Modal insan yang ada dalam sesebuah organisasi adalah seorang yang mempunyai kemahiran tentang kerja dan sentiasa belajar untuk meningkatkan keupayaannya. Pekerja mahir adalah aset penting organisasi. Pekerja hendaklah melengkapkan diri menjadi pekerja mahir atau profesional dalam bidang tugasnya.
Bagaimana ada dapat mengukur profesionalisma anda. Pekerja yang profesional melaksanakan kerja dengan cepat, deras atau laju. Kerja yang diamanahkan oleh majikan dilaksanakan dengan cepat dan laju. Tugasan yang diberi cepat disiapkan. Bukan sekadar cepat tetapi cekap dalam melaksanakan tugas yang diberi. Menjadi tempat rujukan kepada kakitangan yang lain. Seorang pekerja profesional melaksanakan kerja dengan tepat dan tidak membuat kesilapan atau kesalahan yang berulang-ulang.
Mempunyai tahap motivasi, komitmen serta kepuasan kerja yang tinggi. Orang yang bermotivasi sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi. Keutamaan tugas didahulukan melebihi keperluan peribadi. Motivasi dirinya datang dari dalaman . Tercetus dari naluri hatinya tanpa paksaan dari sesiapa. Melaksanakan tugas semata-mata kerana Allah. Motivasi kepada Allah adalah motivasi yang terunggul. Kalau tidak kepada Allah kepada siapa lagi.
seorang pekerja yang mempunyai minda kelas pertama menjadi contoh baik kepada pekerja lain. Menjadi idola kepada orang lain. Pekerja yang menjadi kebanggaan majikan adalah pekerja yang cemerlang dalam tugas yang dilaksanakan. Malah kecemerlangan itu diterjemahkan dalam semua aspek sama ada semasa melaksanakan tugas, hubungan sosial dan sifat tolong menolong antara dengan pekerja yang lain.
Dihargai oleh pihak pengurusan dan rakan sekerja adalah ciri-ciri pekerja minda kelas pertama. Ketiadaannya dirasai kehilangan dan kekurangan dalam organisasi tersebut. Tidak seperti melukut ditepi gantang ada tidak menambahkan sukatan tiada pun tidak mengurangkan sukatan.
Pekerja minda kelas pertama sentisa meninggalkan legasi ditempat dimana ia bertugas. Memberi sumbangan bermakna kepada organisasi, jasanya akan dikenang bak kata pepatah melayu. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan jasa. Kehilangan nya Sukar dicari ganti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan