Keadilan, ketelusan dan bersih adalah kehendak universal manusia .Semua manusia mahu keadilan, ketelusan dan bersih. Tiga unsur ini adalah kehendak manusia sejagat. Isu keadilan akan dibincang sampai bila-bila. Ada orang salah membuat tafsiran terhadap keadilan. Sokong mereka baru dikatakan adil, sebaliknya jika tidak sokong mereka tidak adil . Jika pemimpin menerima cadangan dikatakan pemimpin yang adil. Jika tidak adalah sebaliknya . Dalam politik pun sama , jika agenda mereka diterima itu keadilan namanya.
Tapi tafsiran keadilan adalah meletakkan sesuatu ditempat yang betul. Adil bukan sama rata, maka orang yang memperjuangkan kesamarataan adalah tidak adil. Mana-mana pemimpin yang memperjuangkan keadilan akan disokong. Pemimpin yang bijaksana tahu mengambil peluang. Apabila tsunami politik berlaku di Malaysia kerana pemimpin pembangkang mengambil peluang konongnya mereka memperjuangkan keadilan. dengan itu mereka mendapat sokongan dari pelbagai bangsa dan gulungan.
Hari ini ramai pemimpin yang bercakap berhubung dengan ketelusan dan integriti. Pemimpin yang telus akan dijulang dan disanjung. Pemimpin yang tidak telus dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai kepentingan diri. Pemimpin yang mempunyai kepentingan diri tidak boleh menjadi pemimpin besar. Suatu ketika nanti pasti ia akan dijatuhkan pengikut. Sebab itu tsunami politik berlaku dalam PRU 12 dimana isu ketelusan dieksploitasi oleh pembankang menyerang pemimpin kerajaan. Isu ketelusan berjaya menambat hati pengundi menyokong pembangkang.
Trend gulungan muda hari ini mahu pemimpin yang bersih, bukan sahaja bersih tetapi hendaklah dilihat bersih. Bersih itu indah dan keindahan itu dicari oleh manusia sejagat. bersih adalah kejujuran dan keikhlasan . Pemimpin yang bersih adalah pemimpin yang tidak rasuah dan meletakkan tanggungjawab kepimpinan nya melebihi kepentingan peribadinya. Keikhlasan adalah adalah kimananan. Keikhlasan adalah melaksanakan sesuatu kerana Allah. sukar untuk dicari bagi mereka yang tidak beriman, seumpama mencari semut yang hitam, diatas batu yang hitam, dimalam gelap gulita. Hanya kita dan Allah sahaja yang maha mengetahui.
Artikel ini ditulis :
01Mei 2008 jam 1830 Malam dinner at Mahsuri Satay Restaurant 313 Albany Hwy. Vic Park , Perth, Australia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan