Mengapa anak Terengganu tidak lagi cemerlang selepas PMR & SPM
Bermula tahun 1996 UPSR mencatat sejarah Terengganu cemerlang dan gemilang dalam pencapaian UPSR,. menjadi juara Malaysia. Tahun-tahun berikutnya terus mencatatkan kegemilangan tersebut sehingga tahun lepas 2007. Diharapkan tahun juga Terengganu diharapkan mencapai kejayaan yang terbaik lagi. Apakah formula yang diamalkan bahagian sekolah rendah di Terengganu. Formula ini menjadi ingauan kepada negeri ini yang ingin menggunakan kaedah Terengganu. Namun begitu kegemilangan tetap milik Terengganu. Syabas kepada guru-guru yang terlibat. Jasa mu akan dikenang sepanjang hayat.
Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke Terengganu pasti melihat keanehan yang berlaku di Terengganu. Dimana keseluruhan sekolah kebangsaan bergemerlapan diwaktu malam. Guru-guru yang terlibat mengorbangkan masa mereka tidak kira siang dan malam mendidik anak-anak Terengganu. Pengorbanan ini tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Tahniah! Sekali lagi.
Apa yang menjadi persoalan pencapaian yang begitu hebat gagal diterjemahkan dalam peperiksaan yang berikutnya oleh pelajar yang sama apabila menduduki peperksaan PMR dan SPM. Mengapa fenomena ini berlaku.
Kegagalan adalah berpunca dari sistem yang diterapkan masa UPSR oleh guru besar sekolah kebangsaan gagal dilaksanakan oleh pengetua sekolah menengah. .......
Subjek yang diajar disekolah menengah amatlah banyak berbanding dengan sekolah rendah. Bebanan kepada pelajar untuk menguasai banyak subjek adalah sukar dan pelajar tidak dapat beri tumpuan...
Budaya guru guru yang mengajar di sekolah menengah adalah mengajar bukannya mendidik dengan penuh kasih sayang seperti guru guru sekolah kebangsaan.
Pelajar sekolah menengah banyak akalan berbanding dengan pelajar sekolah rendah yang sangat patuh dan taat pada guru mereka.
Sikap ibu bapa sendiri yang mengangap kejayaan anak anak mereka dianggap berjaya bila dapat 5A dalam UPSR dan tidak dianggap berjaya dalam PMR. Malah PMR tidak dianggap penting. Begitu juga dengan SPM. Dianggap berjaya bila anak mereka dapat masuk universiti. Sebenarnya untuk cemerlang dalam mata pelajaran sekolah menengah adalah sesuatu yang sukar.
Sebenarnya memang telah terdapat peningkatan dari tahun ketahun. Sejarah kecemerlangan UPSR bermula 1996 sehinggalah 2007 dan sebahagian daripada mereka telah memasuki sekolah berasrama penuh diluar Terengganu. Kita percaya bila produk sekolah ellit dan premier nanti mampu menjawat persoalan berkenaan.
Artkel ini ditulis selepas lawatan ke Campbell Primary School, Cambell Rd. Canning Vale. Australia 02 Mei 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan