Sabtu, April 12, 2008

Lawatan Ke Kota Singa Terkenang Lagu "Anak Kecil Main Api"

Singapura 10 April 2008 - hidup adalah survival, kerana hidup adalah perjuanagan. Itulah gambaran yang boleh kita lihat kepada penduduk melayu Singapura. Melayu Singapura tidak sama dengan Melayu Malaysia. Melayu Singapura perlu bekerja keras untuk meneruskan kehidupan , mereka bersaing dan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki. Tanpa bersaing mereka akan terus tertindas. Tiada dana dan tiada subsidi persaingan perlu bersama bangsa lain. Selama 3 hari blogger bersama 12 orang rakan daripada Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu (Sumber Manusia) menyelami kehidupan rakyat Singapura. Kami menginap di Golden Landmark , terletak di Arab Rd. Berhampiran Masjid Sultan. Perkampungan Glam telah dijadikan warisan untuk pelancongan. Pekerja restoran mamak ghairah menarik pelanggan. Tapak untuk perniagaan cukup terhad tapi mereka masih selesa menguruskan perniagaan mereka. Layanan kepada pelanggan perlu diutamakan dalam persaingan ini. Di kawasan ini makanan halal mudah ditemui. Anda boleh menikmati makanan halal yang mudah lagi murah. Melihat kehidupan masyarakat melayu saya teringat lagu anak kecil main api terbakar tangan sendiri....
Lawatan pertama kami ialah ke Civil Service College. Ketibaan kami disambut mesra oleh petugas. Seterusnya dibawa melawat ke sekitar kolej dan juga bilik kuliah. Peserta datang dari pelbagai negara. Begitulah kehebatan mereka dalam marketing kolej mereka. Perkhidmatan awam Singapura terdiri daripada golongan muda yang berumur 30 -40 tahun. Kebanyakan mereka bersara awal untuk menyertai swasta atau memulakan perniagaan sendiri. Gaji mereka agak lumayan dengan mengamalkan skim CPF dijangka selepas bersara mereka telah pun mempunyai modal dan pengalaman serta kontek untuk memulakan perniagaan sendiri.
Setiap kakitangan kerajaan diberi target untuk dicapai. Dengan performen dan target dapat dicapai kakitangan awam diberi bonus sehinnga 40 % cukup lumayan. Setiap penjawat awam perlu menjalani latihan selama 100 jam atau 12.5 hari setahun.

Tiada ulasan: