Ahad, September 21, 2008

Semua agensi kerajaan perlu menyediakan semula MPK & FM kearah perlaksanaan star rating

MPK dan FM bukanlah satu perkara baru. Ia adalah alat pengurusan sektor awam yang berkesan ianya telah wujud dalam Perkhidmatan Awam sejak dahulu lagi. Sebelum perkeliling kemajuan perkhidmatan awam ia dikenali dalam berbagai bentuk dan rupa seperti Prosedur Jabatan, .Arahan Tetap Jabatan dan Garis Panduan Bekerja.
Tahun 1991 Kerajaan melancarkan beberapa Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam kearah peningkatan kecekapan, keberkesanan dan kualiti hasil kerja kakitangan awam. Pekeliling tersebut adalah PKPA 1991 mengenai MPK dan FM.
‘Scenario’ sekarang ada beberapa soalan yang sukar dijawab.Adakah semua Jabatan dan kakitangan awam mempunyai MPK dan FM masing-masing?Adakah MPK dan FM digunakan sebagai panduan semasa menjalankan tugas? Pada amnya semua agensi Kerajaan sedar dan tahu konsepnya. Malah terdapat agensi kerajaan yang sudah wujudkan MPK dan FM. masing-masing sejak perkeliling tersebut dikeluarkan.
Walau bagaimanapun penggunaan MPK dan FM dalam menjalankan tugas tidak meluas.Banyak MPK merupakan dokumen yang disimpan sahaja dan kebanyakkan FM hanya tinggal di atas meja/laci sahaja dan tidak dirujuk/dikemaskinikan.
Mengapa MPK dan FM penting?. Ia penting kerana ia adalah asas pengurusan kualiti. Manual Prosedur Kerja adalah dokumen rujukan/panduan untuk peringkat jabatan/pejabat. Ia memberi gambaran menyeluruh mengenai organisasi dari segi Fungsi, Objektif, Merekodkan cara bekerja secara sistematik. Ia menerangkan prosedur yang jelas bagi tiap-tiap aktiviti.
Manakala Fail Meja adalah panduan terperinci mengenai tugas yang dijalankan oleh tiap-tiap individu dalam organisasi. Ia adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai dalam menjalankan tugasnya.FM mengandungi maklumat dan peraturan-peraturan yang lengkap mengenai tugas/tanggungjawab. Setiap orang pegawai perlu ada sebuah fail meja yang diletakkan di atas meja pegawai. FM satu cabutan (extract) salah satu proses kerja atau aktiviti di dalam MPK yang patut dilakukan oleh individu itu.
Sebagai dokumen rujukan MPK dan FM merekodkan prosedur dan peraturan kerja sebagai rujukan rasmi. Ia dapat menseragamkan sistem atau kaedah kerja. MPK dan FM menentukan peraturan dipatuhi dgn ini mengurangkan kesilapan. Ia juga dapat digunakan sebagai alat latihan informal. justeru itu pihak pengurusan memudahkan pertukaran staf dalam proses ambilalih tugas. Kajian mengenai sistem kerja dapat dilaksanakan dengan mudah. Dengan adanya MPK & FM akan dapat mengurangkan arahan lisan. Seterusnya MPK & FM dapat
menjelaskan kuasa seseorang dan mejelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan Pegawai lain

Jumaat, September 12, 2008

Coaching adalah alat pengurusan terkini untuk menciptakan 'The Right Person for The Right Job' .

Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf dunia. Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menilai dan melaksanakan sistem penyampaian yang efektif.
Teknik coaching akan memastikan kakitangan pentadbiran akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja mereka dan dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran organisasi.
Coaching adalah alat pengurusan terkini dalam transformasi budaya kerja dan kepimpinan' Coaching berbeza daripada mentoring atau kaunseling. Ianya suatu proses pembelajaran, perubahan dan transformasi diri kepada tahap lebih tinggi. Seorang pegawai dapat berubah dan merealisasi potensi diri.
Coaching lazimnya dikaitkan dengan sukan tetapi akhir-akhir ini coaching dikaitkan dengan embangunan prestasi seseorang pegawai .Tumpuan coaghing adalah untuk membangunkan potensi keupayaan profesionalisma seseorang. Ia merupakan suatu pendekatan yang unik dan berbeza sedikit daripada pendekatan mentoring dan kaunseling. Ia merupakan suatu proses perjalanan 'personal dan profesional discovery'. Ia mampu menjelaskan hala tuju dan membina anjakan paradigma daripada keadaan sekarang kepada destinasi yang diinginkan.
Coaching berkait rapat dengan proses pembelajaran; ia berkait dengan transformasi dan juga keupayaan insan untuk berkembang mengubah tabiat dan mencipta aktiviti-aktiviti baru. Ia membuka idea baru dalam menangani isu-isu yang dihadapi. Kesediaan mendengar dan mengemukakan soalan yang bertenaga oleh coach kepada coachee(pelanggan) akan memberi peluang kepada pelanggan meneroka jawapan baru kepada isu-isu yang dihadapi.
Eksekutif Coaching memperakui bahawa diri itu bukan sesuatu yang kaku tetapi mampu berubah dan diubah kepada suatu suasana yang lebih baik daripada sebelumnya.
Keterampilan seorang penyelia atau yang biasa dikenal dengan "supervisor skill", baik buruknya akan memberi pengaruh secara langsung kepada orang bawahannya. Oleh itu kejayaan setiap kumpulan dipengaruhi oleh ketua kumpulan tersebut. Sebagai seorang penyelia atau ketua seksyen , ia menjadi penghubung antara dua kepentingan dan tanggungjawab, Bertanggungjawab keatas pencapaian tugas kerja kelompok yang dipimpinnya dan juga kena memastikan mencapai pelaksanaan perancangan dari pihak pengurusan atasan. Oleh yang demikian komunikasi dan kepemimpinan akan menjadi pengukur kepada kejayaan.
Sudah tentu dalam konteks untuk meningkatkan produktivi dan menangani permasalahan yang mengganggu produktiviti. Teknik Coaching adalah diperlukan bagi memastikan matlamat sesebuah organisasi itu tercapai. Tujuan Coaching adalah untuk menciptakan 'The Right Person for The Right Job' .
Jim Collins dalam bukunya, *Good to Great, menekankan bahwa tidak semua sumber manusia adalah aset bagi organisasi. Pengurus akan jadi aset organisasi hanya bila ia 'berkualiti'. Sebaliknya, sumber manusia yang tidak produktif, lembap dan berkembangnya rendah, *sooner or later*, akan jadi beban kepada organisasi.
Kekadang sesebuah organisasi sangat beruntung bila terdapat sumber manusia yang diambil bekerja atau dapat merekrut *fresh graduates* atau staf yang pandai, rajin, berbakat, dan boleh berkembang di organisasi. Namun, realiti sangat sukar untuk mendapatkan seseorang yang berkualiti.
Di sebuah organisasi yang sudah mantap keterampilan pengurusan sangat terserlah namun hanya satu bahagian sahaja dan tidak menyeluruh. Persoalannya: "Siapa yang bertanggung jawab terhadap situasi ini?", "Strategi apa yang luput dan diabaikan oleh organisasi tersebut ?" Oleh itu dalam mencari bintang dalam sesebuah organisasi adalah suatu proses yang disengajakan bukannya secara kebetulan. Hanya dengan bimbingan intensif-lah individu mampu mempelajari ketrampilan lain, terutama ketrampilan kepimpinan. Coaching tidak terjadi dengan sendiri karena tidak dibudayakan dalam organisasi tersebut. Selalunya orang yang di-*coach* maupun *coach*-nya beranggapan bahwa proses '*coaching'* akan terjadi dengan sendirinya. Padahal, mengasah dan membina karekter tidak terjadi secara semula jadi, namun perlu disengaja, dibentuk, didorong dan dipantau terus-terusan. Apapun alasannya, organisasi yang tidak menerapkan mekanisma ini, suatu masa akan mengalami kekurangan 'orang bagus' dalam organisasinya..
*'Coaching' = Taking a player where he can't take himself*
Seorang pengurus berkata pada atasannya: "*Saya memang salah dan tidak bisa mengelola anak buah. Saya tahu saya sudah pergi ke berbagai kursus pengurusan dan sebagainya. Tetapi, siapa yang boleh membimbing saya untuk mempraktikkannya?*" Sebenarnya, pengurusan atasanlah yang meng-'*coach*', di samping mengontrol juga perlu menyediakan jawapan dan memberikan penyelesaian. *Coach*-lah yang akan memacu individu dan membawanya ke kompetensi yang belum pernah dimilikinya.
*Pengurusan atasan bukan penonton*
Didalam sesebuah organisasi seorang pemimpin tidak boleh mengelakkan tugasnya untuk mendemonstrasikan cara mewujudkan waktu yang efektif, memilih keutamaan, menemui pelanggan, membimbing & menegur orang-orang bawahan, hatta memilih perkara-perkara yang sekecil-kecil pun perlu ditunjukkan kepada orang bawahan kerana mereka tidak mampu memperolehi '*coachee*' dari orang lain, karena dia memang tumbuh di organisasi tersebut.
Mengelola orang bawahan melalui '*coaching*', sangat berbeza dengan pengurusan tradisional, di mana pengurus seolah-olah memegang suis dan 'menunggu' orang bawahan untuk berprestasi. Tinggi. Hubungan *coaching* adalah hubungan yang mengembangkan rasa percaya, '*fairness*', dan membangkitkan semangat. Pengurus yang meng-*coach* akan banyak bertanya, banyak memfasilitator dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Manakala orang bawahan yang di-*coach* harus menyadari bahwa ia perlu menguasai banyak kompetensi lain di luar kemahirannya yang ada sekarang.
Bagaimana jika pengurusan atasan sendiri juga tidak menguasai teknik atau pendekatan tertentu? Selama mana pengurusan atasan jujur dan mengakui hal ini kepada orang bawahan, masih ada kesempatan belajar bersama.
Terdapat *7 P TEKNIK "COACHING"*
i. *Purpose & Part*: Menegaskan pentingnya isu yang akan difokuskan
ii. *Process: *Memperjelas proses melakukannya
iii. *Picture*: Memperagakan bagaimana melakukannya
iv. *Practice: * Mengobservasi coachee mengerjakannya
v&vi.. *Pats & Pointers: *Menyediakan umpan balik
vii. * Proceed on path: *Menyepakati langkah selanjutnya

Selasa, September 09, 2008

Tersumbat lemak punca ketidakcekapan dalam sistem penyampaian kerajaan

Matlamat akhir sistem penyampaian kerajaan adalah supaya perkhidmatan yang diberi sempurna dan rakyat berpuashati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh sektor awam. Rakyat yang berada di peringkat akar umbi menerima faedah atau manafaatnya. Impak sistem penyampaian ini amat besar kepada kerajaan.

Anggota perkhidmatan awam telah dilanjutkan tempuh persaraannya daripada umur 55 tahun kepada 56 tahun kemudian dilanjutkan lagi kepada umur 58 tahun. Tetapi kerajaan yang memerentah persaraannya setiap 5 tahun sekali . Panjang pendek bergantung kepada mandat yang diberi oleh rakyat. Jika pentadbiran sesebuah kerajaan ini memuaskan hati rakyat maka maka tempoh persaraannya akan disambung. Jika tidak akan berlakulah pertukaran kerajaan. Baik buruknya pemerintahan sesebuah kerajaan bergantung kepada perkhidmatan atau sistem penyampaian yang diberi oleh kakitangan awam.


Terpantulnya sistem penyampaian dalam sesebuah organisasi itu adalah kerana prosedur kerja dalam sistem penyampaian tersebut tersumbat. Aliran tugas yang sepatutnya berkalan lancar tersumbat atau tersekat kerana anggota sesbuah organisasi tidak jelas dan tidak faham atau tidak tahu apa dan siapa yang patut dibuat dalam dalam melicinkan sistem penyampaian tersebut. Justeru itu konsep carta organisasi perlu difahami oleh setiap anggota yang berada dalam sesebuah sistem penyampaian. Bila setiah ahli yang terlibat dalam sesuatu sistem penyampaian tersebut memahami konsep “ who does what “ maka masalah tersumbat aliran kerja tidak akan terjadi dalam sistem penyampaiaan tersebut.


Dalam sesebuah organisasi yang cemerlang memerlukan setiap anggota memahami ‘ line of authority ’ atau perinsip siapa bertanggong jawab kepada siapa. Sebagai ketua dalam sesebuah organisasi samaada ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit atau dimana sahaja level yang kita ada seharusnya memahami ‘ span of control’ dalam carta organisasi. Konsep delegation of power sangat penting supaya setiap ahli yang telah diperturunkan kuasa tadi dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Kaedah pengurusan traditional tiada delegation of power. Hubungan antara boss yang berada dipuncak carta terlalu jauh dengan pelaksana tugas sehingga ketua dalam carta dan pelaksana tidak mengenali antara satu dengan lain. Sebagai contoh dalam menguruskan proses bayaran beberapa tahun yang lalu semua baucher perlu dihantar kepada akauntan negeri untuk dibuat bayaran maka prosesnya mengambil masa paling cepat 3 bulan. Bila penurunan kuasa diberi kepada PTJ setiap jabatan maka proses bayaran boleh dibuat dalam tempoh 14 hari sahaja. Maka ia dengan sendirinya akan meningkatkan sistem penyampaiaan tersebut.

Rabu, Ogos 27, 2008

Merakyatkan Pentadbiran

Menjelang sambutan hari kemerdekaan dan selepas itu kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan AL Mubarak yang penuh keberkatan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Pembangunan Manusia yang di ketuai oleh Tuan Hj Wan Nawawi Wan Ismail mengadakan perjumpaan bulanan kakitangan dan majlis meraikan sambuatan hari lahir kakitangan yang dilahirkan bulan Julai dan Ogos.
Semangat kekitaan sebenarnya cukup terasa oleh warga kerja kerana wujudnya kemeraan dan saling bantu membantu antara satu dengan lain. Walaupun berada dalam dua era kepimpinan kerajaan yang sama ia itu kepimpinan YAB Dato’ Seri Idris Jusoh dan YAB Dato’ Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu. Anggota perkhidmatan awam nampakya semacam terasa perbezaan antara dua pemimpin ini walaupun tidak dizahir secara jelas. Agaknya macam terlepas dari sangkar ketensionan atau lain lain istilah yang boleh diberikan. Tanyalah pada siapa pun dikalangan anggota perkhidmatan awam negeri Terengganu saya percaya jawapan yang diberi mungkin tidak banyak perbezaan.
Seperti mana kata Tuan Hj Wan Nawawi sepatutnya perubahan yang berlaku ini memberi semangat baru untuk kita bekerja kerana anggota perkidmatan awam adalah pelaksana dasar kerajaan. Bukannya kita berhenti rehat selepas dikejar dan dihambat. Janganlah kita seolah-olah berada didunia baru dan tak tahu apa yang hendak dilaksanakan. Kita perlu bertanya pada diri sendiri untuk apa saya datang ke pejabat, untuk apa saya bekerja. Pasti jawapannya kita bekerja untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Maka tidak timbul soal kita dikejar dihambat atau tidak.
YAB Dato’ Ahmad Said Mentri Besar Terengganu dalam ucapannya semasa majlis anugerah perkhidmatan cemerlang peringkat negeri Terengganu 2008 pada 26 ogos yang lalu meminta supaya anggota perkhidmatan awam merakyatkan pentadbiran kerajaan. Justeru itu konsep MERAKYATKAN PENTADBIRAN ini seharusnya difahami oleh seluruh warga perkhidmatan awam. Bagaimana cara untuk kita merakyatkan pentadbiran. Maka kita kena kembali kepada konsep asas, apa dan mengapa kita bekerja. Samalah juga apa dan mengapa kita perlu makan?. Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Makan makanan yang boleh mengenyangkan. Maka jika tujuan makan untuk mengenyangkan dan untuk hidup, jadi matlamat atau tujuan makan akan tercapai. Begitulah juga dalam bekerja, tujuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jika perkhidmatan yang kita berikan itu sampai kepada rakyat dan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan sudah tentu konsep merakyatkan pentadbiran akan tercapai.
Sehebat manapun program yang dilaksanakan jika rakyat tidak berpuas hati tiada maknanya kepada kerajaan dan rakyat akan membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kerajaan tersebut atau tidak. Untuk merakyatkan pentadbiran kita kena lihat sistem penyampaian dilaksanakan benar-benar berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan perlukan perubahan dalam kadar yang segera. Jangan hanya bekerja sebagai rutin sahaja. Perkhidmatan yang baik adalah berdasarkan apa yang pelanggan mahu. Bukan pada amalan terbaik dan apa yang dirasakan pelanggan perlu.Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang pantas, cekap berkesan dan mesra.
Bila kerajaan memperkenalkan konsep kerja anjal sebenar ia adalah untuk memberi peluang kepada anggota perkhidmatan awam memberi sumbangan yang terbaik untuk menghasilkan output atau outcome yang terbaik berdasarkan masa berkualiti yang diberikan aleh seorang anggota perkhidmatan awam. Disiplin kerja bukan hanya sekadar mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan tetapi adalah penghasilan output yang dikehendaki pada masa dan suasana yang dikehendaki. Seorang anggota perkhidmatan awam itu kena mahir serba serbi hatta perkara yang kecil-kecil pun sepatutnya ia mempunyai kelebihan. Setiap kakitangan sepatutnya mempunyai perasaan seif of belonging terhadap organisasinya bagi merakyatkan pentadbiran.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Mengisi kemerdekaan, gejala sosial dan tanggongjawab kepada warga tua

Mengisi kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang. Walaupun kita juga telah kibarkan jalur gemilang di puncak dunia, di samudera luas, di khutub antartika dan merata lagi. Dengan kejayaan yang sedemikian rupa, dan kemakmuran yang dicapai serta kesenangan hidup yang dinikmati oleh kita semua, tidak syak lagi bahawa kemerdekaan itu telah banyak terisi.
Ketahuilah bahawa kemerdekaan ialah suatu nikmat, tetapi ingatlah bahawa perjuangan memperoleh kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah, mengisi kemerdekaan dengan segala kejayaan pula adalah sesuatu yang sukar, manakala mengekalkan kemerdekaan serta menguruskan kejayaan merupakan perkara yang lebih sukar daripada itu. Benar, banyak kemajuan yang telah dicapai, namun dengan kemajuan itu, semakin banyak pula cabaran yang mendatang dan semakin luas ruang yang perlu diisi dengan kejayaan fizikal, kebijaksanaan minda dan kekuatan rohani.
Kemerdekaan dan kemajuan negara adalah sesuatu yang diimpikan manusia sejagat. Namun begitu dalam mengejar pembangunan negara nilai-nilai murni tidak harus dikorbankan. Peningkatan gejala sosial seperti keruntuhan moral, penderaan, ragut, samun, rogol, bunuh, pecah amanah, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang saban hari terpampang di dada akhbar adalah manifestasi masyarakat yang telah kehilangan nilai-nilai murni sejagat, seperti iman, taqwa, amanah, maruah, kasih sayang, timbangrasa, ilmu dan bijaksana. Jika ini dibiarkan tanpa ditangani sebaik mungkin.
Sekiranya inilah yang terjadi dalam masyarakat apalah ertinya kemerdekaan yang diperjuangkan dahulu serta pembangunan yang diperkasakan . Lihatlah disekeliling kita warga Malaysia telah semakin hilang institusi keluarga dan masyarakat, sebagaimana semakin lenyapnya nilai-nilai spiritual dikalangan masyarakat kita, dek keghairahan mengejar dan menikmati pembangunan material. Warga tua dan ibu bapa semakin terabai oleh anak-anak mereka sendiri. Para cendekiawan pernah mengungkapkan bahawa ‘seorang ibu atau bapa mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu atau bapa’.
Dalam perkhidmatan awam ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi anggota perkhidmatan awam dan pegawai yang bersara. Disediakan kemudahan seperti - Kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai yang sedang berkhidmat; Faedah persaraan dalam bentuk ganjaran dan pencen; Faedah persaraan terbitan kepada balu / duda sekiranya pesara meninggal dunia; Pencen Tanggungan kepada ibu bapa pegawai yang meninggal dunia akibat bencana, penyakit atau kemalangan bukan kerana kecuaiannya; Faedah penyelarasan pencen setiap kali ada perubahan gaji baru yang diumumkan oleh kerajaan kepada pegawai yang sedang berkhidmat; Kemudahan rawatan perubatan secara percuma di klinik dan hospital kerajaan. Sekiranya terpaksa mendapat rawatan di luar stesyen, tuntutan elaun perjalanan, seperti menjalankan tugas rasmi dibenarkan; dan Banyaran Istimewa Penerima Pencen kepada pesara yang diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Ini adalah sebahagian daripada kemudahan yang disediakan kerajaan ibu bapa dan juga warga tua. Sebagai anak merdeka tanggung jawab kita lebih daripada itu.

Ahad, Ogos 17, 2008

"KATAKAN ‘TIDAK’ KEPADA RASUAH”, dan saya pasti kita akan menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

" Transaksi secara ‘cross border’ semakin menjadi kebiasaan dalam dunia global masa kini. Tempiasnya, rasuah bukan lagi sekadar masalah negara tetapi telah menjadi isu global ... " Malaysia boleh mendabik dada kerana negara kita sudah pun maju setapak lagi ke hadapan dan mampu "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, antara musuh terbesar negara, iaitu rasuah masih belum menemui titik penyelesaiannya.Gejala rasuah ini merupakan masalah kronik kerana pegawai-pegawai yang menerima rasuah itu bukan sahaja terdiri daripada pegawai kerajaan berpangkat tinggi malah melarat hingga ke pegawai peringkat bawah juga.
Antara faktor perdana yang menyebabkan rasuah ialah kemerosotan integriti. Integriti ditakrifkan sebagai keikhlasan, ketulusan,kejujuran dan sikap positif lain yang wujud secara keseluruhan pada individu,keluarga, komuniti dan sesebuah organisasi. Faktor-faktor kemerosotan integriti ialah individu, budaya, kurangnya didikan agama, persekitaran, dan sebagainya. Berdasarkan kajian ahli kriminologi dan kajian Badan Pencegah Rasuah (BPR), punca utama seseorang individu terbabit dengan jenayah rasuah adalah kerana kelemahan kawalan dalaman diri.
Faktor yang mempengaruhi sifat dan sikap negatif ini ialah kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika, perasaan tamak untuk membuat harta supaya cepat kaya dan sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, tiada disiplin diri, bersikap tamak serta mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti. Tekanan hidup yang pelbagai juga menyebabkan individu terjerumus dalam kancah rasuah, penyelewengan atau terlibat dalam gejala tidak bermoral. Selain itu, keadaan persekitaran juga mudah mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya.
Budaya yang menjunjung tinggi dapat memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Manakala budaya yang sebaliknya hanya akan mendorong individu menjadi tidak bertanggungjawab dan mengamalkan sikap endah tidak endah. Faktor-faktor yang dinyatakan diatas menyumbang kepada kemerosotan integriti. Lantaran itu, langkahlangkah yang efektif harus diambil dengan segera agar masalah kemerosotan integriti dalam kalangan masyarakat dapat ditangani secara sistematik dan menyeluruh.
Ibu bapa juga haruslah memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Pada zaman yang penuh dengan saingan ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk mencari rezeki. Senario ini menyebabkan masa ibu bapa bersama-sama dengan anak ataupun “masa berkualiti” amatlah sedikit sehinggakan ada yang tergamak mengabaikan anak-anak. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak dan memberi pendidikan yang secukupnya untuk membina modal insan . Ibu bapa juga harus faham tentang jenis pendidikan yang diberi kepada anak dan impaknya sama ada menjadi orang yang berguna kepada masyarakat ataupun menjadi sampah mesyarakat. Pada era ini, ibu bapa yang semakin sibuk dengan kerjaya masing-masing sering mengabaikan aspek pendidikan kerohanian, termasuk nilai agama dan etika dalam proses mendidik anak-anak. Itulah hakikatnya yang perlu ditelan dek mengejar kemajuan duniawi.
Di samping itu, kempen, ceramah dan kursus meningkatkan integriti juga harus dipergiatkan. Kempen pendidikan pencegahan rasuah harus dilakukan secara berperingkat. Kerajaan boleh bermula dari peringkat sekolah sehinggalah memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat. Bukan setakat itu sahaja, peningkatan integriti boleh dilaksanakan melalui pelaksanaan agenda integriti untuk institusi politik.
Pelbagai usaha harus dilakukan untuk meningkatkan citra parti politik, memastikan integriti parti dan ahli politik, meningkatkan ketelusan, mengatasi penyelewengan dan salah guna kuasa. Pelaksanaan strategi dan pelan tindakan dalam kalangan pentadbir akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini dapat menyumbang kepada pembangunan yang lestari, kestabilan politik dan kesejahteraan hidup pelbagai kaum.
Agama adalah benteng diri yang cukup berkesan. Seseorang yang mempunyai pegangan agama, menghayati serta mengamalkan ajaran agama akan sentiasa diberkati Tuhan dalam hidupnya. Setiap agama di dunia ini mahukan penganutnya hidup berpaksikan nilai murni seperti jujur, amanah, bekerjasama, benar, telus, adil dan saksama. Dunia ini akan menjadi lebih selamat dan hidup manusia juga akan menjadi aman damai dan bebas daripada segala bentuk jenayah jika manusia mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Sebagai contoh, dalam konteks Islam, rasuah dianggap sebagai suatu perbuatan yang keji. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: " Allah melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan orang yang menjadi perantara kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Hibban).
Bila media perdana melaporkan isu rasuah ke atas perbelanjaan penyenggaraan kereta-kereta kerajaan di Negeri Darul Iman ini sedikit sebanyak mencemarkan imej kita sebagai seorang islam. Kos menyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive, kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu yang yang begitu tinggi telah mengundang siasatan BPR. Hasil siasatan BPR mungkin menakutkan, kerana ia tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengenakan harga lebih tinggi untuk mengaut untung semasa penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri ini.
Jangan kerana ingin mengejar kemewahan dan gaya hidup yang hebat kita mudah terpedaya dengan pihak-pihak yang sentiasa mencari keuntungan dengan cara yang mudah. Baru setahun jagong menjadi pegawai kerajaan telah disiasat oleh BPR amatlah memalukan.

Selasa, Julai 29, 2008

Business Plan sebagai alat pengurusan organisasi yang berkesan

Business Plan bertujuan untuk merancang pelaksanaan program yang telah ditetapkan untuk sesebuah organisasi berjaya dengan suksesnya. Perancangan aktiviti yang dilaksanakan dalam business plan mencakupi penetapan matlamat dan arahan-arahan yang akan dilaksanakan oleh jabatan atau organisasi. Matlamat yang hendak dicapai hendaklah realistik (dapat dicapai): spesifik, dapat diukur, dan adanya time frame (batasan waktu). Ianya memerlukan commitment dari semua staf yang terlibat dalam perancangan aktiviti tersebut. Pelan perancangan aktiviti yang dibuat haruslah fleksibel supaya jika berlakunya kekangan ia boleh diubahsuai dengan merangka strategi dan cadangan (alternatif) baru supaya perancangan aktiviti dapat disusun semula.
Apa itu business plan ?
Business Plan adalah sebuah dokumen bertulis yang memperincikan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun. Dokumen tersebut seharusnya lengkap dan mencakupi informasi-informasi tentang aktiviti yang hendak dilaksanakan. Setiap aspek aktiviti perlu dinyatakan. Penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dirancangkan akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang menjadi core business sesuatu organisasi. Kemana arah tuju organisasi tersebut akan dibawa, dan bagaimana mencapainya jelas dapat digambarkan dalam business plan tersebut. Kegunaan business plan dilihat dari berbagai demensi bergantung kepada organisasi berkenaan. Bagi organisasi yang berorientasikan business ia adalah sebuah proposal perniagaan atau pun prospectus pelaburan. Walau apa pun penggunaanya sebuah business plan adalah mendokumentasikan idea aktiviti yang rancang. Sebuah garis panduan perlaksanaan aktiviti. Mengukur prestasi dan perlaksanaan aktiviti dan sebagainya. Sebagai contoh Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu ( Pembangunanan Manusia ) mendokumentasikan business plan untuk merangcang aktiviti tahunan setiap unit dan bahagian. Ia akan menjadi garis panduan kepada kakitangan agar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan aktivi yang dirancang.
Idea bagi mengadakan business plan di Bahagian Pembangunan Manusia Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu telah dimulakan oleh Tuan Hj Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail, Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pembangunan Manusia). Keberkesanan perlaksanaan business plan sebagai alat pengurusan boleh dijadikan garis panduan kepada jabatan lain.

Isnin, Julai 28, 2008

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dapat meningkatkan Delivery System jabatan

Banyak jabatan mendapat teguran audit kerana tidak menyediakan manual prosedur kerja dan fail meja . Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.8 1991 dikeluarkan khusus mengenai garis panduan bagi menyediakan manual prosedur kerja (MPK) dan fail meja . Kedua-dua dokumen ini merupakan alat pengurusan yang dapat menyumbangkan kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan / pejabat dalam melaksanakan delivery system kepada pelanggan. Namun begitu ianya selalu diabaikan oleh jabatan sehingga mendapat teguran audit. Jika ada pun sesetengahnya tidak mengemaskini mengikut keperluan terkini.
Ketua jabatan perlu melaksanakan tindakan segera bagi mengelakan tegoran audit yang berulang-ulang . Bengkel penyediaan MPK dan FM perlu dilaksanakan dengan segera. MPK dan FM disediakan bertujuan untuk : Merekodkan semua prosedur dan pengaturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi. Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja. Menentukan peraturan jabatan / pejabat dipatuhi. Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa menjalankan tugas. Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru. Menyenangkan pertukaran staf dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Menyenangkan kajian keatas sistem kerja dan membolehkan pembaikan dibuat Mengurangkan arahan lisan. Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain.Manual prosedur kerja merupakan dokumen rasmi diperinkat jabatan menyatakan secara terperinci mengenai Latar belakang jabatan/pejabat , Objektif jabatan/pejabat, Carta jabatan/pejabat, fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat , aktiviti-aktiviti bagi fungsi-fungsi utama, pProses kerja aktiviti-aktiviti utama, carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama dan senarai borang-borang yang digunakan .
Setiap pegawai hendaklah menyediakan fail meja masing-masing bagi meningkatkan kecekapan & keberkesanan dalam menjalankan tugas harian. Fail meja dapat memberi panduan terperinci mengenai semua tugas. Ianya akan melancarkan dan memudahkan kerja-kerja harian. Ianya juga akan menjadikan seseorang individu itu bertanggungjawab dalam jabatan. Setiap pegawai akan mengetahui kedudukan individu di dalam jabatan.
Kandungan sebuah fail meja terdiri daripada , Objektif jabatan/pejabat , Objektif bahagian/unit, Carta organisasi jabatan/pejabat , Carta organisasi kedudukan pegawai , Senarai tugas/kuasa dan hubngan , Peraturan-peraturan pentadbiran ,Proses kerja ,Carta aliran kerja ,Senarai semak/checklist,Senarai undang-undang/peraturan , Senarai jawatankuasa yang dianggotai ,Senarai borang-borang yang digunakan ,Norma kerja ,Senarai tugas harian.
Mana-mana jabatan yang ingin menganjurkan bengkel bolehlah berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Bahagian Latihan atau berhubung terus dengan saya melalui e-mail : jahani.ismail@gmail.com. Telefon : (0199539402).

Isnin, Julai 14, 2008

Tertipu dengan skim cepat kaya di internet

Bagaimana jutaan manusia ditipu di internet. Bila sahaja anda melayari blog atau portal , anda akan menemui berbagai iklan untuk menjana kekayaan, menjana duit macam mengaut duit dari perigi dan sebagainya. Tetapi sebenarnya disebalik janji manis kekayaan itu adalah suatu rompakan keatas anda disiang hari.
Ramai manusia di dunia ini telah ditipu di alam cyber. Penduduk England dianggarkan kerugian £1 Billion Setahun, manakala penduduk Amerika Syarikat dianggarkan kerugian USD$100 Juta Sebulan disebabkan penipuan siber. Di malaysia pula bagaimana ?.
Diantara bentuk-bentuk iklan yang selalu anda temui dalam internet ialah .Anda mahu menjadi kaya di dalam masa yang singkat?, Peluang menjana pendapatan di dalam masa beberapa hari!, Modal yang sedikit !, Tiada modal, Sistem Terbukti Berkesan!, Jadilah Kaya Seperti Kami!, Rahsia didedahkan!, Peluang Keemasan! Pulangan Terjamin!. Malah banyak lagi dan ribuan janji manis dan pengiklanan yang menyakinkan anda yang anda hanyalah beberapa saat, jam atau hari sebelum anda menjadi kaya. Kemerdekaan daripada beban hutang seumur hidup anda. Semua perkataan, pengiklanan dan juga ayat
pemukauan digunakan untuk menarik wang anda kepada individu dan juga syarikat ini. Dunia Internet ini disokong pula oleh individu yang mengeluarkan ratusan atau ribuan buku di dunia nyata. Mereka juga mengadakan seminar dan bengkel yang menjanjikan kekayaan dengan yuran penyertaan hingga ke ribuan ringgit. Semuanya adalah teknik pemukauan dan penipuan besar di abad ke-21 ini.
Teknik yang sama juga mereka gunakan di akhbar tempatan dengan menjanjikan pulangan dan kekayaan sekelip mata. Bayangkanlah satu muka penuh akhbar tabloid yang menonjolkan kereta mewah dan janji manis kekayaan. Hari demi hari kita disajikan dengan pukauan yang mencabar minda kita. Dengan membayar puluhan ringgit atau ratusan ringgit kita mampu mengikuti jejak langkah mereka.
Persoalannya, adakah kita akan menjadi seperti mereka; perompak yang menggunakan janji manis yang menjanjikan kita rahsia mereka dan kemudiannya kita menjadi seperti mereka menipu dan juga mengambil duit secara haram. Mungkin pukauan mereka mengatakan rezeki itu adalah halal dan sebagainya. Di Malaysia pengetahuan dunia internet masih baru dan kesedaran pengguna tentang kebenaran dan juga risiko alam ini amatlah sedikit.
Sekiranya anggota perkhidmatan awam sendiri pernah tergoda dengan janji manis dan harapan kekayaan atau Jutawan segera ini, apatah lagi masyarakat di luar. Statistik dan perangkaan tentang jumlah sebenar kerugian rakyat Malaysia mungkin tiada buat masa ini. Anggaran kerugian pengguna internet United Kingdom dan juga Amerika Syarikat sudah cukup untuk kita jadikan sebagai iktibar. Walaupun ramai di kalangan penduduk Barat yang berfikiran kritikal dan waras, namun harapan menjadi kaya di dalam waktu yang singkat telah memukau ribuan maupun jutaan mereka untuk membazirkan wang mereka. Timbul cerita penipu membuat keuntungan USD $100 Juta di dalam masa sebulan dan pelbagai lagi.
Kenapa kita boleh tertipu dengan begitu mudah, terpulanglah kepada anda untuk menyoal diri anda, adakah anda akan tertipu. Kebanyakkan peserta atau pelabur skim atau program ini biasanya menggunakan rasional bahawa mereka hanya akan melabur seterusnya mereka akan mengeluarkan pokok pelaburan dan hanya akan bergantung kepada keuntungan. Ramai juga yang mengandaikan bahawa risiko setakat RM$100 atau RM$1000 bukanlah sesuatu yang besar dan sekiranya ianya mendatangkan keuntungan ianya adalah berbaloi. Sebenarnya anggapan inilah yang menjadikan operator skim ini Jutawan dan kita yang menjadi ahli sentiasa tertipu.
Marilah kita sama-sama menyinkap tabir penipuan dunia internet ini supaya anda tidak menjadi mangsa kepada individu dan juga syarikat perompak di siang hari. Marilah kita sama-sama dalami akan keadaan Internet ketika ini dan “pemukauan melalui perkataan” yang sedang dan akan berterusan. Kami juga berharap dengan timbulnya kesedaran ini maka anda boleh menjadi Pelayar Internet yang bijak dan seterusnya menfaatkan Internet ke jalan yang sepatutnya dan bukanlah sebagai asas atau tempat penipuan. Bilamana anda telah mengetahu yang mana Emas dan yang mana Suasa maka mudahlah untuk anda mengetahui jalan manakah yang perlu anda ambil sekiranya anda memilih untuk menjana pendapatan melalui Internet. Bagaimana penipuan ini dilakukan ? ...bersambung

Jumaat, Julai 11, 2008

Menjelang debat Anwar – Shabery

Menjelang debat Anwar – Shabery Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada hari selasa 15 Julai 2008. Sebelum kita dengar debat Anuar – Shabery mari kita renung dahulu PEAK OIL THEORY (TEORI PUNCAK MINYAK). Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan berkurangan.Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang di hasilkan semakin kurang. Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada geologis yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar geologis ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhir akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum. Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Hari ini harga minyak terus melonjak naik dan apakah kita mampu untuk membendungnya. Siapa jua yang memerentah pasti tidak mampu untuk menurunkan harga minyak . Sedar atau tidak bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum. Perang di Iraq, perang di Darfur atau perang di Sudan. Adalah akibat dasar luar negara Amerika Syarikat . Politikus hanya bercita-cita untuk berkuasa. Cakap mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.Sedar tidak dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kerajaan dalam bentuk apa sahaja semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur. Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan. Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis. Sebagai langkah persediaan kena kita kena mulakan langkah berjimat cermat. Elakan pembaziran. Pengeluaran makanan secara intensif hendaklah dimulakan dari sekarang. Jangan biarkan tanah terbiar. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak? Fikir-fikirkan lah.

Rabu, Julai 09, 2008

Laknanakan “succession planning” bagi melahirkan Pegawai Tadbir yang dihormati dan disegani

Dalam pembangunan organisasi “succession planning” adalah proses mengenalpasti dan menyediakan pemimpin yang sesuai melalui pemantauan, latihan dan job rotation untuk mengambil alih tugas kepimpinan dan pengurusan apabila pemimpin yang ada bersara atau tidak ada lagi dalam organisasi. Sukar kita bayangkan sekiranya tiada pemimpin pelapis yang sesuai bagi menggantikan atau mengambil alih tugas pemimpin yang bersara.
Apabila “Succession Planning” dilaksanaknakan pegawai yang memimpin sesebuah organisasi perlu mengenalpasti pegawai bawahan untuk di “grooming” sebagai pemimpin pelapis organisasi tersebut. Ini penting kerana untuk membangunkan seorang pengurus dan pemimpin yang berpotensi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Pegawai tinggi yang akan meninggalkan perkhidmatan adalah pakar dalam pelbagai disiplin, sama ada dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mahupun dalam bidang ikhtisas. Pengalaman dan kepakaran mereka adalah tidak ternilai dan sudah tentu kita akan kehilangan satu aset paling penting kepada pentadbiran awam. Namun demikian ada di antara mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan untuk beberapa ketika.
Seharusnya tempat mereka ini dapat diganti oleh pemimpin pelapis yang akan mengambil alih tempat pegawai yang akan bersara tadi. Kepakaran dan pengalaman yang terkumpul selama bertahun ini dapat dimanfaatkan dan dipindahkan kepada pegawai pegawai muda lebih awal sekiranya Succession Planning dapat dilaksanakan .
Pemimpin pelapis yang dilantik bagi megang jawatan yang lebih tinggi dan menerajui pelbagai jabatan adalah atas prestasi cemerlang yang melayakkan mereka dinaikkan pangkat serta melangkah ke satu lagi tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya masing-masing. Jika perancangan untuk peralihan ini telah dilaksanakan lebih awal ia nya tidak mempunyai kesukaran untuk meneruskan usaha-usaha yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Malah ada antara pegawai-pegawai ini telah bersama dengan bos masing-masing sama ada sebagai timbalan atau immediate subordinate dan sekarang mengambil alih tugas dan tanggungjawab mereka.
Dalam konteks Pentadbiran Awam Negeri Terengganu “Succession Planning” seharusnya dilaksanakan keatas Pegawai Tadbir Negeri. Walaupun pemimpin datang dan pergi namun pemimpin yang telah dikenalpasti bagi mengambil alih sesuatu jawatan seharusnya di “groom” dari awal. Perancangan teliti perlu dilaksanakan bagi melahirkan pemimpin dan Pengurus yang dihormati dan disegangni.

Ahad, Julai 06, 2008

Krisis Makanan Dunia

Masalah kenaikan harga makanan bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja. Dunia sekarang mengalami krisis makanan yang amat parah. Jika kita ikuti perkembangan berita dunia, berlaku rusuhan terhadap kenaikan harga makanan ( food riots) di kebanyakan negara-negara di caribbean &Timur Tengah. Agensi bantuan antarabangsa begitu bimbang tidak mampu memberi bantuan makanan kepada masyarakat dunia yang paling miskin di antara yang miskin. Setiausaha Am United Nation, Ban Ki-moon menganggarkan hampir 100 milion penduduk dunia yang paling miskin yang sebelum ini tidak memerlukan bantuan, kini, tidak lagi mampu untuk membeli makanan.

Antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga makanan:
1. Jumlah penduduk dunia yang kian meningkat seiring dengan permintaan yang tinggi terhadap makanan. ( Terutamanya di China & India)2.Penggunaan banyak tanah di Amerika Syarikat bagi penanaman jagung untuk penghasilan petrol kenderaan (Biofuel). Sejak beberapa tahun yang lalu, kerajaan US telah memberi subsidi kepada peladang-peladang domestik untuk penanaman jagung. Minyak jagung ini boleh di'fermentasi'kan bagi menghasilkan ethanol. Ethanol ini dicampurkan kepada petrol untuk kegunaan kenderaan. Tujuan asalnya adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import minyak ke negara tersebut. Walau bagaimanapun, penggunaan tanah hampir 20 milion ekar telah menyebabkan penurunan ketara sumber makanan utama dunia, iaitu gandum dan lain-lain. Polisi ini turut diguna pakai oleh negara-negara Kesatuan Eropah tetapi terkawal.
2. Extreme Weather. Kesan daripada cuaca buruk, seperti banjir atau kemarau telah menyebabkan pertanian terganggu.
3. Perubahan tabiat makan di China & India. Semakin ramai penduduk China & India makan daging/ ayam. Menurut suatu sumber, sejak 1980-an, pengambilan daging per kapita di China, telah naik 150%."You simply feed less people on maize [corn] via cattle than you do in maize direct," said John Powell, the UN World Food Program's (WFP) deputy director of external programs in Rome.
4. Kenaikan harga minyak mentah dunia

Selasa, Julai 01, 2008

Seminar Leadership Grid kearah kontinum kepimpinan (9,9)

Kuala Terengganu. 1 Julai 2008 Seramai 15 orang Pegawai Tadbir Negeri Terengganu telah menghadiri Seminar Leadership Grid yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu selama tiga hari bermula 29 Julai yang lalu bertempat di Grand Continetal Kuala Terengganu. Seminar dikendalikan oleh En Abd Malik dan En Azahar dari Grid International Malaysia. Perasmian penutup disempurnakan oleh KPSU (Strategik) pada jam 9.00 malam.
Gaya kepimpinan yang diasaskan oleh Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikut nya 1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan ini terletaknya gaya 9, 9, (pengurusan berpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya ini merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi.
Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. ini berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut pengurus autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-ehwal pekerja.
Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan ini, setiap teknik atau gaya kepengurusan boleh ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan matlamat dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalah terhad. ini disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang juga mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan pengikut itu.
Harapan KPSU kepada peserta supaya bersedia menyahut cabaran dan jadikanlah yang terbaik diantara yang terbaik. Dalam konteks perkhidmatan awam di Terengganu kita berada di persimpangan antara politik dan pentadbiran. Berhati-hatilah menguruskannya.

Sabtu, Jun 28, 2008

Mencapai target dan sasaran

Sepatutnya perjumpaan kakitangan diadakan sekurang-kurangnya setiap bulan. Walau bagaimana pun perancangan yang dibuat tersebut tidak berlaku. Banyak alasan boleh disenaraikan. Target tersebut tidak tercapai kerana “ maknga’ kita” . Istilah maknga’ cukup popular dengan orang Terengganu. Banyak pekerjaan tak menjadi kerana maknga kita. Sikap maknga atau lereeee ini menyebabkan target yang disasarkan sering terlepas sasaran.
Bagaimana untuk mencapai target ?. Target juga disebut sasaran. Untuk mencapai target pastikan sasaran kita tepat. Sasaran yang hendak dicapai mesti boleh diukur atau boleh dilaksanakan. Menetap target yang hendak dicapai perlu mengambil kira ciri-ciri SMART ia itu spesific, mesurable, attainable, resornable dan time frame. Sasaran jelas, boleh diukur dan boleh dikira. Ia hendaklah sesuatu yang boleh dicapai serta munasabah dan mempunyai tempuh masa tertentu untuk mencapai sasaran.
Guna target sebaik mungkin untuk mencapai sasaran. Apakah kita telah beri perkhidmatan yang terbaik untuk selaras dengan fungsi perkhidmatan kita. Barang kali ada diantara kita yang menyerahkan kepada ketua jabatan unuk memastikan target tercapai. Jika itu yang berlaku , maknanya kita tidak ada nilai bersama dalam organisasi. Seorang sahaja sibuk yang lain releks sahaja. Contoh bila pergi tahlil walau pun semasa menghadiri tahlil itu niatnya sama untuk doakan tuan rumah, Jika imam lambat sampai apa jadi. Ketidak perihatinan bersama menyebabkan kita jadi maggaa. Ini adalah penemuan awal mengapa kita jadi maknga.
Oleh itu bila kita dapat wujudkan semagat kekitaan sesama kita, maka sasaran kita lebih mudah untuk dicapai. Bila kita terima 'complain' apa tindakan kita. Cepat bertindak itu adalah alasan yang bagus. Kita mula mencari dimana salah dan silap dan cuba betulkan keadaan. Walau pun ada budibicara dalam menangani komplain tetapi tidak semestinya kita langgar peraturan yang ada. Perkara yang boleh buat ialah laksanakan perubahan untuk menghasilkan perkhidmatan yang terbaik . Alat yang paling baik untuk mencapai target ialah memperbaiki kelemahan yang ada.

Khamis, Jun 12, 2008

Kesan kenaikan harga minyak perlu diselesaikan dengan cara kreatif

HARGA minyak dunia yang melambung sejak kebelakangan ini melihatkan pertimbangan perubahan struktur dan pendekatan ekonomi di kebanyakkan negara. Menurut Dr. Tilak, Pengarah Eksekutif Tenaga, Dubai Multi Commodities Centre, kenaikkan harga itu berasaskan kepada permintaan berikutan pembangunan pesat di China dan Asia Barat yang menuntut pertambahan bekalan minyak hampir sejuta tong setiap tahun. Jelasnya dunia belum kehabisan bekalan, sebaliknya kenaikan harga menjurus kepada masalah dalaman negara-negara pengeluar minyak terutama isu politik dan keselamatan. Hikmah daripada kenaikan harga minyak ini menjadikan rakyat lebih kreatif untuk menjana minta mencari idea baru kearah mengurangkan penggunaan minyak dalam kehidupan. Sememangnya kita tidak boleh bergantung kepada sumber tenaga minyak semata-mata sumber tenaga baru harus di teroka dan dicari. Langkah berjimat cermat perlu dicari dengan pantas agar kehidupan kita tidak terjejas dengan kenaikan harga minyak ini. R & D seharusnya dipertingkatkan supaya penemuan-penemuan baru di perolehi bagi membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ini. Kerajaan harus mengkaji semula cadangan projek-projek mega. Pelaksanaan projek mega yang pernah diumumkan sebelum ini perlu dikaji semula agar tidak berlaku pembaziran sekiranya pihak yang melaksanakanya tersalah urus. Kerajaan seharusnya melaksanakan hanya projek yang diminta oleh rakyak. Bukan membuat pembangunan yang tidak diminta oleh sebahagian besar rakyat.Tepat sekali halatuju pembangunan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Ahmad Said untuk merakyatkan pembangunan Negeri Terengganu. Projek biodiesel yang sering diperkatakan suatu ketika dahulu hendaklah dilaksanakan. Di Malaysia banyak bahan-bahan terbuang boleh dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan kenderaan dan lain-lain peralatan. Bahan-bahan terbuang ini jika boleh dikitarkan semula sudah pasti dapat membantu rakyat mengatasi kenaikan harga minyak ini. Kerenah birokrasi yang menyukarkan perlaksanaan projek biodiesel hendaklah diatasi dengan segera. Halangan perundangan perlu diatasi segera. Kaedah yang lain ialah menggunakan teknologi hybrid bagi mengurangkan penggunakan minyak petrol perludigalakkan. Teknologi ini memecahkan molikul H2O bagi membantu pembakaran ingine.. Sistem air dimasukkan didalam system ingine bagi mempercepatkan pembakaran dan meningkatkan prestasi ini.Nampak tidak manasabah tetapi itulah realitinya yang saya lihat pada kenderaan seorang kawan. Kaedah yang lain adalah dengan cara meningkatkan pendapatan, supaya kita tidak hanya bergantung kepada gaji semata-mata.banyak projek boleh dilaksanakan jika kita rajin.

Selasa, Jun 03, 2008

Bagaimana membina sebuah blog

Penggunaan blog amat ketara sekali sebab dengan adanya blog, anda dapat memberitahu kepada dunia tentang diri anda. Dengan sekelip mata saja, idea dan perasaan anda dapat dicurahkan untuk tatapan semua orang.Blog bukan sahaja sebagai buku idea dan perasaan sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk tujuan mempromosi produk dan perkhidmatan yang diberi. Pada mulanya ramai yang menganggap blog sebagai satu ancaman kepada bidang kewartawanan dan media cetak. Sebenarnya banyak maklumat terkini boleh didapati dari blog. Tetapi ramai orang telah menyalah gunakan blog untuk tujuan mengutuk mengkritik dan mendedahkan keaiban seseorang kepada masyarakat menggunakan blog. Penggunaan blog ini hangat diperkatakan hari ini. Penggunaan blog adalah pantas, mudah dan sangat popular. Tambahan pula enjin carian memang sukakan blog lebih-lebih lagi jika anda selalu mengemaskini kandungan blog anda. Ia amat sesuai untuk mendapat ranking tinggi dengan lebih cepat melalui blog berbanding dengan cara mempromosi halaman web yang lain. Bagaimana membina sebuah blog Mulakan dengan melayari web http://blogger.com Daftarkan dengan mengklik “CREATE YOUR BLOG NOW” Isikan username, pasword, retype password, display name, email address dan pengesahan syarat dari blogger. Isikan blog title, blog address dan word verification dan klik Continue. Jika nama blog address telah diambil, tukar kepada nama yang lain sehingga berjaya. Anda boleh melihat “availability” dengan mengklik “Check Availability” Pilih template yang anda minati dari koleksi template diatas dan klik Continue. Ada banyak pilihan template dalam blogger.com Blog anda telah disiapkan. Sekarang bermula episod untuk menulis didalam blog. Untuk menulis blog anda perlu pergi ke tetingkap “Posting” dan “Create” Disini, ada tiga jenis tetingkap iaitu “create” untuk menulis blog, “edit posts” untuk mengedit blog and “status” untuk melihat “status” blog. … Isikan Title dan kandungan anda dan klik “Publish Post”. “Publish Post” adalah untuk memaparkan kepada public, tulisan blog anda. “Save as Draft” adalah untuk anda edit pada masa lain dan tidak dipaparkan kepada public. Untuk melihat hasilnya, klik “View Blog (in a new window)” itulah hasilnya.. Maka sekarang anda dapat membina blog anda sendiri untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan atau anda boleh gunakan blog untuk meluahkan perasaan anda atau “interest atau hobi” anda

Rabu, Mei 28, 2008

apa itu blog ? dan bagaimana membuat blog ?

Teknologi blog sekarang tumbuh dengan pantas dan paling diminati oleh bukan sahaja gulungan remaja atau generasi baru tetapi semua gulungan . Ia merupakan media alternative kepada media perdana lantas pihak kerajaan cuba menyekat ianya dilayari oleh pegawai kerajaan seperti di Terengganu. Pihak Unit Pengurusan Maklumat Negeri. Menghalang daripada “blog” di layari adalah cukup dangkal dan berfikiran sempit. Gulungan intelektual, akademik dan artis telah pun menggunakan blog sebagai media mereka.Di luar negeri blog telah pun berkembang maju, tetapi kita masih ketinggalan malah cuba menghalangnya. Persoalannya apakah bog ? Blog adalah dairi peribadi. Berbeza dengan web site dimana setiap posting menggunakan kode tertentu seperti html, php, asp dan lain-lain. Blog merupakan automasi daripada semua code tadi. Kerana blog telah di automasikan maka dengan itu kita yang tiada kemahiran teknologi dapat memposting apa juga catatan kita yang dikehendaki. Ia nya semudah kita send e-mail sahaja. Dengan kemudahan inilah sesiapa sahaja yang tahu menggunkan internet dapat membuat blog atau catatan sendiri di alam maya. Sama keadaanya dengan memiliki e-mail. Tidak hairanlah apabila setiap gulungan mempunyai blog sendiri. Bermula dengan pembantu rumah, suri rumah tangga, penjual sayur , guru-guru, pensyarah university sehingga ahli politik malah Pak Menteri pun mempunyai blog mereka sendiri. Bagaimana membuat blog ? Membuat blog tidak sepayah membina laman web. Seperti membuat sebuah email , mula-mula kita kena daftar dahulu atau dapatkan akaun terlebih dahulu di free blog provider ia itu pemberi hosting/ domain secara percuma. Yang paling popular ialah http://www.blogger.com. Lain-lain provider yang member hosting atau domain percuma ialah http://www.wordpress.com, http://www.blogpot.com, http://www.blogsome.com, Kemudian ikutlah arahan yang terdapat didalamnya satu persatu (step-by-step) Seterusnya selepas register / sing- up di http://www.blogger.com anda akan dapat memposting / mempublish apa jua yang anda inginkan di blog. Seperti catatan peribadi, puisi, gambar, audio video dan sebagainya.

Isnin, Mei 26, 2008

Mengapa tak ada masa (tak dan......) nak urus masa

Setiap orang diberi masa 24 jam sehari semalam, tidak lebih dan tidak kurang. Sama sahaja setiap orang. Masa adalah usia kita. Usia adalah amanah Allah untuk menguji hambanya. Setiap orang bercakap tentang kepentingan masa. Dalam alquran pun Allah berfirman '' Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal solleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
Peribahasa Melayu pula mengatakan '' masa itu emas '.untuk menunjukkan betapa bernilainya setiap masa yang telah berlalu.Pepatah cina pula mengatakan '' Kalau anda hilang seinci masa tidak akan dapat diganti walaupun dengan seinci emas'' .Pepatah arab pula mengigatkan kita supaya kita tidak bermain dengan masa kerana masa itu seumpama pedang kalau kita tidak berhati-hati dia akan memancung diri kita sendiri.Sebab itulah hadith nabi SAW mengatakan rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, ia itu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum papa, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.
Ramai orang bercakap tentang pengurusan masa. Kita pun selalu diberi nasihat supaya jangan buang masa. Tetapi apakah makna sebenar pengurusan masa. Secara mudahnya pengurusan masa ialah mengurus aktiviti kehidupan kita selama 24 jam sehari dan semalam, Bermula dari bangun tidur sehingga kita tidur semula.Dengan lain perkataan pengurusan masa ialah kita menjadualkan aktiviti kehidupan kita. Oleh itu menjadualkan aktiviti dalam kehidupan kita bukan perkara baru bagi setiap orang kerana kita memang telah dilatih sejak dibangku sekolah lagi. Disekolah dahulu che'gu menyediakan jadual waktu. Masa belajar bagi setiap mata pelajaran disusun begitu rapi. Sehinggalah kita telah dewasa kita menyusun jadual aktiviti seharian kita telah menjadi rutin dalam kehidupan kita sepanjang hari. Persoalannya jadual yang telah kita susun tadi kita dapat patuhi atau tidak.Atau pun mampu atau tidak kita mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual aktiviti yang telah kita susun.
Menjadi impian setiap orang untuk jadi cemerlang.Bagi seorang ibu bapa alangkah baiknya kalau ia cemerlang dirumah dalam mendidik anak-anak dan cemerlang ditempat kerja menjadi pekerja yang terbaik. Tetapi tidak ramai ibu bapa dapat melaksanakan tugas dengan cara yang terbaik dalam kedua-dua tempat tersebut. Menjadi lumrah manusia bila dia gagal mematuhi jadual yang telah dibuat. Atau gagal dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Jawapan atau alsan yang paling mudah ialah '' Kerana tak cukup masa ''.
Mengapa manusia selalu tak cukup masa Disini saya ingin menggariskan beberapa faktor.
Pertama kerana kita gagal menentukan keutamaan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti. Sesetengah orang gagal dalam ''set of priority'' dalam melaksanakan tugas dan tanngung-jawab.Sehingga menyebabkan semua aktiviti danggap sama sahaja atau sama penting. Oleh itu tumpuan tidak dapat diberi. Menyebabkan tugas yang diberi tidak siap-siap.
Perkara kedua ialah kerana tabiat atau sikap seseorang itu yang suka menangguh-nanguhkan kerja. Atau pun sikap esok masih ada. Buat kerja selalu last minit.
Perkara yang ketiga ialah kerana suka memperbesarkan perkara yang remeh temeh. Banyak kita habiskan masa bincang atau buat perkara yang tak sepatutnya kita buat.
Perkara yang keempat ialah kerana kita tidak yakin kepada orang lain untuk menolong kita melaksanakan kerja kita. Semua kerja kita hendak buat seorang diri. Ini menyebabkan kita hendak melaksanakannya seorang diri.
Perkara yang kelima pula kerana kita tidak dapat mengagihkan tugas kita kepada orang lain.
Faktor yang keenam ialah kerana sikap terburu-buru kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kerja yang dilaksannakan dengan tiada perancangan selalunya akan membawa kepada kegagalan.
Perkara yang ketujuh pula ialah tidak dapat mengambil manafaat daripada perkembangan teknologi. Perkara yang boleh kita buat dihujung jari tetapi kita terpaksa beratur berjam-jam cuma untuk hanya membayar bil. .
Untuk berjaya dalam kehidupan ini seseorang itu perlu mahir dalam mengurusan masa. Supaya kita dapat memaksimakan bakti kita kepada keluarga, tempat kerja dan masyarakat. Sepertimana mana bidang pengurusan yang lain pengurusan masa juga perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Ini kerana perancangan dapat menyediakan panduan kepada sesuatu tindakan. Oleh itu kita kena faham proses dalam perancangan masa. Dalam perancangan masa pertamanya kita kena tetapkan matlamat, samada matlamat jangka pendek, jangka panjang atau jangka sederhana. Setelah tetapkan matlamat kita kena buat jadual masa perlaksanaan sesuatu kerja. Kemudian tugas tersebut diagih-aghkan supaya kerja-kerja dapat diselaraskan dengan mengambil kira bukan kita seorang sahaja yang mampu melaksanakannya.Langkah seterusnya kita perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin terdapat dalam kita melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan tadi, supaya ia dapat dibuat penilaian. Sekiranya dalam penilaian tersebut kita gagal mencapai objektif atau matlamat yang ditetapkan kita membuat perancangan semula.
Bagaimana membuat keputusan dalam pengurusan masa. Disini saya akan memberi 4 tip bagi membantu kita dalam membuat keputusan. Saya namakan tip ”4D” dimana sebelum kita membuat sesuatu keputusan samada kita hendak melaksanakan atau tidak aktiviti yang telah kita rancang tadi, kita perlu berhenti atau ”pouse” sekejap untuk kita tanya diri kita 4 soalan. Soalan pertama : ”Does this need to be done at all”. Adakah kerja atau aktiviti ini perlu dilaksanakan. Jika anda menjawab tidak, ” Drop it ”. Lupakan sahaja aktiviti tersebut. Soalan kedua : ” Do I have to do it”. Adakah kerja ini hanya saya sorang sahaja yang boleh melaksanakannya. Orang lain tak boleh buatke?. Jika jawapannya orang lain pun boleh melaksanakannya. ” Delegate it”. Agihkan tugas itu kepada orang lain.

Rabu, Mei 14, 2008

Anda hebat selepas bersara

Hebat selepas bersara Seorang sahabat memberitahu seorang kakitangan awam akan kehilangan 6P apabila ia bersara atau pencen. Pesara akan kekurangan pitih kata orang Terengganu. Pesra kakitangan rendah mungkin tidak terasa sangat kerana ia telah biasa kekurangan duit, tetapi bagaimana dengan kumpulan atasan yang mempunyai pendapat gaji dan elaun belasan ribu tiba-tiba bila bersara akan mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan prestij yang selama ini diagongkan dan dihormati akan hilang sekelip mata. Tiada lagi protocol untuknya. Peluang juga beransur hilang jika tidak menggunakannya sebaik mungkin. Persahabat juga akan hilang selepas bersara. Kawan-kawan sepergaulan tidak lagi datang bertandang untuk mengajak anda keluar makan atau minum.
Bayangan gelap seorang pesara mungkinkah akan menjadi kenyataan dalam hidup anda. Mungkinkah pendapatan anda dibawah garis kemiskinan Malaysia RM530.00 sebulan. Bayangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah diantara 55-75 tahun.manakala purata caruman KWSP ialah RM114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara hidup 20 th lepas bersara, ini bermakna pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan. Bagaimana pula jika seorang pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSPnya untuk berbagai tujuan. Kajian juga menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia yang berkahwin lambat dan mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an. Dengan itu pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti . Keadaan ini sudah pasti menambahkan lagi bebanan kewangannya. Adalah didapati bahawa 70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen.
Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang pitih selepas bersara. Anda bagaimana, Mengikut hokum Law Of Attraction jika kita asyik fikirkan sesuatu, itulah yang akan jadi ia itu ” Anda adalah apa yang Anda fikirkan”. Jika anda juga risau dan takut kekurangan wang buat keputusan segera untuk mengatasinya ia itu bekerja keras untuk mencari wang. Caranya ialah tanyalah pada diri anda soalan berikut .Apa Yang Boleh Aku Buat Untuk Cari Duit?Apa kepakaran aku? Apa kebolehan aku? Apa skill yang aku ada?.Dimana pula Aku Boleh Promosikan Kemahiran Aku? Apa Yang Aku Boleh Gunakan Sekarang Untuk Cari Duit? Apa Lagi Produk Yang Boleh Aku Jual Sekarang?Apa Masalah Orang Yang Boleh Aku Selesaikan? Dan banyak lagi yang anda harus Tanyakan pada diri anda.Jadi anda telah boleh berfikir tentang nak tambah duit, fikir tentang idea banyak duit.
Untuk berusaha keras anda perlukan motivasi. Apakah motivasi anda . Umpamanya bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivas. Pada saya motivasi yang terbaik untuk sesaorang itu menjadi sihat, kaya dan bahagia adalah dengan melaksanakan kerja dengan tulus dan ikhlas kerana “LILAHITA’ALA” sebagai motivasi terbaik untuk Berjaya. Seorang jutawan berkata saya berusaha utk menjadi jutawan degan cara membantu org lain menjadi jutawan sama.
Untuk berjaya kita kena bersedia untuk berubah. Sama ada sedar atau tidak kita sentiasa berubah. Perubahan adalah asas untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Dunia pun berubah jadi jika tidak berubah anda akan terus ketinggalan. Ramai diantara kita bersetuju untuk mencapai impian kita perlu berubah. Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control. Akhirnya, impian hanyalah satu impian. Kata mereka lagi "Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup" ."Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok". "Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup". Ini bermakna dengan melupakan impian anda , maknanya anda tak mahu berubah.
Nak berubah pertamanya kena ubah mindset kita . Kita kena buat Mind Setting terhadap minda. Caranya kawal kata hati anda.Kata hati besar mestilah sama dengan kata hati kecil. Kadang-kadang kata hati besar tak apa saya tak naik pangkat pun. Aiman tak kesah. Sedangkan hati kecil menyumpah seranah bos kita. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang anda takut itu lah yang akan terjadi. Bukanya semakin jadi. Perkara negative kalau dilayan seperti geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, Anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti. Sama ada anda seorang kakitangan kerajaan , usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen. Untuk berubah anda kena betulkan setting minda anda. Jika mahu berubah ke arah kehebatan diri, ubah pemikiran Anda hari ini juga. Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanyalah anda seorang sahaja. Jika mahu berjaya dalam persaingan global kena berubah daripada minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama . Seorang yang yang mempunyai minda kelas pertama adalah mereka yang berilmu, memiliki kekuatan psikologi dan jati diri yang mantap, berbudaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, memiliki perwatakan dan keperibadian diri yang dihormati lagi disegani serta disempurnakan dengan amalan kerohanian yang berterusan. Bercakap soal perubahan minda ini, terdapat empat kategori minda. Pertama MINDA CEMERLANG (EXCELLENCE MIND) ia dikatakan minda kelas pertama. Termasuk dam kategori ini ialah orang yang pada fikiranya mahu berubah manakala perubahan itu ditunjukkan dengan tinkahlaku dan perbuatan. Kedua ialah MINDA BERCELARU (DISORDER MIND) dimana pada fikiran ia tidak mahu berubah manakala perbuatanya menunjukkan ia mahu berubah. Ketiga adalah MINDA HIPOKRIT (HYPOCRITE MIND)ia itu pada fikiran nya mahukan perubahan tetapi perubatannya menunjukkan ia tidak mahu berubah.Keempat ialah MINDA BERMASALAH (PROBLEM MIND) orang yang mempunyai minda seperti inai cukup bermasalah kerana ia adalah anti perubahan dan anti pembangunan sama ada pemikiran atau perbuatan. Ia lebih selesa berada di Zon selesa. Proses mengubah minda ialah ubah cara berfikir. Ubah cara bekerja dan ubah cara bertindak

Isnin, Mei 12, 2008

Kecemerlangan Anak Terengganu menjunam selepas PMR & SPM

Mengapa anak Terengganu tidak lagi cemerlang selepas PMR & SPM Bermula tahun 1996 UPSR mencatat sejarah Terengganu cemerlang dan gemilang dalam pencapaian UPSR,. menjadi juara Malaysia. Tahun-tahun berikutnya terus mencatatkan kegemilangan tersebut sehingga tahun lepas 2007. Diharapkan tahun juga Terengganu diharapkan mencapai kejayaan yang terbaik lagi. Apakah formula yang diamalkan bahagian sekolah rendah di Terengganu. Formula ini menjadi ingauan kepada negeri ini yang ingin menggunakan kaedah Terengganu. Namun begitu kegemilangan tetap milik Terengganu. Syabas kepada guru-guru yang terlibat. Jasa mu akan dikenang sepanjang hayat. Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke Terengganu pasti melihat keanehan yang berlaku di Terengganu. Dimana keseluruhan sekolah kebangsaan bergemerlapan diwaktu malam. Guru-guru yang terlibat mengorbangkan masa mereka tidak kira siang dan malam mendidik anak-anak Terengganu. Pengorbanan ini tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Tahniah! Sekali lagi. Apa yang menjadi persoalan pencapaian yang begitu hebat gagal diterjemahkan dalam peperiksaan yang berikutnya oleh pelajar yang sama apabila menduduki peperksaan PMR dan SPM. Mengapa fenomena ini berlaku. Kegagalan adalah berpunca dari sistem yang diterapkan masa UPSR oleh guru besar sekolah kebangsaan gagal dilaksanakan oleh pengetua sekolah menengah. ....... Subjek yang diajar disekolah menengah amatlah banyak berbanding dengan sekolah rendah. Bebanan kepada pelajar untuk menguasai banyak subjek adalah sukar dan pelajar tidak dapat beri tumpuan... Budaya guru guru yang mengajar di sekolah menengah adalah mengajar bukannya mendidik dengan penuh kasih sayang seperti guru guru sekolah kebangsaan. Pelajar sekolah menengah banyak akalan berbanding dengan pelajar sekolah rendah yang sangat patuh dan taat pada guru mereka. Sikap ibu bapa sendiri yang mengangap kejayaan anak anak mereka dianggap berjaya bila dapat 5A dalam UPSR dan tidak dianggap berjaya dalam PMR. Malah PMR tidak dianggap penting. Begitu juga dengan SPM. Dianggap berjaya bila anak mereka dapat masuk universiti. Sebenarnya untuk cemerlang dalam mata pelajaran sekolah menengah adalah sesuatu yang sukar. Sebenarnya memang telah terdapat peningkatan dari tahun ketahun. Sejarah kecemerlangan UPSR bermula 1996 sehinggalah 2007 dan sebahagian daripada mereka telah memasuki sekolah berasrama penuh diluar Terengganu. Kita percaya bila produk sekolah ellit dan premier nanti mampu menjawat persoalan berkenaan.
Artkel ini ditulis selepas lawatan ke Campbell Primary School, Cambell Rd. Canning Vale. Australia 02 Mei 2008
29 April 2008 Jam 12.35 tengahari waktu Malaysia .Dalam pesawat MAS menuju ke Perth, Australia. Masa bertugas di Bandar Permaisuri dan tinggal di Putera Jaya terasa gah juga maklumlah tinggal di bandar. 2000 bertukar ke INTAN Kemaman yang terletak bersempadan dengan Pahang, Bila berada di Chukai Kemaman baru terasa yang dahulunya saya bukan tinggal di bandar tetapi dipendalaman. Kemaman pintu masuk negeri Terengganu. Bandar Chukai telah lama di bangunkan sejak zaman menteri besar Wan Mokhtar lagi tetapi tetap juga begitu.Limpahan industry petroleum tidak dapat menyaingi Bandar Kuantan. Entah dimana silapnya Chendur nampaknya rancak membangun, projek-projek perumahan begitu rancak dilaksanakan, jangan nanti bandar baru Chendur muncul mengatasi Chukai, Kemaman.
Walau bagaimana pun saya percaya idea hebat YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang baru akan mampu mengubah segalanya . Sebagai seorang pemimpin yang hebat Dato' Ahmad Said dilihat mempunyai idea yang jauh kehadapan mendahului zaman. Pada zaman era sembilan puluhan semasa menjadi wakil rakyat biasa Dato' Ahmad telah pun membawa projek Kemaman Mall dan Roler Coster di Chukai dan melaksanakan projek laluan penjalan kaki di paya bakau di Bakar Tinggi. Ini tidak lain, untuk memajukan bandar Cukai bukan sahaja sebagai bandar industri tetapi juga sebagai destinasi pelancungan. Walau projek roller coster beliau gagal pada masa itu tetapi idea beliau amat hebat dan mendahului zaman. Mungkin jika sekarang beliau berjaya seperti eye on Malaysia.
Namun Dato' Ahmad Ssid bukan pemimpin yang ketandusan idea. Bandar Baru Kijal digerakan oleh Dato' untuk menyaingi pembangunan disebelah Pahang. Kemasik Prade dibangunkan bagi menjadi pemangkin kepada bandar baru Kijal. Walaupun menjadi pelengkap kepada bandar Kerteh pemangkin yang lain perlu dilaksanakan di Kijal. Tidak cukup hanya menaikkan taraf TATI sebagai Kolej Universiti tetapi perlu menambah institusi pendidikan tinggi yang lain khususnya yang berkaitan dengan institusi latihan teknikal yang berkaitan dengan industri oil dan gas. Umpamanya International Training Centre ( ITC ) yang dibangunkan oleh menteri besar yang sebelum ini wajar dilihat semula supaya tidak menjadi bangunan gajah putih. Sayang sekali bangunan yang menelan belanja hampir 50 juta itu sekiranya tidak dapat digunakan dengan cara yang optima. Sesungguhnya Kemaman susah ada Intan sebagai pusat latihan. Saya rasa ianya sudah mencukupi untuk tujuan training centre . Jadi adalah lebih baik ITC di Telok Kalong itu dijadikan institut pengajian tinggi. Memperbanyakan pusat pengajian tinggi pasti menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar baru Kijal.

Khamis, Mei 08, 2008

Pengurusan Pejabat Vs Pengurusan Kedai Kopi

Pengurusan pejabat vs kedai kopi. Terdapat tiga persamaan pertama kedai kopi melayan pelanggan satu-satu. Sekali pelanggan datang order satu cawan teh, satu cawan lah dibuatnya. Orang lain datang order ia buat lagi kerana ia tidak boleh buat sekali gus walaupun ia perkara yang sama. Begitu lah juga layanan yang seharusnya diberi kepada pelanggan kita. Jangan sekali menunggu untuk melayan pelanggan. Layanan harus disegerakan seperti mana kedai kopi tadi.Kedua pekedai melihat pelanggan dengan penuh kesyukuran. Kerana adanya pelangganlah saya dapat kedai kopi . Begitulah juga dengan pelangan dengan adanya pelangganlah saya dapat bekerja.Satu lagi budaya yang boleh diterapkan ialah kejuran. Pemilik kedai kopi tidak Akan memasukan sesuatu yang tidak baik kedalalam kopi yang dibuatnya

Rabu, Mei 07, 2008

Bayangan gelap seorang pesara.

Orang pencen akan hilang pitih , pangkat, prestij, peluang, persahabatan, pergaulan. Ini adalah bayangan gelap seorang bakal pesara. Secara puratanya jangka hayat rakyat Malaysia ialah antara 55-75 tahun. Rakyat Malaysia yang membuat pencaruman KWSP secara puratanya caruman sebanyak RM114,000 seorang. Ini bermakna seorang pencarum hanya akan menerima pendapatannya sebanyak RM475.00 sebulan bagi tempuh umur hayat hidupnya 20 tahun lagi selepas bersara. Ini bererti pesara akan berada dibawah paras kemiskinan. Kerana paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM530.00 sebulan. Keadaan akan lebih teruk lagi sekiranya pencarum mengeluarkan KWSP lebih awal, jumlah ini akan berkurang dan merumitkan kos kos sara hidup mereka yang pencen. Kajian menunjukkan Jangka hayat untuk wanita 76 tahun, manakala jangka hayat untuk lelaki adalah lelaki 72 tahun. Kajian juga menunjukkan bahawa ramai di antara rakyat Malaysia yang berkahwin lambat dan mempunyai anak setelah umur pertengahan 30-an. Dengan itu pada umur persaraan, anak-anak masih di dalam sekolah atau masih belajar di universiti . Keadaan ini sudah pasti bebanan kewangan akan bertambah lagi. Sebahagian besar pesara akan menggunakan duit caruman dengan perbagai cara. Adalah didapati bahawa 70% pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Sekiranya duit ini dilaburkan pada pelaburan yang menguntungkan ia adalah suatu benefit kepada pesara. Tetapi adalah malang sekiranya pesara tersalah dalam membuat perhintungan. Bila bersara dan mendapat duit graduiti ramai yang datang memujuk. Ada yang terjebak dengan skim cepat kaya, pelaburan internet dan sebagainya. Orang bersara akan kehilangan pendapatan . Hilang pendapatan bermakna hilang kebahagiaan . Ini kerana wang dikaitkan dengan kebahagiaan. Setiap orang ingin mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menguruskan hutang-hutangnya. Dengan wang orang mampu mempunyai rumah dan kenderaan yang selesa dan bersesuaian untuk keluarga. Seorang pesara sepatutnya mempunyai simpanan untuk pembelajaran anak-anak sehingga masuk universiti. Seorang pesara sepatutnya mempunyai simpanan untuk persaraan selain daripada KWSP . Simpanan perlu untuk masa kecemasan , bersedekah dan berzakat. Lagi baik kehidupan kita selepas pencen sekiranya kita mempunyai pelabuaran yang lain seperti insuran. Kewangan yang terkawal dan diuruskan dengan baik akan menjamin kebahagian orang-orang yang bersara. Bercakap pasal duit lagi terdapat 10 orang terkaya di Malaysia : Robert Kuok, 88. RM32,400 juta Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta Ini senarai yang dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!. Kalau kisah dari zero menjadi hero ini tidak dapat membangkitkan semangat kita tak tahulah apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Memang betul selepas bersara bukan masa yang sesuai untuk kita berusaha. Tetapi apa jadi kalau kita kecewa selepas bersara atau kita berada dibawah paras PPRT. Tidak salah untuk kita berangan-angan untuk jadi kaya. Yang salahnya jika kita hanya berangan-angan sebelum berusaha. Kemana halatuju anda selepas bersara. Hilang pendapatan anda boleh ganti bila berusaha. Hilang pangkat maka hilanglah penghormatan. Semasa anda berjawatan dan berpangkat ada dihormati kerana pangkat anda. Kalau tidak hebat pun pangkat anda hebat. Anda boleh berpura-pura hebat jika pangkat anda hebat, jadi anda Nampak hebat jugalah. Sebaliknya jika diri anda sebenarnya hebat , hilang pangkat pun anda masih lagi hebat walau pun selepas anda bersara. Anda akan tetap dihormati. Saya perhatikan dua jawatan sahaja bersara pangkatnya tak hilang . Chegu bila bersara orang masih lagi panggil chegu. Begitu juga Tok Penghulu, bersra pun orang masih lagi panggil Tok Penghulu. Itu penghormatan masyarakat pada chegu dan tok penghulu. Pada hari-hari persaraan prestij anda tiada lagi. Dimana jua anda akan dilayan macam orang biasa. Tidak glamur macam dulu. Ada tempat duduk khas untuk anda mengikut protokol. Gaya hidup anda melambangkan prestij anda. Oleh itu bersdialah menempuh hari-hari tua anda tanpa prestij. Kalau anda sombong dan angkuh semasa mempunyai jawatan dan prestij. Tunggulah masanya anda akan rasa terhina menjadi orang biasa. Masa itu baru sedar tinggi rendahnya langit. Pergi pejabat orang tidak lagi mengenali anda . Penghormatan kepada anda tiada lagi. Jika anda seorang yang mesra dan sentiasa membantu orang anda akan dihormati dan dikenang walau pun anda telah bersara. Dahulu masa anda mempunyai jawatan, banyak peluang yang datang. Bukan sahaja peluang malah ujian pun ada. Tetapi peluang ini bergantung kepada anda. Nak ambil atau pun tak mahu ambil. Bergantunglah kepada diri anda sendiri. Bak kata pepatah melayu, tepuk dada tanya selera. Tanya selera maknanya tanya nafsu. Kalau tanya nafsu syaitanlah kuda tunggangan nya. Sebab itulah bila ada peluang semua sapu. Tiada lagi persoalan salah atau tidak salah. Tiada lagi persolalan dosa pahala. Tiada juga pertimbangan syurga neraka. Saya fikir pepatah melayu ini tidak boleh pakai lagi, dah tidak sesuai dah. Yang sesuai ialah tepuk dada tanya iman. Orang beriman tidak akan ambil peluang sebarangan. Walaupun peluang datang sesekali sahaja. Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Namun bagi orang beriman setiap tindakannya ada pertimbangan dosa pahala dan syurga neraka. Orang bersara hilang persahabatan . Dahulu masa anda masih berkhidmat anda mudah mencari sahabat. Orang-orang yang berkepentingan akan sentiasa mencarai anda. Mereka akan datang berkunjung untuk mengajak anda keluar dan sebagainya. Bila bersara anda akan ditinggalkan . Nak berkawan anda akan terpaksa mencari kawan. Kerana bila anda telah bersara sahabat akan mula hilang kerana mereka tidak lagi berkepentingan dengan anda. Oleh itu bersedialah untuk hari persaraan anda. Walau pun anda akan kehilangan sesuatu pastikan anda tidak akan hilang segalanya. Anda perlukan motivasi untuk persediaan persaraan anda. Ya! MOTIVASI.