30 April 2008. Manusia berjaya adalah manusia yang sempurna dan sejastera kata Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Hj Arifin Embong. Katanya lagi kepada saya, untuk menjadi sempurna seseorang itu hendaklah memenuhi 4 syarat. Pertama ia mesti beribadat kerana kita dilahirkan untuk beribadat kepada Allah. Jadi orang yang tidak beribadat tidak sempurna hidupnya. Manusia mesti beragama Islam atau kafir tidak ada yang tidak beragama . Tidak beragama adalah satu agama. Jadi orang yang beragama mesti beribadat dengan cara agamanya. Betul atau tidak soal kedua. Orang Islam mestilah beribadat dengan cara yang betul supaya diterima Allah.
Kedua hidup ini mesti adil. Orang yang tidak berlaku adil tidak sempurna. Ia kena berlaku adil kepada Allah yang menciptanya. Hak Allah mesti dilaksanakan barulah hak-hak yang lainnya termasuklah hak diri sendiri. Berlaku adil maknanya meletakkan sesuatu pada tempat yang betul.
Ketiga adalah orang sempuna mesti menyumbang. Memberi sesuatu kepada orang lain. Hidup mesti berjasa, harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa. Adanya dia membantu orang lain dan ketiadaanya dirasai. Dia bukanlah melukut ditepi gantang, ada tidak menambahkan sukatan tiada mengurangkan sukatan. Orang yang berjasa akan meninggalkan legasi dalam hidupnya.
Keempat tidak keliru. Ramai orang keliru dalam hidupnya. Dia gagal menilai dan membuat pertimbangan mana yang betul dan mana yang salah. Tidak mampu membuat keputusan yang tepat. Jika ia seorang pemimpin ini sangat bahaya. Orang keliru tidak tahu matlamat hidupnya.
Orang berjaya adalah orang yang Sejahtera dalam hidupnya. Orang yang sejahtera mestilah orang yang boleh bercakap dengan bebas. Ia berani bercakap dengan siapa sahaja bebas mengeluarkan idea tanpa takut dan bimbang. Percakapan nya tidak terkonkong.
Orang sejahtera mesti sedap makan. Orang sedap makan mesti tahu matlamat makan. Orang makan untuk kenyang kerana ada orang makan tapi tak juga kenyang.
Tidur orang sejahtera mesti sedap dan lena. Orang yang tak lena tidur, menandakan ia ada masalah dalam hidupnya.
Orang yang sejastera mendapat kesedapan dalam melakukan sex tapi kesedapan sex itu reletif. Bergantung kepada pasangan masing-masing
Artikel ini ditulis : 30 April 2008 jam 11.00 malam
Dinner at Tasik Halal Restaurant, 63, Aberseen St. Northbridge,
Minum kopi di DOME berdekatan The Goodearth Hotel, Perth, Australia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan