Teknologi blog sekarang tumbuh dengan pantas dan paling diminati oleh bukan sahaja gulungan remaja atau generasi baru tetapi semua gulungan . Ia merupakan media alternative kepada media perdana lantas pihak kerajaan cuba menyekat ianya dilayari oleh pegawai kerajaan seperti di Terengganu. Pihak Unit Pengurusan Maklumat Negeri. Menghalang daripada “blog” di layari adalah cukup dangkal dan berfikiran sempit. Gulungan intelektual, akademik dan artis telah pun menggunakan blog sebagai media mereka.Di luar negeri blog telah pun berkembang maju, tetapi kita masih ketinggalan malah cuba menghalangnya.
Persoalannya apakah bog ?
Blog adalah dairi peribadi. Berbeza dengan web site dimana setiap posting menggunakan kode tertentu seperti html, php, asp dan lain-lain. Blog merupakan automasi daripada semua code tadi. Kerana blog telah di automasikan maka dengan itu kita yang tiada kemahiran teknologi dapat memposting apa juga catatan kita yang dikehendaki. Ia nya semudah kita send e-mail sahaja.
Dengan kemudahan inilah sesiapa sahaja yang tahu menggunkan internet dapat membuat blog atau catatan sendiri di alam maya. Sama keadaanya dengan memiliki e-mail. Tidak hairanlah apabila setiap gulungan mempunyai blog sendiri. Bermula dengan pembantu rumah, suri rumah tangga, penjual sayur , guru-guru, pensyarah university sehingga ahli politik malah Pak Menteri pun mempunyai blog mereka sendiri.
Bagaimana membuat blog ?
Membuat blog tidak sepayah membina laman web. Seperti membuat sebuah email , mula-mula kita kena daftar dahulu atau dapatkan akaun terlebih dahulu di free blog provider ia itu pemberi hosting/ domain secara percuma. Yang paling popular ialah http://www.blogger.com. Lain-lain provider yang member hosting atau domain percuma ialah http://www.wordpress.com, http://www.blogpot.com, http://www.blogsome.com, Kemudian ikutlah arahan yang terdapat didalamnya satu persatu (step-by-step)
Seterusnya selepas register / sing- up di http://www.blogger.com anda akan dapat memposting / mempublish apa jua yang anda inginkan di blog. Seperti catatan peribadi, puisi, gambar, audio video dan sebagainya.
Rabu, Mei 28, 2008
Isnin, Mei 26, 2008
Mengapa tak ada masa (tak dan......) nak urus masa
Peribahasa Melayu pula mengatakan '' masa itu emas '.untuk menunjukkan betapa bernilainya setiap masa yang telah berlalu.Pepatah cina pula mengatakan '' Kalau anda hilang seinci masa tidak akan dapat diganti walaupun dengan seinci emas'' .Pepatah arab pula mengigatkan kita supaya kita tidak bermain dengan masa kerana masa itu seumpama pedang kalau kita tidak berhati-hati dia akan memancung diri kita sendiri.Sebab itulah hadith nabi SAW mengatakan rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, ia itu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.
Ramai orang bercakap tentang pengurusan masa. Kita pun selalu diberi nasihat supaya jangan buang masa. Tetapi apakah makna sebenar pengurusan masa. Secara mudahnya pengurusan masa ialah mengurus aktiviti kehidupan kita selama 24 jam sehari dan semalam, Bermula dari bangun tidur sehingga kita tidur semula.Dengan lain perkataan pengurusan masa ialah kita menjadualkan aktiviti kehidupan kita. Oleh itu menjadualkan aktiviti dalam kehidupan kita bukan perkara baru bagi setiap orang kerana kita memang telah dilatih sejak dibangku sekolah lagi. Disekolah dahulu che'gu menyediakan jadual waktu. Masa belajar bagi setiap mata pelajaran disusun begitu rapi. Sehinggalah kita telah dewasa kita menyusun jadual aktiviti seharian kita telah menjadi rutin dalam kehidupan kita sepanjang hari. Persoalannya jadual yang telah kita susun tadi kita dapat patuhi atau tidak.Atau pun mampu atau tidak kita mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual aktiviti yang telah kita susun.
Menjadi impian setiap orang untuk jadi cemerlang.Bagi seorang ibu bapa alangkah baiknya kalau ia cemerlang dirumah dalam mendidik anak-anak dan cemerlang ditempat kerja menjadi pekerja yang terbaik. Tetapi tidak ramai ibu bapa dapat melaksanakan tugas dengan cara yang terbaik dalam kedua-dua tempat tersebut. Menjadi lumrah manusia bila dia gagal mematuhi jadual yang telah dibuat. Atau gagal dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Jawapan atau alsan yang paling mudah ialah '' Kerana tak cukup masa ''.
Mengapa manusia selalu tak cukup masa Disini saya ingin menggariskan beberapa faktor.
Pertama kerana kita gagal menentukan keutamaan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti. Sesetengah orang gagal dalam ''set of priority'' dalam melaksanakan tugas dan tanngung-jawab.Sehingga menyebabkan semua aktiviti danggap sama sahaja atau sama penting. Oleh itu tumpuan tidak dapat diberi. Menyebabkan tugas yang diberi tidak siap-siap.
Perkara kedua ialah kerana tabiat atau sikap seseorang itu yang suka menangguh-nanguhkan kerja. Atau pun sikap esok masih ada. Buat kerja selalu last minit.
Perkara yang ketiga ialah kerana suka memperbesarkan perkara yang remeh temeh. Banyak kita habiskan masa bincang atau buat perkara yang tak sepatutnya kita buat.
Perkara yang keempat ialah kerana kita tidak yakin kepada orang lain untuk menolong kita melaksanakan kerja kita. Semua kerja kita hendak buat seorang diri. Ini menyebabkan kita hendak melaksanakannya seorang diri.
Perkara yang kelima pula kerana kita tidak dapat mengagihkan tugas kita kepada orang lain.
Faktor yang keenam ialah kerana sikap terburu-buru kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kerja yang dilaksannakan dengan tiada perancangan selalunya akan membawa kepada kegagalan.
Perkara yang ketujuh pula ialah tidak dapat mengambil manafaat daripada perkembangan teknologi. Perkara yang boleh kita buat dihujung jari tetapi kita terpaksa beratur berjam-jam cuma untuk hanya membayar bil. .
Untuk berjaya dalam kehidupan ini seseorang itu perlu mahir dalam mengurusan masa. Supaya kita dapat memaksimakan bakti kita kepada keluarga, tempat kerja dan masyarakat.
Sepertimana mana bidang pengurusan yang lain pengurusan masa juga perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Ini kerana perancangan dapat menyediakan panduan kepada sesuatu tindakan. Oleh itu kita kena faham proses dalam perancangan masa. Dalam perancangan masa pertamanya kita kena tetapkan matlamat, samada matlamat jangka pendek, jangka panjang atau jangka sederhana. Setelah tetapkan matlamat kita kena buat jadual masa perlaksanaan sesuatu kerja. Kemudian tugas tersebut diagih-aghkan supaya kerja-kerja dapat diselaraskan dengan mengambil kira bukan kita seorang sahaja yang mampu melaksanakannya.Langkah seterusnya kita perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin terdapat dalam kita melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan tadi, supaya ia dapat dibuat penilaian. Sekiranya dalam penilaian tersebut kita gagal mencapai objektif atau matlamat yang ditetapkan kita membuat perancangan semula.
Bagaimana membuat keputusan dalam pengurusan masa. Disini saya akan memberi 4 tip bagi membantu kita dalam membuat keputusan. Saya namakan tip ”4D” dimana sebelum kita membuat sesuatu keputusan samada kita hendak melaksanakan atau tidak aktiviti yang telah kita rancang tadi, kita perlu berhenti atau ”pouse” sekejap untuk kita tanya diri kita 4 soalan.
Soalan pertama : ”Does this need to be done at all”. Adakah kerja atau aktiviti ini perlu dilaksanakan. Jika anda menjawab tidak, ” Drop it ”. Lupakan sahaja aktiviti tersebut.
Soalan kedua : ” Do I have to do it”. Adakah kerja ini hanya saya sorang sahaja yang boleh melaksanakannya. Orang lain tak boleh buatke?. Jika jawapannya orang lain pun boleh melaksanakannya. ” Delegate it”. Agihkan tugas itu kepada orang lain.
Sabtu, Mei 24, 2008
Rabu, Mei 14, 2008
Anda hebat selepas bersara
Hebat selepas bersara
Seorang sahabat memberitahu seorang kakitangan awam akan kehilangan 6P apabila ia bersara atau pencen. Pesara akan kekurangan pitih kata orang Terengganu. Pesra kakitangan rendah mungkin tidak terasa sangat kerana ia telah biasa kekurangan duit, tetapi bagaimana dengan kumpulan atasan yang mempunyai pendapat gaji dan elaun belasan ribu tiba-tiba bila bersara akan mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan prestij yang selama ini diagongkan dan dihormati akan hilang sekelip mata. Tiada lagi protocol untuknya. Peluang juga beransur hilang jika tidak menggunakannya sebaik mungkin. Persahabat juga akan hilang selepas bersara. Kawan-kawan sepergaulan tidak lagi datang bertandang untuk mengajak anda keluar makan atau minum.
Bayangan gelap seorang pesara mungkinkah akan menjadi kenyataan dalam hidup anda. Mungkinkah pendapatan anda dibawah garis kemiskinan Malaysia RM530.00 sebulan. Bayangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah diantara 55-75 tahun.manakala purata caruman KWSP ialah RM114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara hidup 20 th lepas bersara, ini bermakna pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan. Bagaimana pula jika seorang pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSPnya untuk berbagai tujuan. Kajian juga menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia yang berkahwin lambat dan mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an. Dengan itu pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti . Keadaan ini sudah pasti menambahkan lagi bebanan kewangannya. Adalah didapati bahawa 70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen.
Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang pitih selepas bersara. Anda bagaimana, Mengikut hokum Law Of Attraction jika kita asyik fikirkan sesuatu, itulah yang akan jadi ia itu ” Anda adalah apa yang Anda fikirkan”. Jika anda juga risau dan takut kekurangan wang buat keputusan segera untuk mengatasinya ia itu bekerja keras untuk mencari wang. Caranya ialah tanyalah pada diri anda soalan berikut .Apa Yang Boleh Aku Buat Untuk Cari Duit?Apa kepakaran aku? Apa kebolehan aku? Apa skill yang aku ada?.Dimana pula Aku Boleh Promosikan Kemahiran Aku? Apa Yang Aku Boleh Gunakan Sekarang Untuk Cari Duit? Apa Lagi Produk Yang Boleh Aku Jual Sekarang?Apa Masalah Orang Yang Boleh Aku Selesaikan? Dan banyak lagi yang anda harus Tanyakan pada diri anda.Jadi anda telah boleh berfikir tentang nak tambah duit, fikir tentang idea banyak duit.
Untuk berusaha keras anda perlukan motivasi. Apakah motivasi anda . Umpamanya bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivas. Pada saya motivasi yang terbaik untuk sesaorang itu menjadi sihat, kaya dan bahagia adalah dengan melaksanakan kerja dengan tulus dan ikhlas kerana “LILAHITA’ALA” sebagai motivasi terbaik untuk Berjaya. Seorang jutawan berkata saya berusaha utk menjadi jutawan degan cara membantu org lain menjadi jutawan sama.
Untuk berjaya kita kena bersedia untuk berubah. Sama ada sedar atau tidak kita sentiasa berubah. Perubahan adalah asas untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Dunia pun berubah jadi jika tidak berubah anda akan terus ketinggalan. Ramai diantara kita bersetuju untuk mencapai impian kita perlu berubah. Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control. Akhirnya, impian hanyalah satu impian. Kata mereka lagi "Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup" ."Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok". "Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup". Ini bermakna dengan melupakan impian anda , maknanya anda tak mahu berubah.
Nak berubah pertamanya kena ubah mindset kita . Kita kena buat Mind Setting terhadap minda. Caranya kawal kata hati anda.Kata hati besar mestilah sama dengan kata hati kecil. Kadang-kadang kata hati besar tak apa saya tak naik pangkat pun. Aiman tak kesah. Sedangkan hati kecil menyumpah seranah bos kita. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang anda takut itu lah yang akan terjadi. Bukanya semakin jadi. Perkara negative kalau dilayan seperti geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, Anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti. Sama ada anda seorang kakitangan kerajaan , usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen. Untuk berubah anda kena betulkan setting minda anda. Jika mahu berubah ke arah kehebatan diri, ubah pemikiran Anda hari ini juga. Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanyalah anda seorang sahaja.
Jika mahu berjaya dalam persaingan global kena berubah daripada minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama . Seorang yang yang mempunyai minda kelas pertama adalah mereka yang berilmu, memiliki kekuatan psikologi dan jati diri yang mantap, berbudaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, memiliki perwatakan dan keperibadian diri yang dihormati lagi disegani serta disempurnakan dengan amalan kerohanian yang berterusan.
Bercakap soal perubahan minda ini, terdapat empat kategori minda. Pertama MINDA CEMERLANG (EXCELLENCE MIND) ia dikatakan minda kelas pertama. Termasuk dam kategori ini ialah orang yang pada fikiranya mahu berubah manakala perubahan itu ditunjukkan dengan tinkahlaku dan perbuatan. Kedua ialah MINDA BERCELARU (DISORDER MIND) dimana pada fikiran ia tidak mahu berubah manakala perbuatanya menunjukkan ia mahu berubah. Ketiga adalah MINDA HIPOKRIT (HYPOCRITE MIND)ia itu pada fikiran nya mahukan perubahan tetapi perubatannya menunjukkan ia tidak mahu berubah.Keempat ialah MINDA BERMASALAH (PROBLEM MIND) orang yang mempunyai minda seperti inai cukup bermasalah kerana ia adalah anti perubahan dan anti pembangunan sama ada pemikiran atau perbuatan. Ia lebih selesa berada di Zon selesa.
Proses mengubah minda ialah ubah cara berfikir. Ubah cara bekerja dan ubah cara bertindak
Isnin, Mei 12, 2008
Kecemerlangan Anak Terengganu menjunam selepas PMR & SPM
Artkel ini ditulis selepas lawatan ke Campbell Primary School, Cambell Rd. Canning Vale. Australia 02 Mei 2008
Walau bagaimana pun saya percaya idea hebat YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang baru akan mampu mengubah segalanya . Sebagai seorang pemimpin yang hebat Dato' Ahmad Said dilihat mempunyai idea yang jauh kehadapan mendahului zaman. Pada zaman era sembilan puluhan semasa menjadi wakil rakyat biasa Dato' Ahmad telah pun membawa projek Kemaman Mall dan Roler Coster di Chukai dan melaksanakan projek laluan penjalan kaki di paya bakau di Bakar Tinggi. Ini tidak lain, untuk memajukan bandar Cukai bukan sahaja sebagai bandar industri tetapi juga sebagai destinasi pelancungan. Walau projek roller coster beliau gagal pada masa itu tetapi idea beliau amat hebat dan mendahului zaman. Mungkin jika sekarang beliau berjaya seperti eye on Malaysia.
Namun Dato' Ahmad Ssid bukan pemimpin yang ketandusan idea. Bandar Baru Kijal digerakan oleh Dato' untuk menyaingi pembangunan disebelah Pahang. Kemasik Prade dibangunkan bagi menjadi pemangkin kepada bandar baru Kijal. Walaupun menjadi pelengkap kepada bandar Kerteh pemangkin yang lain perlu dilaksanakan di Kijal. Tidak cukup hanya menaikkan taraf TATI sebagai Kolej Universiti tetapi perlu menambah institusi pendidikan tinggi yang lain khususnya yang berkaitan dengan institusi latihan teknikal yang berkaitan dengan industri oil dan gas. Umpamanya International Training Centre ( ITC ) yang dibangunkan oleh menteri besar yang sebelum ini wajar dilihat semula supaya tidak menjadi bangunan gajah putih. Sayang sekali bangunan yang menelan belanja hampir 50 juta itu sekiranya tidak dapat digunakan dengan cara yang optima. Sesungguhnya Kemaman susah ada Intan sebagai pusat latihan. Saya rasa ianya sudah mencukupi untuk tujuan training centre . Jadi adalah lebih baik ITC di Telok Kalong itu dijadikan institut pengajian tinggi. Memperbanyakan pusat pengajian tinggi pasti menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar baru Kijal.
Khamis, Mei 08, 2008
Pengurusan Pejabat Vs Pengurusan Kedai Kopi
Pengurusan pejabat vs kedai kopi. Terdapat tiga persamaan pertama kedai kopi melayan pelanggan satu-satu. Sekali pelanggan datang order satu cawan teh, satu cawan lah dibuatnya. Orang lain datang order ia buat lagi kerana ia tidak boleh buat sekali gus walaupun ia perkara yang sama. Begitu lah juga layanan yang seharusnya diberi kepada pelanggan kita. Jangan sekali menunggu untuk melayan pelanggan. Layanan harus disegerakan seperti mana kedai kopi tadi.Kedua pekedai melihat pelanggan dengan penuh kesyukuran. Kerana adanya pelangganlah saya dapat kedai kopi . Begitulah juga dengan pelangan dengan adanya pelangganlah saya dapat bekerja.Satu lagi budaya yang boleh diterapkan ialah kejuran. Pemilik kedai kopi tidak Akan memasukan sesuatu yang tidak baik kedalalam kopi yang dibuatnya
Rabu, Mei 07, 2008
Bayangan gelap seorang pesara.

Ahad, Mei 04, 2008
Kehidupan Yang Sempurna dan Sejahtera
Kedua hidup ini mesti adil. Orang yang tidak berlaku adil tidak sempurna. Ia kena berlaku adil kepada Allah yang menciptanya. Hak Allah mesti dilaksanakan barulah hak-hak yang lainnya termasuklah hak diri sendiri. Berlaku adil maknanya meletakkan sesuatu pada tempat yang betul.
Ketiga adalah orang sempuna mesti menyumbang. Memberi sesuatu kepada orang lain. Hidup mesti berjasa, harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa. Adanya dia membantu orang lain dan ketiadaanya dirasai. Dia bukanlah melukut ditepi gantang, ada tidak menambahkan sukatan tiada mengurangkan sukatan. Orang yang berjasa akan meninggalkan legasi dalam hidupnya.
Keempat tidak keliru. Ramai orang keliru dalam hidupnya. Dia gagal menilai dan membuat pertimbangan mana yang betul dan mana yang salah. Tidak mampu membuat keputusan yang tepat. Jika ia seorang pemimpin ini sangat bahaya. Orang keliru tidak tahu matlamat hidupnya.
Orang berjaya adalah orang yang Sejahtera dalam hidupnya. Orang yang sejahtera mestilah orang yang boleh bercakap dengan bebas. Ia berani bercakap dengan siapa sahaja bebas mengeluarkan idea tanpa takut dan bimbang. Percakapan nya tidak terkonkong.
Orang sejahtera mesti sedap makan. Orang sedap makan mesti tahu matlamat makan. Orang makan untuk kenyang kerana ada orang makan tapi tak juga kenyang.
Tidur orang sejahtera mesti sedap dan lena. Orang yang tak lena tidur, menandakan ia ada masalah dalam hidupnya.
Orang yang sejastera mendapat kesedapan dalam melakukan sex tapi kesedapan sex itu reletif. Bergantung kepada pasangan masing-masing
Artikel ini ditulis : 30 April 2008 jam 11.00 malam
Dinner at Tasik Halal Restaurant, 63, Aberseen St. Northbridge,
Minum kopi di DOME berdekatan The Goodearth Hotel, Perth, Australia
Tugas pemimpin
Tugas pemimpin yang berkesan mesti menganjurkan mesyuarat. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyelaraskan idea dikalangan ahli. Mengalakkan ahli untuk memberi idea semasa mengendalikan mesyuarat dengan cekap dan berkesan. Pemimpin mesti mengadakan mesyuarat. Mesyuarat adalah untuk membuat perancangan dan mengatur strategi.
Membuat keputusan keputusan adalah tugas pemimpin. Pemimpin yang tidak. membuat keputusan adalah pemimpin yang sangat lemah dan menyusahkan pengikut. Keputusan yang dibuat hendaklah tidak menghina atau menjatuhkan orang bawah. Keputusan yang dibuat sama ada ya atau tidak . Pemimpin tidak boleh membuat cuba try dulu.
Artikel ini ditulis dalam perjalanan ke Caversham Wildlife Park, Whiteman Park, Perth, Western Australia. Jam 10.00 pagi 01 may 2008
Keadilan, ketelusan dan bersih
Keadilan, ketelusan dan bersih adalah kehendak universal manusia .Semua manusia mahu keadilan, ketelusan dan bersih. Tiga unsur ini adalah kehendak manusia sejagat. Isu keadilan akan dibincang sampai bila-bila. Ada orang salah membuat tafsiran terhadap keadilan. Sokong mereka baru dikatakan adil, sebaliknya jika tidak sokong mereka tidak adil . Jika pemimpin menerima cadangan dikatakan pemimpin yang adil. Jika tidak adalah sebaliknya . Dalam politik pun sama , jika agenda mereka diterima itu keadilan namanya.
Tapi tafsiran keadilan adalah meletakkan sesuatu ditempat yang betul. Adil bukan sama rata, maka orang yang memperjuangkan kesamarataan adalah tidak adil. Mana-mana pemimpin yang memperjuangkan keadilan akan disokong. Pemimpin yang bijaksana tahu mengambil peluang. Apabila tsunami politik berlaku di Malaysia kerana pemimpin pembangkang mengambil peluang konongnya mereka memperjuangkan keadilan. dengan itu mereka mendapat sokongan dari pelbagai bangsa dan gulungan.
Hari ini ramai pemimpin yang bercakap berhubung dengan ketelusan dan integriti. Pemimpin yang telus akan dijulang dan disanjung. Pemimpin yang tidak telus dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai kepentingan diri. Pemimpin yang mempunyai kepentingan diri tidak boleh menjadi pemimpin besar. Suatu ketika nanti pasti ia akan dijatuhkan pengikut. Sebab itu tsunami politik berlaku dalam PRU 12 dimana isu ketelusan dieksploitasi oleh pembankang menyerang pemimpin kerajaan. Isu ketelusan berjaya menambat hati pengundi menyokong pembangkang.
Trend gulungan muda hari ini mahu pemimpin yang bersih, bukan sahaja bersih tetapi hendaklah dilihat bersih. Bersih itu indah dan keindahan itu dicari oleh manusia sejagat. bersih adalah kejujuran dan keikhlasan . Pemimpin yang bersih adalah pemimpin yang tidak rasuah dan meletakkan tanggungjawab kepimpinan nya melebihi kepentingan peribadinya. Keikhlasan adalah adalah kimananan. Keikhlasan adalah melaksanakan sesuatu kerana Allah. sukar untuk dicari bagi mereka yang tidak beriman, seumpama mencari semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dimalam gelap gulita. Hanya kita dan Allah sahaja yang maha mengetahui.
Artikel ini ditulis :
01Mei 2008 jam 1830 Malam dinner at Mahsuri Satay Restaurant 313 Albany Hwy. Vic Park , Perth, Australia
Langgan:
Catatan (Atom)