Kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa terdapat satu permata yang tiada penghujung nilainya. Nilai tersebut akan berakhir sehinggalah berlaku kematian. Selagi kita masih bernafas selagi itulah permata ini akan sentiasa bergerak untuk membantu kita.
Mengikut kajian, minda manusia ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama yang terletak di bahagian kiri kita dinamakan minda sedar (conscious mind) sementara di sebelah kanan pula dinamakan minda separa sedar (subconscious mind)
Minda sedar berfungsi memikirkan perkara perkara logik seperti membaca, mengira, membuat keputusan atau ringkasnya minda ini berfungsi sepanjang masa kita sedar. Kepasiti memori minda bahagian ini hanyalah 12% sahaja.
Minda separa sedar pula berfungsi menerima saja apa yang didengar, dibau, dilihat dan dirasa. Ianya berfungsi tanpa henti samada masa kita tidur mahupun masa berjaga. Minda separa sedar ini bersifat tidak boleh menolak apa yang diterima. Ianya dirakam sampai bila bila masa, contohnya perisitwa yang berlaku 20 tahun lepas masih jelas terbayang dalam ingatan. Wajah datuk kita yang telah meninggal 30 tahun sudah masih boleh diingat lagi. Kenapa kita masih ingat? sebab kapasiti memori minda separa sedar ini adalah 82%. Anda boleh bayangkan sekeping cd berkapasiti 700mb yang boleh merakamkan gambar bergerak selama satu jam setengah. Sekiranya anda berumur 30 tahun, ingatan tersebut boleh dimasukkan kedalam 219,000 keping cd.... fantastik
Oleh kerana minda separa sedar ini bersifat menerima sahaja maka setiap perkataan yang hendak kita tuturkan dari mulut perlu bersifat positif, contohnya apabila anda memerahi anak anak, jauhi dari mengeluarkan perkataan perkataan negatif. Sedikit sebanyak perkataan ini akan terlekat dalam minda ini dan amat sukkar untuk dibuangkan.
Minda separa sedar ini akan lebih sensetif lagi apabila berada dalam keadaan tenang dan fokus. Hasil dari penelitian terhadap minda ini maka keluarlah kaedah rawatan hipnotraphi. Kaedah rawatan ini amat berkesan digunakan untuk rawatan penyakit berbentuk emosi dan fizikal. Penyakit berbentuk emosi ini seperti fobia, malas, tabiat buruk, sedih, trauma, takut, tidak kratif dan lain lain sementara penykit fizikal pula seperti urat saraf, darah tinggi, kencing manis dan lain lain. Ubat dari penyakit ini adalah saranan saranan yang diberikan semasa minda separa sedar betul betul berfungsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan