Rabu, Mei 07, 2008
Bayangan gelap seorang pesara.
Orang pencen akan hilang pitih , pangkat, prestij, peluang, persahabatan, pergaulan. Ini adalah bayangan gelap seorang bakal pesara.
Secara puratanya jangka hayat rakyat Malaysia ialah antara 55-75 tahun. Rakyat Malaysia yang membuat pencaruman KWSP secara puratanya caruman sebanyak RM114,000 seorang. Ini bermakna seorang pencarum hanya akan menerima pendapatannya sebanyak RM475.00 sebulan bagi tempuh umur hayat hidupnya 20 tahun lagi selepas bersara. Ini bererti pesara akan berada dibawah paras kemiskinan. Kerana paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM530.00 sebulan. Keadaan akan lebih teruk lagi sekiranya pencarum mengeluarkan KWSP lebih awal, jumlah ini akan berkurang dan merumitkan kos kos sara hidup mereka yang pencen.
Kajian menunjukkan Jangka hayat untuk wanita 76 tahun, manakala jangka hayat untuk lelaki adalah lelaki 72 tahun. Kajian juga menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia yang berkahwin lambat dan mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an. Dengan itu pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti . Keadaan ini sudah pasti bebanan kewangan akan bertambah lagi.
Sebahagian besar pesara akan menggunakan duit caruman dengan perbagai cara. Adalah didapati bahawa 70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Sekiranya duit ini dilaburkan pada pelaburan yang menguntungkan ia adalah suatu benefit kepada pesara. Tetapi adalah malang sekiranya pesara tersalah dalam membuat perhintungan. Bila bersara dan mendapat duit graduiti ramai yang datang memujuk. Ada yang terjebak dengan skim cepat kaya, pelaburan internet dan sebagainya.
Orang bersara akan kehilangan pendapatan . Hilang pendapatan bermakna hilang kebahagiaan . Ini kerana wang dikaitkan dengan kebahagiaan. Setiap orang ingin mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menguruskan hutang-hutangnya. Dengan wang orang mampu mempunyai rumah dan kenderaan yang selesa dan bersesuaian untuk keluarga. Seorang pesara sepatutnya mempunyai simpanan untuk pembelajaran anak-anak sehingga masuk universiti. Seorang pesara sepatutnya mempunyai simpanan untuk persaraan selain daripada KWSP . Simpanan perlu untuk masa kecemasan , bersedekah dan berzakat. Lagi baik kehidupan kita selepas pencen sekiranya kita mempunyai pelabuaran yang lain seperti insuran. Kewangan yang terkawal dan diuruskan dengan baik akan menjamin kebahagian orang-orang yang bersara.
Bercakap pasal duit lagi terdapat 10 orang terkaya di Malaysia :
Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
Ini senarai yang dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!. Kalau kisah dari zero menjadi hero ini tidak dapat membangkitkan semangat kita tak tahulah apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Memang betul selepas bersara bukan masa yang sesuai untuk kita berusaha. Tetapi apa jadi kalau kita kecewa selepas bersara atau kita berada dibawah paras PPRT. Tidak salah untuk kita berangan-angan untuk jadi kaya. Yang salahnya jika kita hanya berangan-angan sebelum berusaha.
Kemana halatuju anda selepas bersara. Hilang pendapatan anda boleh ganti bila berusaha. Hilang pangkat maka hilanglah penghormatan. Semasa anda berjawatan dan berpangkat ada dihormati kerana pangkat anda. Kalau tidak hebat pun pangkat anda hebat. Anda boleh berpura-pura hebat jika pangkat anda hebat, jadi anda Nampak hebat jugalah. Sebaliknya jika diri anda sebenarnya hebat , hilang pangkat pun anda masih lagi hebat walau pun selepas anda bersara. Anda akan tetap dihormati. Saya perhatikan dua jawatan sahaja bersara pangkatnya tak hilang . Chegu bila bersara orang masih lagi panggil chegu. Begitu juga Tok Penghulu, bersra pun orang masih lagi panggil Tok Penghulu. Itu penghormatan masyarakat pada chegu dan tok penghulu.
Pada hari-hari persaraan prestij anda tiada lagi. Dimana jua anda akan dilayan macam orang biasa. Tidak glamur macam dulu. Ada tempat duduk khas untuk anda mengikut protokol. Gaya hidup anda melambangkan prestij anda. Oleh itu bersdialah menempuh hari-hari tua anda tanpa prestij. Kalau anda sombong dan angkuh semasa mempunyai jawatan dan prestij. Tunggulah masanya anda akan rasa terhina menjadi orang biasa. Masa itu baru sedar tinggi rendahnya langit. Pergi pejabat orang tidak lagi mengenali anda . Penghormatan kepada anda tiada lagi. Jika anda seorang yang mesra dan sentiasa membantu orang anda akan dihormati dan dikenang walau pun anda telah bersara.
Dahulu masa anda mempunyai jawatan, banyak peluang yang datang. Bukan sahaja peluang malah ujian pun ada. Tetapi peluang ini bergantung kepada anda. Nak ambil atau pun tak mahu ambil. Bergantunglah kepada diri anda sendiri. Bak kata pepatah melayu, tepuk dada tanya selera. Tanya selera maknanya tanya nafsu. Kalau tanya nafsu syaitanlah kuda tunggangan nya. Sebab itulah bila ada peluang semua sapu. Tiada lagi persoalan salah atau tidak salah. Tiada lagi persolalan dosa pahala. Tiada juga pertimbangan syurga neraka. Saya fikir pepatah melayu ini tidak boleh pakai lagi, dah tidak sesuai dah. Yang sesuai ialah tepuk dada tanya iman. Orang beriman tidak akan ambil peluang sebarangan. Walaupun peluang datang sesekali sahaja. Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Namun bagi orang beriman setiap tindakannya ada pertimbangan dosa pahala dan syurga neraka.
Orang bersara hilang persahabatan . Dahulu masa anda masih berkhidmat anda mudah mencari sahabat. Orang-orang yang berkepentingan akan sentiasa mencarai anda. Mereka akan datang berkunjung untuk mengajak anda keluar dan sebagainya. Bila bersara anda akan ditinggalkan . Nak berkawan anda akan terpaksa mencari kawan. Kerana bila anda telah bersara sahabat akan mula hilang kerana mereka tidak lagi berkepentingan dengan anda.
Oleh itu bersedialah untuk hari persaraan anda. Walau pun anda akan kehilangan sesuatu pastikan anda tidak akan hilang segalanya. Anda perlukan motivasi untuk persediaan persaraan anda. Ya! MOTIVASI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan