Jumaat, Oktober 30, 2009

Cerita sedih dari rumah sejahtera warga emas Bukit Payung, Marang, Terengganu

Anak derhaka tidak mengenang jasa ibu bapa. Ada penghuni yang berkerat rotan dan berpatah arang dengan anak-anak mereka. Masa muda merantau hingga kehujung dunia mencari rezeki wang ringgit dihantar ke kampung untuk anak isteri dengan harapan bila kembali dapat menyambung kehidupan dikampung bersama keluarga. Namun amanah yang diberi tidak dijaga. Duit yang dihantar habis digunakan untuk berpoya-poya. Bapa yang kembali merantau dihalau bagaikan anjing buruk kepala. Tempat kesudahan dirumah sejahtera orang tua hingga keakhir hayat.

Ada yang berpesan pada penjaga agar jenazahnya nanti disemadikan dsini. Jangan benarkan saudara mara menuntutnya kembali. Ini adalah secebis kisah penghuni rumah sejahtera ini telah berpatah hati dengan kaum keluarganya sendiri.

Seorang pesara yang pernah menjadi penghuni disini lain pula ceritanya. Nasibnya agak baik dari penghuni yang lain kerana masih mempunyai anak yang sanggup mengziarahinya setiap bulan. Anaknya datang dengan kereta dan membawanya bersiar-siar dibandar Kuala Terengganu. Destinasi terakhir ke bank untuk ambil wang elaun persaraan. Selepas dapat wang dari bapa yang tidak terdaya langsung menghantarnya semula kerumah sejahtera. Bulan hadapan datang lagi dan seterusnya. Demikianlah adanya hari demi hari. Bulan berganti bulan.

Ini adalah secebis kisah yang menyayat hati yang disampaikan oleh Tuan Haji Nordin ahli jawatankuasa rumah sejahtera, ketika memberi taklimat kepada 70 orang rombongan daripada bahagian Pasca Perkhidmatan JPA yang membuat lawatan ke Rumah Sejahtera Warga Emas, Bukit Payong. Marang Terengganu pada 30 Oktober 2009. Selain rumah orang tua rombongan ini juga melawat Rumah Anak Yatim Darulfalah, Marang dan juga Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Program turun padang begini wajar di contohi oleh anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu kearah merealisasikan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembanunan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan keinsafan dan kesedaran agar kita dapat mempertingkatkan sistem penyampaiaan yang baik dan berkesan. Kelab-kelab sukan dan kebajikan jabatan seharusnya menjadikan program begini sebagai aktiviti mereka, bukan hanya lawatan keluar negara sahaja. Kebanyakan jabatan hanya mengadakan aktiviti lawatan ke Indonesia. Cina, Vietnam dan Thailand sahaja

Rabu, Oktober 28, 2009

Mengurus masalah. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah

Manusia tidak boleh ditegur. Manusia tidak boleh dibandingkan dengan orang lain dan manusia tidak boleh diajar. Jika ditegur dia akan melenting. Jika diajar dia akan marah dan bila dibandingkan dengan orang dia akan memnyingga.Itulah sifat buruk yang ada pada manusia.

Buruk benar perangai manusia. Jenis manusia seperti ini adalah jenis yang sama spesis sepertimana pepatah mengatakan "cerdik tak boleh diikut bodoh tidak boleh diajar". Bodoh sombonglah namanya. Gongnya tidak tentu fasal. Buat ikut suka dia sahaja. Peraturan dan undang-undang dicampak belakang. Bagi manusia begini matlamat menghalalkan cara.Halal haram peduli apa asalkan matlamat tercapai. Semuanya sapu.

Kehidupan manusia tidak pernah sunyi dari masalah. Jika tidak ada masalah bukan manusia namanya. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. Orang gagal adalah kerana mereka tidak mampu mengurus masalah. Justeru itu ia akan terus ditimpa masalah dari satu masalah ke masalah yang lain pula.

Sepatutnya umat islam menjadi manusia yang paling cemerlang. Sekurang-kurangnya kita diseru untuk cemerlang lima kali sehari bila azan dilaungkan setiap waktu solat. Sebab tidak mampu menguruskan masalah maka kita tidak mampu untuk merealisasikan kecemerlangan diri. Jika dia seorang anak dia tidak menjadi anak cemerlang yang menjadi kebabangaan ibu bapa . Jika dia sebagai ibu atau bapa maka dia tidak menjadi idola atau wira kepada anak-anaknya. Anak-anak menjadikan artis sebagai idola hidupnya.

Jika dia seorang pekerja, ia juga tidak mampu menjadi pekerja cemerlang. Mengapa ini semua terjadi?. Tidak lain tidak bukan kerana ia tidak mampu mengurus masalah yang dihadapi.

Alasan mudah yang diberi adalah kerana tidak cukup masa. tak dang kata orang Terengganu. Mengapa tak cukup masa?. Ini adalah kerana tidak mampu mengurus masa dengan baik. Kegagalan juga kerana tidak cekap dalam time management.

Selasa, Oktober 27, 2009

Memahami konsep “ SATU MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ” dalam konteks perkhidmatan awam

Prinsip Utama dalam konsep 1Malaysia ialah Kebersamaan(togetherness) dan Kekitaan (sense of belonging)

Rakyat didahulukan:

Bermakna tidak ada rakyat yang terpinggir atau tercicir dari mendapat perkhidmatan kerajaan. Setiap rakyat mendapat peluang dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai modal insan yang berharga dan bernilai. Ia seharusnya mendapat hak yang sama rata. Perkhidmatan yang mesra diberi kepada setiap rakyat tanpa memilih bulu. Aktiviti dan program yang dilaksanakan seharusnya memberi penekanan kepada keperluan rakyat. Dalam melaksanakan sistem penyampaian kerajaan penjawat awam seharusnya memahami masalah rakyat. Mengenalpasti kekangan dan kesulitan rakyat. Ini dapat dilakukan dengan mempermudahkan prosedia yang ada. Asas kepada rakyat didahulukan adalah mewujudkan perpaduan dan keharmonian negara.

Pencapaian diutamakan:

Adalah untuk melahirkan masyarakat unggul (precise society) Bagi melaksanakan konsep ini maka setiap program dan aktiviti yang dibuat seharusnya mementingkan kualiti bukan hanya kuantiti. Kejayaan sesuatu projek hendaklah berasaskan outcome bukannya output semata-mata. Budaya kerja cemerlang hendaklah diamalkan disetiap lapisan perkhidmatan. Sistem penyampaian hendaklah diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Budaya kerja yang mementingkan Kualiti hendaklah dilihat dari sudut Business Like, ia itu budaya dalam melaksanakan kerja yang tidak mementingkan protokol. Budaya ketepat masa hendaklah menjadi keutamaan. Budaya korporat yang diamalkan dijelmakan dengan begitu rupa dan jelas. Masalah rakyat dan pelanggan hendaklah diselesaikan dengan cepat. Setiap anggota yang terlibat hendaklan mesra denagan semua lapisan masyarakat. Pamirkan keceriaan dan kerampilan semasa memberi perkhidmatan. Pemimpin hendaklah membuat keputusan yang cekap dan pantas.

Kejayaan yang hendak dicapai adalah berasaskan outcome bukan output semata-mata . Contohnya dalam melaksanakan dasar pendidikan kejayaan bukanlah berasaskan bilangan sekolah yang dapat dibina tetapi kecemerlangan pelajar yang mendapat kejayaan. Amalan Budaya Kerja Cemerlang oleh penjawat awam adalah untuk meninggikan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggung jawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara seta berpegang teguh kepada ajaran agama. Budaya kecemerlaganini telah pun dikrarkan oleh setiap penjawat awam.

Sistem Penyampaian kerajaan (Delivery System) hendaklah dipertingkatkan dari masa kesmasa sesuai dengan perubahan masa. Perlaksanaan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan tepat.

Ahad, Oktober 25, 2009

Pentingnya urusan surat menyurat dalam sesebuah organisasi seumpama denyut jantung dan nadi dalam tubuh manusia

Pengurusan surat menyurat dan fail adalah denyut nadi dan jantung dalam pentadbiran sesebuah jabatan. Seandainya jantung terhenti berfungsi aliran darah juga akan terhenti. Denyut nadi juga turut terhenti. Manusia tidak akan bernyawa lagi, sebelum denyut nadi terhenti doktor akan membuat apa sahaja ikhtiar bagi mempastikan jantung terus berfugsi agar aliran darah berjalan lancar dan nadi masih berdenyut.

Demikianlah pentingnya urusan surat menyurat dalam sesebuah organisasi. Kelancaran urusan surat menyurat mengambarkan pengurusan organisai tersebut berjalan lancar dan sebaliknya. Urusan surat menyurat ini biasanya dilakukan oleh pembantu tadbir (surat menyurat) dan pembantu am rendah (PAR) . Sesetengah jabatan biasanya menugaskan pegawai baru untuk urusan surat menyurat ini. Bukan kerana tugas ini tidak penting tetapi kerana beban tugas yang banyak dan kerjanya tidak rumit. Jadi ia tidak perlu pegawai yang berpengalaman untuk melaksanakannya. Penyapu baru katakan. Orang lama biasanya banyak akalannya. Tidak mahu buat kerja seperti surat menyurat ini. Sekali pandang seolah-olah ketua jabatan menganggap urusan surat menyurat ini tidak begitu penting.Ini adalah anggapan yang silap.

Kecekapan sistem penyampaian (delivery system) sesebuah jabatan itu tergambar oleh kecekapan dan kepantasan urusan surat menyurat.Jika surat daripada orang ramai lambat mendapat respond, itu juga sebahgian daripada masalah surat menyurat. Pelanggan datang kepejabat untuk mendapat maklumbalas berkaitan permohonan mereka, tidak mendapat jawapan segera. Alasan lazim diberikan adalah kerana fail tidak dapat dikesan. Ini juga mengambarkan ketidak cekapan sistem penyampaian.

Oleh itu sistem komunikasi bahagian yang menguruskan surat menyurat sangat penting . Sekiranya sistem komunikasi dalam urusan surat menyurat ini tidak tersumbat lemak perjalanannya pasti lancar. Oleh itu ketua jabatan harus membuat pembedahan segera untuk mencari penyebab dimana alirannya tersumbat.

Tidak lancarnya urusan surat menyurat tadi mungkin disebabkan masalah sistem surat yang diamalkan oleh jabatan berkenaan. Mungkin juga disebabkan oleh masalah manusia dalam sistem tersebut. PAR dan kerani surat yang bermasalah. PAR yang ditugaskan untuk mencari dan mengedar fail tidak berfugsi. Sistem merekod dan menyimpan fail telah tidak releven dan perlu dibuat perubahan. Jika perlu tukar pegawai pun terpaksalah ditukarkan demi menjaga imej jabatan.

Merakyatkan pentadbiran bermakna rakyat dihargai dan layak mendapat mendapat perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Bayaran khas RM500 untuk gred 41 hingga 54

Penjawat awam Gred 41 hingga 54 dapat bayaran khas RM500 KUALA LUMPUR: Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini, hari ini.

Cuepacs nasihatkan penjawat awam terus tingkatkan prestasi KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman mengingatkan penjawat awam agar terus meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka walaupun tiada pembayaran bonus diumumkan pada pembentangan bajet 2010 Jumaat.

Beliau berkata penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan.

"Memanglah sebagai wakil pekerja ada rasa tidak puas hati dengan pembentangan (bajet) kali ini tapi soal bonus bukan menjadi satu landasan atau ukuran kepada prestasi kerja kami.

"Bukan semata-mata bonus yang dikejar, tapi yang lebih penting adalah perjuangan kebajikan penjawat awam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama. Berkenaan bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib Osman berkata, bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.

Bayaran khas itu diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembayarannya akan dibuat Disember ini dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan RM400 juta.

Omar berkata satu mesyuarat tergempar akan diadakan Ahad ini untuk membincangkan isu berhubung keputusan pembentangan bajet ini.

Katanya dalam mesyuarat yang akan datang ini, para perwakilan Cuepacs akan membincangkan secara professional tentang keputusan bajet ini dengan memberi fokus tentang kesannya untuk jangka masa panjang.

"Kami akan bawa ia (hasil perbincangan) itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan semula harapan pemberian bonus dua bulan untuk penjawat awam," katanya.

Omar menyifatkan bajet kali ini lebih memberi fokus kepada rakyat sejajar dengan konsep rakyat didahulukan. BERNAMA

Rabu, Oktober 21, 2009

Pegawai kerajaan yang meletak jawatan tidak boleh dilantik semula?

E-mail yang saya terima dari seorang penjenguk caknasayang.blogspot.com:-

"Saya merupakan salah seorang penjenguk blog tuan. secara jujurnya, saya 'terserempak' dengan 'caknasayang.blogspot' secara tidak sengaja ketika saya ingin mencari informasi berkenaan dengan perkhidmatan kakitangan kerajaan. Saya dapati tuan lebih arif akan prosedur dan saya ingin memohon bantuan nasihat dari pihak tuan dan sangat berbesar hati jika tuan dapat memberi pandangan dan nasihat.

Saya merupakan pendidik di salah sebuah universiti (kerajaan) di Selatan tanah air. Jawatan saya bertaraf tetap dan perkhidmatan sudahpun disahkan (confirm) setelah setahun berkhidmat di institusi ini. Saya telah berkahwin awal tahun ini dan memandangkan suami berkhidmat di Utara tanah air, beliau telah memohon agar saya bertukar ke utara. Walaupun dengan rasa berat hati, saya terpaksa akur akan situasi ini dan memutuskan untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa di universiti di utara di mana ia akan bermula awal tahun hadapan. Memandangkan saya berkhidmat di dalam institusi pendidikan, pencapaian akademik yang kukuh amat diperlukan di dalam bidang ini. Persoalannya, jika saya meletak jawatan di institusi ini, benarkah saya akan tidak dapat menjawat sebagai kakitangan kerajaan kelak?

Saya berharap agar tuan dapat memberi pandangan, penjelasan atau nasihat ikhlas. Perhatian tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih."

Jawapan dan pandangan saya adalah sepertimana berikut. Memang benar puan tidak akan dapat menjawat sebagai kakitangan semula. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mandotory kerana ia bergantung kepada pihak berkuasa yang boleh melantik Puan semula nanti. Sekiranya Suruhanjaya bersetuju untuk melantik semula Puan, ia boleh berbuat demikian dengan beberapa syarat.

Menurut Perintah Am, Bab A mengenai Peraturan-peraturan pegawai awam (perlantikan kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan)2005 (P.U.(A)176/2005) Bahagian 11 seksyen(7) menyatakan " Seorang pegawai tetap yang telah meletak jawatan tidak boleh dilantik semula kedalam perkhidmatan kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya, setelah menimbang laporan daripada Ketua Jabatan tempat pegawai itu berkhidmat sebelum perletakan jawatannya mengenai sebab perletakan jawatannya."

Pada pandangan saya Puan masih boleh meneruskan hasrat untuk sambung belajar dengan memohon cuti tanpa gaji atau separuh gaji. Selepas itu Puan bolehlah membuat keputusan semula sama ada untuk meletak jawatan atau tidak. Sebaiknya sebelum membuat apa-apa keputusan bincang dahulu dengan suami serta membuat solat istikharah.Terima kasih.

Isnin, Oktober 19, 2009

Lima kriteria dalam penilaian oleh penal untuk kenaikan pangkat

Pengerusi penal yang menemuduga kenaikan pangkat memaklumkan bahawa terdapat lima kreateria yang diambil kira untuk melayakkan seorang pegawai itu dinaikkan pangkat. Kreateria tersesebut ialah merit, kekanan, diterima oleh semua pihak, integriti dan kesetiaan.

Penilaian yang dibuat bergantung kepada penal untuk membuat keputusan. Sebagai penal penilai yang berpengalaman sudah tentu tahu menilai dalam membuat keputusannya. Oleh kerana semua calon yang ditemuduga tealh dikenali oleh setiap ahli penal maka tidaklah sukar bagi mereka dalam membuat pilihannya. Soal keputusan tersebut tepat atau tidak itu perkara kedua kerana ia adalah perkara yang subjektif. Oleh kerana ia adalah subjektif maka ia sukar untuk mengelakan sentimen kemanusiaan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat manusia itu sendiri terkadang dipengaruhi oleh unsur kroni dan sebagainya.

Ramai pemimpin yang bercakap soal meritokrasi atau merit tetapi mereka masih belum dapat menjelaskan apakah ukuran sebenar merit dalam penilai pegawai untuk dinaikkan pangkat itu. Jangan “meeriit” sudahlah. Kerana meeriit dengan boss pegawai jadi yes men. OK boss. Hentam sajalah labu!. Kalau tak ikut “ takut meeriit, pulak. Boss tak nampak buat kerja. Apakah itu yang dikatakan merit ?

Faktor seniority atau kekananan juga jangan diabaikan. Jika faktor ini diabaikan akan menyebabkan rasa tidak puas hati. Orang senior bukan tidak bagus tetapi mungkin nasib kurang baik kerana tidak berpeluang untuk diuji. Macam batu permata juga kalau tidak diuji sukar untuk ditentukan sama ada ia berlian atau atau permata biasa. Secara kebetulan seorang itu mengetuai satu jabatan yang berkaitan dengan sukan dan telah menjadi juara. Tidaklah kejuaraan tersebut kerana hebatnya pegawai tersebut. Kalau orang lain pun berpeluang duduk disitu natijah yang sama juga akan diperolehi.

Keboleh terimaan oleh semua pihak khususnya kepimpinan politik. Jika orang politik tidak boleh terima bagus mana pun pegawai berkenaan ia akan dianggap bermasalah sedangkan beliau sebenarnya mengamalkan konsep nutrality atau bekecuali serta melaksanankan tugas menurut prosedur yang ada. Melaksanakan tugas mengikut sempadan pentadbiran. Cuma kadang-kadang bercanggah dengan selera orang-orang tertentu serta tidak memihak untuk menjaga kepentingannya. Maka ia dikatakan tida aseptable.

Dalam apa jua keadaan soal integriti sangat wajar ia diutamakan dalam menilai pegawai untuk dinaikkan pangkat. Sepatutnya perkara ini diletak dalam kriteria nombor wahid. Namun begitu terkadang ia dilihat seolah-olah dikesampingkan sahaja. Sedangkan anak buah tahu sendiri tahu sejauh mana integritinya boss-boss mereka. Namun mereka-mereka ini tetap juga dinaikan pangkat.

Satu lagi kriateria untuk kenaikan pagkat ialah loyal. Kesetiaan kepada organisasi diambil kira. Tapi jika hanya kesetiaan kepada boss apakah ia juga dianggap loyal. Bagaimana nak nilai perkara-perkara sebegini.

Janganlah kecewa jika anda tidak dinaikan pangkat kerana tidak memenuhi lima kriteria ini. Cukuplah anda bekerja dengan penuh ikhlas supaya Allah naikan pangkat anda di akhirat kelak.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Kisah sistem pendaftaran tanah berkomputer.

Diawal era komputer banyak jabatan telah mengubah sistem penyampaian daripada sistem manual kepada sistem komputer. Pejabat-pejabat tanah di Terengganu telah memulakan sistem pendaftaran tanah berkomputer. Ia bermula pada tahun 1996. Proses mengubah hakmilik (geran tanah) tanah yang sebelumnya dibuat secara manual diubah secara komputer. Untuk itu kerajaan telah melantik vendor untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Pada awal 1997 saya bertukar ke Pejabat Tanah Setiu dan terlibat secara langsung dalam sistem pendaftaran tanah berkomputer. Sebaik sahaja melapur diri di Pejabat Tanah Setiu, saya cukup kagum terhadap pencapaian oleh Pejabat Tanah Setiu, kerana hampir semua pembantu tadbir memiliki komputer dimeja masing-masing. Pejabat lama saya sebelum ini ia itu pejabat yang berfungsi sebagai hati dan jantung pentadbiran awam negeri hanya terdapat dua buah komputer sahaja yang digunakan oleh jurutaip. Saya ketika itu telah pun berjinak-jinak dengan komputer dan telah memiliki sebuah komputer.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perjawatan dan lebih dikenali sebagai Pejabat tingkat 8 Wusma Darul Iman. Saya setika itu bertugas di Unit Latihan dan Kerjaya. Bahagian Pengurusan sumber manusia dianggap hati dan jantung perkhidmatan awam kerana disinilah bermulanya dengut jantung dan nadi Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu. Apa-apa yang dilaksanakan oleh pejabat ini harus menjadi role model perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

Berbalik kepada cerita di Pejabat Tanah Setiu. Kekaguman saya tidak terhenti disitu kerana apabila melhat begitu banyak komputer di meja pembantu tadbir (kerani)saya sangkakan semua urusan pentadbiran di sini telah di komputerisekan. Sangkaan tersebut amat meleset sekali. Apabila saya bertanya pada kerani, adakah semua kerja dilakukan dengan komputer?. Jawapan yang diberi sangat memeranjatkan kerana kata mereka arahan daripada pihak atasan (Ketua Jabatan) supaya jangan sentuh (guna)komputer tersebut kerana komputer adalah untuk penggunaan sistem pendaftaran tanah berkumputer.

Memang betul apabila saya meneliti perisian komputer yang dibekalkan tiada pun microsoft word, patut pun ia tidak boleh digunakan. Selepas berbincang dengan wakil vendor barulah perisian microsof word di dimasukkan dalam komputer tersebut. Selepas itu saya mula mengajar komputer kepada kakitangan Pejabat Tanah Setiu.

Bila melihat monitor terdapat pada setiap meja kerani, apa pula sangkaan orang kampung yang datang untuk berurusan di Pejabat Tanah ?. Pada mereka monitor tersebut adalah set TV. Maka berkatalah mereka " Patutlah permohonan tanah lambat diproses, kerana masing-masing sibuk menontong TV, macam mana nak buat kerja!"

Rabu, Oktober 14, 2009

Pengurusan ad-hoc ala-ala temasyar sukan

Melaksanakan Budaya Kerja Cakna Rakyat adalah terjemahan kepada dasar “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, Kerajaan memerlukan sektor awam yang responsif, mesra, berbudi bahasa, berintegriti dan berakauntabiliti untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Justeru itu, pengurusan secara ad-hoc ala-ala temasyar sukan tidak mampu mengembalikan maruah perkhidmatan awam yang dipandang negetif oleh rakyat. Dalam memperkatakan corak sistem penyampaian kerajaan dari kaca mata rakyat, rata-rata rakyat melihat bahawa sektor awam merupakan sektor yang jumud, kaku, lembab dan tidak bermaya. Ini adalah kerana banyaknya birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan. Kakitangan yang tidak cekap , banyak bercakap dari bekerja. Banyak merungut dari melaksanakan tugas. Tolak menolak adalah amalan biasa dalam sistem penyampaian kerajaan. Bila ada isu yang diperkatakan budaya bangau oh bangau menjadi budaya yang diwajibkan. Masing-masing salah menyalah diantara satu dengan yang lain.

Pernah suatu ketika dahulu semasa berada di Pejabat Tanah, mengkaji proses kerja atau carta alir permohonan tanah. Aliran kerja atau fail satu permohonan tanah terpaksa melalui kerenah birokrasi bergerak dari satu meja kemeja pegawai sebelum permohonan tanah diluluskan. Permohonan tersebut terpaksa melalui 27 buah meja. Dan ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk diluluskan. Kadang kala terdapat kes dimana pemohon telah meninggal dunia barulah permohonan tersebut diluluskan.

Sikap ketidak caknaan ketua jabatan telah menimbulkan keluh kesah kepada rakyat. Rakyat mengharapkan kakitangan berkhidmat dengan cekap dan berkesan. Namun begitu budaya kerja ad-hoc atau ala temasyar sukan menjadi kekangan kepada sistem penyampaian kerajaan. Setiap ketua jabatan hendaklah turun padang dan melihat bagaimana cara anak buahnya bekerja. Jangan hanya mendengar lapuran dari orang yang hampir dengan kita sahaja. Kita tidak mahu lagi mendegar keluhan kakitangan mengatakan bosnya tidak turun padang dan melihat ia bekerja diperingkat bawah. Anugerah khidmat cemerlang diberi kepada PA Bos dan driver bos sahaja. Kalaulah keluhan ini tidak benar, masakan seorang pesara datang kepejabat saya, dan menangis. Katanya selama dia bekerja lebih daripada 20 tahun di sebuah jabatan tidak pernah mendapat anugerah khidmat cemerlang, kerana bekerja jauh dari bos dan bos tidak pernah turun padang melihat ia bekerja. Pegawai yang rapat dengan bos baru dua tiga tahun bekerja telah dapat anugerah khidmat cemerlang.

Bila sebuah jabatan hendak masuk bertanding dalam apa-apa pertandingan mulalah budaya pengurusan ad-hoc dilaksanakan. Perkara yang tiada diadakan, macam-macam direkanya untuk tunjukkan pada penal penilai bahawa pengurusan yang dibuatnya cekap dan berkesan. Bila menang pertandingan ketua dapat pujian bahawa pengurusannya cekap dan berkesan. Hakikatnya semua orang tahu bahawa budaya pengurusan yang dilaksanakan adalah budaya ad-hoc atau budaya temasyar sukan. Sekali nak bertanding riuh rendah, gegak gumpita bunyinya untuk melaksanakan sesuatu, habis bertanding senyap sepi.

Isnin, Oktober 12, 2009

Bagaikan ketam mengajar anak berjalan betul

Orang baru tidak hormat orang lama

Orang baru tidak hormat orang lama. Pegawai baru tidak hormat pegawai lama. Junior tidak hormat senior. Orang muda tidak hormat orang tua. Anak tidak hormat ibu-bapa. Orang yang dipimpin tidak hormat kepada pemimpin. Dalam menterjemahkan rasa hormat-menghormati, menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang tersebut dengan memberi layanan yang baik.

Nilai amat berkait-rapat dengan budaya. Nilai itu sudah pasti berbeza antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Begitupun, nilai yang dikongsi oleh setiap manusia untuk hidup harmoni adalah menghormati perbezaan yamg wujud antara satu-sama lain. Saya mula menilai bahawa, jika nilai hormat menghormati, toleransi, sabar, penyayang dan sebagainya, tidak lagi ada di dalam diri manusia, apakah mereka ini layak dipanggil manusia yang bertamadun?Apakah mereka menyangkakan bahawa kemodenan itu adalah dengan adanya kecanggihan material, pangkat dan darjat.

Nilai Murni orang melayu adalah Islam, nilah kelebihan agama yang bernama Islam. Sejarah menceritakan bahawa dahulunya orang di tanah Melayu menganut agama yang agak keras nilainya. Tetapi selepas kehadiran Islam di jiwa orang-orang Melayu, masyarakat di tanah Melayu telah berubah 360 darjah! Inilah nilai yang masih lagi bertahan di dada-dada orang Melayu dan masih lagi dipertahankan.

Jangan kita keliru dengan kaca dan permata. Jangan kita gadaikan nilai emas yang kita ada kepada kemurahan pembangunan yang merosakkan jatidiri serta nilai manusiawi kita. bersyukur kerana kita kini memegang nilai yang sangat besar di dalam diri kita. Pertahankan dan sebarkan kepada manusia lain supaya menghargai, mempelajari serta mempraktikkan nilai yang bertunjangkan kepada agama, iaitu Islam.

Walaupun kita berada dizaman sains dan teknologi. Jangan kita jadi hamba kepada teknologi sebaliknya biarlah teknologi menjadi hamba kepada kita.'' Jangan kerana teknologi terhakisnya rasa hormat pada orang lain. Rasa hormat ditunjukkan melalui cara kita berbahasa dengan orang lain. Kerana bahasa adalah medium untuk manusia berkongsi idea, pendapat dan perasaan. Bahasa termasuklah bahasa secara lisan dan bukan lisan seperti gerak badan dan tulisan.

Jika orang bercakap kita buat acuh tak acuh layan tak layan itu tidak hormat namanya. Apatah lagi jika orang yang lebih dewasa daripada kita. Amatlah tidak wajar sekiranya dalam mesyuarat kita sebuk menjawat message. Macamlah message tu tak boleh tunggu hingga habis mesyuarat. Demikian juga bila sedang bercakap dengan ketua kita, tiba-tiba telefon berbunyi kita tinggalkan boss kita utamakan panggilan telefon, juga tidak sopan namanya.

Demikian rungutan oarang lama terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang baru berkhidmat hari ini. Katanya tidak ada rasa hormat langsung pada mereka. Kerja tahu mengarah sahaja. Tidak macam dahulu walau berjawatan lebih tinggi tetapi tahu menghormati orang bawahan.

Rabu, Oktober 07, 2009

Jerat tidak pernah lupakan pelanduk

Menunggu kehadiran seorang pelanggan untuk datang pada jam 12.00 tengahari. Persediaan perlu dibuat terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah pelanggan ini. Saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah beliau. Dalam perbualan telefon sebentar tadi katanya berkaitan dengan tuntutan pampasan pencen. Tuntutan pampasan pencen oleh seorang kenalan beliau yang bersara pada tahun 1979.

Kedatangan En, Naza saya sambut gembira kerana beliau adalah pelanggan luar yang pertama mengunjungi saya pada bulan ini. Tentunya saya gembira menunggu kehadiran beliau, paling tidak saya dapat membantu menyelesaikan masalah beliau. Biasanya bila melayangi pelanggan saya tidak terus bertanyakan tujuan beliau datang terlebih dahulu. Saya mulakan dengan berkenalan terlebih dahulu dengan mewujudkan kemesraan agar tiada “gap” diantara saya dengan pelanggan.

Memulakan bicara En Naza memaklumkan bahawa beliau menguruskan permohonan kenalannya untuk mendapat ganjaran pencen atau apa-apa faedah dari kerajaan Negeri atau Persekutuan kerana menurut beliau sumbangannya dalam perkhidmatan selama 27 tahun itu banyak jasa dan pengorbanan yang beliau berikan semasa berkhidmatan dengan jabatan kerajaan sebelum bersara. Menurut En. Naza kehidupan persara berkenaan hari ini sangat dhaif. Menghabiskan umur tua 74 tahun persara berkenaan menyambung kehidupan hanya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan anak-anak.

Apa sebenarnya berlaku kepada pesara berkenaan?. Dhaif benar kehidupannya mengapa selepas bersara 14 tahun yang lalu beliau masih belum memperolehi faedah persaraan. Pelik juga saya dibuatnya. Bagaimana saya harus menolong beliau. Alangkah indahnya kalau saya dapat menolong beliau. Tetapi apakan daya peraturan yang ada menyebabkan saya tidak mampu menolong beliau. Sebagai penjawat awam saya terikat dengan Akta Pencen 1980.

Pesara berkenaan sebenarnya telah meletak jawatan dengan notis 24 jam dengan membayar sebulan gaji untuk menyertai sektor swasta. Maka dengan itu menurut akta pencen pegawai berkenaan tidak lagi berhad untuk mendapat apa jua faedah dari persaraan beliau. Menurut akta berkenaan Seksyen 7 (d) yang menjelaskan bahawa tempuh perkhidmatan yang tidak layak dikira untuk mendapat faedah dari pencen ialah apa-apa tempuh perkhidmatan yang ditamatkan desebabkan perletakan jawatan oleh seorang pegawai untuk menerima pekerjaan dalam sector swasta atau kerana lain-lain sebab peribadi.

Oleh yang demikian seorang pegawai kerajaan yang ingin melepaskan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan hendak berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan. Kaji dahulu kesan baik buruk masa depannya nanti. Jangan jadi seperti pesara diatas bila keadaannya tersepit menyalahkan orang lain dengan menuduh bahawa beliau tidak dimaklumkan berkaitan dengan peraturan persaraan. Dalam undang-undang kita tidak boleh mengatakan kita tidak tahu tahu undang-undang selepas kita tidak mematuhi undang-undang.

Dengan kesilapan yang dilakukan sendiri kita menyusahkan orang lain dengan menulis surat kepada KSN hingga kepada YAB Perdana Menteri supaya kerajaan mengenang jasa yang telah kita berikan masa kita berkhidmat dengan kerajaan. Masa kita hendak berhenti dahulu kita tidak fikirkan kesusahan kerajaan mencari ganti tugas yang kita tinggalkan dahulu. Itulah yang dikatakan pelanduk selalu lupakan jerat. Tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Selasa, Oktober 06, 2009

Dua sebab mengapa manusia tidak suka lihat orang lain senang

Pengurus sumber manusia mestilah seorang insan yang suka menolong orang lain. Suka membantu dan memudahkan orang lain. Dalam hatinya hendaklah sentiasa mempunyai cita-cita untuk membantu. Gembira bila melihat orang lain gembira. Mempermudahkan urusan pelanggan. Memberi harapan kepada sesiapa sahaja yang inginkan pertolongan. Orang yang suka menyusahkan orang lain dan gembira melihat orang lain susah hanya kerana dua sebab sahaja. Pertama kerana ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) dan kedua kerana orang itu sakit jiwa.

Pemegang PHD adalah terdiri dari mereka–mereka yang tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Ada saja perkara yang hendak diganggunya sehingga mangsa nya akan jatuh tersungkur dan dikala itu terasa diri mereka hebat kerana berjaya menjalankan satu misi kehancuran jiwa dan semangat orang lain. Mereka lebih suka melihat orang yang aman damai menjadi kacaubilau dan tidak tenteram lagi. Mengkritik adalah mainan hidupnya. Mengkritik dilakukan dibelakang orang yang dikritiknya. Tidak berani bersemuka kerana lebih gemar meleparkan tuduhan yang tidak berasas. Sama seperti kata perupamaan lepar batu sembunyi tangan.



Dalam perkhidmatan awam spesis seperti ini tidak terkecuali, dalam jiwa dan spiritual mereka masih kosong. Sayang sekali sekeping hati bersih yang dianugerahkan Allah sewaktu lahir kedunia sudah bertukar hitam dan busuk umpama najis dan kian membusuk. Bagaikan virus yang cepat merebak, merosak jiwa dan meruntuh kesabaran manusia lain, mereka ini bangga jika ada insan menderita akibat perbuatan mereka. Mengapalah mereka tanpa ada sebab suka mengangu hidup orang lain sedangkan orang lain tidak pernah mengganggu hidup mereka.

Kebanyakan konflik yang melanda ummah bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong ummah untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :- “Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)”.

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihyaa’ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar yang lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Dimanakah bermulanya perasaan hasad dengki itu ?. Segumpal darah yang bernama hati yang dicipta Allah untuk menyayangi, mengasihi, bersangka baik dan ikhlas dalam perbuatan. Keikhlasan datangnya dari hati yang bersih. Kalau hati tak bersih, apa yang kita buat akan jadi tak ikhlas. Niat pun akan jadi tak baik. Maka bermulalah perasaan hasad dengki tersebut.

Dalam perkhidmatan awam PHD banyak berlaku contoh irihati jika orang lain naik pangkat sedangkan dia tidak, mulalah buat tuduhan macam-macam yang tidak sedap didengar. Perebutan untuk mendapat kenaikan pangkat itu adalah perkara biasa dalam jabatan. Perkara yang sama juga berlaku dalam perniagaan. Ini semua berlaku dikalangan orang melayu, Tetapi jika peniaga bangsa lain menjual product yang sama, mereka tidak menjadi competitor dengan mensabotaj atau dengki dengan perniagaan orang lain tetapi mereka jadikan lebih kepada networking. Dan masing-masing berusaha untukk meningkatkan kualiti & kuantiti yang lebih baik.

Wujudnya PHD kerana wang dan imbuhan yang orang lain dapat dan dia tidak dapat . Kerana orang lain dapat peluang dia tidak dapat peluang. Oleh itu janganlah susah kerana rezeki Allah berada diman-mana. Seandainya Allah nak beri rezeki kepada seseorang Allah boleh beri dari berbagai sumber. Rezeki dari perut bumi, atas bumi yang melata juga dari udara. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya.

Perkara kedua mengapa wujudnya perasaan tidak senang melihat orang lain senang ialah kerana ia sakit jiwa. Zaman sekarang ramai yang sakit jiwa kerana krisis Ekonomi Global menjadikan seseorang itu “over-competition”. Ramai manusia yang tidak mampu mengenal dirinya sendiri. Ia terlena dengan dunia yang berada dihadapan mata, sehingga tidak terfikir tentang nilai-nilai yang terdapat dalam diri mereka sendiri