Selasa, Oktober 06, 2009

Dua sebab mengapa manusia tidak suka lihat orang lain senang

Pengurus sumber manusia mestilah seorang insan yang suka menolong orang lain. Suka membantu dan memudahkan orang lain. Dalam hatinya hendaklah sentiasa mempunyai cita-cita untuk membantu. Gembira bila melihat orang lain gembira. Mempermudahkan urusan pelanggan. Memberi harapan kepada sesiapa sahaja yang inginkan pertolongan. Orang yang suka menyusahkan orang lain dan gembira melihat orang lain susah hanya kerana dua sebab sahaja. Pertama kerana ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) dan kedua kerana orang itu sakit jiwa.

Pemegang PHD adalah terdiri dari mereka–mereka yang tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Ada saja perkara yang hendak diganggunya sehingga mangsa nya akan jatuh tersungkur dan dikala itu terasa diri mereka hebat kerana berjaya menjalankan satu misi kehancuran jiwa dan semangat orang lain. Mereka lebih suka melihat orang yang aman damai menjadi kacaubilau dan tidak tenteram lagi. Mengkritik adalah mainan hidupnya. Mengkritik dilakukan dibelakang orang yang dikritiknya. Tidak berani bersemuka kerana lebih gemar meleparkan tuduhan yang tidak berasas. Sama seperti kata perupamaan lepar batu sembunyi tangan.



Dalam perkhidmatan awam spesis seperti ini tidak terkecuali, dalam jiwa dan spiritual mereka masih kosong. Sayang sekali sekeping hati bersih yang dianugerahkan Allah sewaktu lahir kedunia sudah bertukar hitam dan busuk umpama najis dan kian membusuk. Bagaikan virus yang cepat merebak, merosak jiwa dan meruntuh kesabaran manusia lain, mereka ini bangga jika ada insan menderita akibat perbuatan mereka. Mengapalah mereka tanpa ada sebab suka mengangu hidup orang lain sedangkan orang lain tidak pernah mengganggu hidup mereka.

Kebanyakan konflik yang melanda ummah bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong ummah untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :- “Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)”.

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihyaa’ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar yang lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Dimanakah bermulanya perasaan hasad dengki itu ?. Segumpal darah yang bernama hati yang dicipta Allah untuk menyayangi, mengasihi, bersangka baik dan ikhlas dalam perbuatan. Keikhlasan datangnya dari hati yang bersih. Kalau hati tak bersih, apa yang kita buat akan jadi tak ikhlas. Niat pun akan jadi tak baik. Maka bermulalah perasaan hasad dengki tersebut.

Dalam perkhidmatan awam PHD banyak berlaku contoh irihati jika orang lain naik pangkat sedangkan dia tidak, mulalah buat tuduhan macam-macam yang tidak sedap didengar. Perebutan untuk mendapat kenaikan pangkat itu adalah perkara biasa dalam jabatan. Perkara yang sama juga berlaku dalam perniagaan. Ini semua berlaku dikalangan orang melayu, Tetapi jika peniaga bangsa lain menjual product yang sama, mereka tidak menjadi competitor dengan mensabotaj atau dengki dengan perniagaan orang lain tetapi mereka jadikan lebih kepada networking. Dan masing-masing berusaha untukk meningkatkan kualiti & kuantiti yang lebih baik.

Wujudnya PHD kerana wang dan imbuhan yang orang lain dapat dan dia tidak dapat . Kerana orang lain dapat peluang dia tidak dapat peluang. Oleh itu janganlah susah kerana rezeki Allah berada diman-mana. Seandainya Allah nak beri rezeki kepada seseorang Allah boleh beri dari berbagai sumber. Rezeki dari perut bumi, atas bumi yang melata juga dari udara. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya.

Perkara kedua mengapa wujudnya perasaan tidak senang melihat orang lain senang ialah kerana ia sakit jiwa. Zaman sekarang ramai yang sakit jiwa kerana krisis Ekonomi Global menjadikan seseorang itu “over-competition”. Ramai manusia yang tidak mampu mengenal dirinya sendiri. Ia terlena dengan dunia yang berada dihadapan mata, sehingga tidak terfikir tentang nilai-nilai yang terdapat dalam diri mereka sendiri

Tiada ulasan: