Isnin, September 14, 2009

Tiga hari penting dalam hidup

Tiga hari yang penting dalam hidup. Hari yang menentukan kecemerlangan, menentukan kejayaan , sukses atau tidak seseorang dalam hidupnya. Penentu masa hadapannya . Hari itu juga akan merubah snerio kehidupannya dimasa akan datang. Kehebatan yang akan dijelmakan oleh seseorang dimasa itu juga bergantung kepada tiga hari yang penting ini. Hari itu kalau ia seorang perdana menteri yang disayangi rakyat adalah kerana tiga hari tersebut. Hari itu kakau ia seorang usahawan berjaya adalah kerana tiga hari itu. Hari itu kalau ia seorang artis terkenal adalah kerana tiga hari penting itu. Hari itu jika ia adalah seorang sasterawan terkemuka ia adalah kerana tiga hari penting itu. Bilakah tiga hari yang amat penting tersebut ?.

Hari pertama adalah hari semalam. Mengapa hari semalam penting ?. Hari semalam penting kerana ia akan menjadi sejarah dalam hidup kita. Sejarah yang akan kita tinggalkan dan tidak mampu dipinda atau diubah oleh sesiapa pun. Ia akan menjadi lagenda dalam kehidupan seseorang yang ada hanyalah kenangan dan pengalaman sahaja. Sama ada pengalaman ini berguna atau tidak bergantung kepada kita sendiri. Jika kita belajar dari sejarah dan pengalaman dalam hidup kita ia akan menjadi ilmu yang amat berguna kepada kita. Jika tidak ia akan menjadi impian ngeri dan menjadi catatan hitam dalam hidup kita. Pengalaman adalah sejarah yang berlaku pada hari semalam. Belajar dari pengalaman sesungguhnya kita telah belajar dari universiti yang paling unggul didunia.


Kedua adalah hari esok. Hari ini adalah impian yang belum pasti akan menjelma sebagai seorang insan yang hebat, yang cemerlang, yang berjaya atau sebaliknya. Impian yang belum menjadi realiti. Cita-cita yang belum berkesampaian. Angan-angan yang yang belum ada jawapannya. Wawasan yang mempunyai seribu harapan. Itulah hari esok.

Tiada ulasan: