Jumaat, Oktober 16, 2009

Kisah sistem pendaftaran tanah berkomputer.

Diawal era komputer banyak jabatan telah mengubah sistem penyampaian daripada sistem manual kepada sistem komputer. Pejabat-pejabat tanah di Terengganu telah memulakan sistem pendaftaran tanah berkomputer. Ia bermula pada tahun 1996. Proses mengubah hakmilik (geran tanah) tanah yang sebelumnya dibuat secara manual diubah secara komputer. Untuk itu kerajaan telah melantik vendor untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Pada awal 1997 saya bertukar ke Pejabat Tanah Setiu dan terlibat secara langsung dalam sistem pendaftaran tanah berkomputer. Sebaik sahaja melapur diri di Pejabat Tanah Setiu, saya cukup kagum terhadap pencapaian oleh Pejabat Tanah Setiu, kerana hampir semua pembantu tadbir memiliki komputer dimeja masing-masing. Pejabat lama saya sebelum ini ia itu pejabat yang berfungsi sebagai hati dan jantung pentadbiran awam negeri hanya terdapat dua buah komputer sahaja yang digunakan oleh jurutaip. Saya ketika itu telah pun berjinak-jinak dengan komputer dan telah memiliki sebuah komputer.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perjawatan dan lebih dikenali sebagai Pejabat tingkat 8 Wusma Darul Iman. Saya setika itu bertugas di Unit Latihan dan Kerjaya. Bahagian Pengurusan sumber manusia dianggap hati dan jantung perkhidmatan awam kerana disinilah bermulanya dengut jantung dan nadi Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu. Apa-apa yang dilaksanakan oleh pejabat ini harus menjadi role model perkhidmatan awam Negeri Terengganu.

Berbalik kepada cerita di Pejabat Tanah Setiu. Kekaguman saya tidak terhenti disitu kerana apabila melhat begitu banyak komputer di meja pembantu tadbir (kerani)saya sangkakan semua urusan pentadbiran di sini telah di komputerisekan. Sangkaan tersebut amat meleset sekali. Apabila saya bertanya pada kerani, adakah semua kerja dilakukan dengan komputer?. Jawapan yang diberi sangat memeranjatkan kerana kata mereka arahan daripada pihak atasan (Ketua Jabatan) supaya jangan sentuh (guna)komputer tersebut kerana komputer adalah untuk penggunaan sistem pendaftaran tanah berkumputer.

Memang betul apabila saya meneliti perisian komputer yang dibekalkan tiada pun microsoft word, patut pun ia tidak boleh digunakan. Selepas berbincang dengan wakil vendor barulah perisian microsof word di dimasukkan dalam komputer tersebut. Selepas itu saya mula mengajar komputer kepada kakitangan Pejabat Tanah Setiu.

Bila melihat monitor terdapat pada setiap meja kerani, apa pula sangkaan orang kampung yang datang untuk berurusan di Pejabat Tanah ?. Pada mereka monitor tersebut adalah set TV. Maka berkatalah mereka " Patutlah permohonan tanah lambat diproses, kerana masing-masing sibuk menontong TV, macam mana nak buat kerja!"

Tiada ulasan: