang mengambil inisiatif sendiri dengan menganjurkan kursus dalaman Autocad kepada penolong pegawai tanah dan pembantu rendah selama 3 hari. Sepanjang bulan ramadhan 3 siri kursus akan dilaksanakan yang akan melibatkan 18 orang peserta bagi setiap siri. Tenaga pengajar terdiri daripada penolong pegawai tanah yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini.
Kursus dan kemahiran adalah penting untuk bahagian teknikal. Kursus aplikasi autocad dalam membuat lukisan pelan tanah memerlukan ketekunan dan kerajinan.
Pada zaman Dinasti Song Utara (tahun 960-1279), ada seorang hulubalang bernama Chen Yaozi yang sangat pandai memanah. Setiap panahannya akan kena tepat pada sasarannya. Pada suatu hari, Hulubalang Chen Yaozi mahu menunjukkan kecekapannya itu kepada orang ramai, dengan membuat latihan memanah di sebuah taman terbuka milik keluarganya. Apabila melihat anak panah yang dilepaskan oleh hulubalang itu, semuanya kena tepat pada sasarannya, orang ramai pun bertepuk tangan, sambil bersorak riang,
"Hulubalang ini hebat sekali! Hulubalang ini hebat sekali!"
Tiba-tiba, datanglah seorang tua penjual minyak. Dia memindahkan pengandarnya, sambil berkata, "Hulubalang ini memang hebat, tetapi itu hanyalah hasil daripada latihan yang dibuatnya setiap hari sahaja. Tiada apa-apa pun yang istimewa."
Mendengar kata-katanya itu, orang ramai yang tadinya bersorak riang, terus terdiam. Hulubalang itu merasakan dirinya tercabar. Dia menghampiri penjual minyak itu, sambil berkata dengan suara yang lantang, "Jika benar suatu kecekapan dapat diperoleh hanya dengan membuat latihan sahaja, silalah tunjukkan kepandaian kamu!"
Penjual minyak itu menjawab dengan tenang, "Kata-kata saya tadi bolehlah saya buktikan dengan pengalaman saya menuang minyak ke dalam botol. " Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, dia pun meletakkan sebiji botol berbentuk labu di atas tanah, lalu menutup mulut botol itu dengan sekeping syiling tembaga yang berlubang kecil di tengahnya.
Kemudian, dia mula menuang minyak ke dalam botol itu menerusi lubang kecil itu dari tempat yang agak tinggi. Hebat sungguh! Tidak ada setitis pun yang tumpah atau terkena pada syiling tembaga itu. Orang ramai yang ada di situ amat terkejut, lalu kembali bersorak. Pada ketika itu, barulah hulubalang Chen Yaozi menyedari bahawa apa yang dikatakan oleh penjual minyak itu adalah benar. Latihan yang dibuat dengan tekun pasti menghasilkan kecekapan.
Catatan Keterangan:
Peribahasa "Shu Neng Sheng Qiao" atau "Latihan Hasilkan Kecekapan", dan "Kecekapan Merupakan Hasil daripada Latihan" ini membawa erti, kecekapan yang istimewa dapat diperoleh oleh sesiapa sahaja yang sanggup membuat latihan dengan tekun dan gigih tanpa mengaku kalah.
Ahad, Ogos 08, 2010
Pengalaman menghadiri kursus ESQ dan bersetuju dengan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan.
ESQ satu ‘ideologi’ bukan ‘metodologi’ — Aizam Mas’od.
Ketika menyampaikan kuliah Maghrib malam tadi (6 Ogos 2010, di Wilayah Persekutuan), kebetulan penulis sampai kepada bab berkenaan “Asma dan Sifat Allah SWT”, penulis mengambil kesempatan menjelaskan tentang penyelewengan ESQ dalam mentafsirkan nama-nama Allah SWT yang Maha Baik. Perkara ini bertepatan dengan ayat 74 di dalam surah al-Nahl. Bermaksud: “Maka janganlah kamu menjadikan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah”.
Ayat ini menjadi hujjah kepada aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti yang terkandung di dalam Sifat 20 yang mengajarkan kepada kita bahawa Allah SWT itu bersifat “al-mukhalafah lil hawadith” iaitu “bersalahan daripada segala yang baharu”.
Tetapi ESQ mengajar sebaliknya apabila cuba mengiyaskan semua sifat-sifat makhluk dengan nama-nama Allah. Kesannya, ada di kalangan alumni ESQ yang memahami bahawa gunung itu tinggi kerana Allah itu Maha Tinggi, alam itu luas kerana Allah itu Maha Luas, bunga itu cantik kerana Allah itu Maha Cantik dan pelbagai lagi.
Ini adalah hasil daripada ajaran ESQ yang mengatakan bahawa “seluruh alam mewakili sifat Allah”. Lihatlah betapa dangkalnya ajaran ini kerana ia tidak berpijak kepada kaedah mantiq yang betul, bagaimana mungkin gunung dan alam yang mempunyai isi padu, had dan mengambil ruang boleh dikatakan menyamai sifat Allah SWT yang qadim?
Malah gunung dan alam itu akan hancur apabila tiba masanya manakala bunga pula akan layu. Ini menunjukkan bahawa sifat alam ini “hadith” (baharu) dan tidak kekal (fana”) sedangkan Allah SWT itu bersifat baqa” (kekal) dan tidak binasa. Juga menjadi persoalan, bagaimana pula dengan makhluq-makhluq seperti iblis, syaitan, haiwan liar, segala jenis penyakit yang kesemuanya adalah perkara-perkara buruk (pada zahirnya)... adakah ia juga mewakili sifat-sifat Allah yang Maha Baik itu?
Apakah bentuk akidah yang diajarkan oleh ESQ ini sebenarnya?
ESQ juga mengajarkan bahawa manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT hasil daripada suara hati yang sedia wujud di dalam fungsi ketiga otak manusia yang dinamakan God Spot. Suara hati ini menurut ESQ adalah fitrah yang telah ditiupkan dengan 99 nama Allah SWT ketika Allah SWT meniupkan roh-Nya ke dalam diri manusia.
Menurut ESQ suara hati ini universal dan terdapat pada seluruh manusia tanpa mengira agama mahupun kepercayaan termasuk atheis sekalipun. Oleh kerana itu, ESQ mengatakan manusia itu berkasih sayang kerana sifat Allah itu yang Maha Pengasih, manusia itu adil kerana Allah itu Maha Adil, manusia itu berwawasan kerana nama Allah itu al-Aakhir dan pelbagai lagi. Bermaksud kesemua sifat manusia yang benar-benar mengikuti suara hatinya yang fitrah itu adalah merujuk kepada 99 nama Allah SWT yang sedia wujud di dalam God Spot tersebut.
Akibatnya kesemua nama-nama Allah SWT termasuk yang mempunyai makna-makna khusus bagi-Nya seperti al-Jabbar, al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Muhyi, al-Mumit diterjemahkan sesuai dengan sifat-sifat manusia. Alasannya kerana manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT.
Kaedah ESQ ini juga amat jelas menyalahi kaedah mantik yang betul, jika benarlah manusia yang mengikuti suara hati itu dikatakan mengikuti fitrah sifat-sifat Allah SWT, bagaimana pula dengan sifat-sifat manusia seperti makan dan minum, berkahwin, tidur, bernafsu dan lain-lain.
Adakah sifat-sifat ini juga mewakili sifat-sifat Allah SWT kerana ia juga fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia? Ia bukan hasil daripada emosi atau fikiran. Malah kaedah literal ESQ yang mengatakan kerana manusia itu berasal daripada Allah SWT maka sifat manusia itu menyamai sifat Allah SWT adalah dangkal kerana ia menyalahi nas dan akal yang sejahtera.
ESQ sebenarnya terperangkap dengan jerangkap “spiritual quotient” yang digagaskan oleh Danah Zohar dan Ian Marshall. Ia didokong oleh hipotesis yang dibuat oleh VS Ramachandran kononnya terdapat fungsi “pencarian Tuhan” di dalam otak manusia.
Padahal al-Quran sendiri telah mengatakan bahawa “otak manusia yang sejahtera” jika berfikir secara rasional sememangnya akan menemui siapakah penciptanya.
Oleh itu, di dalam al-Quran manusia disuruh berfikir dan bertafakur tanpa perlu menunggu penemuan Barat ini. Hakikatnya, teori ESQ lahir dalam keadaan “worldview” Barat yang tidak percayakan Tuhan dan berselirat dengan falsafah materialisme.
Epistemologinya juga jelas hanya berasaskan kepada falsafah Barat dan hipotesis sains. Logiknya bagaimana mungkin ia boleh menjadi tafsiran kepada Islam?
Penulis tidak fikir ESQ akan berjaya diislamkan. Ini kerana ia adalah satu “ideologi” bukan “metodologi”. Ia sama dengan usaha sesetengah orang yang cuba untuk mengislamkan sekularisme, liberalisme, kapitalisme, komunisme dan lain-lain.
Jika ada juga yang cuba untuk mengislamkannya maka akan lahirlah Muslim sekular, Muslim liberal, Muslim kapitalis dan lain-lain. Islam adalah Islam.
Epistemologinya adalah bersumberkan wahyu bukan akal, falsafah atau dapatan sains. Hal ini berlaku kepada Ary Ginanjar. Dia tidak pernah berjaya mengislamkan ESQ, sebaliknya Islam pula yang terpaksa disesuaikan dengan ESQ.
Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar bahawa ihsan itu God Spot atau suara hati atau 99 nama Allah atau tiupan roh Allah. Apa yang kita tahu “ihsan” itu adalah satu martabat tertinggi dalam beribadah. Sama ada seseorang itu mencapai maqam musyahadah atau muraqabah. Syarat ibadah tentulah seseorang itu beriman dan menganut Islam. Ia adalah maqam yang amat eksklusif dan bukan inklusif.
Tetapi ESQ telah membaratkan pengertian “ihsan” dengan mendakwa ia adalah “spiritual quotient” yang berlaku kepada semua manusia tanpa mengira apa jua anutan agama.
Ia dianggap sesuatu yang universal dan inklusif hatta kepada mereka yang tidak beragama. Apa yang berbeza hanyalah pada metodologi bagaimana untuk mereka mencapai “spiritual quotient” itu.
Ia mungkin dicapai dengan solat, yoga, meditasi, pertapaan atau mendengar muzik kerana ia adalah sesuatu yang “built-in” dalam diri manusia dan tidak terikat kepada ritual keagamaan untuk memperolehinya.
Sebab itulah, Ary telah menyenaraikan peneraju syarikat-syarikat besar seperti Walt-Disney, Starbucks, Body Shop, Visa International, Nokia, Matsushita dan lain-lain sebagai tokoh-tokoh sufi korporat yang telah berjaya mencapai “spiritual quotient” sehingga menepati nama-nama Allah SWT yang telah menjadi fitrah dalam diri mereka.
Jenis sufi dan tasawwuf apakah yang diajar oleh Ary Ginanjar ini?
Terus terang penulis katakan, ESQ adalah satu trend halus untuk menerapkan faham “perennial philosophy” ke dalam penganut agama seluruh dunia. Faham ini masuk dengan pelbagai kaedah seperti melalui “Global Theology”, “Global Ethic” dan lain-lain.
Kesemua faham ini pada zahirnya cuba mencari persamaan nilai yang universal antara semua manusia. Asas kepada ideologi ini adalah manusia bersatu pada titik spiritualnya yang disebut sebagai “metaphysical unity” atau kesatuan metafizik (esoteric). Inilah sebenarnya inti pluralisme agama. Amat silap jika sesetengah pihak beranggapan bahawa pluralisme agama itu hanyalah apabila seseorang mengatakan “agama itu semuanya sama”.
Malah sememangnya “perennial philosophy” itu mengiktiraf agama-agama itu berbeza tetapi hanya pada “level” eksoteriknya (zahirnya) tetapi kesemuanya menuju atau bertawaf kepada paksi yang sama pada level “eksoteriknya” (batinnya). Lebih daripada itu, “perennial philosophy” juga tidak pernah menyekat penganut mana-mana agama mengamalkan agamanya, apa yang penting penganut agama-agama itu menerima bahawa mereka semua bertemu akhirnya pada titik yang sama. Itulah “spiritual quotient” yang dimaksudkan.
Kesimpulannya, inilah rupa paras ESQ yang sebenar... lihatlah worldview kelahirannya dan epistemologi yang mencetuskannya... anda akan kenal apa ESQ yang sebenar!
Khamis, Julai 29, 2010
Menang perjuangan dengan mengalah.
Air mengalir kelembah mencari tempat yang paling rendah,
Manusia bergerak pantas mencari tempat yang paling tinggi untuk bermegah.
Air bersifat mengalah, namun tidak pernah kalah.
Air memadamkan api dan membersihkan lumpur.
Andai kata air tidak berupaya melawan, air akan mengalah.
Kalau merasa akan dikalahkan, air membolos diri dalam bentuk wap dan kembali kembali menjadi embun.
Namun air juga masih menang.
Air merapuhkan besi hingga hancur menjadi lebur..
Bila bertemu dengan batu yang jadi penghalang,
Air akan membelok untuk meneruskan perjalanannya.
Air membuat membuat awan diudara udara sehingga angi menjadi mati.
Air memberikan jalan pada hambatan dengan segala kerendahan hati.
karena sadar bahwa tidak ada sesuatu kekuatan apapun yang dapat mencegah perjalanannya menuju ke lautan.
Air menang dengan mengalah.
Air tidak pernah menyerang, namun air selalu menang pada akhir perjuangannya.
Manusia boleh hidup bergelap tanpa api.
Tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa air.
Selasa, Julai 27, 2010
Reformasi pentadbiran Pejabat Tanah Marang untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan.
Zaman sekarang bukan lagi zaman angkat bakul sendiri. Mana-mana pentadbiran tidak lagi boleh mendakwa ia adalah sebuah pentadbiran yang terbaik berbanding dengan yang lain. Kita tidak lagi boleh membuat iklan dengan mengatakan kita yang terbaik. Tidak lagi boleh menaikkan bena yang besar dengan mengatakan kita yang terbaik.
Pengiktrafan amat penting, lebih-lebih lagi bila kita diiktiraf oleh badan yang membuat auditan dimana perlaksanaan pentadbiran yang dilakukan sememangnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh standard kualiti MS ISO.
Pejabat Tanah Marang telah melaksanakan prosedur kualiti ISO tersebut dalam bidang seperti h Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga, Pembangunan Tanah, Pelupusan Tanah dan Hasil. Ia merupakan core bussines dalam pentadbiran tanah.
Dengan pengiktirafan ini bermakna Pejabat tanah Marang, Terengganu telah bergerak selangkah lagi untuk menghasilkan produk 1Malaysia. Perlaksanaan urusan pendaftaran pindahmilik tanah telah dapat dilaksanakan dalam tempuh 1 hari. Namun begitu warga Pejabat Tanah Marang masih belum berpuashati dengan pencapaian. Kerana sasaran KPI yang ingin dicapai ialah untuk melaksanakan pendaftaran pindahmilik tanah dalam tempuh 1 jam sahaja.
Begitu juga urusan yang lain akan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk itu reformasi pentadbiran tanah telah dilaksanakan dengan begitu drastik di Pejabat Tanah Marang. Diantaranya ialah pembinaan kaunter bersepadu disuatu tempat sedang giat dibangunkan dimana ia melibatkan peruntukan yang agak besar telah diluskan oleh kerajaan negeri. Bila siap nanti ia merupakan kaunter bersepadu ala coperat yang pertama di Terengganu.
Sebelum ini pengstrukturan dan penyusunan semula kakitangan telah dilaksanakan disemua bahagian di Pejabat Tanah Marang. Ia melibatkan job rotation Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir dan juga unit Teknikal melibatkan Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pekerja Rendah Awam (PRA).
Dengan melaksanankan perubahan ini telah dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang didalam setiap sistem penyampaian. Ia telah mendatangkan respond yang positif dari kakitangan dan juga pelanggan.
Ahad, Julai 25, 2010
Pejabat Tanah Marang telah mendapat sijil MS ISO 9001:2008
26 Julai 2010 Kuala Terengganu - Pejabat Tanah Marang bersama Pejabat Tanah Besut, Dungun,Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kemaman dan Setiu telah menerima sijil MS ISO 9001:2008 yang berkuat kuasa pada 26 May 2008 hingga 10 May 2011. Majlis penyampaian sijil tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah KPTG di majlis ringkas di Kuala Terengganu.
Isnin, Julai 19, 2010
Penghormatan kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Gambar seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Sabtu, Julai 17, 2010
Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah.
KEMAMAN, 11 Julai 2010— Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri. “Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut,” katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman hari ini.
“Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah. “Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan. Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan. — Bernama
Ulasan penulis : Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah.
Tanah adalah amanah. Tanah bukan semata komoditi atau barangan untuk di jual-beli tetapi adalah amanah yang akan di panjangkan untuk generasi akan datang.Tanah tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai tanah..
Salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah boleh dielakkan jika pegawai yang diamanahkan dalam pentadbiran tanah bekerja dengan ikhlas dan jujur.
Diantara beberapa contoh salah guna kuasa dalam pentadbiran tanah ialah ;
1. Tanah diberi kepada syarikat atau individu yang tidak ada kaitan dengan tanah tersebut berbanding mereka yang telah tinggal dan mengusaha tanah itu bertahun-tahun lamanya.
2. Tanah rizab diberi tetapi tidak di keluar dari warta tanah rizab.
3. Kawasan lapang dan tanah awam diberi kepada pemaju yang dekat dan ada hubungan rapat dengan orang-orang tertentu untuk perumahan dan pembangunan kawasan komersial.
4. Tanah tinggi dan kawasan tadahan air di anugerah kepada syarikat tertentu atau kategori tanah ditukar untuk dibenar membina projek pelancongan atau perumahan.
5. Pengawai yang bertanggung jawab dalam pentadbiran tanah menggunakan proksi ( pinjam nama orang lain) untuk mendapat tanah kerajaan untuk kepentingan peribadi.
6. Pegawai yang bertanggung jawab memalsukan dokumen permohonan tanah. Tanah dalam kawasan Rancangan Tanah Berkelompok dimasukkan nama kroni atau adik beradik tanpa melalui proses temuduga. Kadang-kadang borang pun tidak diisi dengan sempurna.
7. Pegawai dipejabat tanah memasukkan nama sendiri sebagai peserta ganti bagi mengantikan peserta RTB yang meninggal dunia. Pada hal dia tiada hubungan waris langsung dengan simati.
8. Pegawai yang tidak bertanggungjawab memberi ID kepada kakitangan untuk membuat kerja bagi pihak beliau tanpa kawalan. Contoh dalam memproses e-mohon ( sistem permohonan tanah berkomputer) dan sebagainya.
9. Pen. Pegawai Tanah menghebahkan tanah kerajaan untuk dipohon kepada sahabat handai, saudara mara dan orang yang ada kepentingan dengan mereka.
10. Pegawai yang bertgas di Pejabat Tanah membuat kerja-kerja juru ukur swasta dalam proses tukar syarat, pecah sempadan dan pecah bahagian tanah. Mereka-mereka ini mendapat akses yang mudah dalam sistem maklumat di Pejabat Tanah.
Jumaat, Julai 16, 2010
Kegigihan anak Terengganu dalam pasukan expedisi EM1M - KL to London
Itu pengalaman baru yang ditempuhi anggota pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) sewaktu menunggang di kawasan tinggi antara 3,000 hingga 4,000 meter dari aras laut dengan suhu yang menurun sehingga lima darjah celcius dari Hongyuan ke sini, semalam. Suhu yang terlalu sejuk menyebabkan alat pemanas tangan yang dipasang pada pemegang 'handle' motosikal kami bagaikan tidak berfungsi walaupun telah diaktifkan ke tahap maksimum sedangkan pada suhu biasa, ia boleh menyebabkan tapak tangan melecur jika dipegang terlalu lama.
Ternyata bukannya mudah untuk empat anak Malaysia menyesuaikan diri dalam cuaca sesejuk itu sewaktu penunggang motosikal tempatan berketurunan Tibet yang kami temui di jalanan turut memakai jubah tebal dan membalut muka mereka dengan kain untuk menahan kesejukan. Namun setiap daripada kami tetap bertahan dan positif menerima ujian berkenaan kerana ia merupakan proses persediaaan untuk menghadapi cabaran di sepanjang laluan ke London yang masih berbaki kira-kira 18,000 kilometer (km) lagi.
Mengenai angin lintang, ia berpunca daripada kawasan lapang sejauh mata memandang di sebelah kiri dan kanan laluan yang kami gunakan.Terletak di kawasan lembah antara dua jaluran gunung-ganang, kawasan berkenaan merupakan Taman Rumput Semulajadi yang sebenarnya adalah padang ragut untuk kegunaan penternak yak, biri-biri dan kuda. Keluasannya tidak dapat dianggarkan kerana kawasan berkenaan hanya dilepasi selepas lebih 260km kami menunggang.
Penternak yang menggunakan padang ragut itu akan berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan apabila bekalan rumput menyusut dan kembali semula ke kawasan berkenaan apabila tiba masa yang sesuai.
Perjalanan EM1M juga beberapa kali terhenti apabila kawanan binatang ternakan melintasi jalan yang kami gunakan dan yang paling menggerunkan ialah jika ia membabitkan yak yang bebulu lebat dan bertanduk runcing, dikhuatiri deruman ekzos Versys mengejutkan mereka sehingga menjadi agresif.
Kami tiba di sini, kira-kira pukul 6 petang dan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang mengambil kesempatan itu untuk menukar minyak enjin tajaan Silkolene kerana perjalanan kami sudah mencecah 5,000 km sejak meninggalkan Kompleks Sri Utusan, Bangi pada 1 Julai lalu.
Daripada SAIFUL HAIZAN HASAM - Anak kelahiran Besut Terengganu (Idola Keluarga)
Isu-isu dalam pentadbiran tanah di Malaysia
ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA
Ketidakupayaan Pentadbir Tanah Daerah mungkin berpunca dari kekurangan pengetahuan dalam bidang pentadbiran tanah. Terdapat Pentadbir Tanah Daerah yang dilantik tidak mempunyai pendedahan tentang pentadbiran tanah daripada penempatan-penempatan mereka sebelumnya.
Pentadbir Tanah Daerah juga sentiasa sibuk dengan tugas-tugas sebagai Pegawai Daerah dan keterlibatan Pegawai Daerah dalam banyak jawatankuasa dan mesyuarat. Ini menyukarkan mereka untuk menghadiri kursus / latihan bagi tujuan peningkatan kompetensi mereka.
Pejabat PTG kurang berkemampuan melaksanakan peranan penggubalan dasar, perancangan, penyelarasan dan pemantauan. Ini sebahagiannya disebabkan oleh keterlibatan langsung Pejabat PTG dalam tugas-tugas operasi. Kesannya Pejabat PTG kurang menyelia usaha-usaha inovasi, penambahbaikan dan pemantauan urusan pentadbiran tanah oleh Pejabat-Pejabat Tanah Daerah.
Pelbagai sistem telah diwujudkan seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB), Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK), Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) dan sebagainya. Masih tiada sistem yang komprehensif yang merangkumi urusan tanah / ukur. Tiada maklumat bersepadu mengenai tanah Negara dan diharapkan e-Tanah akan dapat menjadi model terbaik untuk menjadi sistem aplikasi komputer yang komprehensif yang merangkumi semua proses kerja. Projek perintis di Pulau Pinang masih dalam pelaksanaan.
Projek pembangunan dan urbanisasi menyebabkan banyak permohonan bagi memajukan tanah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Jabatan Ukur Negeri (PU). Contohnya pindah milik, gadaian, pendaftaran, perintah jualan, permohonan ukur halus (PU). Pertambahan tugas ini sepatutnya diimbangi dengan pertambahan perjawatan.
Kekurangan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dikalangan pentadbir tanah dan kakitangan sokongan berkaitan pentadbiran dan perundangan tanah adalah isu yang perlu segera ditangani bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan urusan berkaitan tanah.
Warga kerja di Pejabat-Pejabat Tanah turut terlibat dengn kerja-kerja teknikal pengukuran. Namun begitu, terdapat kekurangan kemahiran kakitangan teknikal pejabat tanah dalam kerja-kerja pengukuran ini. Apakah kursus / latihan yang diperlukan bagi warga kerja tersebut?
Warga kerja yang mempunyai kepakaran untuk pendakwaan amat kurang sekali. Ini mengakibatkan banyak kes hasil tertunggak. Selain itu, terdapat juga masalah keyakinan dalam melakukan pendakwaan dalam anggota penguatkuasaan walaupun telah mengikuti kursus di INSTUN.
Walaupun arahan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Yang Ke-59 bertarikh 18 Disember 2003 memutuskan semua anggota pentadbiran tanah DIWAJIBKAN hadir kursus di INSTUN, namun masih ramai lagi pegawai yang belum pernah hadir berkursus di INSTUN terutama Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). Ini menyebabkan ramai pegawai tersebut menjalankan tugas tanpa mempunyai ilmu pentadbiran dan perundangan tanah yang secukupnya sebelum memulakan tugas.
Kebanyakan Pejabat Tanah / PTG masih menggunakan sistem pengurusan fail dan rekod secara manual. Fail-fail tidak diselenggara dengan baik. Kekurangan kakitangan juga menyumbang kepada fail-fail yang aktif dan tidak aktif bercampur.
Kelemahan ini turut menyumbang kepada masalah penipuan dan pemalsuan dokumen hakmilik. Warga kerja di pentadbiran tanah harus dilengkapi kemahiran bagi mengenal pasti pemalsuan agar penambahbaikan dan tindakan dapat diambil.
Rakyat Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Dianggarkan bahawa pertumbuhan rakyat Malaysia mampu mencecah sehingga 70 juta penduduk berbanding 30 juta penduduk pada masa kini. Dengan memahami bahawa tanah yang semakin berkurangan, perancangan gunatanah yang digunapakai perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan agar disesuaikan dengan gunatanah yang bertambah. Kreativiti dan inovasi diperlukan untuk melaksanakan pembaharuan ini.
Aduan yang tidak beri perhatian mengakibatkan pelanggan (orang ramai) memanjangkan aduan kepada Biro Pengaduan Awam dan SPRM.
Umum sedia maklum urusan di Pejabat Tanah dan Pejabat Ukur memerlukan penggunaan borang yang banyak. Masalah sering timbul apabila pengisian borang tidak lengkap atau tidak menepati kehendak borang tersebut. Pegawai yang menguruskan borang-borang tersebut seharusnya pakar dalam mengenal pasti kekurangan pada pengisian borang tersebut oleh pelanggan untuk memudahkan pemprosesan.
Tunggakan kutipan hasil cukai tanah adalah berikutan kurang kesedaran pelanggan terhadap kewajiban membayar cukai tanah, kurang usaha Pejabat Tanah untuk mengutip cukai, kurang penguatkuasaan, dan kurang insentif menggalakkan kepada pemilik jika membayar awal. Publisiti untuk memberi kesedaran kepada pembayar cukai tanah amat diperlukan.
Terdapat masalah persekitaran pejabat yang secara tidak langsung mengganggu kelancaran kerja-kerja harian anggota di pentadbiran tanah seperti:
i) Keadaan bangunan Pejabat Tanah yang lama dan kurang penyelenggaraan.
ii) Ruang pejabat yang sempit dan susun atur pejabat yang tidak sistematik.
iii) Kekurangan ruang kaunterdan ruang menunggu pelanggan.
iv) Kurang ruang untuk Bilik Fail dan Bilik Kebal.
v) Kekurangan ciri-ciri keselamatan.
Secara umumnya terdapat tujuh (7) bidang utama perlu melalui enam peringkat proses kerja. Semua aktiviti mempunyai halangan sehingga mengambil masa yang panjang untuk memproses permohonan. Disaran perlu ada Piagam Pelanggan yang jelas dan menyegerakan pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
Enam aktiviti dikenalpasti yang mempunyai halangan tertentu:
Halangan peringkat proses;
Pegawai bertugas akan menyemak lengkapnya dokumen, kesahihan, mengesah, dan menyisih.
Halangan peringkat laporan tanah;
Kerja-kerja penyediaan maklumat laporan tanah yang melibatkan Pelukis Pelan dan Pen.Pegawai Tanah.
Halangan peringkat rujukan.
Keperluan merujuk kepada agensi teknikal untuk mendapatkan ulasan-ulasan berkaitan.
Halangan peringkat pertimbangan;
Menyediakan kertas pertimbangan J/kuasa Tanah Daerah (JKTD) (atau dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Tanah atau J/kuasa Kerja Tanah atau J/kuasa Hasil Bumi dan Tanah disetengah daerah)
Halangan peringkat keputusan; dan
Melibatkan keperluan mendapatkan pertimbangan dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN).
Halangan peringkat pendaftaran.
Mendaftarkan hak milik dan mengeluarkan hak milik (sementera atau tetap) kepada pemilik. Hak Milik Sementara perlu ditukar kepada Hak Milik Tetap. Disini peranan JUPEM untuk lot-lot tanah perlu diperakui / diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri sebelum didaftarkan sebagai hak milik tetap.
Keperluan kompetensi (latihan) perlu selaras dengan kehendak, peranan, halangan / masalah yang dihadapi agar program latihan yang digubal menepati dan membantu jabatan menyelesaikan halangan ini.
Ahad, Mei 16, 2010
Terengganu dijadikan tanda aras oleh JKPTG dalam urusan Panduan pindah milik tanah dalam masa satu (1) hari.
Amalan yang terbaik (best practices) yang diamalkan oleh Sarawak dan Terengganu telah dijadikan asas panduan oleh JKPTG untuk dilaksanakan diseluruh Negara. Mesyuarat Focus Group on Registering property pada 1g Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan bersetuju supaya pendaftaran hartanah dibuat melibatkan proses kerja di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hana, lernbaga Hasil Dalam Negeri dan Pejabat Tanah.
Sebagai langkah susulan JKPTG terah merangka panduan ini dengan mengambil kira pandangan-pandangan daripada bengkel dan mesyuarat berkenaan serta berdasarkan kepada pengalaman Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjaya mendaftarkan pindah milik tanah dalam tempoh satu hari bekerja.
Menurut surat edaran khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bil 1 tahun 2010: Panduan pindah milik tanah dalam masa satu (1) hari. Diantara panduan yang dicadangkan ini ialah dengan menyemak kembali system aliran kerja pendaftaran urusan pendaftaran pindah milik tanah melalui kaedah one piece flow dengan Memastikan pegawai berpengalaman ditugaskan untuk menyemak berasaskan senarai semak dan tidak menerima mana-mana perserahan yang tidak lengkap;
Dibeniuk pasukan pendaftaran khusus 'yang terdiri daripada seorang pendaftar dan dua orang Kerani yang bersiap sedia sepanjang masa untuk menguruskan pendaftaran pindah milik tanah;
MernujudKan persekitaran kerla yang berkuaiiti melaliri konsep 5S bagi memastikan urusan pendaftaran pindah milik tanah dapat cjilaksanakan dengan cepat dan mudah;
Menyeiesaikan semua tunggakan bagi urusan pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga;
Pentadbiran Tanah mesti menyelesaikan semua tunggakan urusan Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga tanah supaya tumpuan kerja dapat difokuskan kepada pendaftaran pindah milik tanah;
Pentadbiran Tanah hendaklah memaklumkan kepada pemohon termasuk wakil-wakil firma guaman supaya memastikan dokumen perserahan adalah lengkap dan layak urrtuk didaftarkan;
Menyediakan senarai semak yang komprehensif dan lengkap bagi kegunaan wakil-wakil firma guaman Yang berurusan dengan pejabat tanah. Senarai semak dan maklumat perlu dimuatkan dalan web untuk panduan pelanggan.
Meningkatkan kemudahan dan kesedaran kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti senarai semak dan sebagainya melalui Kaunter Khidmat Pelanggan, Kiosk dan Laman web,
Mewujudkan kaunter Yang mengamalkan kaedah setempat atau slngle point of contact bagi urusan bayaran dan penyerahan dokumen; dan Pentadbiran Tanah boleh mencipta kaedah lain Yang lebih Praktikal secara kreatif dan inovatif.
Sabtu, Mei 15, 2010
Penjawat Awam Dilarang Buat Sebarang Bentuk Pernyataan Awam
Dalam surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam mengingatkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi penjawat awam berkaitan pernyataan awam. "Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.
"Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"," katanya dalam surat edaran bertarikh 14 Mei yang disiarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam. Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi;
a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu;
b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau
c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.
Di bawah Peraturan 19 (2), Peraturan yang sama pula, seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu perkara melainkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada menteri sama ada secara am atau khusus.
a. apa-apa ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan
b. memberi apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan atau
c. memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan kerajaan.
Ismail berkata semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan hendaklah memantau perkara itu dan mengingatkan semua pegawai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan awam agar tidak menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.
"Sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.—BERNAMA