Masa adalah usia, amanah Allah pada hambanya. Setiap orang dikurniakan masa yang sama 24 jam sehari semalam tidak terkurang sesaat pun. Allah swt bersumpah dalam (Surah al-Asr: 1-3)
“Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Dalam hadith Rasulullah saw bersabda rebutlah lima masa sebelum datang lima masa. (1) Masa mudamu sebelum tuamu (2) Masa sihatmu sebelum sakitmu (3) Masa kayamu sebelum papamu (4) Masa lapangmu sebelum sibukmu (5) Masa hidupmu sebelum matimu.” Hadith riwayat Al-Hakim
Peribahasa Melayu mengatakan masa itu adalah emas. Ini menggambarkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita. Kehilangan masa akan menyebabkan kita kerugian harta benda. Pepatah Cina mengatakan kalau anda kehilangan seinci masa anda tidak mungkin dapat menggantikannya walaupun dengan seinci emas. Pepatah Arab mengatakan masa itu umpama pedang, kalau anda tidak berhati-hati dengan pedang ia akan memancung diri anda sendiri. Begitulah betapa mustaknya masa dalam kehidupan kita. Ramai manusia bercita-cita mahu menjadi manusia hebat. Untuk menjadi insan yang cemerlang sama ada di dunia atau akhirat setiap daripada kita perlu mengurus masa dengan cara yang terbaik. Soalnya apakah yang dikatakan pengurusan masa. Memang perkataan ini selalu kita denganr malah kita juga telah mendengar ceramah berhubung dengan pengurusan masa. Tetapi apkah erti pengurusan masa atau time management. Pengurusan masa adalah mengurus aktiviti dalam kehidupan kita. Bermula daripada bangun pagi seingga tidur semula di malam hari kita mempunyai seribu satu macam aktiviti yang hendak dilakukan. Alangkah baiknya kita menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang di tempat kerja dan juga di dalam rumah tangga, apatah lagi kalau kita menjadi insan yang cemerlang juga dalam masyarakat. Tetapi apa yang berlaku sesetengan daripada kita cemerlang di tempat kerja dan gagal di rumah tangga. Ada pula yang hebat di dalam rumah tangga tetapi gagal di tempat kerja. Bila kita gagal mencapai matlamat alasan yang selalu kita beri adalah kerana tidak cukup masa. Soalnya mengapa kita tidak cukup masa. Dalam menguruskan masa kita yang telah diberikan oleh Allah SWT 24 jam setiap orang dalam menguruskan aktiviti kehidupan kita perlu diurus dengan cara yang berkesan. Alasan tidak cukup masa bukanlah penyelesaian masalah. Tidak cukup masa disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:- 1) Gagal mengatur keutamaan aktiviti yang hendak dilakukan Dalam banyak aktiviti yang hendak kita lakukan selalunya kita gagal menyusun keutamaan dalam aktiviti tersebut. Dimana kita tidak tahu membezakan mana yang patut diberi keutamaan dahulu dan yang mana perlu dikemudiankan. 2) Tabiat atau Mindset suka menangguhkan kerja Telah menjadi tabiat kita atau tabiat bangsa kita suka menangguh-nangguhkan kerja kononnya esok masih ada. Kalau kerja tidak selesai hari ini esok boleh buat lagi. 3) Suka membicarakan perkara yang remeh temeh Perkara yang tidak perlu dibincangkan lagi kerana telahpun berlaku kita sanggup membuang masa membincangkannya. Umpamanya keputusan perlawanan akhir bola sepak kita masih membincangkannya lagi. Walhal ia tidak mungkin mengubah keputusan. 4) Tidak yakin kepada orang lain boleh membantu kita Semua kerja kita hendak lakukan seorang diri. Seolah-olah tidak ada orang lain yang boleh membantu kita. Oleh sebab itu kita gagal mengagihkan kerja kepada orang lain. 5) Membuat keputusan secara terburu-buru Sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan sepatutnya kita tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Bincang dahulu dengan ahli keluarga kita atau mereka-mereaka yang berkaitan barulah keputusan yang diambil itu tepat dan tidak merugikan. 6) Gagal menggunakan teknologi masa kini dalam melaksanakna aktiviti yang hendak dilakukan. Untuk membayar bil-bil sepatutnya kita tidak lagi beratur di kaunter Celcom, Satu, TNB dan seumpamanya. Dengan teknologi masa kini kita boleh menguruskannya melalui internet di tempat kerja atau di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan