Laporan daripada World Competitiveness Year Book 2007 yang dikeluarkan oleh IMD sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka di Switzerland, meletakkan kerjaan Malaysia sebagai keenam terbaik di dunia dari aspek kecekapan. Kerajaan Malaysia berjaya mengatasi negara-negara seperti United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis dalam kategori negara berpenduduk melebihi 20 juta orang.
Kejayaan kerajaan ini membuktikan betapa bersungguh-sunggunya kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memperbaiki kualiti perkhidmatan sektor awam sehingga mampu untuk duduk sama tinggi dan berdidi sama rendah dengan negara-negara maju lain.
Tidak hairanlah kini bila mana iklan-iklan pekerjaan di sektor awam diiklankan di media cetak atau media massa, ia mampu menarik minat puluhan malah ratusan ribu pemohon dalam tempoh yang singkat. Masyarakat mula memandang tinggi sektor awam dan tidak lagi menganggap ia pekerja kelas kedua. Untuk mengekalkan bahkan meningkatkan lagi kedudukan sektor awam ini bukalah sesukar mana, bak kata orang ‘kalu hendak serbu daya, tak hendak seribu dalih’. Banyak panduan yang telah digariskan oleh tampuk kepimpinan kerajaan ke arah usaha penambahbaikan kerterusan ini.
Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini telah menggagaskan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau kita perhalusi satu persatu huruf-huruf dalam formula ‘ABCDE’ ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang haruskan dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.
(A) Amanah
Memperihalkan akan peripentingginya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuqt sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperi ‘mencuri tulang’, mengamalkan rasuah atau bersifat bengis terhadap pelanggan. Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.
(B) Bijak
Konsep pekerja yang bersifat ulul albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud ‘Bijak’. Ulul albab dalam sektor awam merangkumi semua pekerja daripada pembantu am rendah hinggalah mereka yang bijak dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimiliknya tidak kira ia bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama.
(C) Cekap
Huruf C untuk ‘Cekap’ menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ‘aras tanda’ iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realistik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap pencapaian tersebut.
(D) Dedikasi
Dedikasi’ yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam beekrja akan mewujudkan apa yang dipanggil sense of belonging yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertangngungjawaban terhadap organisasi.
(E) Efektif
Manakala huruf E pula membawa erti ‘Efektif.’ efektir yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna keada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima pangngilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelangan itu diambil tindakan yang seajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.
Ramuan ‘ABCDE’ ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalin, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawast awam itu mencipta kesempuranaan dalam bekerja. Rasionalnya, sehingga bila-bila pun sektor awam akan sentiasa ‘berkhidmat kepada rakyat’ dan perkhidmatan yang diberikan perlukan kekal di kelas pertama.
Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan