Perbincangan lebih mendalam berkaitan soal tuntutan kembali royalti petroleum dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat dijangka akan dapat diadakan pada pertengahan Mei depan. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said membertahu pemberita di Telok Kalong, Kemaman . Bernama melapurkan beliau sedang menunggu masa dan tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan perkara tersebut.
“Bagi masa saya akan berunding...kita akan cuba yang terbaik,” kata Dato' Ahmad Said .Menteri Besar berkata wartawan lebih tahu tentang sokongan rakyat terhadap isu tuntutan royalti apabila diminta mengulas tentang perkembangan isu tersebut. “Saya rasa anda (wartawan) lebih tahu jawapannya daripada saya...anda selalu jumpa dengan rakyat, anda tahu semua laporan,” kata Ahmad Said Beliau berkata sekiranya royalti tersebut kembali ketangan kerajaan negeri ia akan memudahkan kerajaan negeri untuk mengatur lebih banyak program pembangunan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat di negeri ini.
Kerajaan Pusat menghentikan pembayaran wang royalti sebanyak lima peratus kepada Kerajaan negeri semasa PAS mentadbir Terengganu tahun 2000 setelah ditimbulkan oleh perwakilan UMNO Dungun dalam Perhimpunan Agong UMNO. Kerajaan PAS Terengganu telah membawa kes tersebut kemahkamah, namun kes tersebut tidak diteruskan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan Idris Jusoh. Banyak pihak telah menyatakan sokongan kepada Mad Said menuntut royalti minyak kembali ke negeri Terengganu kecuali pihak UMNO Terengganu yang masih belum membuat kenyataan apa-apa sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan