Saidina Ali mengatakan
“Manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar” itulah minda. Otak dan minda tidak dapat dipisahkan, ia seumpama pisau dan ketajaman pisau. Otak itu pisau manakala ketajaman adalah minda. Jika pisau boleh diasah untuk jadi tajam, maka otak juga boleh diasah untuk ketajaman minda. Permata berlian pun jika tidak diasah tidaklah tinggi harganya. Demikianlah juga minda untuk dibina dan dibangunkan perlu melalui proses ketajamannya.
KEHEBATAN OTAK.
Kita hebat kerana otak kita ada 10 bilion sel neoron. Sel ini kalau tak hidupkan ia mati, pengsan atau tidur.
Mampu memiliki - 120 jenis kemahiran
Bayangkan 1 sel sahaja menyamai sebuah komputer
Kebanyakan manusia hanya menggunakan
5-10 % daripada kemampuan otak
Sentiasa bertindak cemerlang
“Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat mengasihi seseorang yang apabila dia melakukan pekerjaannya dia melakukan dengan cara yang paling baik.”
(HR: At- Thabrani)
• Kejayaan dalam matlamat hidup manusia adalah keupayaan menghadapi masalah atau cabaran
• Orang berjaya boleh mengubah keadaan mengikut kehendaknya dan bukan terpengaruh dengan keadaan
• Kegagalan kita adalah kekalahan sementara
• Kegagalan sebenarnya bukan diri kita tetapi percubaan kita
Halangan kejayaan adalah diri kita sendiri
Ramai orang mati semasa muda tapi dikuburkan sesudah tua.
Orang cemerlang menunjuk hasil. Orang gagal memberi alasan
Salah satu sifat terpenting orang cemerlang ialah kebolehan mendorong diri untuk bertindak
•Siapa kita- cermin diri
•Apa peranan kita
•Yang terbaik – sebaik-baik kejadian
•Apa yang terjadi ada hikmahnya
•Kita ada kekuatan minda
•Jika kita sangka baik – hasilnya baik
•Jika kita sangka buruk – hasilnya buruk
Cermin diri kenal diri kita melalui orang lain
•Mulakan lah langkah… Pasti Allah bantu
•Selangkah kita dekat, Allah seribu langkah
•Kita datang kepada Allah secara berjalan, Allah datang kepada kita secara berlari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan