Minda kelas pertama merupakan salah satu daripada lima teras utama dalam Misi Nasional untuk meningkatkan keupayaan, pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimilik, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian.
“Success is a state of mind. If you want success, start thinking of yourself as a success.”
-Prof. Madya Dr. Tengku Mahmud Shah Al Haj.
YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia telah mengariskan 8 ciri untuk mencapai mentaliti kelas pertama :-
1. Nilai budaya yang tinggi
2. Integriti dan kekuatan moral
3. Tindakan bermaruah
4. Penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi
5. Sikap proaktif
6. Berakhlak luhur
7. Tidak mementingkan diri
8. Memberi sumbangan bermakna
Proses pembentukan minda kelas pertama melibatkan cara berfikir dan proses berfikir. Cara sesaorang melihat sesuatu ia itu cara melihat sesuatu yang melibatkan kepercayaan dan nilai dan juga cara bertindak. Kenyataannya mental melibatkan kepercayaan dan perasaan. Nilai dan cara bertindak dalam keadaan tertentu yang membentuk sikap, keperibadian, kerangka minda, keterampilan dan personaliti.
“Bacalah Al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikir. Janganlah habiskan masa saudara pada perkara yang tiada memberi faedah.”
-Hassan Al Banna.
Minda merupakan output daripada proses akal fikiran, daya berfikir, cara melihat sesuatu dan cara bertindak yang melibatkan kepercayaan, perasaan dan nilai. Disuburkan oleh ilmu pengetahuan yang banyak dan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi masalah dan mengilhamkan pemikiran baru. Ia turut menggambarkan sikap, personaliti dan ketinggian keperibadian seseorang.
“A mind is like a parachute. It doesn’t work unless it’s open.”
-Prof. Madya Datin Dr. Zubaida Alsree.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan