Isnin, September 28, 2009

Tahniah! Kepada Tuan Haji Zulkifli Mohamad YDP baru Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.

>

Kepimpinan pertubuhan menjadi tidak releven sekiranya diterajui oleh pemimpin yang tidak memberi impak kepimpinan yang berkesan dan tidak menjiwai citra rasa ahli. Agenda persatuan yang sepatutnya berjalan dengan licin telah terganggu akibat berlakunya konflik dalam kepimpinan. Pemimpin yang berkesan perlu memahami kehendak ahli dan mementingkan pertubuhan yang dipimpinnya. Jika agenda pertubuhan dikesampingkan maka ahli akan bertindak menukar pemimpin yang ada dan mengantikannya dengan pemimpin baru.

Slogan “acu cuba tukar sekali” terbukti berjaya didominasikan oleh ahli yang ingin melihat perubahan kepada Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu. Tuan Haji Zulkifli Mohamad, Pegawai Daerah Dungun telah berjaya menewaskan penyandang, ia itu Tuan Haji Mohd Kamil Othman. Tanggungjawab memimpin Persatuan PTN kini digalas oleh Tuan Haji Zulkifli dan jawatankuasa yang baru dipilih untuk melaksanakan agenda memperkasakan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu kearah Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Selaras dengan dasar merakyatkan pentadbiran dan pembangunan oleh kepimpinan kerajaan negeri Terengganu hari ini. Telah lama diperkatakan bahawa PTN adalah premier servis di Negeri Terengganu. Soalnya sejauh mana premier servis itu diterjemahkan oleh ahli dan sejauh mana masyarakat melihat maruah PTN itu terjaga. Sebagai contoh jika penguat kuasa majlis daerah mengeluar saman parking kepada kereda ADO, bukan kerana tidak mampu bayar parking ?. Tetapi apakah demi maruah perkara sekecil itu pun tidak boleh diselesaikan oleh persatuan demi menjaga maruah PTN.

Ini bermakna harapan ahli kepada YDP yang baru untuk mengembalikan PTN ketahap perkhidmatan perdana yang dihormati dan disegani dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kebajikan ahli tidak lagi terhalang oleh konongnya unsur-unsur kesetiaan seperti tempuh lama berkhidmat baru layak mendapat manfaat keahlian. Tidak ada lagi PTN keluar dari perkhidmatan kerana tidak setia. Ahli juga mengharapkan kemajuan kerjaya yang lebih jelas bukan hanya berdasarkan merit dan senioriti semata. Jika berasaskan merit perlu dijelaskan apakah kriteria merit tersebut. Ini penting supaya ahli dapat memahami dan sedar diri jika dia dinafikan kemajuan kerjaya kerana ia tidak mencapai standard merit tersebut. Bukan kerana klik dan kroni semata atau kerjaya yang perit dan ironi. Perjuangan YDP dengan ahli jawatankuasanya haruslah dapat memperjuangkan kehendak majoriti ahli bukan untuk kepentingan puak dan group kita sahaja.

Sesebuah organisasi yang hebat dapat diurus dengan berkesan jika majoriti ahli bersepakat mencalonkan orang yang difikirkan paling layak. Maknanya pemilihan dibuat kerana kredibiliti, bukannya populariti atau pengaruh peribadi yang sempit. Jangan nanti pemimpin yang dipilih dengan suara majoriti mempunyai agenda tersembunyi atau untuk tujuan politik dalam pentadbiran untuk mendapat (political will)?. Amatlah sukar sekiranya pemimpin menunjukkan gaya kepimpinan yang terarah kepada matlamat dan agendanya tersendiri.

Krisis kepimpinan akan berlaku dalam sesebuah organisasi apabila tiada kesan signifikan dari segi pencapaian objektif penubuhannya. Agenda-agenda pertubuhan telah dikesampingkan dengan kepentingan peribadi di samping tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli. Pemimpin yang mengepalai persatuan dan pengekalan stail yang lama menjadikan pergerakannya tidak dapat memenuhi citarasa dan kehendak ahli-ahli yang inginkan perubahan.

Tempias dan aura kepimpinan tidak meresap masuk ke sanubari pengikut apabila idea-idea baru tidak diguna pakai untuk menampakkan perubahan. Hal ini secara tidak langsung menjadi faktor penolak sehingga pengikut-pengikut di peringkat bawahan membuat reformasi, agar dengan penampilan muka baru yang lebih diyakini memberi impak kepada pergerakan pertubuhan. Sebenarnya tidak perlu skeptikal terhadap tentangan terutama apabila terdapat kemahuan untuk bertukar kepimpinan. Pemimpin yang kalah perlu menerima kekalah kerana pertubuhan PTN bukan pertubuhan politik.

Kepada kepimpinan yang baru jangan membuat kesilapan yang merugikan masa depan ahli dalam jangka masa panjang, seperti menghalang ahli menghadiri kursus induksi kerana terpaksa menghadiri aktiviti yang dianjurkan persatuan. Sedangkan kursus induksi diadakan hanya sekali setahun oleh pihak penganjur. Jika gagal menghadirinya pada tahun ini, Ahli berkenaan terpaksa menunggu tahun hadapan sedang pengesahan jawatan boleh diperolehi dalam tempuh 1-3 tahun. Ini bermakna pegawai baru yang cemerlang ini dinafikan hak mereka untuk pengesahan jawatan dalam tempuh setahun. Sedangkan ahli jika tidak dinafikan menghadiri kursus tadi boleh memohon kebenaran penganjur untuk pergi menghadiri program persatuan dan kembali semula ke kursus induksi. Ini hanya satu contoh kesilapan pemimpin dalam membuat keputusan. Adalah diharapkan kepimpinan yang baru tidak lagi membuat keputusan yang boleh merugikan ahli.

Tiada ulasan: