Walau bagaimana pun saya percaya idea hebat YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang baru akan mampu mengubah segalanya . Sebagai seorang pemimpin yang hebat Dato' Ahmad Said dilihat mempunyai idea yang jauh kehadapan mendahului zaman. Pada zaman era sembilan puluhan semasa menjadi wakil rakyat biasa Dato' Ahmad telah pun membawa projek Kemaman Mall dan Roler Coster di Chukai dan melaksanakan projek laluan penjalan kaki di paya bakau di Bakar Tinggi. Ini tidak lain, untuk memajukan bandar Cukai bukan sahaja sebagai bandar industri tetapi juga sebagai destinasi pelancungan. Walau projek roller coster beliau gagal pada masa itu tetapi idea beliau amat hebat dan mendahului zaman. Mungkin jika sekarang beliau berjaya seperti eye on Malaysia.
Namun Dato' Ahmad Ssid bukan pemimpin yang ketandusan idea. Bandar Baru Kijal digerakan oleh Dato' untuk menyaingi pembangunan disebelah Pahang. Kemasik Prade dibangunkan bagi menjadi pemangkin kepada bandar baru Kijal. Walaupun menjadi pelengkap kepada bandar Kerteh pemangkin yang lain perlu dilaksanakan di Kijal. Tidak cukup hanya menaikkan taraf TATI sebagai Kolej Universiti tetapi perlu menambah institusi pendidikan tinggi yang lain khususnya yang berkaitan dengan institusi latihan teknikal yang berkaitan dengan industri oil dan gas. Umpamanya International Training Centre ( ITC ) yang dibangunkan oleh menteri besar yang sebelum ini wajar dilihat semula supaya tidak menjadi bangunan gajah putih. Sayang sekali bangunan yang menelan belanja hampir 50 juta itu sekiranya tidak dapat digunakan dengan cara yang optima. Sesungguhnya Kemaman susah ada Intan sebagai pusat latihan. Saya rasa ianya sudah mencukupi untuk tujuan training centre . Jadi adalah lebih baik ITC di Telok Kalong itu dijadikan institut pengajian tinggi. Memperbanyakan pusat pengajian tinggi pasti menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar baru Kijal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan