Ahad, April 27, 2008

Perjumpaan Dato' Ahmad Said dengan Ketua Jabatan di INTAN

KEMAMAN 27 April 2008 Majlis perjumpaan YAB Dato’ Ahmad Said Menteri Besar Terengganu dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri telah diadakan di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) Turut hadir YB Dato’ Mokhtar Nong Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah INTAN Malaysia. Ketika menyampaikan ucapan aluan Dr Mohamad Hamzah memaklumkan bahawa INTAN bersedia melatih sumber manusia sesuai dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan modal insan begitu juga dalam melaksanakan program dibawah ECER INTAN bersedia memberi apa juga bentuk sumbangan yang diperlukan oleh kerajaan negeri.

Dalam ucapan nya YAB Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada pihak INTAN yang menguruskan perjumpaan ini dengan hasrat apa yang baik dapat dikongsi bersama dan mana-mana yang kurang dapat ditambah baikan untuk kepentingan rakyat negeri Terengganu.

YAB Menteri Besar mengingatkan ketua-ketua jabatan bahawa perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan rakyat berhak menilai kita. Bila rakyat menilai orang politik kena terima hakikat penilaian itu diterjemahkan dalam kertas undi yang kadang-kadang tak sampai 5 tahun. Bila perubahan kerajaan dasar pun berubah dan ini akan menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan. Oleh itu orang politik sebagai pemerintah dan pegawai kerajaan sebagai pelaksana dasar perlu berjalan seiring dengan kerajaan yang memerintah.

Dalam pentadbiran kerajaan banyak slogan yang diperkenalkan. Slogan ini tidak lain adalah untuk mempercepatkan pembangunan. Tetapi apa yang lebih penting adalah disiplin. Sebab itu kursus yang pernah dihadiri seperti di Korea lebih mementinkan disiplin. Kerana tanpa disiplin kita tidak dapat membentuk pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dalam ilmu pengurusan terdapat 4 perkara asas iaitu Man, Money, Mesin dan Method. Manusia adalah yang paling penting kerana jika manusia tidak berfungsi dengan baik yang lain tidak berperanan lagi.

Oleh itu kita perlu membuat perubahan. Jika tidak mahu berubah persekitaran tetap akan berubah. Orang yang tidak mahu berubah akan ketinggalan. Pada saya bagi mengubah rakyat disiplin sangat penting . Beliau mengigatkan dalam menguruskan majlis program yang diatur jangan terlalu lama waktu menunggu, kadang-kadang sehingga setengah jam , ini cukup lama . Dalam masa setengah jam macam-macam perkara boleh dibuat. Oleh itu pada masa akan dating masa menunggu hendaklah 16 minit sahaja. Jangan lagi ada peribahasa jam melayu, kerana ini adalah penghinaan kepada orang melayu.

Perancangan program perlu dilaksanakan dan diatur sebegitu rupa. Teguran audit diatas perkara yang sama setiap tahun seolah olah ketua jabatan tidak ambil peduli. Jawapan audit diserahkan pada ketua keran sahaja.

Beliau sekali lagi mengigatkan supaya kita focus dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab kita. Kita kakitangan kerajaan kena berhati-hati fikir banyak kali. Kerja dgn penuh tanggung jawab. Jangan bawa penyakit ditempat kerja pastikan setiap kaki tangan berintegriti dan berdisiplin. . Disiplin tempat kerja kena dijadi budaya. Orang merokok tiada disiplin. Menjaga kebersihan juga suatu disiplin. Kita jangan tamak, sikap perlu diperbetulkan. Kita bukan sahaja kena jadi seorang ketua yang biak tetapi kita juga sebagai srorang pendidik. Kes-kes vendelism adalah tanggong jawab bersama . Kena tanamkan dalam pemikiran kita bahawa setiap yang kita buat untuk rakyat adalah ibadat. Laksanakan kerja dengan semangat berpasukan kerana ia adalah yang terbaik. Dalam persaingan kita kena wujudkan persaingan yang sihat. Jika orang sangka kita tidak bagus kita kena buktikan sebaliknya. Tidak seperti yang orang sangka terhadap kita. Oleh itu kita kena ubah mindset rakyat Terengganu kalau kita hendak maju. Mindset seseorang itu boleh mengubah segalanya termasuk budaya. Manusia boleh merancang tapi perancangan Allah adalah lebih baik. Baca alquran dan fahami alquran untuk digunakan dan diterjemahkan mengikut sesesuaian dan perlaksanaan dizaman ini. Pengajarannya harus difahami sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi. YAB menteri Besar yakin dasar Perdana Menteri untuk meningkatkan modal insan.

Kita kena merakyatkan pentadbiran . Kita memimpin dan melaksanakan pentadbiran adalah untuk rakyat. Kita telus dan kita juga mahu orang lain juga telus dengan kita. Kita malu mempunyai Negeri yang kaya tetapi rakyat miskin. Mungkin angka tidak betul. Tetapi kita perlu melaksanakan pembangunan yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat. Tiada gunanya pembangunan, jika akhirnya rakyat menolak kita. Tujuan pembangunan adalah untuk rakyat bukan untuk bermegah-megah... Kita perlu berubah untuk jadi terbaik. Pendapatan rakyat perlu ditambah melalui program yang dilaksanakan. Kita menuntut royalti hak kita . Biarlah perdana menteri marah asalkan rakyat tidak marah. Tidak ada gunanya mengali muara sungai dengan belanja hamper 500 juta tetapi rakyat tidak merasai nikmatnya. Kerajaan pusat juga kena telus berapa duit kita yang ada, kita mahukan penjelasan katanya. Untuk rakyat saya sanggup kena marah . YAB Menteri Besar sekali lagi memberi jaminan perkhidmatan yang terbaik akan terus diberi pengiktirafan.

Jumaat, April 25, 2008

Guna psikologi untuk berjaya

Berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. Jika anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam hidup anda.
1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".Jika minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.
4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."
5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

Kuasa Minda (Minda Separa Sedar)

Kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa terdapat satu permata yang tiada penghujung nilainya. Nilai tersebut akan berakhir sehinggalah berlaku kematian. Selagi kita masih bernafas selagi itulah permata ini akan sentiasa bergerak untuk membantu kita.
Mengikut kajian, minda manusia ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama yang terletak di bahagian kiri kita dinamakan minda sedar (conscious mind) sementara di sebelah kanan pula dinamakan minda separa sedar (subconscious mind)
Minda sedar berfungsi memikirkan perkara perkara logik seperti membaca, mengira, membuat keputusan atau ringkasnya minda ini berfungsi sepanjang masa kita sedar. Kepasiti memori minda bahagian ini hanyalah 12% sahaja.
Minda separa sedar pula berfungsi menerima saja apa yang didengar, dibau, dilihat dan dirasa. Ianya berfungsi tanpa henti samada masa kita tidur mahupun masa berjaga. Minda separa sedar ini bersifat tidak boleh menolak apa yang diterima. Ianya dirakam sampai bila bila masa, contohnya perisitwa yang berlaku 20 tahun lepas masih jelas terbayang dalam ingatan. Wajah datuk kita yang telah meninggal 30 tahun sudah masih boleh diingat lagi. Kenapa kita masih ingat? sebab kapasiti memori minda separa sedar ini adalah 82%. Anda boleh bayangkan sekeping cd berkapasiti 700mb yang boleh merakamkan gambar bergerak selama satu jam setengah. Sekiranya anda berumur 30 tahun, ingatan tersebut boleh dimasukkan kedalam 219,000 keping cd.... fantastik Oleh kerana minda separa sedar ini bersifat menerima sahaja maka setiap perkataan yang hendak kita tuturkan dari mulut perlu bersifat positif, contohnya apabila anda memerahi anak anak, jauhi dari mengeluarkan perkataan perkataan negatif. Sedikit sebanyak perkataan ini akan terlekat dalam minda ini dan amat sukkar untuk dibuangkan.
Minda separa sedar ini akan lebih sensetif lagi apabila berada dalam keadaan tenang dan fokus. Hasil dari penelitian terhadap minda ini maka keluarlah kaedah rawatan hipnotraphi. Kaedah rawatan ini amat berkesan digunakan untuk rawatan penyakit berbentuk emosi dan fizikal. Penyakit berbentuk emosi ini seperti fobia, malas, tabiat buruk, sedih, trauma, takut, tidak kratif dan lain lain sementara penykit fizikal pula seperti urat saraf, darah tinggi, kencing manis dan lain lain. Ubat dari penyakit ini adalah saranan saranan yang diberikan semasa minda separa sedar betul betul berfungsi.

Kembalikan royalti petroleum kepada Terengganu

Perbincangan lebih mendalam berkaitan soal tuntutan kembali royalti petroleum dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat dijangka akan dapat diadakan pada pertengahan Mei depan. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said membertahu pemberita di Telok Kalong, Kemaman . Bernama melapurkan beliau sedang menunggu masa dan tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan perkara tersebut.
“Bagi masa saya akan berunding...kita akan cuba yang terbaik,” kata Dato' Ahmad Said .Menteri Besar berkata wartawan lebih tahu tentang sokongan rakyat terhadap isu tuntutan royalti apabila diminta mengulas tentang perkembangan isu tersebut. “Saya rasa anda (wartawan) lebih tahu jawapannya daripada saya...anda selalu jumpa dengan rakyat, anda tahu semua laporan,” kata Ahmad Said Beliau berkata sekiranya royalti tersebut kembali ketangan kerajaan negeri ia akan memudahkan kerajaan negeri untuk mengatur lebih banyak program pembangunan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat di negeri ini.
Kerajaan Pusat menghentikan pembayaran wang royalti sebanyak lima peratus kepada Kerajaan negeri semasa PAS mentadbir Terengganu tahun 2000 setelah ditimbulkan oleh perwakilan UMNO Dungun dalam Perhimpunan Agong UMNO. Kerajaan PAS Terengganu telah membawa kes tersebut kemahkamah, namun kes tersebut tidak diteruskan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan Idris Jusoh. Banyak pihak telah menyatakan sokongan kepada Mad Said menuntut royalti minyak kembali ke negeri Terengganu kecuali pihak UMNO Terengganu yang masih belum membuat kenyataan apa-apa sehingga kini.

Rabu, April 23, 2008

Bahasa Pengantar Melayu atau Inggeris ??????

Banyak dibahaskan tentang penggunaan bahasa pengantar dalam subjek di sekolah. Umumnya ada bersetuju dan membantah. Status sekarang bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan mathematics diajar dalam bahasa Inggeris sedang dilaksanakan. Keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan UPSR, PMR dan juga SPM telah menunjukkan ada yang lulus dan ada yang gagal.
Penggunaan bahasa Inggeris tidak menampakkan kekurangan dan tidak membebankan pelajar kerana Media rata-rata mempamirkan keputusan pelajar dan memberi testimonial kecermelangan pelajar yang berjaya sahaja. Media langsung tidak mendedahkan dan mengambil testimonial daripada pelajar yang tidak cemerlang disebabkan penggunaan bahasa Inggeris.
Bukan setakat peringkat sekolah sahaja yang mengagungkan Bahasa Inggeris tetapi juga di Universiti-Universiti turut sama dan yang lebih malang Universiti yang objektif penubuhannya berteraskan dan patut MENDAULATKAN BAHASA MALAYSIA turut sama berbangga menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Kelemahan pencapaian dalam peperiksaan langsung tidak di tonjolkan akibat penggunaan Bahasa Inggeris telah dikaburi oleh pencapaian yang ditonjolkan. Disekolah-sekolah ghairah Guru Besar dan Guru-Guru melaporkan jumlah pelajar yang mendapat mendapatkan A dalam mata pelajaran. Walhal ramai ramai pelajar yang kecundang tidak diumumkan dan jumlahnya lebih ramai berbanding dengan yang tidak mendapat 5A bagi UPSR, 8A bagi PMR dan sekurang-kurangnya 9A bagi SPM.
Boleh dikatakan bagi sekolah yang bukan elite atau terpilih jumlahnya adalah boleh dikatakan dibawah 30% daripada pelajarnya kecundang. Kegagalan pelajar ini perlu dititikberatkan atau diberi sebab adakan kerana penggunaan pengantar Bahasa Inggeris. Atau jika pengantar Bahasa Melayu pencapaiannya meningkat???.Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa jika bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia pencapaianya lebih baik???. Kalau diajar dalam bahasa Malaysia mengenai dengan tatacara menanam pokok dan penjagaaannya dan dapat difahami dengan baik kerana seseorang itu telah memahami Bahasa Malaysia, maka adalah lebih mudah belajar satu perkara dalam satu masa (tatacara penanaman pokok dan penjagaan) daripada belajar dua perkara dalam satu masa iaitu Bahasa Inggeris dan tatacara menanam pokok dan penjagaan.
Persoalannya kalu dibuat ujian ( andaian tahap IQ sama) yang mana lebih mudah lulus dengan cemerlang????Penulis tidak bercadang untuk mengatakan tidak penting Bahasa Inggeris. Cuma mencadangkan pilihan diberi kepada pelajar samaada meneruskan pelajaran dalam bahasa Malaysia atau Inggeris daripada tahun pertama sehingga ke Universiti. Penting di sini ialah kita memperbanyakkan dan meningkatkan bilangan warga yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Percayalah ramai yang tercicir ke menara gading kerana masalah Bahasa terutama penduduk di luar bandar kerana gagal menguasai Bahasa Inggeris. Itu belum mengambilkira mereka yang bijak tetapi "takut" untuk melanjutkan pelajaran kerana gagal untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Asakkan ilmu dengan bahasa yang mudah difahami. Apabila penuh......dan sudah difahami maka ajarlah bahasa apa sekali pun pasti Ilmu yang telah diperolehi samaada sains, mathematik, bidang angkawasan dapat dipindahkan dalam apa jua bahasa. Tidak salah selepas berjaya dalam mengenggam ijazah dalama Bahasa Melayu dan SELEPAS ITU masuk kelas intensif Bahasa Inggeris selama 2 tahun...... pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris. Adakah cara ini akan mengurangkan.... kewibawaan???. Cukuplah kita telah "merosakkan dan mencicirkan" pelajar cemerlang dalam semua bidang tetapi disebabkan diajar dalam Bahasa Inggeris mereka ini tercicir... cubalah kalu seorang yang fasih dan alim dalam Islam tetapi tak fasih Bahasa Inggeris disuruh jawap soalan dalam Bahasa Inggeris maka keputusannya jawapan yang diberi mengambarkan dia seorang jahillllllll. Apakah ini memberi gambaran yang sebenar?. Jadi jangan memperdagangkan pelajar yang cerdik tetapi tercicir akibat bahasa..Inggeris.
ehsan rahmatranie

Selasa, April 22, 2008

Menjana Perubahan - Ubah Diri sendiri Dahulu

Kalau anda berfikir untuk berubah atau membuat sesuatu perubahan dalam hidup anda . Mulakan dengan membuat perubahan pada diri anda terlebih dahulu. Jangan diharapkan sangat untuk orang lain akan berubah sepertimana yang anda fikirkan. Hatta orang yang paling kita sayang pun sukar untuk berubah . Oleh itu untuk menjana perubahan anda boleh ubah diri anda sendiri.
Jangan salahkan orang lain jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda. Jika business anda jatuh, anda mengatakan ada orang dengki dan menggunakan ilmu hitam kepada anda. Pasaran saham jatuh anda salahkan spekulasi yang menyebabkan saham jatuh di pasaran. Projek perumahan terbengkalai, disalahkan developer. Pada suatu sudut memanglah ada sebab musababnya, tetapi dari sudut diri anda sendiri, tiada gunanya anda menyalahkan orang lain dan sedangkan anda terus terperuk dalam posisi yang sama. Andai kata semua orang mengatakan anda sombong. Apa guna kalau anda marahkan orang yang mengatakan anda sombong . Ubahlah diri anda sendiri, mulakan dengan senyuman dan beri salam pada orang yang kita bertemu, mesti orang akan kata anda peramah
Perbaiki diri anda dari masa ke masa . Katakanlah anda sebagai juru jual, 10 orang yang anda jumpa, semuanya menolak barangan yang anda tawarkan . Jangan salahkan orang lain, cuba anda kaji balik approach jualan anda macam mana. Adakah anda paksa orang beli produk yang anda jual, atau pun anda tuduh dia macam-macam kerana tidak mahu menolong anda. Seharusnya anda kenal klien anda dahulu, kehendak dia, keperluan dia, dari terus blame potential client yang buat rejection? dan kita perbaiki approach sales kita yang lebih sesuai dgn prospect.
Perkara yang paling selalu berlaku, bila anda sesak hujung bulan, kita selalu kata gaji kecil. marah dengan majikan, marah dengan kerajaan sedangkan, sebab yang paling utama anda tidak pernah pernah planing perbelanjaan anda dengan bijak. Kalau harga barangan meningkat tidak menjadi masalah besar kerana anda boleh adjust budget anda semula, perit tu memang perit, tapi bayangkan orang yang tak pernah plan budget langsung?
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau dia sendiri tidak mengubahnya.
for things to change, you must change first . Sebabnya yang kita nak ubah dan majukan adalah diri sendiri bukannya orang lain .

Isnin, April 21, 2008

DO or DON'T - Don't TRY.

Salah satu quote yg saya belajar dan nak dikongsi bersama .. DO or DON'T - Don't TRY. So, kata kata diatas dipetik dari cerita Star Wars, dari Jedi master. Apa yang saya dapat dan rasanya boleh dikongsi bersama adalah, apabila kita hendak buat sesuatu kita kena pilih 'nak buat' ataupun 'tidak' bukannya cuba, try, test dan seangkatannya. Dalam sains, diri kita akan diransang oleh otak yang menerima positive think dan sebaliknya. Apabila kita cuba, try ... bermakna kita tidak mengeluarkan 100% effort kearah itu dan hasilnya akan bertambah kurang. So Do or Don't..... yang mana satu .... buat atau tidak ... jika anda mahu memulakan perniagaan pikirlah, buat sekarang tak kira kecil atau besar. Jika tidak sampai bila pun tak akan start. So, I'm start now. I will DO now.

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu."Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! ! --- AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

Ahad, April 20, 2008

Rakyat Teruja Dengan Menteri Besar Terengganu

20 April 2008 Rakyat Terengganu amat teruja dengan keberanian YAB Dato' Ahmad Said menteri besar Terengganu meminta kerajaan persekutuan memulangkan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu. Seperti dilaporkan oleh bernama, ulasannya semasa membuat permintaan ini cukup menarik sekali dan tidak pernah sebelum ini dibuat oleh menteri besar yang lalu. Sesungguhnya respon kepada perlantikan YAB MB oleh DYMM Sultan positif sekali dan langkah menuntut hak yang telah lama dirampas ini satu yang mengejutkan tetapi dinantikan dengan penuh harapan oleh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Sesungguhnya YAB MB layak menerima penghormatan dari seluruh rakyat Negeri Terengganu.
Angin perubahan mula terasa di Terengganu. 17 April 2008 YAB Menteri Besar mengumumkan beliau tidak mahu diberi penghormatan karpet merah didalam majlis yang dihadirinya. Beliau juga tidak mahu dihadiahkan cenderamata sepertimana yang lazim diberikan kepada menteri besar yang lain.

Bandingkan Kita Dengan Mereka

Minda Cemerlang Organisasi Terbilang

Membina minda cemerlang seseorang itu perlukan persediaan dari segi fizikal dan mental. Kemahiran diri perlu dipertingkatkan. Persediaan psikologi dapat menangani perubahan-perubahan yang berlaku. Kita bukan dilahirkan untuk gagal tetapi kita dilahirkan untuk berjaya cemerlang dan terbilang. Tetapi terkadang-kadang ia tidak sedar kemampuannya untuk berjaya.
Persepsi tidak menggambarkan potensi sebenar anda. Anda perlu sedar bahawa potensi anda untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada apa yang anda sangkakan selama ini. Anda sebenarnya tidak sepertimana yang orang fikirkan.
Ciri-ciri individu yang berminda cemerlang
Komitmen yang tinggi dan berkeupayaan mendorong dirinya sendiri. Individu yang cemerlang mestilah mempunyai motivasi kerja marathonic. Ia itu sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan kerja. Untuk itu ia hendaklah mempunyai disiplin kerja yang tinggi. Disamping mempunyai dorongan self-expression yang tinggi dan dorongan interaksi-sosial yang tinggi.
Inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Sejak sekian lama kerajaan telah memperkenalkan berbagai program untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam. Diantaranya ialah Total Quality Management System (TQM), Piagam Pelanggan, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta program-program ICT.
Usaha terkini adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. Sistem penyampaian
Cabaran
Cabaran utama dalam perkhidmatan awam adalah untuk menukar mindset pegawai kepada minda kelas pertama. Untuk menjadi pegawai minda kelas pertama seorang itu perlu menukar cara bekerja dari rutin kepada pekerja yang berpengetahuan (knowledge workers). Menjadi seorang yang kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru. Pekerja berpengetahuan mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, berani membuat pertimbangan dan keputusan, sanggup mengambil risiko dapat mewujudkan semangat bekerja sebagai satu pasukan yang padu dan mantap
When it comes to mindset and action, hanya segelintir dari kita yang sanggup melakukannya. Orang-orang cemerlang ini, mereka bekerja lebih kuat dari biasa, takkan berhenti selagi matlamat mereka tak tercapai. Selagi itu, tak ramai orang di luar sana percaya dengan kuasa minda dan mengatakan kuasa minda ni 'crap', mengarut dan tahyul. Untuk menjadi seorang cemerlang, Anda hanya perlu tiru apa yang orang cemerlang sebelum ini buat. Konsep yang sama juga diaplikasikan jika anda mahu menjadi pekerja cemerlang.
Semua bermula dari hati dan minda. Jika hati Anda jujur ikhlas, saya percaya Anda boleh menarik kecemerlangan datang pada anda kerana itu adalah sikap orang-orang cemerlang. Semua orang-orang cemerlang rata-ratanya jujur, iklas. Orang-orang yang cemerlang tahu membezakan mana orang yang ada fokus dan orang yang tak ada fokus, barulah mereka sudi membantu, kalau tidak hanya akan merugikan masa mereka saja. Bila fokus, maknanya Anda sudah bersedia untuk merajinkan diri bekerja keras lebih dari biasa.
Untuk cemerlang anda perlu berusaha dan mengharapkan pertolongan Allah :-
*" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang Bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,*

Kelakuan dan perbuatan dalam membentuk minda kelas pertama

Mempamerkan tingkah laku positif dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketulusan, kejujuran, integriti, adil, amanah, dan akauntabiliti. Mengamalkan sikap gigih, jati diri yang hebat serta menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali Imran : 139)
Penjawat awam berminda kelas pertama adalah penjawat awam yang berilmu, memiliki kekuatan psikologi dan jati diri yang mantap, berbudaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, memiliki perwatakan dan keperibadian diri yang dihormati lagi disegani serta disempurnakan dengan amalan kerohanian yang berterusan.
“Barangsiapa berjalan atau mencari jalan buat menuntut ilmu, nescaya dimudahkan Allah Ta’ala baginya jalan ke syurga.” -Riwayat Muslim.
"..setiap dari kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.." YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
minda ialah manifestasi keatas maklum balas otak terhadap sesuatu perkara yang menuntut pemprosesan dalam satu-satu waktu tertentu... cth; keperluan kepada menjawab satu-satu masalah yang akan membuatkan otak meneroka sepenuhnya atas potensi memori kekal dan sementara yang telah ada pada otak.
Sebenarnya untuk jadi cemerlang cara mudah, Anda hanya perlu ikut apa yang orang cemerlang buat. Tiru perilaku mereka, tabiat mereka, mindset dan semangat mereka.

Sabtu, April 19, 2008

Mengurus perasaan membentuk minda kelas pertama

Perasaan diuruskan secara rasional dan tidak emosional, tidak melatah dengan sesuatu masalah atau ujian, cintakan keamanan serta kesejahteraan sejagat serta perasaan sayang dan cintakan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara dan persekitaran.
“Katakanlah : tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.” (Az Zumar : 9)
4 KOMPETENSI EMOSI (Goleman, 1995) MINDA KELAS PERTAMA
Kebolehan mengenali dan label sesuatu emosi yang dialami serta memahami kaitan antara emosi, pemikiran dan tindakan; Kebolehan mengurus emosi sendiri-boleh mengawal serta mengubah emosi dari negatif kepada emosi yang lebih sesuai; Kebolehan membaca, bersifat sensitif serta mempengaruhi emosi orang lain; Keupayaan untuk memulakan serta menjalin hubungan antara peribadi dengan baik dan memuaskan
WUJUDKAN HUBUNGAN MESRA
Greet people Smile Call people by name Be friendly Be cordial/mesra Be genuine
Be generous Be considerate Be alert A good sense of humour A big dose of patience Dash of humility

Teknik dan Kaedah Berfikir - Minda Kelas Pertama

Mempunyai daya pemikiran yang global sejajar dengan pembangunan tamadun manusia dan pengurusan ilmu yang berterusan. Kecerdasan mencerminkan keupayaan mental untuk merancang, menyelesaikan masalah, berfikir secara logik, abstrak, memahami idea, konsep, model, teori dan berpandangan jauh. Berfikiran yang positif terhadap setiap aspek, mementingkan kemajuan, pembangunan spiritual dan sentiasa kreatif serta berinovatif. “Orang bijaksana, berfikir dua kali sebelum berbicara sekali.” -Haji Bektasy Wali. Pemikiran Bercelaru Selalu membuat tanggapan & kesimpulan umum (generalization) Suka melabel individu dan keadaan Syak wasangka dan merasakan semua tidak betul Selalu melihat dari aspek negatif

Strategi dalam melahirkan Pegawai berminda kelas pertama :

Kearah melahirkan pegawai yang berkualiti, berdaya saing dan berprestasi tinggi :- 1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan ;

“Kita akan menjadi manusia yang biasa melainkan jika kita berusaha mendapatkan ilmu bagi mengubah minda kita. Sumber ilmu utama adalah daripada membaca buku dan kawan yang mempunyai pengetahuan lebih dari kita.”

-Prof. Madya Dr. Ahmad Sazali Hamza. Membaca-kajian profil membaca rakyat malaysia mendapati kadar literasi ialah 92 % namun hanya 3 % membaca buku manakala selebihnya lebih suka membaca akhbar dan majalah serta komik. Alasan - tidak membaca kerana lebih suka aktiviti lain, tiada masa lapang dan tidak minat membaca. Tetapi buku komik, majalah novel cinta, konflik, skandal, gosip mendapat tempat di kalangan pembaca. Cth ‘Catatan Duka Diana Naim’ telah terjual melebihi 20 000 naskah dalam tempoh kurang 2 bulan. 2. Memperkukuh keupayaan sains, R & D dan inovasi;

3. Memupuk Pegawai berbudaya kerja cemerlang, berintegriti, dan memiliki kekuatan moral.

Cemerlang selalunya dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Oleh yang demikian, budaya kerja yang hendak dibentuk oleh sesebuah organisasi hendaklah mengambarkan mitmen pihak pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti. Usaha untuk mencapai tahap emerlang dari sudut kualiti tidak ada penamatnya kerana ia merupakan satu usaha yang berterusan. Apabila kita mencapai satu tahap yang cemerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu icapai. Pelbagai pandangan yang menyokong kenyataan ini. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995) telah menyatakan. "The race to quality improvement is really two races. One is to get ahead; the other is to stay ahead". Manakala Tun Dr. Mahathir b. Mohamad pula menegaskan bahawa: ". ..Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. "

“Integriti bukan hanya berada di pejabat tetapi apa yang sepatut dibuat apabila berada di pejabat." “Kerja dilakukan bukan kerana ada seseorang mengawasi, kerja dilakukan kerana itu adalah perkara betul yang mesti dilakukan” “Walaupun sesuatu peraturan membolehkan kita membuat kerja dalam satu bulan, jika kita boleh melakukan kerja dengan cepat kita patut melakukannya”

Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan

Ketua Setiausaha Negara, Malaysia

Minda Kelas Pertama Vs Bukan Minda Kelas Pertama

............Bersambung

Buka Pintu Rezeki

" Boy, sini,... sini boy " bila kucing tu sampai je kekaki dia, terus dikeluarkannya peket kecil makanan kucing 'freskies' dituangnya keatas plastik yg dia bawak sendiri juga, apalagi kucing tu puna makanlah, Bagus perbuatan warga emas bersedekah, tak semestinya pada manusia, haiwan pun kalau kita tolong banyak fadilat dia, dulu ada seorg benggali kat kawasan masjid india tu, tua dah dia, tiap2 hari dia bagi makan burung merpati di situ, tak payah dipanggil, dia lalu je burung tu ramai turun, kalaulah dia tu org islam, saya rasa pahala dia, hanya tuhan yg tahu, saya tak tau kerja dia apa, sebab, pakaian pun tak lah mewah, biasa sangat, tapi ada je rezeki dia nak bagi burung tu makan, tak pernah mis lah""Allah bagi, walau dia kafir, Allah tetap bagi hak dia, tapi pahala.
Moral of the story :BERSEDEKAHLAH, bersedekah membuka pintu2 rezeki. walau dalam senang apatah lagi dlm keadaan kita susah sempit. Bersedekah juga menghalang atau membenteng kecelakaan dari berlaku. Bersedekah menambah kegembiraan dan menghapus duka. Ingat orang-orang yg membawa kecerian dan membawa kegembiraan kepada insan lain akan dilimpahkan Allah Swt dengan rahmatnya bukan saja di dunia malah diakhirat.bersedekah tidak semestinya wang ringgit, atau harta benda, sedekahlah apa saja yg kita termampu, yg penting iklas, pasti ada bahagian utk kita.
Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan.Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yg lain).dan kepada TUHANmu berharaplah : Al-Insyirah 6-8

Rabu, April 16, 2008

Budaya ABCDE Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam

Laporan daripada World Competitiveness Year Book 2007 yang dikeluarkan oleh IMD sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka di Switzerland, meletakkan kerjaan Malaysia sebagai keenam terbaik di dunia dari aspek kecekapan. Kerajaan Malaysia berjaya mengatasi negara-negara seperti United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis dalam kategori negara berpenduduk melebihi 20 juta orang.
Kejayaan kerajaan ini membuktikan betapa bersungguh-sunggunya kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memperbaiki kualiti perkhidmatan sektor awam sehingga mampu untuk duduk sama tinggi dan berdidi sama rendah dengan negara-negara maju lain.
Tidak hairanlah kini bila mana iklan-iklan pekerjaan di sektor awam diiklankan di media cetak atau media massa, ia mampu menarik minat puluhan malah ratusan ribu pemohon dalam tempoh yang singkat. Masyarakat mula memandang tinggi sektor awam dan tidak lagi menganggap ia pekerja kelas kedua. Untuk mengekalkan bahkan meningkatkan lagi kedudukan sektor awam ini bukalah sesukar mana, bak kata orang ‘kalu hendak serbu daya, tak hendak seribu dalih’. Banyak panduan yang telah digariskan oleh tampuk kepimpinan kerajaan ke arah usaha penambahbaikan kerterusan ini.
Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini telah menggagaskan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau kita perhalusi satu persatu huruf-huruf dalam formula ‘ABCDE’ ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang haruskan dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.
(A) Amanah
Memperihalkan akan peripentingginya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuqt sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperi ‘mencuri tulang’, mengamalkan rasuah atau bersifat bengis terhadap pelanggan. Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.
(B) Bijak
Konsep pekerja yang bersifat ulul albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud ‘Bijak’. Ulul albab dalam sektor awam merangkumi semua pekerja daripada pembantu am rendah hinggalah mereka yang bijak dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimiliknya tidak kira ia bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama.
(C) Cekap
Huruf C untuk ‘Cekap’ menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ‘aras tanda’ iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realistik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap pencapaian tersebut.
(D) Dedikasi
Dedikasi’ yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam beekrja akan mewujudkan apa yang dipanggil sense of belonging yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertangngungjawaban terhadap organisasi.
(E) Efektif
Manakala huruf E pula membawa erti ‘Efektif.’ efektir yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna keada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima pangngilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelangan itu diambil tindakan yang seajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.
Ramuan ‘ABCDE’ ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalin, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawast awam itu mencipta kesempuranaan dalam bekerja. Rasionalnya, sehingga bila-bila pun sektor awam akan sentiasa ‘berkhidmat kepada rakyat’ dan perkhidmatan yang diberikan perlukan kekal di kelas pertama.
Utusan Malaysia

Pekerja Minda Kelas Pertama – Perspektif Majikan

Modal insan yang ada dalam sesebuah organisasi adalah seorang yang mempunyai kemahiran tentang kerja dan sentiasa belajar untuk meningkatkan keupayaannya. Pekerja mahir adalah aset penting organisasi. Pekerja hendaklah melengkapkan diri menjadi pekerja mahir atau profesional dalam bidang tugasnya.
Bagaimana ada dapat mengukur profesionalisma anda. Pekerja yang profesional melaksanakan kerja dengan cepat, deras atau laju. Kerja yang diamanahkan oleh majikan dilaksanakan dengan cepat dan laju. Tugasan yang diberi cepat disiapkan. Bukan sekadar cepat tetapi cekap dalam melaksanakan tugas yang diberi. Menjadi tempat rujukan kepada kakitangan yang lain. Seorang pekerja profesional melaksanakan kerja dengan tepat dan tidak membuat kesilapan atau kesalahan yang berulang-ulang.
Mempunyai tahap motivasi, komitmen serta kepuasan kerja yang tinggi. Orang yang bermotivasi sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi. Keutamaan tugas didahulukan melebihi keperluan peribadi. Motivasi dirinya datang dari dalaman . Tercetus dari naluri hatinya tanpa paksaan dari sesiapa. Melaksanakan tugas semata-mata kerana Allah. Motivasi kepada Allah adalah motivasi yang terunggul. Kalau tidak kepada Allah kepada siapa lagi.
seorang pekerja yang mempunyai minda kelas pertama menjadi contoh baik kepada pekerja lain. Menjadi idola kepada orang lain. Pekerja yang menjadi kebanggaan majikan adalah pekerja yang cemerlang dalam tugas yang dilaksanakan. Malah kecemerlangan itu diterjemahkan dalam semua aspek sama ada semasa melaksanakan tugas, hubungan sosial dan sifat tolong menolong antara dengan pekerja yang lain.
Dihargai oleh pihak pengurusan dan rakan sekerja adalah ciri-ciri pekerja minda kelas pertama. Ketiadaannya dirasai kehilangan dan kekurangan dalam organisasi tersebut. Tidak seperti melukut ditepi gantang ada tidak menambahkan sukatan tiada pun tidak mengurangkan sukatan.
Pekerja minda kelas pertama sentisa meninggalkan legasi ditempat dimana ia bertugas. Memberi sumbangan bermakna kepada organisasi, jasanya akan dikenang bak kata pepatah melayu. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa. Kehilangan nya Sukar dicari ganti

Selasa, April 15, 2008

Proses Membina Minda Bermentaliti Kelas Pertama

Minda kelas pertama merupakan salah satu daripada lima teras utama dalam Misi Nasional untuk meningkatkan keupayaan, pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimilik, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian.
“Success is a state of mind. If you want success, start thinking of yourself as a success.” -Prof. Madya Dr. Tengku Mahmud Shah Al Haj.
YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia telah mengariskan 8 ciri untuk mencapai mentaliti kelas pertama :-
1. Nilai budaya yang tinggi 2. Integriti dan kekuatan moral 3. Tindakan bermaruah 4. Penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi 5. Sikap proaktif 6. Berakhlak luhur 7. Tidak mementingkan diri 8. Memberi sumbangan bermakna
Proses pembentukan minda kelas pertama melibatkan cara berfikir dan proses berfikir. Cara sesaorang melihat sesuatu ia itu cara melihat sesuatu yang melibatkan kepercayaan dan nilai dan juga cara bertindak. Kenyataannya mental melibatkan kepercayaan dan perasaan. Nilai dan cara bertindak dalam keadaan tertentu yang membentuk sikap, keperibadian, kerangka minda, keterampilan dan personaliti.
“Bacalah Al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikir. Janganlah habiskan masa saudara pada perkara yang tiada memberi faedah.” -Hassan Al Banna.
Minda merupakan output daripada proses akal fikiran, daya berfikir, cara melihat sesuatu dan cara bertindak yang melibatkan kepercayaan, perasaan dan nilai. Disuburkan oleh ilmu pengetahuan yang banyak dan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi masalah dan mengilhamkan pemikiran baru. Ia turut menggambarkan sikap, personaliti dan ketinggian keperibadian seseorang.
“A mind is like a parachute. It doesn’t work unless it’s open.” -Prof. Madya Datin Dr. Zubaida Alsree.

Konsep Perubahan (Third class to first class mentality)

Konsep pertama pemikiran mahu menerima perubahan dan perlakuan menunjukkan mahu berubah ia adalah minda cemerlang atau minda kelas pertama (excellenge mind)

Konsep kedua pemikiran tidak mahu menerima perubahan tetapi perlakuan macam mahu berubah ia adalah minda bercelaru (disorder mind)

Konsep ketiga mahu menerima perubahan tetapi perlakuan tidak mahu berubah ia adalah minda hipokrit (hypocrite mind). Konsep yang keempat ialah pemikiran tidak mahu menerima perubahan manakala perlakuan juga tidak mahu berubah ia adalah minda bermasalah (problem mind)

Memahami konsep diatas seseorang dapat mengukur dirinya berada pada tahap mana. Dalam kontek tsunami politik umpamanya telah jelas terdapat perubahan yang berlaku dalam suasana politik negara. Oleh itu cara dan tindakan politik juga perlu berubah. Tidak boleh lagi berpolitik dengan cara gaya zaman enam puluhan dahulu. Ahli politik kena ambil kira peranan yang dimainkan oleh blogger yang menjadi trend orang muda masa kini. Menerima perubahan dengan fikiran terbuka dan melaksanakan perubahan yang sebaik mungkin.

Persaingan Global - Membangun Minda Kelas Pertama

Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4 juta penduduk. Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4.5 juta penduduk.
Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan?. Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam.

Dalam index rasuah pula Malaysia berada jaun dari Singapura. Malaysia mencatatkan 6.25 sedangkan Singapura 1.20 pada tahun 2007. Jika Malaysia ingin bersaing di peringkat global, menjadi kompetitif maka ia harus meningkatkan keupayaan sumber manusianya. Antaranya, berubah dari minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama.

Global Competitive Index (GCI) Malaysia dicatatka pada tangga 31 (2004), 28 (2005) dan 29 (2006). Bagi memastikan malaysia mampu bersaing diwujudkan Malaysia’s Third Industrial Master Plan(IMP3) aims to improve the country’s global competitiveness through manufacturing, services and agriculture. The IMP3 (2006-2020) seek to move the three sectors beyond the “middle development” stage to a more productive, value-added and knowledge-intensive stage by 2020.

Bersambung........Berubah kepada minda kelas pertama

Isteri Cerminan Suami

"Biarlah saya menjadi cermin kamu. Tahukah kamu betapa hebatnya diri mu ini?. Jika kamu tidak yakin jumpa dan tanyalah saya dan saya akan beritahu. Sekiranya saya perlu memecahkan setiap cermin dirumah kita ini, saya akan lakukan agar kamu percaya pada saya. Mulai sekarang saya adalah cermin kamu wahai suamiku". Itulah ungkapan seorang isteri sollehah.
Hebat itu lah peranan isteri terhadap suami tercinta kerana maruah suami adalah cerminan isteri. Maka dengan itu isteri jangan sekali-kali menghilangkan harga diri suami. Menceritakan kelemahan suami pada orang lain adalah tidak wajar samasekali walaupun pada keluarga sendiri.
Sebenarnya ego seorang suami terlalu rapuh. Apatah lagi jika diperlekeh oleh isteri sendiri . Jangan sesekali anda mentertawakan suami anda. Mendedahkan kekurangan suami anda pada khalayak ramai adalah tidak wajar walaupun perkara itu melucukan atau untuk gurauan sahaja.
Sebagai isteri perlu menekankan kejayaan suami di khalayak ramai ramai. Ini kerana kaum lelaki sejak kecil sudah didedahkan dengan suasana persaingan. Sebab itulah kaum lelaki tidak suka dimalukan dikhalayak ramai. Dimalukan bermakna ia telah menempuh kegagalan dan menjejaskan identiti mereka dan mematikan ego mereka.
Sebaliknya pula suami seharusnya membantu meningkatkan keyakinan diri isteri. Ini dapat mengurangkan konflik dan meningkatkan kemesraan dan keharmonian rumah tangga. suami menyediakan landasan untuk isteri berdiri dan berlari. kekuatan isteri berada disebalik kekuatan suami. Suami isteri perlu saling bantu membantu.

Sabtu, April 12, 2008

YAB Menteri Besar Terengganu Melawat ADUN Rhu Rendang

Kuala Terengganu 10 April - Pada jam 8.45 pagi, Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Said mengunjungi Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di hospital Tuanku Nurzahirah selepas dimasukan ke hospital itu akibat serangan angin amar jam 7.30 pagi tadi. Dato' ahmad Said adalah antara pelawat yang terawal mengunjungi bekas menteri besar itu. Keperihatingan Menteri Besar itu tanpa mengira musuh atau kawan. Dilapurkan beliau berasa agak sayu dan sedih (dikatakan mengalirkan airmata). Dato’ Seri Tuan Guru berseloroh mengatakan “ Menteri Besar ni baik, tak kacau kita ” sambil disambut dengan senyuman oleh Datuk Ahmad Said.Sifat yang ditunjukkan oleh menteri besar ini perlu dijadikan contoh kepada rakyat negeri Terengganu kerana YAB Dato' Ahmad Said adalah menteri Besar kepada semua. Inilah kehebatan YAB Dato' Ahmad Said, beliau mendapat sokongan kawan dan lawan untuk meneraju Negeri Terengganu yang lebih gemilang.

Lawatan Ke Kota Singa Terkenang Lagu "Anak Kecil Main Api"

Singapura 10 April 2008 - hidup adalah survival, kerana hidup adalah perjuanagan. Itulah gambaran yang boleh kita lihat kepada penduduk melayu Singapura. Melayu Singapura tidak sama dengan Melayu Malaysia. Melayu Singapura perlu bekerja keras untuk meneruskan kehidupan , mereka bersaing dan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki. Tanpa bersaing mereka akan terus tertindas. Tiada dana dan tiada subsidi persaingan perlu bersama bangsa lain. Selama 3 hari blogger bersama 12 orang rakan daripada Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu (Sumber Manusia) menyelami kehidupan rakyat Singapura. Kami menginap di Golden Landmark , terletak di Arab Rd. Berhampiran Masjid Sultan. Perkampungan Glam telah dijadikan warisan untuk pelancongan. Pekerja restoran mamak ghairah menarik pelanggan. Tapak untuk perniagaan cukup terhad tapi mereka masih selesa menguruskan perniagaan mereka. Layanan kepada pelanggan perlu diutamakan dalam persaingan ini. Di kawasan ini makanan halal mudah ditemui. Anda boleh menikmati makanan halal yang mudah lagi murah. Melihat kehidupan masyarakat melayu saya teringat lagu anak kecil main api terbakar tangan sendiri....
Lawatan pertama kami ialah ke Civil Service College. Ketibaan kami disambut mesra oleh petugas. Seterusnya dibawa melawat ke sekitar kolej dan juga bilik kuliah. Peserta datang dari pelbagai negara. Begitulah kehebatan mereka dalam marketing kolej mereka. Perkhidmatan awam Singapura terdiri daripada golongan muda yang berumur 30 -40 tahun. Kebanyakan mereka bersara awal untuk menyertai swasta atau memulakan perniagaan sendiri. Gaji mereka agak lumayan dengan mengamalkan skim CPF dijangka selepas bersara mereka telah pun mempunyai modal dan pengalaman serta kontek untuk memulakan perniagaan sendiri.
Setiap kakitangan kerajaan diberi target untuk dicapai. Dengan performen dan target dapat dicapai kakitangan awam diberi bonus sehinnga 40 % cukup lumayan. Setiap penjawat awam perlu menjalani latihan selama 100 jam atau 12.5 hari setahun.

Kakitangan SUK Terengganu (Sumber Manusia) Melawat Civil Service College Singapore

Lawatan Ke Singapura

Selasa, April 08, 2008

Membina Minda Cemerlang

Saidina Ali mengatakan “Manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar” itulah minda. Otak dan minda tidak dapat dipisahkan, ia seumpama pisau dan ketajaman pisau. Otak itu pisau manakala ketajaman adalah minda. Jika pisau boleh diasah untuk jadi tajam, maka otak juga boleh diasah untuk ketajaman minda. Permata berlian pun jika tidak diasah tidaklah tinggi harganya. Demikianlah juga minda untuk dibina dan dibangunkan perlu melalui proses ketajamannya.
KEHEBATAN OTAK.
Kita hebat kerana otak kita ada 10 bilion sel neoron. Sel ini kalau tak hidupkan ia mati, pengsan atau tidur. Mampu memiliki - 120 jenis kemahiran
Bayangkan 1 sel sahaja menyamai sebuah komputer
Kebanyakan manusia hanya menggunakan 5-10 % daripada kemampuan otak
Sentiasa bertindak cemerlang “Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat mengasihi seseorang yang apabila dia melakukan pekerjaannya dia melakukan dengan cara yang paling baik.”
(HR: At- Thabrani)
• Kejayaan dalam matlamat hidup manusia adalah keupayaan menghadapi masalah atau cabaran • Orang berjaya boleh mengubah keadaan mengikut kehendaknya dan bukan terpengaruh dengan keadaan • Kegagalan kita adalah kekalahan sementara • Kegagalan sebenarnya bukan diri kita tetapi percubaan kita
Halangan kejayaan adalah diri kita sendiri
Ramai orang mati semasa muda tapi dikuburkan sesudah tua.
Orang cemerlang menunjuk hasil. Orang gagal memberi alasan
Salah satu sifat terpenting orang cemerlang ialah kebolehan mendorong diri untuk bertindak
•Siapa kita- cermin diri •Apa peranan kita •Yang terbaik – sebaik-baik kejadian •Apa yang terjadi ada hikmahnya •Kita ada kekuatan minda •Jika kita sangka baik – hasilnya baik •Jika kita sangka buruk – hasilnya buruk
Cermin diri kenal diri kita melalui orang lain
•Mulakan lah langkah… Pasti Allah bantu •Selangkah kita dekat, Allah seribu langkah •Kita datang kepada Allah secara berjalan, Allah datang kepada kita secara berlari

Proses Perancangan Sumber Kewangan Keluarga

Proses perancangan sumber kewangan keluarga tidak jauh beza dengan proses perancangan yang lain. Perancangan yang baik menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga. Tiada siapa yang merancang untuk gagal. Tentunya setiap insan merancang untuk kejayaan. Demikian juga impian sebuah institusi keluarga pastinya merancang untuk kejayaan......bersambung................

Pengurusan Sumber Kewangan Keluarga

Sebagaimana sedia maklum bahawa sumber kewangan keluarga adalah terbatas. Punca pendapatan adalah terhad dan terbatas. Jumlahnya terhad dan ada limit sedangkan kehendak manusia dan keluarga tidak terbatas. Oleh itu pengurusan sumber kewangan keluarga yang baik akan menemukan kehendak yang tidak terbatas dengan pendapatan yang terhad tadi pada satu titik, ia itu titik keseimbangan. Jika titik keseimbangan ini bertemu ia akan mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga. Pengurusan sumber kewangan yang baik akan terbinanya sebuah institusi keluarga yang berkualiti. Tujuan pengurusan sumber kewangan ialah untuk mengawal kewangan sesebuah keluarga. Jika seseorang itu tahu aliran kewangan pengurusan kewangan keluarga lebih mudah dilaksanakan. Sesebuah keluarga itu seharusnya tahu sumber pendapatannya. Berbagai sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga. Seorang pegawai kerajaan, sumbernya mungkin daripada gaji. Bagi peniaga, sumber pendapatan daripada keuntungan perniagaan. Petani sumber pendapatan daripada hasil pertanian. Nelayan daripada hasil tangkapannya dan sebagainya. Tak kiralah daripada sumber mana yang penting tahu sumbernya. Mengurus sumber kewangan dengan baik dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang membazir saudara kepada syaitan. Apa yang lebih penting adalah untuk kita mencari mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Seharusnya setiap sen yang dibelanjakan untuk keluarga mendapat ganjaran pahala dari Allah. Ertinya perbelanjaan yang kita belanjakan untuk keluarga menjadi ibadah disisi Allah SWT. Lihat sahaja masyarakat yang ada dikeliling kita jarang keberkatan yang dicari sebaliknya mencari kemewahan dan banyaknya pendapatan. Lantas apa sahaja yang terlintas semua disapunya, asalkan sahaja mampu memberi kekayaan semuanya direntap. Tiada lagi persoalan dosa dan pahala, tiada lagi persoalan syurga dan neraka. Mana nak berkat dalam kehidupan berkeluarga kalau falsafah hidup, tepuk dada tanya selera. Selera ada hubung kaitnya dengan nafsu. Kalau setiap tindakan kita beraja dimata bersultan dihati pantang apa sahaja yang lalu hentam sajalah, pedulikan dosa pahalanya. Sepatutnya kita kena tukar peribahasa " tepuk dada tanya selera" kepada " tepuk dada tanya iman " .
Justeru itu langkah mengurus kewangan keluarga adalah merancang pembelian atau perbelanjaan. Bukan sahaja perbelanjaan malah perkara-perkara lain pun kita kena rancang dalam kehidupan ini. Perancangan yang baik sebenarnya akan menentukan kualiti hidup sesebuah keluarga.
Bagi mengelakkan bebanan hutang pembelian hendaklah secara tunai. Jangan jadi kebiasaan pembelian secara hutang. Walaupun nampak mudah, tetapi kesannya amat menyakitkan. Ramai keluarga yang gagal kerana bebanan hutang. Zaman moden hari ini banyak bank menawarkan kemudahan kad kredit untuk menggalakan kita berhutang. Ada yang bankrab kerana kad kredit. Bila masalah hidup kerana hutang jurang kehancuran keluarga semakin hampir. Oleh itu pastikan anda tidak terjebak dalam masalah hutang ini. Berbelanjalah dengan cara tunai.
Dalam mengurus kewangan keluarga jangan pula menjadi amalan atau hobi melepak di pasar raya atau dikedai. Mata mudah rabung bila melihat barang.kegemaran kita. Oleh itu elakkan selalu berkunjung kepusat membeli belah. Jangan biarkan diri kita terpikat dipusat membelibelah.
Untuk memudahkan perancangan perbelanjaan keluarga, setiap pembelian yang dilakukan hendaklah dicatat dalam sebuah buku atau menyimpan bil dalam sebuah file keluarga. Ini memudahkan kita menyediakan akaun keluarga. Lagi pun ia memudahkan dalam membuat perbandingan harga dan mengubahsuai perancangan kita.
Disarankan juga dalam menguruskan kewangan keluarga kita hendaklah mengamalkan prinsip qanaah (berpada-pada) dan berhemah. Amalkan juga prinsip dua dalam satu semasa membuat perbelanjaan untuk keluarga. Keperluan duniawi keluarga dapat dipenuhi. Diakhirat mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Mengurus sumber kewangan keluarga jadi ibadah.

Isnin, April 07, 2008

Pengurusan Masa

Masa adalah usia, amanah Allah pada hambanya. Setiap orang dikurniakan masa yang sama 24 jam sehari semalam tidak terkurang sesaat pun. Allah swt bersumpah dalam (Surah al-Asr: 1-3)

“Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Dalam hadith Rasulullah saw bersabda rebutlah lima masa sebelum datang lima masa. (1) Masa mudamu sebelum tuamu (2) Masa sihatmu sebelum sakitmu (3) Masa kayamu sebelum papamu (4) Masa lapangmu sebelum sibukmu (5) Masa hidupmu sebelum matimu.” Hadith riwayat Al-Hakim

Peribahasa Melayu mengatakan masa itu adalah emas. Ini menggambarkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita. Kehilangan masa akan menyebabkan kita kerugian harta benda. Pepatah Cina mengatakan kalau anda kehilangan seinci masa anda tidak mungkin dapat menggantikannya walaupun dengan seinci emas. Pepatah Arab mengatakan masa itu umpama pedang, kalau anda tidak berhati-hati dengan pedang ia akan memancung diri anda sendiri. Begitulah betapa mustaknya masa dalam kehidupan kita. Ramai manusia bercita-cita mahu menjadi manusia hebat. Untuk menjadi insan yang cemerlang sama ada di dunia atau akhirat setiap daripada kita perlu mengurus masa dengan cara yang terbaik. Soalnya apakah yang dikatakan pengurusan masa. Memang perkataan ini selalu kita denganr malah kita juga telah mendengar ceramah berhubung dengan pengurusan masa. Tetapi apkah erti pengurusan masa atau time management. Pengurusan masa adalah mengurus aktiviti dalam kehidupan kita. Bermula daripada bangun pagi seingga tidur semula di malam hari kita mempunyai seribu satu macam aktiviti yang hendak dilakukan. Alangkah baiknya kita menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang di tempat kerja dan juga di dalam rumah tangga, apatah lagi kalau kita menjadi insan yang cemerlang juga dalam masyarakat. Tetapi apa yang berlaku sesetengan daripada kita cemerlang di tempat kerja dan gagal di rumah tangga. Ada pula yang hebat di dalam rumah tangga tetapi gagal di tempat kerja. Bila kita gagal mencapai matlamat alasan yang selalu kita beri adalah kerana tidak cukup masa. Soalnya mengapa kita tidak cukup masa. Dalam menguruskan masa kita yang telah diberikan oleh Allah SWT 24 jam setiap orang dalam menguruskan aktiviti kehidupan kita perlu diurus dengan cara yang berkesan. Alasan tidak cukup masa bukanlah penyelesaian masalah. Tidak cukup masa disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:- 1) Gagal mengatur keutamaan aktiviti yang hendak dilakukan Dalam banyak aktiviti yang hendak kita lakukan selalunya kita gagal menyusun keutamaan dalam aktiviti tersebut. Dimana kita tidak tahu membezakan mana yang patut diberi keutamaan dahulu dan yang mana perlu dikemudiankan. 2) Tabiat atau Mindset suka menangguhkan kerja Telah menjadi tabiat kita atau tabiat bangsa kita suka menangguh-nangguhkan kerja kononnya esok masih ada. Kalau kerja tidak selesai hari ini esok boleh buat lagi. 3) Suka membicarakan perkara yang remeh temeh Perkara yang tidak perlu dibincangkan lagi kerana telahpun berlaku kita sanggup membuang masa membincangkannya. Umpamanya keputusan perlawanan akhir bola sepak kita masih membincangkannya lagi. Walhal ia tidak mungkin mengubah keputusan. 4) Tidak yakin kepada orang lain boleh membantu kita Semua kerja kita hendak lakukan seorang diri. Seolah-olah tidak ada orang lain yang boleh membantu kita. Oleh sebab itu kita gagal mengagihkan kerja kepada orang lain. 5) Membuat keputusan secara terburu-buru Sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan sepatutnya kita tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Bincang dahulu dengan ahli keluarga kita atau mereka-mereaka yang berkaitan barulah keputusan yang diambil itu tepat dan tidak merugikan. 6) Gagal menggunakan teknologi masa kini dalam melaksanakna aktiviti yang hendak dilakukan. Untuk membayar bil-bil sepatutnya kita tidak lagi beratur di kaunter Celcom, Satu, TNB dan seumpamanya. Dengan teknologi masa kini kita boleh menguruskannya melalui internet di tempat kerja atau di rumah.