Ahad, September 20, 2009

Seronoknya beraya bersama keluarga

20 September 2009 Keluarga Ustaz Hasam Salleh Kampung Darau , Besut Terengganu hari ini menyambut hari raya aidilfitri 1430H dengan penuh makna kerana semua anak-anak dan menantu yang berada di perantauan kembali menyambut hari raya bersama ibubapa dan mertua.
Anak menantu yang berada di Perlis, Johor, Kuala Lumpur,Perak dan Kuala Terengganu bersama berhari raya dengan keluarga dikampung. Sambil menziarahi saudara mara dan bermaafan diantara satu dengan lain.
Pada malam raya bersama bertakbir dan bertahmid memuji dan mengagungkan kebesaran Ilah. Dalam keheningan malam hati tidak dapat menahan kenangan masa lalu Masa zaman kanak-kanak! Satu demi satu wajah-wajah orang kampung yang dirindui dan tidak pernah terlupa selamanya jatuh dan luruh laman hati. Baik rakan-rakan sebaya semasa kecil ataupun mereka yang sudah tiada lagi semuanya datang menggamit rasa.
Menjadi tradisi keluarga Ustaz Hasan Salleh bersembahyang raya bersama di Madrasah yang terletak disebelah rumah dengan di imami oleh Ustaz Hasam sendiri. Manakala khutbah hari raya dibaca oleh Ustaz Saiful Bahari. Sebaik sahaja selesai solat hari raya keluarga dihidangkan dengan berbagai juadah hari raya. Disampin kueh-kueh moden ketupat dan tapai tidak ketinggalan.

Tiada ulasan: