Rabu, November 25, 2009

Tanggungjawab melaksanakan tugas adalah ibadat disisi Allah SWT. Selamat menyambut Hari Raya Qurban.

Tugas seorang pegawai dan staff biasa tidak banyak perbezaan. Pegawai adalah penjawat awam . Staff biasa pun penjawat awam juga . Sama-sama makan gaji. Cukup bulan dapat gaji. Walaupun jumlah gaji yang diterima tidak sama. Bergantung kepada pangkat dan gred seseorang.

Yang berbezanya adalah tanggungjawab. Pegawai tanggungjawabnya besar. Staff biasa kurang sedikit tanggung jawabnya. Setiap seorang terpaksa memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Amanah ini hendaklah dipikul didunia dan akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti. Sebab itu pegawai atau pun staff biasa tidak boleh mengkhianati amanah yang diberikan. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh ikhlas dan jujur. Melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Melaksanakan tugas sebagai penjawat awam juga ibadah jika kita tidak mengkhianati amanah tersebut. Oleh itu untuk menjadikan tugas harian kita sebagai ibadah kena ada cara dan kaedahnya. Profesor Dr yusof Al Qardawi mengatakan bahawa kerja yang boleh dikira sebagai ibadah mestilah dilaksanakan dengan niat yang betul. Niat kita dalam melaksanakan tugas hendaklah kerana Allah SWT sahaja, bukan kerana yang lain.

Kaedah perlaksanaan tugas tadi hendaklah kaedah yang betul, mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Maksudnya matlamat matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Dalam sesebuah organisasi semua pegawai dan staff hendaklah bekerja kearah mencapai visi dan misi yang sama. Bergerak dalam satu slogan. Walaupun tidur pada bantal yang berbeza tetapi mimpi hendaklah mimpi yang sama.

Kerja yang boleh dijadikan sebagai ibadah adalah kerja yang bersaman dengan tuntutan syariah. Jangan kerja yang dilarang oleh syariah. Bekerja dengan jujur dan ikhlas serta tidak melakukan penyelewengan dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan.

Walaupun sibuk setara manapun jangan sesekali meninggalkan solah. Kerana solah itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solah sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama. Oleh itu dalam melaksanakan tugas kita tidak boleh meninggalkan sembahyang.

Seandainya kaedah ini dipatuhi dengan baik dan sempurna maka apa jua tugas dan tanggungjawab yang kita laksanakan sebagai penjawat awam adalah dikira sebagai ibadah.

1 ulasan:

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman berkata...

salam..ana tak baca pun, tgk gmbr je..ade somethng pd gmbr ni, tgk mase sembelihan dilakukan... kepala lembu ditarik dgn kuat kebelakang, untuk apa??
bila kepala lembu ditarik sebegitu, ia memungkinkan patah atau putus apa yg sepatutnya menggunakan pisau,tetapi terputus atau patah dengan sebab kepala lembu dikepak.. jadi.lembu itu dah jadi bukan mati disembelih bukan???sekadar berkongsi, kalau respon, bg tau kat blog yah