Isnin, September 28, 2009

Tahniah! Kepada Tuan Haji Zulkifli Mohamad YDP baru Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.

>

Kepimpinan pertubuhan menjadi tidak releven sekiranya diterajui oleh pemimpin yang tidak memberi impak kepimpinan yang berkesan dan tidak menjiwai citra rasa ahli. Agenda persatuan yang sepatutnya berjalan dengan licin telah terganggu akibat berlakunya konflik dalam kepimpinan. Pemimpin yang berkesan perlu memahami kehendak ahli dan mementingkan pertubuhan yang dipimpinnya. Jika agenda pertubuhan dikesampingkan maka ahli akan bertindak menukar pemimpin yang ada dan mengantikannya dengan pemimpin baru.

Slogan “acu cuba tukar sekali” terbukti berjaya didominasikan oleh ahli yang ingin melihat perubahan kepada Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu. Tuan Haji Zulkifli Mohamad, Pegawai Daerah Dungun telah berjaya menewaskan penyandang, ia itu Tuan Haji Mohd Kamil Othman. Tanggungjawab memimpin Persatuan PTN kini digalas oleh Tuan Haji Zulkifli dan jawatankuasa yang baru dipilih untuk melaksanakan agenda memperkasakan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu kearah Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Selaras dengan dasar merakyatkan pentadbiran dan pembangunan oleh kepimpinan kerajaan negeri Terengganu hari ini. Telah lama diperkatakan bahawa PTN adalah premier servis di Negeri Terengganu. Soalnya sejauh mana premier servis itu diterjemahkan oleh ahli dan sejauh mana masyarakat melihat maruah PTN itu terjaga. Sebagai contoh jika penguat kuasa majlis daerah mengeluar saman parking kepada kereda ADO, bukan kerana tidak mampu bayar parking ?. Tetapi apakah demi maruah perkara sekecil itu pun tidak boleh diselesaikan oleh persatuan demi menjaga maruah PTN.

Ini bermakna harapan ahli kepada YDP yang baru untuk mengembalikan PTN ketahap perkhidmatan perdana yang dihormati dan disegani dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kebajikan ahli tidak lagi terhalang oleh konongnya unsur-unsur kesetiaan seperti tempuh lama berkhidmat baru layak mendapat manfaat keahlian. Tidak ada lagi PTN keluar dari perkhidmatan kerana tidak setia. Ahli juga mengharapkan kemajuan kerjaya yang lebih jelas bukan hanya berdasarkan merit dan senioriti semata. Jika berasaskan merit perlu dijelaskan apakah kriteria merit tersebut. Ini penting supaya ahli dapat memahami dan sedar diri jika dia dinafikan kemajuan kerjaya kerana ia tidak mencapai standard merit tersebut. Bukan kerana klik dan kroni semata atau kerjaya yang perit dan ironi. Perjuangan YDP dengan ahli jawatankuasanya haruslah dapat memperjuangkan kehendak majoriti ahli bukan untuk kepentingan puak dan group kita sahaja.

Sesebuah organisasi yang hebat dapat diurus dengan berkesan jika majoriti ahli bersepakat mencalonkan orang yang difikirkan paling layak. Maknanya pemilihan dibuat kerana kredibiliti, bukannya populariti atau pengaruh peribadi yang sempit. Jangan nanti pemimpin yang dipilih dengan suara majoriti mempunyai agenda tersembunyi atau untuk tujuan politik dalam pentadbiran untuk mendapat (political will)?. Amatlah sukar sekiranya pemimpin menunjukkan gaya kepimpinan yang terarah kepada matlamat dan agendanya tersendiri.

Krisis kepimpinan akan berlaku dalam sesebuah organisasi apabila tiada kesan signifikan dari segi pencapaian objektif penubuhannya. Agenda-agenda pertubuhan telah dikesampingkan dengan kepentingan peribadi di samping tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli. Pemimpin yang mengepalai persatuan dan pengekalan stail yang lama menjadikan pergerakannya tidak dapat memenuhi citarasa dan kehendak ahli-ahli yang inginkan perubahan.

Tempias dan aura kepimpinan tidak meresap masuk ke sanubari pengikut apabila idea-idea baru tidak diguna pakai untuk menampakkan perubahan. Hal ini secara tidak langsung menjadi faktor penolak sehingga pengikut-pengikut di peringkat bawahan membuat reformasi, agar dengan penampilan muka baru yang lebih diyakini memberi impak kepada pergerakan pertubuhan. Sebenarnya tidak perlu skeptikal terhadap tentangan terutama apabila terdapat kemahuan untuk bertukar kepimpinan. Pemimpin yang kalah perlu menerima kekalah kerana pertubuhan PTN bukan pertubuhan politik.

Kepada kepimpinan yang baru jangan membuat kesilapan yang merugikan masa depan ahli dalam jangka masa panjang, seperti menghalang ahli menghadiri kursus induksi kerana terpaksa menghadiri aktiviti yang dianjurkan persatuan. Sedangkan kursus induksi diadakan hanya sekali setahun oleh pihak penganjur. Jika gagal menghadirinya pada tahun ini, Ahli berkenaan terpaksa menunggu tahun hadapan sedang pengesahan jawatan boleh diperolehi dalam tempuh 1-3 tahun. Ini bermakna pegawai baru yang cemerlang ini dinafikan hak mereka untuk pengesahan jawatan dalam tempuh setahun. Sedangkan ahli jika tidak dinafikan menghadiri kursus tadi boleh memohon kebenaran penganjur untuk pergi menghadiri program persatuan dan kembali semula ke kursus induksi. Ini hanya satu contoh kesilapan pemimpin dalam membuat keputusan. Adalah diharapkan kepimpinan yang baru tidak lagi membuat keputusan yang boleh merugikan ahli.

Rabu, September 23, 2009

Motivasi seorang ayah kepada anak-anaknya

23 September 2009 bersamaan 4hb Syawal 1430 - Seorang ayah telah memberi nasihat panjang lebar kepada semua anak-anaknya seramai enam orang . Harapan seorang bapa kepada anak-anaknya tentang masa depan, masa-masa yang lalu dan impian sesaorang untuk masa depannya yang cemerlang.

Salah seorang daripada anak-anak tersebut telah menulis kembali apa yang diperkatakan oleh ayahnya. Berikut diperturunkan apa yang difahami oleh anak itu tentang nasihat ayahnya;-

Apa cita-cita kamu? Adakah kamu hendak jadi polis, jurutera ,tentera, pekebun, ustazah, nelayan, tukang rumah, usahawan, saintis atau apa? Apakah matlamat kamu? Kerana orang yang buat kerja tanpa matlamat macam orang gila. Tanpa tujuaan, tak tahu kemana nak pergi ,nak buat apa, kenapa kena buat begitu dan begini. Matlamat itu penting dalam hidup kita . Kalau tidak, nanti kita terbabas dari landasan yang sepatutnya.


Dalam menetapkan matlamat hidup ia mesti jelas. Dengan adanya matlamat dan target untuk mencapai impian, kita boleh merancang apa yang perlu kita buat pada hari ini untuk kejayaan kita pada hari kemudian hari. Setiap cita- cita harus diiringi dengan usaha. Tidak ada kejayaan tanpa usaha. Dalam usaha pasti banyak halanganya.


Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Jangan risau! Ingatlah masalah itu sebagai cabaran yang harus di tempuhi. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Cara kita menyelesaikan masalah itu penting. Masalah yang besar kita tidak boleh selesaikan sekali gus. Masalah itu hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Menyelesaikan masalah dalam unit yang kecil adalah lebih mudah dari menyelesaikan masalah yang besar. Oleh itu masalah kecil jangan dibesarkan. Carilah jalan pentelesaian yang sepatutnya.


Apa tujuan kamu belajar tinggi-tinggi, jika hanya bercita-cita kecil. Matlamat kita biarlah besar. Jika kita hendak menembak sasarannya biarlah bintang dilangit. Jika kita tidak mampu mencapai bintang dilangit biarlah pucuk daun yang paling tinggi sebagai sasarannya. Oleh itu jika hanya bercita-cita hendak berada di tingkat bawah. Tiadalah gunanya. Apa yang penting, kita kena yakin pada diri kita sendiri, kalau hendak kita pasti boleh. Kita yang menentukan kejayaan kita. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya.


Namun sebagai seorang insan kita perlu bersrah kepada khadar dan khodak Allah, segala-galanya berada di tangan Allah, tugas kita hanya berusaha. Hasilnya Allah yang tentukan. Tetapi, kalau kita mahu pasti dapat kerana Allah akan membantu orang yang bertaqwa.

Ayuh mari kita teliti kelemahan diri kita agar dapat memperbaikinya ke arah yang lebih baik. Kelemahan yang terdapat pada diri kita perlu diperbaiki. Kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita perlu digunakan untuk meningkatkan prestasi diri kita. Setiap orang mempunyai potensinya sendiri. Potensi itu macam bakatlah. Jika kita kenal bakat kita maka bakat itu boleh kita gilapkan untuk kecemerlangan kita dimasa hadapan.


Semalam adalah sejarah. Sejarah tidak boleh dipinda atau diubah tetapi kita hendaklah mengambil pengajaran daripada sejarah agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan dimasa yang lalu. Orang yang tidak mengambil pangajaran daripada sejarah lebih bodoh dari orang yang gagal. Peluang yang diberi oleh Allah perlu digunakan sebaiknya. Jangan sia-siakan peluang yang ada.


Manusia adalah insan yang sering lupa. Manusia perlu sering diingatkan agar tidak alpa. Malas adalah penyakit yang tidak ada ubatnya di dunia ini. Hanya semangat manusia itu sendiri yang boleh mengubati penyakit malas. Tidak ada orang lain melainkan diri sendiri. yang boleh menolong kita, melainkan kita sendiri. Kita perlu sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mengatasi sifat malas. Segala makhluk ciptaan Allah boleh dijadikan sebagai sumber motivasi. Kita perlu berubah. Tidak Ada sesiapa yang boleh mengubah nasib sesaorang itu melainkan ditanya sendiri. Orang lain hanya boleh membantu seseorang untuk berubah, Orang lain tidak boleh mengubah sikap kita, hanya kita sendiri boleh mengubah sikap kita.


Orang lain tidak mampu untuk mengubah diri kita . Jadi,semuanya bergantung pada diri kamu sendiri bukannya orang lain. Anda yang menentukan kejayaan anda. Be the best among the best.

Ahad, September 20, 2009

Seronoknya beraya bersama keluarga

20 September 2009 Keluarga Ustaz Hasam Salleh Kampung Darau , Besut Terengganu hari ini menyambut hari raya aidilfitri 1430H dengan penuh makna kerana semua anak-anak dan menantu yang berada di perantauan kembali menyambut hari raya bersama ibubapa dan mertua.
Anak menantu yang berada di Perlis, Johor, Kuala Lumpur,Perak dan Kuala Terengganu bersama berhari raya dengan keluarga dikampung. Sambil menziarahi saudara mara dan bermaafan diantara satu dengan lain.
Pada malam raya bersama bertakbir dan bertahmid memuji dan mengagungkan kebesaran Ilah. Dalam keheningan malam hati tidak dapat menahan kenangan masa lalu Masa zaman kanak-kanak! Satu demi satu wajah-wajah orang kampung yang dirindui dan tidak pernah terlupa selamanya jatuh dan luruh laman hati. Baik rakan-rakan sebaya semasa kecil ataupun mereka yang sudah tiada lagi semuanya datang menggamit rasa.
Menjadi tradisi keluarga Ustaz Hasan Salleh bersembahyang raya bersama di Madrasah yang terletak disebelah rumah dengan di imami oleh Ustaz Hasam sendiri. Manakala khutbah hari raya dibaca oleh Ustaz Saiful Bahari. Sebaik sahaja selesai solat hari raya keluarga dihidangkan dengan berbagai juadah hari raya. Disampin kueh-kueh moden ketupat dan tapai tidak ketinggalan.

Jumaat, September 18, 2009

Ungkapan selamat hari raya membawa keinsafan.

Kepada yang mengigati diri ini saya mengambil kesempatan disini mengucapkan jutaan ampun dan maaf diatas kesilapan yang dilakukan. Semuga Allah jua memberi keampunan kepada kita semua.

Disini saya perturunkan beberapa ungkapan hari raya dari sahabat-hahabatku untuk tatapan kita semua.

Dari Amran sekeluarga: Cakap kadang-kadang tak terjaga. Janji kadang-kadang tak tertunai. Hati kadang-kadang berperangsaka. Sikap kadang kadang menyakitkan.

Hidup ini akan lebih indah jika masih ada rasa kemaafan. Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba dan marilah sama-sama membersihkan hati dan jiwa. Saya dan isteri mengucapkan selamat aidilfitri dan memohon maaf zahir dan batin untuk tuan dan famili.

Penghulu Ismail Zainal : Ya ALLAH dibulan yang penuh Barakah, Rahmat & Maghfirah ini. Kau berkatilah saudara ku yang baik ini. Limpahkanlah rezeki mu kepadanya, bahagiakan ia dan keluarganya, kurniakan kepada anak-anak yang soleh. Terimalah ibadahnya serta ampunilah segala dosanya. Maqbulkanlah segala impiannya. Selamat menyempurnakan ibadah puasa dan salam aidilfitri. Maaf Zahir batin.

Majlis Perbandaran Dungun : Sempena dengan 1 Syawal 1430H. Majlis Perbandaran Dungun mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Berbagai ungkapan dinyakan dan diluahkan dari sekejul hati yang kudus dengan penuh keinsafan dan kesedaran dari insan yang prihatin. Insan yang cintakan Allah dan Rasulnya. Cintakan saudaranya dan persahabatan. Cintakan perkenalan dan pertemuan semuga ianya kekal abadi sepanjang hayat. Dengan harapan Allah kurniakan keberkatan dunia dan dan akhirat.

Khamis, September 17, 2009

Nikmat Ramadhan 1430 bagi Kumpulan Sokongan

Penjawat awam paling bertuah dan beruntung. Tahun ini tahun pemberian dan kemurahan kerajaan dengan konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Pemberiaan alaun khas RM500.00 kepada kumpulan sokongan diberi sambutan lesu oleh mereka yang tidak bersyukur. Tahun-tahun sebelumnya bonus sebulan gaji dengan bayaran minima RM1000.00. Semua kategori dapat menikmatinya. Tahun ini anggota perkhidmatan awam bersedia berkorban demi negara. Kami semua redho dengan keputusan kerajaan itu demi konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ekonomi negara tidak menidzin untuk kerajaan memberi bonus seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi sekiranya kerajaan pula ingin berkorban untuk rakyat apa salahnya kan!...kan!....

Sebenarnya kumpulan sokongan yang terdiri daripada Penghulu Mukim, Pegawai Penempatan (SO), Jurutaip, Operator Telifon, Operatur Pemprosesan Data dan Pengawas Jalan Mukim telah pun mendapat durian runtuh dari kerajaan. Mereka-mereka ini skim perjawatan mereka telah dinaikkan daripada skim rendah kepada skim yang lebih tinggi. Misalnya Penghulu yang mana syarat kemasukan mereka dari SPM gred N17 dinaikkan kepada gred 27 dan keatas. Begitu juga dengan Pegawai Petempatan daripada gred 17 dinaikan kepada gred 27. Yang yang lebih beruntung lagi pembantu rendah petempatan yang dengan kemasukannya PMR dinaikan pangkat menjadi SO dan mulai 2 Julai 2009 dinaikan kepada gred 27. Pendek kata mereka ini tak perlu masuk universiti atau kolej untuk dapatkan Diploma bagi berada dalam skim perkhidmatan kumpulan B (Skim terdahulu) tetapi hari ini mereka telah pun mendapat faedah tersebut. Nak apa lagi ? ....

Bagi kumpulan yang lain seperti Jurutaip, Operator Telifon, Operatur Pemprosesan Data dan Pengawas Jalan Mukim Mereka yang syarat kemasukan SRP (PMR) gred 11 telah dinaikan kepada gred 17 (skim yang kemasukannya SPM. ianya juga bermula dari 2 Julai 2009. Begitu juga Pembantu Tadbir yang telah bekerja lebih daripada 15 tahun, dinaikan kepada gred 22 menjadi skim perkeranian dan operasi. Untung tu ....

Apa yang diharapkan mereka-mereka ini sepatutnya kena ubah mentaliti, jangan lagi berada ditakuk lama, mengangap diri masih lagi juru taip yang hanya menunggu kerja dan buat keja ikut buruh sahaja. Cara berfikir perlu berubah, cara bekerja kena berubah dan juga cara bertindak juga kena berubah

Isnin, September 14, 2009

Tiga hari penting dalam hidup

Tiga hari yang penting dalam hidup. Hari yang menentukan kecemerlangan, menentukan kejayaan , sukses atau tidak seseorang dalam hidupnya. Penentu masa hadapannya . Hari itu juga akan merubah snerio kehidupannya dimasa akan datang. Kehebatan yang akan dijelmakan oleh seseorang dimasa itu juga bergantung kepada tiga hari yang penting ini. Hari itu kalau ia seorang perdana menteri yang disayangi rakyat adalah kerana tiga hari tersebut. Hari itu kakau ia seorang usahawan berjaya adalah kerana tiga hari itu. Hari itu kalau ia seorang artis terkenal adalah kerana tiga hari penting itu. Hari itu jika ia adalah seorang sasterawan terkemuka ia adalah kerana tiga hari penting itu. Bilakah tiga hari yang amat penting tersebut ?.

Hari pertama adalah hari semalam. Mengapa hari semalam penting ?. Hari semalam penting kerana ia akan menjadi sejarah dalam hidup kita. Sejarah yang akan kita tinggalkan dan tidak mampu dipinda atau diubah oleh sesiapa pun. Ia akan menjadi lagenda dalam kehidupan seseorang yang ada hanyalah kenangan dan pengalaman sahaja. Sama ada pengalaman ini berguna atau tidak bergantung kepada kita sendiri. Jika kita belajar dari sejarah dan pengalaman dalam hidup kita ia akan menjadi ilmu yang amat berguna kepada kita. Jika tidak ia akan menjadi impian ngeri dan menjadi catatan hitam dalam hidup kita. Pengalaman adalah sejarah yang berlaku pada hari semalam. Belajar dari pengalaman sesungguhnya kita telah belajar dari universiti yang paling unggul didunia.


Kedua adalah hari esok. Hari ini adalah impian yang belum pasti akan menjelma sebagai seorang insan yang hebat, yang cemerlang, yang berjaya atau sebaliknya. Impian yang belum menjadi realiti. Cita-cita yang belum berkesampaian. Angan-angan yang yang belum ada jawapannya. Wawasan yang mempunyai seribu harapan. Itulah hari esok.

Sabtu, September 12, 2009

Transformasi sistem penyampaian kerajaan

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah tag line YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib tun Razak manakala merakyatkan pentadbiran dan pembangunan adalah tag line YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad bin Said. Ianya bermula semasa pertemuan menteri besar Terengganu itu semasa pertemuan pertama dengan ketua-ketua jabatan di INTAN Kemaman. Saya turut hadir masa pertemuan tersebut dan saya yakin bahawa ini adalah gagasan yang terbaik yang diinginkan oleh seorang pemimpin negeri yang berbeza dengan kepimpinan menteri besar Terengganu sebelum ini. Tag line yang paling popular ialah tiada halangan hanya cabaran . Yang pastinya tidak mampu direalitikan sebagai impian menjadi reality. Hanya yang ada menjadi impian ngeri.
Bermula zaman kepimpinan Dato’ Idris Jusoh struktur pentadbiran menjadi agak kelam kerana ada yang dinaikkan pangkat secara mendadadak dan ada yang diturunkan pangkat. Tanyalah pegawai-pegawai kerajaan ketka itu. Kerja tak bengah dan penuh dengan ketensionan. Bila YAB Dato’ Ahmad Said mengambil alih kepimpinan negeri pemerhati mengharapkan kepincagan ini dapat diperbetulkan seperti sedia kala selaras dengan selogan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.
Bagi merealisasikan konsep 1Malaysia Perdana Menteri memperkenalkan pula Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ketat untuk negara. Semua ini telah ditetapkan bagi kesemua kementerian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NJRA). KPI ini merupakan mekanisme penyampaian yang direncanakan untuk membantu kita mencapai hasil yang dihajati. Hasil yang kita harap dapat dicapai ádalah sama dengan apa yang telah ditekankan oleh pentadbiran yang lalu di bawah Wawasan 2020: untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang berpendapatan tinggi. Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju dengan acuan kita sendiri. Negara kita maka kitalah yang akan mencorakkannya.
KPI adalah penanda aras yang paling mustahak terutama dalam sektor awam dan swasta . sistem Perkhidmatan Kaunter pelanggan disetiap pejabat sama ada sektor awam dan swasta seharusnya lebih mesra dan dapat membantu urusan pelanggan secara berkesan dan berkualiti . Oleh itu adalah perlu suatu Transformasi sistem kerajaan secara besar-besaran perlu dilaksanakan segera melaksanakan gagasan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Begitu juga dengan gagasan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh YAB Menteri Beasar Terengganu.

Rabu, September 09, 2009

Pemberian khas RM500 kepada kakitangan sokongan

9 Sep 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan. Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.
Nampaknya terlepas lagilah bonus tahun ini. Walau bagaimana pun kakitangan kerajaan harus bersyukur dengan pemberian khas ini. Keadaan ekonomi global telah memberi kesan juga kepada ekonomi negara. Ini menyebabkan kerajaan tidak mengumumkan bonus seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ini sebahagian kakitangan sokongan telah pun mendapat durian runtuh bila perjawatan juru taip, operataor pemprosesan data dan operator telah dinaikkan gred daripada Gred N11 kepada Gred N17 sebagai perkeraniaan dan operasi.
Disamping itu pentadbiran Negeri Terengganu telah menyerapkan hampir 90% kakitangan sementara dan sambilan kepada jawatan tetap.

Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)

Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) untuk kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu akan diadakan pada Ahad 13 hb September 2009 dan Isnin 14hb September 2009.Bengkel selama dua hari tersebut akan berlangsung di Dewan Syarahan Tingkat 2, Wisma Darul Iman. Kuala Terennganu.
Menurut penyelaras program Cik Shophia, bengkel tersebut dilaksanakan secara in-house itu adalah dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan. Ianya dijangka akan dihadiri oleh 50 orang peserta dari berbagai gred.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengemaskini MPK dan FM yang sedia ada juga untuk persiapan penilaian star rating. Benkel akan dikendalikan oleh Hj. Jahani Ismail. Beliau juga adalah bekas penyelaras program INTAN Kampus Wilayah Timur Kemaman pada tahun 2000 hingga 2003

Jawatankuasa pelaksana star rating Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu

Pejabat SUK Terengganu sedang membuat persiapan untuk memperolehi penarafan bintang dalam pelaksanakan sistem star rating. Sehubungan dengan itu sebuah jawatankuasa pelaksana sistem star rating telah ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan kriteria yang termasuk dalam penilaian oleh panel penilai pada Disember 2009 nanti.
Diantara tujuan penubuhan Jawatan kuasa ini ialah bagi ;
Membincangkan pelaksanaan program-program yang telah dirancang selaras dengan kriteria SSR.
Merangka strategi bagi melaksanakan program-program dan aktiviti untuk memastikan ia berjalan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam penilaian SSR.
Membuat penambahbaikan terhadap program-program yang telah dilaksanakan setelah proses pemantauan dibuat.
Menyediakan maklumbalas setiap kriteria yang berkaitan dengan skop jawatankuasa yang telah diwujudkan bagi tujuan audit SSR.
Menyediakan maklumbalas untuk dilaporkan dari masa kesemasa. Model penarafan SSR terbagi kepada 3 kategori ia itu pengurusan 50%, perkhidmatan 25% dan pengurusan pelanggan 25%. Walau bagaimanapun pecahan nya mempunyai lebih daripada 250 kriteria.
Difahamkan bahawa panel penilai akan membuat audit penilaian pada disember 2009. Permakahan untuk penarafan star rating adalah sepertimana berikut
90.0%-100.0%/ - 5 bintang 80.0% - 89.9% - 4 bintang 70.0% - 79.9% - 3 bintang 60.0% - 69.9% - 2 bintang 50.0% - 59.9% - 1 bintang Kurang 49.9% Tiada Bintang

Ahad, September 06, 2009

Persiapan untuk penarafan "star rating"

Persiapan untuk mendapat pengiktifan dalam memperolehi taraf bintang sesebuah jabatan bukan suatu perkara yang mudah. Ini keran kreateria penilaian amatlah banyak. Semua perkeliling yang dikeluarkan seperti perkeliling kemajuan perkhidmatan awam perlu dilaksanakan oleh semua kakitangan.
Tujuan penarafan star rating ini ialah bagi memastikan perkhidmatan awam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini amat sesuai dengan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.
Dalam melaksanakan konsep ini adalah diharapkan suasana politik di Terengganu kian stabil dan tidak berlaku pulau memulau sesama sendiri. Rakyat mengharapkap gandingan yang mantap diantara pentadbir dan politik.