Anak derhaka tidak mengenang jasa ibu bapa. Ada penghuni yang berkerat rotan dan berpatah arang dengan anak-anak mereka.
Masa muda merantau hingga kehujung dunia mencari rezeki wang ringgit dihantar ke kampung untuk anak isteri dengan harapan bila kembali dapat menyambung kehidupan dikampung bersama keluarga. Namun amanah yang diberi tidak dijaga. Duit yang dihantar habis digunakan untuk berpoya-poya. Bapa yang kembali merantau dihalau bagaikan anjing buruk kepala. Tempat kesudahan dirumah sejahtera orang tua hingga keakhir hayat.
Ada yang berpesan pada penjaga agar jenazahnya nanti disemadikan dsini. Jangan benarkan saudara mara menuntutnya kembali. Ini adalah secebis kisah penghuni rumah sejahtera ini telah berpatah hati dengan kaum keluarganya sendiri.
Seorang pesara yang pernah menjadi penghuni disini lain pula ceritanya. Nasibnya agak baik dari penghuni yang lain kerana masih mempunyai anak yang sanggup mengziarahinya setiap bulan. Anaknya datang dengan kereta dan membawanya bersiar-siar dibandar Kuala Terengganu. Destinasi terakhir ke bank untuk ambil wang elaun persaraan. Selepas dapat wang dari bapa yang tidak terdaya langsung menghantarnya semula kerumah sejahtera. Bulan hadapan datang lagi dan seterusnya. Demikianlah adanya hari demi hari. Bulan berganti bulan.
Ini adalah secebis kisah yang menyayat hati yang disampaikan oleh Tuan Haji Nordin ahli jawatankuasa rumah sejahtera, ketika memberi taklimat kepada 70 orang rombongan daripada bahagian Pasca Perkhidmatan JPA yang membuat lawatan ke Rumah Sejahtera Warga Emas, Bukit Payong. Marang Terengganu pada 30 Oktober 2009. Selain rumah orang tua rombongan ini juga melawat Rumah Anak Yatim Darulfalah, Marang dan juga Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Program turun padang begini wajar di contohi oleh anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu kearah merealisasikan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembanunan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan keinsafan dan kesedaran agar kita dapat mempertingkatkan sistem penyampaiaan yang baik dan berkesan. Kelab-kelab sukan dan kebajikan jabatan seharusnya menjadikan program begini sebagai aktiviti mereka, bukan hanya lawatan keluar negara sahaja. Kebanyakan jabatan hanya mengadakan aktiviti lawatan ke Indonesia. Cina, Vietnam dan Thailand sahaja

1 ulasan:
assalamualaikum , boleh tak emelkan pada saya nombor telefon rumah jagaan ni??? saya dan ahli kelab bercadang untuk membuat 1 program amal selepas raya ni
Catat Ulasan