Hebat selepas bersara
Seorang sahabat memberitahu seorang kakitangan awam akan kehilangan 6P apabila ia bersara atau pencen. Pesara akan kekurangan pitih kata orang Terengganu. Pesra kakitangan rendah mungkin tidak terasa sangat kerana ia telah biasa kekurangan duit, tetapi bagaimana dengan kumpulan atasan yang mempunyai pendapat gaji dan elaun belasan ribu tiba-tiba bila bersara akan mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan prestij yang selama ini diagongkan dan dihormati akan hilang sekelip mata. Tiada lagi protocol untuknya. Peluang juga beransur hilang jika tidak menggunakannya sebaik mungkin. Persahabat juga akan hilang selepas bersara. Kawan-kawan sepergaulan tidak lagi datang bertandang untuk mengajak anda keluar makan atau minum.
Bayangan gelap seorang pesara mungkinkah akan menjadi kenyataan dalam hidup anda. Mungkinkah pendapatan anda dibawah garis kemiskinan Malaysia RM530.00 sebulan. Bayangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah diantara 55-75 tahun.manakala purata caruman KWSP ialah RM114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara hidup 20 th lepas bersara, ini bermakna pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan. Bagaimana pula jika seorang pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSPnya untuk berbagai tujuan. Kajian juga menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia yang berkahwin lambat dan mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an. Dengan itu pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti . Keadaan ini sudah pasti menambahkan lagi bebanan kewangannya. Adalah didapati bahawa 70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen.
Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang pitih selepas bersara. Anda bagaimana, Mengikut hokum Law Of Attraction jika kita asyik fikirkan sesuatu, itulah yang akan jadi ia itu ” Anda adalah apa yang Anda fikirkan”. Jika anda juga risau dan takut kekurangan wang buat keputusan segera untuk mengatasinya ia itu bekerja keras untuk mencari wang. Caranya ialah tanyalah pada diri anda soalan berikut .Apa Yang Boleh Aku Buat Untuk Cari Duit?Apa kepakaran aku? Apa kebolehan aku? Apa skill yang aku ada?.Dimana pula Aku Boleh Promosikan Kemahiran Aku? Apa Yang Aku Boleh Gunakan Sekarang Untuk Cari Duit? Apa Lagi Produk Yang Boleh Aku Jual Sekarang?Apa Masalah Orang Yang Boleh Aku Selesaikan? Dan banyak lagi yang anda harus Tanyakan pada diri anda.Jadi anda telah boleh berfikir tentang nak tambah duit, fikir tentang idea banyak duit.
Untuk berusaha keras anda perlukan motivasi. Apakah motivasi anda . Umpamanya bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivas. Pada saya motivasi yang terbaik untuk sesaorang itu menjadi sihat, kaya dan bahagia adalah dengan melaksanakan kerja dengan tulus dan ikhlas kerana “LILAHITA’ALA” sebagai motivasi terbaik untuk Berjaya. Seorang jutawan berkata saya berusaha utk menjadi jutawan degan cara membantu org lain menjadi jutawan sama.
Untuk berjaya kita kena bersedia untuk berubah. Sama ada sedar atau tidak kita sentiasa berubah. Perubahan adalah asas untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Dunia pun berubah jadi jika tidak berubah anda akan terus ketinggalan. Ramai diantara kita bersetuju untuk mencapai impian kita perlu berubah. Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control. Akhirnya, impian hanyalah satu impian. Kata mereka lagi "Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup" ."Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok". "Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup". Ini bermakna dengan melupakan impian anda , maknanya anda tak mahu berubah.
Nak berubah pertamanya kena ubah mindset kita . Kita kena buat Mind Setting terhadap minda. Caranya kawal kata hati anda.Kata hati besar mestilah sama dengan kata hati kecil. Kadang-kadang kata hati besar tak apa saya tak naik pangkat pun. Aiman tak kesah. Sedangkan hati kecil menyumpah seranah bos kita. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang anda takut itu lah yang akan terjadi. Bukanya semakin jadi. Perkara negative kalau dilayan seperti geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, Anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti. Sama ada anda seorang kakitangan kerajaan , usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen. Untuk berubah anda kena betulkan setting minda anda. Jika mahu berubah ke arah kehebatan diri, ubah pemikiran Anda hari ini juga. Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanyalah anda seorang sahaja.
Jika mahu berjaya dalam persaingan global kena berubah daripada minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama . Seorang yang yang mempunyai minda kelas pertama adalah mereka yang berilmu, memiliki kekuatan psikologi dan jati diri yang mantap, berbudaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, memiliki perwatakan dan keperibadian diri yang dihormati lagi disegani serta disempurnakan dengan amalan kerohanian yang berterusan.
Bercakap soal perubahan minda ini, terdapat empat kategori minda. Pertama MINDA CEMERLANG (EXCELLENCE MIND) ia dikatakan minda kelas pertama. Termasuk dam kategori ini ialah orang yang pada fikiranya mahu berubah manakala perubahan itu ditunjukkan dengan tinkahlaku dan perbuatan. Kedua ialah MINDA BERCELARU (DISORDER MIND) dimana pada fikiran ia tidak mahu berubah manakala perbuatanya menunjukkan ia mahu berubah. Ketiga adalah MINDA HIPOKRIT (HYPOCRITE MIND)ia itu pada fikiran nya mahukan perubahan tetapi perubatannya menunjukkan ia tidak mahu berubah.Keempat ialah MINDA BERMASALAH (PROBLEM MIND) orang yang mempunyai minda seperti inai cukup bermasalah kerana ia adalah anti perubahan dan anti pembangunan sama ada pemikiran atau perbuatan. Ia lebih selesa berada di Zon selesa.
Proses mengubah minda ialah ubah cara berfikir. Ubah cara bekerja dan ubah cara bertindak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan