Rabu, September 09, 2009

Pemberian khas RM500 kepada kakitangan sokongan

9 Sep 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan. Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.
Nampaknya terlepas lagilah bonus tahun ini. Walau bagaimana pun kakitangan kerajaan harus bersyukur dengan pemberian khas ini. Keadaan ekonomi global telah memberi kesan juga kepada ekonomi negara. Ini menyebabkan kerajaan tidak mengumumkan bonus seperti tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ini sebahagian kakitangan sokongan telah pun mendapat durian runtuh bila perjawatan juru taip, operataor pemprosesan data dan operator telah dinaikkan gred daripada Gred N11 kepada Gred N17 sebagai perkeraniaan dan operasi.
Disamping itu pentadbiran Negeri Terengganu telah menyerapkan hampir 90% kakitangan sementara dan sambilan kepada jawatan tetap.

Tiada ulasan: