Selasa, April 08, 2008

Pengurusan Sumber Kewangan Keluarga

Sebagaimana sedia maklum bahawa sumber kewangan keluarga adalah terbatas. Punca pendapatan adalah terhad dan terbatas. Jumlahnya terhad dan ada limit sedangkan kehendak manusia dan keluarga tidak terbatas. Oleh itu pengurusan sumber kewangan keluarga yang baik akan menemukan kehendak yang tidak terbatas dengan pendapatan yang terhad tadi pada satu titik, ia itu titik keseimbangan. Jika titik keseimbangan ini bertemu ia akan mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga. Pengurusan sumber kewangan yang baik akan terbinanya sebuah institusi keluarga yang berkualiti. Tujuan pengurusan sumber kewangan ialah untuk mengawal kewangan sesebuah keluarga. Jika seseorang itu tahu aliran kewangan pengurusan kewangan keluarga lebih mudah dilaksanakan. Sesebuah keluarga itu seharusnya tahu sumber pendapatannya. Berbagai sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga. Seorang pegawai kerajaan, sumbernya mungkin daripada gaji. Bagi peniaga, sumber pendapatan daripada keuntungan perniagaan. Petani sumber pendapatan daripada hasil pertanian. Nelayan daripada hasil tangkapannya dan sebagainya. Tak kiralah daripada sumber mana yang penting tahu sumbernya. Mengurus sumber kewangan dengan baik dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang membazir saudara kepada syaitan. Apa yang lebih penting adalah untuk kita mencari mencari rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Seharusnya setiap sen yang dibelanjakan untuk keluarga mendapat ganjaran pahala dari Allah. Ertinya perbelanjaan yang kita belanjakan untuk keluarga menjadi ibadah disisi Allah SWT. Lihat sahaja masyarakat yang ada dikeliling kita jarang keberkatan yang dicari sebaliknya mencari kemewahan dan banyaknya pendapatan. Lantas apa sahaja yang terlintas semua disapunya, asalkan sahaja mampu memberi kekayaan semuanya direntap. Tiada lagi persoalan dosa dan pahala, tiada lagi persoalan syurga dan neraka. Mana nak berkat dalam kehidupan berkeluarga kalau falsafah hidup, tepuk dada tanya selera. Selera ada hubung kaitnya dengan nafsu. Kalau setiap tindakan kita beraja dimata bersultan dihati pantang apa sahaja yang lalu hentam sajalah, pedulikan dosa pahalanya. Sepatutnya kita kena tukar peribahasa " tepuk dada tanya selera" kepada " tepuk dada tanya iman " .
Justeru itu langkah mengurus kewangan keluarga adalah merancang pembelian atau perbelanjaan. Bukan sahaja perbelanjaan malah perkara-perkara lain pun kita kena rancang dalam kehidupan ini. Perancangan yang baik sebenarnya akan menentukan kualiti hidup sesebuah keluarga.
Bagi mengelakkan bebanan hutang pembelian hendaklah secara tunai. Jangan jadi kebiasaan pembelian secara hutang. Walaupun nampak mudah, tetapi kesannya amat menyakitkan. Ramai keluarga yang gagal kerana bebanan hutang. Zaman moden hari ini banyak bank menawarkan kemudahan kad kredit untuk menggalakan kita berhutang. Ada yang bankrab kerana kad kredit. Bila masalah hidup kerana hutang jurang kehancuran keluarga semakin hampir. Oleh itu pastikan anda tidak terjebak dalam masalah hutang ini. Berbelanjalah dengan cara tunai.
Dalam mengurus kewangan keluarga jangan pula menjadi amalan atau hobi melepak di pasar raya atau dikedai. Mata mudah rabung bila melihat barang.kegemaran kita. Oleh itu elakkan selalu berkunjung kepusat membeli belah. Jangan biarkan diri kita terpikat dipusat membelibelah.
Untuk memudahkan perancangan perbelanjaan keluarga, setiap pembelian yang dilakukan hendaklah dicatat dalam sebuah buku atau menyimpan bil dalam sebuah file keluarga. Ini memudahkan kita menyediakan akaun keluarga. Lagi pun ia memudahkan dalam membuat perbandingan harga dan mengubahsuai perancangan kita.
Disarankan juga dalam menguruskan kewangan keluarga kita hendaklah mengamalkan prinsip qanaah (berpada-pada) dan berhemah. Amalkan juga prinsip dua dalam satu semasa membuat perbelanjaan untuk keluarga. Keperluan duniawi keluarga dapat dipenuhi. Diakhirat mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Mengurus sumber kewangan keluarga jadi ibadah.

Tiada ulasan: