Rabu, Disember 30, 2009

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian i.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA)

"Key Result Area" atau KRA memjuk kepada Bidang Keberhasilan Utama sesebuah organisasi atau jabatan yang bertanggungjawab. Di dalam istilah mudahnya, Bidang Keberhasilan Utama boleh dijelaskan sebagai bidang utama di dalam sesebuah jabatan yang merangkumi dari sudut pengambilan pekerja, keselamatan di tempat kerja, pengurusan professional, pentadbiran sumber manusia dan sebagainya. Selain itu ianya juga memjuk kepada tanggungjawab utama seseorang pegawai dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya untuk menjayakan misi jabatan.

Terdapat beberapa kepentingan Bidang Keberhasilan Utama di antaranya ialah;-

• Dapat menetapkan objektif dan matlamat
• Meletakkan meutamaan kepada aktiviti yang penting
• Mampu menjimatkan masa dan juga pengurusan kerja
• Mampu memberi nilai tambah kepada keputusan yang dibuat
• Mampu menjelaskan peranan dan tanggungjawab pegawai atau jabatan dengan lebihjelas
• Memberikan focus terhadap hasil kerja berbanding aktiviti kerja

Pentadbiran Bidang Keberhasilan utama terbahagi kepada beberapa cabang utama di dalam sesebuah organisasi di antaranya ialah;-

• Bahagian Sumber Manusia
• Bahagian Pengurusan
• Bahagian Pentadbiran
• Bahagian penyelenggaraan
• Pengurusan fail
• Pengurusan keselamatan & Kesihatan
• Sistem Perhubungan Pelanggan

Kepentingan elemen Bidang Keberhasilan Utama sangatberkait rapat dengan perkara-perkara berikut iaitu:-

• Misi Organisasi
• Visi organisasi
• Objektif Korporat Organisasi
• Strategi Korporat Organisasi

Syarat utama Bidang Keberhasilan Utama adalah memerlukan hampir 80% daripada bidang tugas sesuatu jabatan manakala selebihnya iaitu 20% adalah datangnya daripada tanggungjawab bersama seperti membantu ahli kumpulan, mengambil bahagian di dalam aktiviti di tempat kerja dan sebagainya.

Sebagai contoh, bidang utama di dalam jabatan sumber manusia adalah untuk mengambil pekerja. Untuk memastikan pekerja yang bekerja mencapai matlamat organisasi, organisasi tersebut perlulah mempunyai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI bagi memastikan matlamat pengambilan pekerja itu tercapai. Pekerja yang diambil bekerja haruslah mempunyai daya pencapaian yang diperlukan oleh sesebuah unit di dalam organisasi. Kelayakan yang secukupnya perlu diberi perhatian dan diutamakan selain pengalaman di dalam bidang yang berkaitan.

Selain itu, di dalam bidang Keselamatan dan kesihatan Pekerja pula, organisasi perlu memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin dan mampu mengurangkan berlakunya kemalangan. Oleh itu perlu diwujudkan KPI bagi memastikan matlamat mengurangkan peratusan kemalangan di tempat kerja tercapai.

Ringkasnya KRA adalah bidang-bidang utama yang ada di dalam sesebuah organisasi samada kementerian, jabatan, agensi ataupun syarikat yang berperanan untuk menggerakkan sesebuah organisasi tersebut. Untuk itu, perlu diwujudkan Petunjuk prestasi Utama di dalam setiap bidang utama tersebut.

PENGGUNAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

KPI adalah satu system pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. Maklumat ini akan digunakan sebagai tanda aras yang akan menjadi komponen utama sesebuah organisasi bagi mencapai konsep amalan terbaik. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Tujuan KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor¬-faktor utama yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi.

Untuk KPI berfungsi dan memberikan faedah kepada organisasi, ianya harus diukur secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. KPI boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti Directional KPI iaitu memberikan ukuran yang baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang spesifik dan memantau sama ada terdapat penambahbaikan. Quantifitable KPI diwakili oleh angka dan memberikan ukuran yang tepat untuk menganalisis data. Terdapat juga KPI yang menggunakan sifat seperti lemah, sederhana dan baik yang boleh ditukarkan kepada skala Likert 1-5. Secara keseluruhannya KPI menyediakan peluang kepada organisasi untuk menyasarkan bidang-bidang yang perlu dilakukan penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi. .

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian ii

HUBUNGAN DIANTARA KRA DAN KPI

Kita sedia maklum bahawa salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Ini bermaksud jika kementerian Pelajaran Malaysia sebagai contoh harus mempunyai KPI dan juga turut tidak terkecuali ialah semua sekolah di seluruh Malaysia. Bourne dan Bourne (2002) telah merumuskan secara keselurohannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertamanya, menjelaskan hala tuju organisasi. Melalui pembinaan KPI, warga kementerian pelajaran misalnya dapat menyedari perkara¬-perkara penting dan patut diberikan perhatian serius dalam menjayakan misi dan visi kerajaan. Di peringkat ini misi dan visi kementerian pelajaran adalah untuk mencapai dasar yang telah diperkenalkan iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sistem pengukuran yang baik akan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategic di sekolah. Setiap warga kementerian akan dapat mengenal pasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan individu dengan sasaran kerja kumpulan seperti Kawalan Mutu Kerja (KMK), dengan perancangan startegik kementerian dan seterusnya dapat menentukan samada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai atau tidak.

Perkara kedua ialah dengan mengaplikasikan sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI, kementerian akan dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama yang disampaikan kepada jabatan pelajaran dan pihak berkepentingan yang lain. Penggunaan KPI dapat membantu kementerian dalam menentukan tindakan yang perlu diambil. System pengukuran merupakan sesuatu yang dinamik. Pengukuran secara tekalakan dapat membantu kementerian mengenal pasti Perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada keberkesanannya. Oleh itu, tumpuan dapat diberikan kepada perkara¬perkara penting yang menjadi teras kepada kecemerlangan dan keberkesanan kementerian.

Ketiganya, penggunaan KPI akan dapat membolehkan kementerian menilai semula prestasi yang telah disasarkan. Kesesuaian strategi yang telah diimplementasi juga boleh dikenalpasti melalui Penilaian semula prestasi menggunakan KPI dan tindakan-tindakan pembetulan serta penambahbaikan yang perlu dibuat. Untuk memantapkan prestasi, kementerian harus membandingkan pencapaian masa lalu dengan prestasi semasa serta menyasarkan prestasi pada masa akan datang. Melalui penggunaan KPI kementerian akan dapat mengekalkan kelebihan daya saing serta menjamin kecemerlangan dan memantapkan prestasi kementerian agar sejajar dengan kehendak kerajaan. .

Key Result Area (KRA) Bidang Keberhasilan Utama dan Key Performance Indicators (KPI). Bahagian iii

MEMBINA KPI

Perlaksanaan pengukuran menggunakan KPI adalah bertujuan untuk mengukur prestasi perkhidmatan dan penyampaian sesebuah organisasi. KPI yang diwujudkan hendaklah merangkumi aspek kecekapan dan keberkesanan proses-proses utama dalam menghasilkan dan menyampaikan perkhidmatan utama kepada pelanggan serta aspek kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diterima.

Perlaksanaan pengukuran prestasi memerlukan pembinaan KPI dan sasaran prestasi sebagai asas membuat pengukuran. Sasaran prestasi hendaklah mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan. Sasaran prestasi yang ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah memenuhi eiri-eiri SMART (specific, measurable, achievable, realistic and time bound)

Rajah menunjukkan Langkah-Iangkah untuk mewujudkan KPI dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi . Rajah di atas juga menunjukkan bagaimana KPI dibentuk. Selepas menetapkan KPI dan sasaran prestasi, organisasi yang bertanggungjawab perIu pengumpulan maklumat dan menilai pencapaian dengan membandingkan pencapaian sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Jurang pencapaian sebenar dengan sasaran perlu dikenal pasti serta analisis sebab-sebab berlakunya jurang perlu dibuat dan seterusnya mencadangkan tindakan penambahbaikan yang perIu dibuat.

Pemantauan harus dibuat memenuhi kehendak pelanggan luar (masyarakat) dan pelanggan dalaman ( state holder ). Berdasarkan kepada pengumpulan data dan analisis yang telah dibuat serta pemantauan oleh pihak organisasi terlibat, langkah yang terakhir ialah melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi organisasi. Penambahbaikan yang dilakukan juga perlu dinilai secara berterusan melalui pengukuran prestasi menggunakan KPI dan sasaran prestasi.

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama adalah mekanisma penting yang perlu ada bagi sesebuah organisasi. KRA dan KPI dapat membantu organisasi menetapkan sasaran dan objektif organisasi dengan lebih jelas dan spesiftk lagi.

Dengan menetapkan bidang keberhasian utama, maka organisasi tersebut haruslah mempunyai model KPI yang tersendiri supaya mudah dieapai. KPI yang dibentuk juga haruslah menggunakan ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, realistic, Time Bound). Penggunaan KPI merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI di dalam kerajaan penting bagi memastikan tahap prestasi telah tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak masyarakat dan pihak berkepentingan. Melalui KPI, pihak organisasi kementerian dapat mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjamin keberkesanan kementerian dan memenubi kehendak pelanggan.

Rujukan

R.Kaufman,H.Oatdey-Browne,R.Watkins,.2003.Strategic Planning for Success:Aligning People, Performance and Payoffs.

Robert S. Kaplan & David P.Norton. 1992. The Balanced Scorecard:Translating strategy into action. .

Isnin, Disember 28, 2009

Menetapkan matlamat hidup yang jelas untuk melangkah menuju sukses

Dalam permainan dan sukan, mesti ada gol agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama untuk menjaringkan gol lawan. Dengan lain perkataan, wujud satu matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.

Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki gol (goal) matlamat dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi goal mempunyai ciri-ciri yang khusus agar lebih mudah tercapai dan dinilai tahap pencapaiannya.

Bagaimana untuk menetapkan goal ?

Fikirkan apa yang anda hajati atau inginkan. Tuliskan kesemuanya. Gunakan proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea. Kemudian, buat keputusan apa sebenarnya yang anda inginkan atau impikan.

Tuliskan di atas kertas atau di dalam buku. Semak senarai kesemua goal anda.

Kenalpasti sebab-sebab kenapa anda mahu goal yang berkenaan.

Tuliskan sebab-sebab ini di kertas atau dalam buku. Ini kerana alasan atau sebab datang sebelum yang lain.

Jika anda mempunyai alasan yang membara dan jitu, lautan api sekalipun akan anda redah. Tak hairanlah telah ada di kalangan rakyat kita yang sanggup berjalan kaki atau berbasikal mengelilingi dunia.

Lazimnya setiap goal harus mempunyai ciri-ciri menurut akronim SMART.

S= SPECIFIC (khusus)

M=MEASURABLE, MANAGEABLE (dapat diukur kejayaannya, boleh diuruskan secara munasabah)

A = ACHIEVABLE, AMAZING, AWESOME (boleh dicapai, berjejak di alam nyata, hebat,mengagumkan)

R =RELEVANT, REALISTIC, RASIONAL ( relevan, realistik, munasabah, boleh diterima akal)

T =TIME FRAME, TRACKABLE ( jangka masa pencapaian, boleh dijejaki atau dipantau)

M.Heppel dalam bukunya berjudul "How to be Brilliant" mengutarakan agar goal hendaklah memiliki 3 ciri-ciri P ia itu:-

Personal (peribadi),

Positive (positif),

Present tense (kala kini, sekarang).

Goal yang bersifat peribadi memiliki kuasa WIIFM iaitu "apa yang saya dapat dari semua ini". Kita sedang memperkatakan tentang goal persendirian dan bukan kumpulan atau syarikat. Kita memperkatakan tentang goal ANDA , goal yang akan membuat anda berbeza dari anda dulu, atau dari orang lain yang mengenali diri anda.

Goal juga mestilah sesutu yang positif contohnya, "saya ingin bebas dari hutang dalam satu tahun lagi" merupakan goal yang tidak positif tetapi sebaliknya. Perkataan "hutang" adalah perkataan negatif. Pernyataan goal anda sepatutnya berbunyi " Dalam setahun saya bebas dari segi kewangan".

Perkataan "akan" dalam pernyataan goal anda memberi makna kala hadapan atau akan datang. Kita mesti menggunakan "sekarang" atau seolah-olah sudah berlaku. Apabila kita menetapkan gol kita dalam kala masa kini atau telah berlaku, otak bawah sedar (subconscious) kita akan bekerja keras bagaimana mencapai gol berkenaan. Ia akan mencari jalan dan memberi idea bernas untuk menjawab persoalan "HOW" atau "bagaimana". Justeru , pada peringkat permulaan di atas, kita mesti jelas di fikiran kita tentang "WHY" atau "kenapa " atau sebab kita mesti mendapat atau berjaya dalam sesuatu goal kita.

Terdapat beberapa aspek kehidupan yang mana goal wajib dibuat. Untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan saling lengkap melengkapi (insan kamil mutakkammil) kita hendaklah mengambil berat serta prihatin dalam kesemua aspek kehidupan iaitu kerohanian/spiritual, fizikal, kewangan, kerjaya, pendidikan, keluarga/famili, masyarakat, emosi/mental, dan masa lapang (senggang/hobi). Aspek utama goal ialah kita mesti memiliki goal dalam medan kerohanian atau spiritual. Sebagai contoh, " saya mesti memahami apa yang saya ucapkan dalam solat saya di penghujung bulan April 2010", "saya mesti dapat menghafaz surah AtTariq pada bulan Mei 2010" dan sebagainya.

Dalam aspek fizikal, sebagai contoh, "saya dapat belari keliling balapan Stadium tanpa berhenti sebelum penghujung tahun 2012".

Setelah selesai proses menetapkan atau mengwujudkan senarai goal, setiap goal yang telah ditulis mestilah mempunyai senarai langkah tindakan (action steps) yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, goalnya ialah "saya hendak mendapat sijil tambahan dalam bidang kaunseling di hujung tahun 2012", maka langkah tindakan selanjutnya mungkin: melayari internet untuk mencari program PJJ (pendidikan jarak jauh) yang ditawarkan serta perkara yang berkaitan seperti kos, jangkamasa dll., merujuk individu tertentu seperti kaunselor sekolah, merujuk KWSP untuk pembiayaan dengan pengeluaran simpanan, berbincang dengan majikan atau bos hasrat untuk sambung belajar dan seterusnya.

Senarai langkah tindakan bagi setiap satu goal harus dibuat mengikut keutamaan (priority). Kemudian, laksanakan langkah tindakan yakni BUAT. Buat sesuatu setiap hari. Rujuk goal dan langkah tindakan setiap hari. Pada setiap hari, lihat, bayangkan dan sebut goal anda. Jika perlu, gantungkan senarai goal anda di tempat-tempat yang anda mudah melihatnya seperti di cermin muka, di bilik air atau pada dash board kereta. Semoga berjaya duniawi ukhrawi..

Ahad, Disember 27, 2009

Hargailah kehidupan ini

Erti Kehidupan

Hidup adalah peluang, rebutlah ia.

Hidup adalah keindahan, kagumi ia

Hidup adalah mimpi, realisasikannya

Hidup adalah cabaran, hadapilah ia.

Hidup adalah kewajipan, tunaikanlah ia.

Hidup adalah permainan, bermainlah dipentasnya.

Hidup adalah janji, tunaikanlah ia.

Hidup adalah kesedihan, atasikanlah ia.

Hidup adalah lagu, nyanyikanlah ia.

Hidup adalah perjuangan, terimalah ia.

Hidup adalah tragedi, hadapilah ia.

Hidup adalah pengembaraan, beranilah tempuhinya.

Hidup adalah keberuntungan, dapatkanlah ia..

Hidup ini terlalu berharga, jangan memusnahkannya

Hidup adalah kehidupan, berjuang untuk itu.

Selamat menyambut tahun baru 2010 yang bakal menjelang tiba.

Rabu, Disember 23, 2009

Apakah benar wujudnya budaya "ketakutan" dalam perkhidmatan awam hari ini ?



Apakah benar terdapatnya budaya ketakutan dalam perkhidmatan awam hari ini. Itu yang dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini (23/12/2009). .

Wujudnya Perkhidmatan awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.. Relevan atau tdak sesebuah agensi kerajaan itu bergantung kepada penerimaan pelanggan. .

Perkhidmatan awam juga bertanggungjawab kepada stakeholder ia itu ketua-ketua kerajaan, pembuat-pembuat dasar, lembaga-lembaga pengarah, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat. .

Ruang untuk membuat aduan atau cadangan terbuka luas melalui sms, surat khabar ,radio, blog-blog dan website menjadikan perkhidmatan awam terpaksa mengubah sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan tepat. .

Oleh itu sistem penyampaian yang dapat memenuhi kehendak dan mengembirakan pelanggan akan menjadi matlamat utama perkhidmatan awam. Ini adalah untuk mempastikan supaya perbelanjaan kerajaan tidak sia-sia dan member faedah yang tinggi kepada pelanggan dan stakeholder. Perkhidmatan awam hari ini telah berubah atau mempunyai kebolehan untuk berubah (adopt and adapt) kepada keperluan semasa dan masa akan datang. .

Perkhidmatan awam hari telah berubah cara berfikir, cara bekerja dan bertindak bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Ini terbukti apabila berlaku perubahan dalam pemerintahan kerajaan, kakitangan dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan-pendekatan baru yang dibuat oleh pentadbiran semasa. .

Kerajaan pula sentiasa menyokong dan memberi peluang kepada perkhidmatan awam untuk berubah dan mencapai kecemerlangan. Kelemahan-kelemahan yang berlaku pada masa ini lebih merupakan kekurangan dari sudut ilmu dan kemahiran serta beberapa sikap dan mindset yang negetif yang bersifat individu. .

. Faktor-faktor ini boleh diatasi bukan sahaja dengan bantuan organisasi tetapi juga dengan keinginan kakitangan berkaitan. Kita dapat melihat bahawa hampir 90% kakitangan awam memberi perkhidmatan mereka sehingga tempoh pencen. Ini bermakna mereka 'loyal' kepada perkhidmatan awam dan sanggup menghabiskan separuh hayat mereka untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Selasa, Disember 22, 2009

Gagasan1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, memerlukan pengurusan pentadbiran awam berorientasikan prestasi sebagai suatu budaya.

Dikalangan negara membangun perkhidmatan awam Malaysia adalah yang terbaik. Ia berperanan untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara dan telah membantu Kerajaan membentuk negara yang berdaulat, aman dan makmur.

Dalam dunia yang semakin kompetitif dan global, memberi cabaran besar kepada perkhidmatan awam. Ekspektasi pelanggan telah meningkat dan pelanggan lebih bermaklumat

Perkhidmatan kerajaan bukan sekadar memenuhi kehendak pelangan tetapi Kepuasan pelanggan merupakan sesuatu yang perlu diutamakan, supaya perkhidmatan awam terus kekal relevan. Oleh itu kecemerlangan perkhidmatan awam adalah menerusi sistem penyampaian perkhidmatan yang menepati kehendak dan cita rasa pelanggan.

Keperluan kepada sistem penyampaian yang berkualiti dan cekap, rakyat juga mengharapkan layanan yang saksama, mesra, bersopan santun dan berbudi bahasa. Gagasan pucuk pimpinan Negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, memerlukan pengurusan pentadbiran awam berorientasikan prestasi sebagai suatu budaya. Oleh itu prestasi perkhidmatan awam perlu diukur.

Dalam konteks ini, pendekatan berasaskan Bidang Hasil Pencapaian Utama atau Key Result Area (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) telah dijadikan asas dalam proses pengukuran pencapaian prestasi. KRA merupakan hasil utama yang perlu dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan misi organisasi berkenaan. Manakala KPI merupakan indikator utama.

Perkhidmatan awam perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari kaedah terbaru bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keadaan semasa.

Usaha-usaha peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan adalah usaha yang berterusan. Apabila satu tahap kualiti telah tercapai, usaha perlu terus ditingkatkan lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Ini adalah kerana ekpektasi dan kehendak pelanggan tidak statik tetapi turut meningkat. Oleh kerana itu, usaha mengemaskini, merombak serta menyusun semula untuk memperkenalkan prosedur baru, inovasi dan aplikasi teknologi akan berterusan untuk memastikan perkhidmatan awam memenuhi aspirasi negara dan harapan rakyat.

Khamis, Disember 17, 2009

Menghayati Ikrar Perkhidmatan Awam untuk kecemerlangan.

Setiap anggota Perkhidmatan Awam akan membuat ikrar bahawa semasa dan selagi berkhidmat dengan Kerajaan akan patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan seperti yang terkandung dibawah semasa menjalankan tugas – tugas

I. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Ii. Bekeeja dengan penuh tanggungjawab
Iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Iv. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
V. Bekeeja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Vi. Bekerjasama dalam membereras kelemahan dan musuh musuh negara
Vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ikrar sebegini akan dilafazkan oleh setiap anggota Perkhidmatan Awam sebaik sahaja mereka melapur diri dihadapan ketua perkhidmatan atau wakilnya. Hakikat ikrar ini adalah pematuhan dan integriti anggota perkidmatan bagi memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Ikrar merupakan pernyataan lisan terhadap janji-janjinya dihadapan Allah swt. Bersaksikan ketua perkhidmatan.

Unsur-unsur perkhidmatan berkualiti diterapkan dalam ikrar tersebut . Janji untuk tidak mementingkan diri sendiri akan teruji bila terdapat perbezaan antara tuntutan perkhidmatan dengan tuntutan pribadi. Yang mana satu patut dibuat pilihan terlebih dahulu. Gagasan untuk mendahulukan rakyst atau merakyatkan pentadbiran telah lama diterapkan dalam perkhidmatan swam.

Oleh itu setiap anggota perkhidmatan awam wajib menggayati setiap patuh perkataan ikrar yang diucapkan.

Isnin, Disember 14, 2009

Integriti adalah cabaran terbesar perkhidmatan awam masa hadapan

Kerugian yang kerajaan tanggung dalam skander PKFZ ialah RM 1.35 Billions.Manakala kerugiaan tahunan kerajaan RM28 billions akibat salah urus dalam projek-projek kerajaan Banyak manakah nilai RM28 billon itu?. Mungkin angka dibawah member1 gambaran kepada kita nilai harta benda sebanyak itu.

Cuba kita bayangkan banyak mana RM1 Bilions ?. Ia adalah bersamaan dengan RM 1000 juta. Atau dalam bentuk angkanya ialah RM1,000,000,000

Sekiranya kita mempunyai wang yang sebanyak itu apa yang boleh kita buat?. Menurut Dr Mohd Tab Presiden Institut Integriti Malaysia dalam Konvensyen JKP 7 Disember yang lalu wang yang sebanyak itu kita boleh melaksanakan projek

90 sekolah rendah @ 11 juta sebuah sekolah
500 buah jambatan @ RM2juta sebuah jambatan
667km Jalan Luar / Bandar (kelebaran 21’ @ RM1.5juta /km)
6,667 km Jalan Kg (kelebaran 14’ @ RM150k /km)
5,000 Taska/Pusat Sumber (RM200k seunit)
23,310 Rumah kos rendah @ RM42,000 seunit
55,555 unit rumah PPRT (RM18k seunit)
4 juta unit basikal @ RM250 seunit
6.6 juta pasang uniform sekolah untuk pelajar @ RM150 sepasang

Bayangkan….

……Apakah yang boleh diperolehi dengan RM28 billion setahun……..
- Tak Perlu Bayar Tol?
- Tak Perlu GST?
- Tak Ada Orang Miskin?
- Dan Lain-lain?
….Inilah Cabaran Terbesar Perkhidmatan Awam Masa Hadapan……..

Sabtu, Disember 12, 2009

‘Good Governance' atau Tadbir urus baik

Apa yang saya faham dari Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) bertemakan Tadbir Urus Baik Penentu Pembangunan Mampan. Konvensyen JKP 2009 pada 7-8 Disember 2009 di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.

‘Good Governance' atau Tadbir urus baik dianggap sebagai kunci pengurusan pembangunan oleh Bank Dunia. Dimana dimensi pengurusan sektor awam mempunyai akuntabiliti, kerangka undang-undang untuk pembangunan dan ketelusan maklumat .

Dalam konteks Perkhidmatan awam ‘Good Governance' ialah "Pengurusan yang profesional & mempunyai akauntabiliti. Dalam ertikata lain perkhidmatan awam yang boleh menyelenggarakan peraturan-peraturan, mengekalkan standard & daya saing bagi memastikan akuntabiliti dari segi kewangan dan pentadbiran. . Ia sangat sangat penting bagi mendapat keyakinan sektor swasta ..

. Good Governance' mengikut takrif “Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP)” adalah proses membuat keputusan dan bagaimana mana menentukan keputusan dilaksanakan atau tidak"

Asian Development Bank mentakrifkan Good Governance' ialah "Norma-norma tingkahlaku yang menentukan kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat sepertimana yang dijanjikan.. Terdapat empat elemen asas: akuntabiliti , penyertaan i, prediktabiliti, transparens"

Elements Good Governance (ESCAP)

1. Efektif dan Efisien (Cekap dan berkesan)
2. Mengikuti peraturan dan undang-undang
3. Penyertaan
4. Berorientasi Konsensus
5. Akuntabiliti
6. Responsif
7. Transparen (ketelusan)
8. Adil dan saksama

1. Efektif dan Efisien
PEMUDAH ditubuhkan untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kecekapan sector awam. Pada permulaannya terdapat 89 isu yang berkaitan denagan sector swasta. Umpamanya isu berkaitan dengan kelulusan permit yang mengambil masa berminggu-minggu telah dapat diselesaikan dalam masa 7 hari sahaja. Pendaftaran syarikat daripada 3 hari kepada 1 jam sahaja.

2. Peraturan dan undang-undang
Peraturan dan undang-undang sangat penting. Dalam hal ini kecekapan mahkamah sangat diutamakan. Banyak perjanjian yang ditandatangani yang melibatkan Negara ketiga perlu penyelesaian segera. Proses mahkamah yang mengambil masa yang panjang akan mendatangkan persepsi yang bias kepada pihak tertentu.

3. Penyertaan.
Komunikasi yang berkesan stakeholders dengan rakyat adalah jantung hati pembangunan . Dalam hal ini penglibatan Persatuan , Syarikat ,, NGO, parti politik) & orang ramai dapat memberi kesan kepada rancangan & pelaksanaan projek dan program, terutama nya yang melibatkan kepentingan mereka. Sebagai contoh jika kerajaan berbelanja RM 1 untuk membuat keputusan,dengan membelanjakan RM10 untuk konsultansi. Adalah lebih baik daripada menghabiskan RM 100 untuk membatalkan projek yang tidak dirancang dengan baik

4. Berorientasi Konsensus
Penglibatan agensi-agensi berkaitan perlu namun terdapat juga pro dan kontra sehingga persetujuan dicapai untuk menyelesaikan sesuatu isu. Contohnya : Dasar Pekerja Asing – dilibatkan sama MTUC dalam membuat dasar. Mengambil masa 2 tahun sebelum persetujuan dicapai.

5. Akuntabiliti
Orang ramai mengharapkan akuntabiliti sebenar sector awam . Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tanggungjawab apabila sesuatu krisis berlaku. Sebagai contoh pihak pengurusan Bank Central Govt. dari New Zealand mengundurkan diri ketika inflasi melebihi target . Untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai wujudnya akauntabiliti dalam sector awam tidakan tegas hendaklah dilaksanakan jika terdapat lapuran salah laku dalam sektuor awam.

6. Responsif
Tuntukan agar kerajaan melaksanakan tadbir urus yang baik telah meningkat dengan peningkatan pendidikan rakyat ,ketelusan maklumat masyarakat sivil kuat, pengawal, internet & blog . Oleh itu penjawat awam hendaklah fleksibel & responsive terhadap perubahan dan keperluan rakyat. Contohnya : kaedah baru pembayaran & penghantaran harus dilaksanakan.. Jam bekerja harus memenuhi keperluan pelanggan, Perkhidmatan pelanggan harus mengikuti piagam pelanggan yang ditetapkan.

7. Transparen (ketelusan)
Berkaitan dengan akuntabiliti & ketersediaan maklumat kepada umum Peraturan kerajaan dan kriteria untuk membuat keputusan yang diperlukan. Tiada pelindungan untuk pelaku rasuah, kebocoran dan penyalahgunaan kuasa

8. Adil dan saksama
Ketidakadilan dalam penyediaan perkhidmatan awam perlu ditangani dengan segera.-Perkhidmatan yang adil dan saksama adalah sesuatu yang penting dan sangat releven dengan Mlaysia yang rakyatnya multiras dan multi-agama. Kepelbagaian harus tercermin dalam dasar dan perlaksanaan system penyampaian kerajaan.

Kesimpulannya kepimpinan tertinggi dalam perkhidmatan awam harus menunjukkan komitmen terhadap tadbir urus yang baik. Mengkaji semula prosedur pentadbiran untuk menangani isu-isu etika, kemungkinan penyalahgunaan kuasa, dan lain-lain di persekitaran yang lebih kompleks .Kemudahan untuk rakyat membuat aduan hendaklah disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti Nombor telefon, alamat email dan perlindungan. Kepada pengadu.

Jumaat, Disember 11, 2009

Sektor awam perlu bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah rakyat

Sesungguhnya bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Era globalisasi, pembangunan ICT yang pesat dan pembaharuan dalam teknologi memungkinkan ekspektasi rakyat terhadap sistem perkhidmatan awam kini telah berubah. Kematangan rakyat pada masa kini dalam menyuarakan pandangan dan cadangan merupakan satu titik tolak perubahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada. Sekali gus senario ini mewujudkan satu cabaran terhadap Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang efektif, dan berkualiti dapat diberikan. Oleh yang demikian, penjawat awam tidak seharusnya menganggap aduan pelanggan sebagai satu bebanan sebaliknya menjadikan ianya sebagai satu peluang dan cabaran untuk menambahbaik dan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2009 yang telah dikeluarkan pada 24 Februari 2009 mendefinisikan pengaduan awam ialah pengaduan-pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam (public utilities) yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewangan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Apa yang rakyat boleh boleh adukan berhubung dengan system penyampaian kerajaan telah dikategorikan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sebanyak 10 kategori sepertimana berikut :-

i) Kekurangan kemudahan awam
ii) Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
iii) Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
iv) Tindakan tidak adil
v) Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon
vi) Salahgunaka kuasa/penyelewangan
vii) Salahlaku anggota awam
viii) Kegagalan penguatkuasaan
ix) Pelbagai aduan
x) Kelewatan atau tiada tindakan
Oleh itu sistem penyampaian perkhidmatan yang sebelum ini menitikberatkan produktiviti perlu diubah kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa telah memberikan ruang kemudahan kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan, cadangan dan pandangan secara terbuka. Kesediaan orang awam dalam berkomunikasi secara terus dengan Kerajaan hendaklah dianggap sebagai satu bonus yang boleh menambahbaik penyampaian perkhidmatan sedia ada.

Sekiranya, maklum balas atau aduan tidak diberi perhatian yang serius, perkhidmatan awam akan terjejas dan ini akan mencalarkan imej Kerajaan. Situasi ini memerlukan sektor awam untuk bertindak dengan lebih kreatif, pantas, responsif dan berinovasi dalam menangani masalah aduan kelewatan atau tiada tindakan yang diambil. Isu dan skop aduan perlu dianalis secara mendalam, telus dan adil tanpa membelakangi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai pelbagai ekspektasi, persepsi, cita rasa dan kerenah yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengalah dan sekaligus tidak bermakna bahawa sektor awam gagal dalam melaksanakan dasar dan undang-undang yang telah ditetapkan. Usaha-usaha penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perlu dilakukan secara berterusan dengan bersungguh-sungguh.

Jangan doakan bencana untuk satukan orang Melayu yang sedang berpecah

Masihkah wujud jati diri yang bertunjangkan Alif, Baa & Ta (Agama, bangsa dan Tanah Air) dikalangan orang Melayu. Dikalangan orang Melayu perjuangannya tidak ada istiqamah. Hanyut dan terumbang ambing seperti perahu di samudera luas. Seperti lalang ketika ditiup angin sekali ke Hulu sekali ke Hilir.. Bangsaku ini banyak cakap dari bekerja, berkontroversi dan suka bergaduh dan dengki sesama sendiri. Sifat ini terbawa-bawa dalam semua aspek kehidupan, termasuk politik dan agama.Saya melihat pergaduhan dikalangan Ummat melayu ini tidak berkesudahan, mujurlah tidak sampai berbunuhan sesame Melayu Islam A dan Islam B. Sepertimana puak Sunni dan Syiah di Iraq.

Masalah ini ia telah lama diketahui. Pakar psaikologi dan antropologi telah pun memperkatakan masalah ini berdasarkan analisa dan kajian empirikal mereka. Namun amaran dan peringatan itu ia tidak diambil hirau. Sikap ini bukan saja ada pada Melayu yang berpendidikan rendah, tetapi Melayu berpendidikan tinggi yang bergelar intelektual juga. Bahkan Melayu intelektuallah yang mengajar Melayu berpendidikan rendah untuk bergaduh! .

Kesemua sifat ini membawa kepada kehidupan Melayu yang tertutup. Berfikiran secara jumud, ego, keras kepala dan panas baran yang natijahnya akan meletakkan Melayu dalam satu belenggu (stigma) hidup yang meresah dan menyeksakan. Sebagai contoh tengok saja bagaimana sikap Melayu dalam mempertahankan kedudukan dan maruah bangsa mereka. ini bila ada yang mengungkit soal ketuanan Melayu.. Kerana itu mereka memberi amaran dan warning dari masa ke semasa. Kata-kata, “jangan main api”, “jangan biadap”, “sedar diri”, “ini peringatan terakhir”, “jangan cabar Melayu”, dan sebagainya sering kita dengar dari masa ke semasa.. seolah-olah jika ada pihak yang sentuh juga akan mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. .

Sebenarnya sudah banyak kata-kata sebegini yang kita dengar namun bangsa lain terus mengungkit. Namun habuk pun tiada tindakan dari orang Melayu. Malah bansa lain semakin berani. Dalam kehebatan Melayu memberi amaran dan warning, mereka terus memperolehi apa yang mereka inginkan. Keadilan sosial yang mereka perjuangkan demi kepentingan kaum mereka sudah diperolehi sedikit demi sedikit. .

Tuntutan mereka sepaya ISA dipinda. Telah pun dipinda. Begitu juga dengan DEB yang dilihat mendiskriminasikan mereka telah dirombak hasil daripada perjuangan mereka. Hak-hak keistimewaan Melayu menerusi DEB sudah pun dikurangkan. Terbaru ialah desakan agar BTN dibuabrkan untuk tidak menjadi bilik indoktrininasi semangat petriotik bangsa Melayu. Kita juga akur. Terbaru peruntukan pembinaan mesjid pun mereka pertikaikan. .

Perjuangan orang Melayu berbeza dengan perjuangan orang Cina. Orang Melayu berjuang politik untuk memartabatkan ekonomi orang Melayu. Politik pertama. Kedua Sosial dan Ketiga barulah Ekonomi. Tetapi perjuangan orang Cina pertama Ekonomi, kedua Sosial dan yang ketiga politik. Jadi mereka menggunakan kekuatan ekonomi untuk mendapatkan kuasa politik. .

Jadi apakah erti dan maknanya orang Melayu melaung, membakar gambar, mengangkat sepanduk dan meludah kata-kata kesal yang merindingkan bulu roma, tetapi ia tidak memberi bekas langsung dan pihak dikecamnya sedikit demi sedikit memperolehi apa yang dijuangkan. .

Sehubungan itu juga pemimpin siasah Melayu sendiri harus membina intergriti diri yang mantap. Mengapa pemimpin Cina khasnya DAP diminati kerana mereka mempunyai intergriti dan kredibiliti yang mampan. Sebaliknya soal intergriti dan kredibiliti ini di kalangan pemimpin Melayu agak buruk dan sesetengahnya amat jelek. Ramai orang kata untuk Melayu menjamin hak mereka Melayu kena bersatu. Pada saya dalam keadaan hari ini Melayu tidak akan bersatu. Ego dan amarah Melayu sangat tinggi. Inilah menyebabkan Melayu akan membenci antara satu sama lain. Bangsa dan agama bukan wadah yang boleh mempersatukan Melayu. Sebab masing-masing ada teori, ada formula dan ada fahaman dan keyakinan tersendiri. Dalam penghayatan agama Pas dengan Umno tidak sama, persamaannya hanya dalam filsafah dan kiblat saja. .

Sudah menjadi lumrah manusia bila dalam keadaan tersempik baru ingatkan kawan dan Tuhan. Contoh mudah, orang Melayu bila tersepak tunggul di jalan atau terjatuh longkang dia akan menyebut, Allah... maknanya orang Melayu ingat Tuhan waktu sakit saja. Selagi tidak sakit Melayu akan ego, 'manggak' dan merasa hebat sendiri.

Rabu, Disember 09, 2009

Tadbir urus yang baik menjamin kecemerlangan yang berterusan

7 - 8 Disember 2009 saya menghadiri Konvensyen Keutuhan Pengurusan 2009 di Kuching, Sarawak. Diantara pembentangan kertas ialah Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Dalam pembentangan tersebut beliau menyarankan supaya sektor awam melaksanakan tadbir urus yang baik dengan memperolehi penarafan yang cemerlang.

Amalan tadbir urus yang baik hendaklah dibudayakan bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan. Keperluan untuk mendapatkan penarafan yang cemerlang adalah penting kerana penarafan adalah suatu yang lumrah. Lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kita perlu mempertingkatkan daya saing negara . Daya saing Negara akan dinilai melalui laporan penarafan antara bangsa. .

Mahu tidak mahu prestasi perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan. Untuk itu kerajaan telah mewujudkan beberapa sistem penarafan antaranya ialah: .

i. Indeks Akauntabiliti olah Jabatan Audit Negara Mengukur akauntabiliti dan integriti pegawai-pegawai dalam menguruskan kewangan agensi dari segi mematuhi segala peraturan dan prosedur kewangan kerajaan.

ii. Star Rating oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan. Penilaian berpandukan kepada 4 kriteria ia itu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.

iii. Star Rating MAMPU Melibatkan agensi kerajaan peringkat persekutuan dan pentadbiran kerajaan negeri Sistem penarafan ini menunjukkan bahawa semua agensi telah mengambil langkah positif untuk meningkatkan prestasi pengurusan serta untuk memupuk budaya kualiti dalam sektor awam. .

Justeru itu sistem penyampaian perkhidmatan awam tidak boleh berkompromi langsung dengan kelemahan. Tindakan yang tegas harus diambil terhadap kelemahan yang berlaku dalam pengurusan Wang awam sepertimana lapuran audit 2008. KSU dan Ketua Jabatan hendaklah membuat siasatan lanjut terhadap kes penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran Wang awam. Jika terdapat kesalahan yang dilakukan. Hukuman setimpal hendaklah dikenakan. .

Berbelanjaan berhemah perlu dibudayakan disemua peringkat yang berasaskan prinsip "value for money". Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum membuat komitmen perbelanjaan. Perbelanjaan bukan hanya menghasilkan output tetapi outcome. Oleh itu pengurusan kewangan agensi hendaklah sejajar dengan matlamat strategik agensi. .

Untuk itu melalui tadbir urus yang baik seharusnya mampu melahirkan penjawat awam yang berupaya berfikir dan berubah mengikut kehendak dan citarasa stakeholders dan pelanggan. Penjawat awam yang mampu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuaan yang terkini. "The governent knows best era is over" Untuk itu kerajaan telah mengeluarkan pelbagai perkelilung dan arahan merangkumi pelbagai espek pelaksanaan tugas. Prinsip tadbir urus yang baik telah diterapkan melaluinya. Soalnya sejauh mana pelaksanaannya?.

Jumaat, Disember 04, 2009

Guru pidatoku. Icon Pidato Nusantara

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan besar. Apa yang penting ialah anda perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya ia perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman.

Dalam kehidupan seseorang banyak terlibat dalam berbagai bentuk komunikasi dikhalayak umum, umpamanya anda diminta untuk memperkenalkan diri dalam majlis. Anda diminta untuk menjadi pengurusi majlis. Anda dilantik menjadi wakil kumpulan untuk berucap. Anda ada sepatah dua kata kepada tetamu. Anda diminta memperkenalkan sahabat anda kepada hadirin. Anda terlibat dalam debat / pidato. Mewakili rombongan keluarga untuk merisik. Dijemput memberikan ceramah umum di atas pentas.

Pastinya anda mempunyai perasaan gementar bila dikhalayak ramai. Mereka yang terlatih juga ada perasaan ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana pada 2 - 4 Disember 2009 berpeluang berguru dengan Dato’ Dr. Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof seorang tokoh pidato Nusantara. Beliau telah menerima anugerah ’Top Motivator of The Year 2000’ di dalam persidangan MALIC III Malaysian Insurance Institute di PWTC, telah mengangkat semangat beliau meneruskan perjuangan di dalam bidang motivasi dan pidato. Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam bidang tersebut di mana suara dan wajah beliau sering berkumandang di corong radio 1 RTM dan TV1 dalam Rancangan Jendela Pagi dan segmen motivasi Riak-Riak Remaja.

Beliau merupakan pengasas kelab pidato serta Pengerusi Pusat Latihan Pidato Professional (PULAPI-PRO). Beliau lebih dikenali sebagai guru motivasi dan guru pidato Melayu yang berkaliber. Beliau merupakan Certified Professional Motivator PLPP.

Beliau telah dianugerahkan doktor falsafah di dalam bidang Social Science dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ’humanitarian organizational/behaviour’. Malah, beliau turut menerima ’Certificate in Entrepreneurial Management Programme’ dari University of New England, Australia. Beliau juga memperolehi Dip. In L.I.M MII-lutc (USA).

Beliau merupakan seorang Pengarah Pembangunan Perniagaan kepada FETC dan turut bertindak sebagai ’Professional Consultant Speaker’ kepada beberapa buah syarikat. Turut dibanggakan apabila beliau dilantik sebagai ’Speaker Bumiputera’ yang berceramah di 2nd Asia Pasific Life Insurance Congress (APLIC). Malah, beliau turut muncul sebagai ’The Best Motivator’ ketika Agency Conference di World Trade Centre Singapore. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Majlis Perundingan Belia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2002. Beliau merupakan pemimpin Gerakan Belia 4B kawasan parlimen Cheras.

Pelbagai anugerah telah diraih sepanjang meneruskan karier beliau antaranya menerima anugerah ’Top Group Sales Manager 2000’ di Annual Convention di Genting Highlands. Selain itu, beliau turut menerima anugerah ’Gold Supremacy Award 1998’ dari GE Life. Beliau juga dianugerahkan ’MII-Professional Agent Award’ pada tahun 1999 serta menerima anugerah Citra Agong Pidato Asean 2004.

Beliau pernah menulis di ruangan motivasi di akhbar dan majalah seperti Progress News, Frontline, Wtti, Pesona, PA Magazine dan banyak lagi. Beliau turut menerbitkan beberapa buah buku seperti Belia Tunjang Negara, Yakin Boleh, Rahsia Usahawan dan banyak lagi. Malah, kaset dan VCD beliau telah pun berada di pasaran.

YM Dato' Dr Syed Ahmad mengatakan bahawa "Pidato bukan sekadar melontarkan kata-kata semata-mata, tapi pidato adalah cara melontarkan kebijaksanaan. Pidato adalah ilmu kalam dan ilmu kalam adalah datangnya dari Allah s.w.t dan gunakanlah ilmu kalam ini untuk mendapat redha Illahi."

Katanya lagi
Kalau tanah ada sempadannya,
Kalau pohon ada akarnya,
Kalau tugu ada tiangnya,
Kalau bangsa ada bahasanya,
Kalau pidato ada pejuangnya,
Kalau pejuang ada perjuangannaya.

Untuk pengetahuan semua, Dato Syed Ahmad mempelajari pidato dari gurunya Kiyai soeharjo dari Indonesia. Di Malaysia, antara tokoh-tokoh yang juga mempelajari pidato dari Kiyai soeharjo ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Shamsiah Fakeh, Tan Sri Asiah Ghani dan Pendita Zaaba.

Rasa teruja bila mendengar Dr. Syed berpidato yang menyerlahkan teknik verbal dan non verbal beliau yang sangat lancar, memukau dan boleh menaikkan semangat orang. Intonasi suara beliau juga begitu lantang dan beliau dapat mengekalkan momentum lantang tu selama beliau mengendalikan kelas tersebut.

Tamat sahaja pidato, semua peserta akan melaung serentak dengan menunjukkan tangan kepada peserta yang berpidato dengan lafaz motivasi , "You are the best"... insya Allah, semoga impian Dato' untuk mewujudkan Universiti Agung Pidato Malaysia akan tercapai sebagaimana kata Dato' : "Impian tidak akan menjelma selagi kita tidak bermimpi untuk berimpian" .

Semuga saya dan anda juga menjadi manusia hebat macam Dato’ Syed Ahmad.

Terima kasih Institut Integriti Negeri Terengganu dan Institut Integriti Malaysia.

Belajar dari pengalaman untuk membina masa depan yang lebih gemilang

E-mail dari Seorang hamba Allah Assalamualaikum w.b.t. Tuan, pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya email saya berbentuk tidak formal.

Saya merupakan pegawai khidmat singkat (PKS) gred 41 di sebuah jabatan kerajaan. Secara amnya, saya tidak memperoleh apa-apa perlindungan daripada pihak Jabatan termasuklah perlindungan perubatan, KWSP dan lain-lain. Jujurnya, saya terbaca blogspot caknasayang secara tidak sengaja ketika saya mencari maklumat mengenai perkhidmatan awam. saya melihat tuan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai perkhidmatan awam.

Untuk pengetahuan tuan, sebagai pegawai khidmat singkat, saya tidak mempunyai autoriti untuk menurunkan tandatangan ke atas sebarang surat rasmi jabatan. Di bawah skim Contract For Service, Ketua Jabatan ragu-ragu untuk memberikan sebarang tugas rasmi dan tunjuk ajar mengenai selok-belok perjalanan tugas di Jabatan ini. Disebabkan saya merupakan graduan yang tidak mempunyai pengalaman berkerja, maka urusan seperti menaip surat rasmi (memo), urusan kewangan, dan urusan pentadbiran merupakan perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini.

Tiada kursus dijalankan bagi PKS seperti saya (melainkan dengan arahan Ketua Jabatan). Saya dihantar oleh Kementerian, maka dengan sebab itu, segala soal jawab mengenai tugas saya, perlu diajukan kepada pegawai penyelia di Kementerian (yang juga PKS). Baru-baru ini, saya difahamkan oleh pegawai tersebut bahaw pegawai PKS hanya menjalankan tugas-tugas ad-hoc dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa. Namun, SUB di Kementerian memaklumkan bahawa penempatan saya di Jabatan ini adalah untuk menjalankan tugas-tugas hakiki pegawai M41.

Untuk pengetahuan tuan juga, senarai tugas saya diterima setelah 3 bulan berkerja di sini. dan saya mengalami kekeliruan mengenai tatacara untuk menguruskan pejabat dan menyelesaikan tugas-tugas seperti dalam senarai tugas memandangkan tiada kursus pernah dihadiri dan tiada pegawai untuk dirujuk. Saya tidak berani untuk membuat panggilan rasmi ke JPA atau MAMPU atau mana-mana jabatan lain memandangkan kewujudan saya seolah-olah ditutup di jabatan ini.

Oleh itu, saya memohon jasa baik tuan sekiranya tuan dapat memberikan pendapat dan cadangan bagi memudahkan saya menyelesaikan kekusutan ini.

Jawapan saya:-

Pertamanya saya memohon maaf kerana kurang arif tentang Pelantikan Contract For Service Bagi Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Bayaran dan kemudahan kepada mereka hanya terhad kepada yang diluluskan sahaja. Tempoh perkhidmatan bagi lantikan ini adalah sehingga 31 Disember 2010

Masalah yang saudari hadapi merupakan masalah yang lazim dialami oleh pegawai yang baru dilantik. Lebih-lebih lagi jika ia bukan bertaraf tetap. Walau bagaimana pun peluang ini merupakan sesuatu yang istimewa yang kerajaan berikan kepada saudari. Ramai lagi rakan-rakan saudari yang tidak berpeluang seperti saudari. Gunakanlah sebaiknya peluang yang singkat ini untuk mencari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tugas yang diamanahkan. Saya percaya dengan pengalaman ini akan membantu kita membina kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan dating.

Ingatlah bahawa semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Besuk adalah impian yang belum nyata. Tetapi hari ini adalah penentu siapa kita dihari besuk. Tempat belajar yang terbaik adalah pengalaman.

Dalam mencari ilmu dan pengalaman jangan kita malu untuk bertanya. Pastikan ada keinginan untuk mempelajari ilmu yang baru. Kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain.

Selasa, Disember 01, 2009

Buku rekod perkhidmatan tidak direkod dengan sempurna

Sejarah perkhidmatan tercatat dalam buku rekod perkhidmatan. Rekod perkhidmatan ini hendaklah diurus dengan sempurna. Sebaik sahaja seorang pegawai melapur diri buku perkhidmatan hendaklah disediakan. Semua catatan mengenai perkhidmatan hendaklah dimasukan dalam buku tersebut. Diantara catatan yang terdapat ialah butir-butir peribadi dan peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam perkhidmatannya hendaklah dicatitkan satu persatu. Cuti. Kursus, pergerakan gaji dan lain-lain hendaklah direkodkan dengan teratur. Setiap catatan hendaklah disahkan oleh pegawai gred 27 keatas.

Catatan bermula bila seorang pegawai memasuki perkhidmatan dan berakhir bila seorang pegawai keluar dari perkhidmatan atau berpencen. Catatan ini telah menjadi rekod awam. Ianya dilindungi dibawah akta akib. Denda bagi kesalahan memusnahkan rekod awam adalah RM5000 atau satu tahun penjara.

Apa yang dikesalkan terdapat ketua jabatan yang tidak berapa cakna mengenai rekod perkhidmatan kakitangan dibawahnya. Manakala pemilik buku rekod itu sendirit tidak pernah melihat rekod perkhidmatannya. Pegawai tidak tahu sama ada rekod perkhidmatannya dicatat dengan betul atau tidak.

Bila menyediakan dokumen pencen dan pihak urusetia yang menyemak dokumen tersebut sebelum dihantar kepada JPA barulah tersedar banyak perkara yang tidak betul dicatatkan dalam rekod perkhidmatan. Catatan cuti tidak betul. Tangga gaji tidak teratur dan sebagainya. Terdapat juga kes yang mana taraf jawatan tetap dan berpencen tidak dicatatkan. Terdapat kes diman seorang pegawai telah dinaikkan pangkat tidak dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan. Dengan itu pegawai berkenaan terpaksa pencen dengan jawatan lamanya.

Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada kemudahan pencen pegawai berkenaan. Jangan terperanjat terdapat penjawat awam yang tiada langsung rekod perkhidmatan dan menyebabkan mereka langsung tidak dapat pencen yang sepatutnya mereka dapat . Kesian sungguh.

Jumaat, November 27, 2009

Dasar Latihan Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu mengekalkan konsep TERs

Konsep Terengganu (TERs) dapat meningkatkan motivasi penjawat awam dan seterusnya meningkatkan system penyampaian.

Konsep Terengganu (TERs) ialah singkatan daripada maksud seperti berikut:-

T = Training (Latihan)

E = Enrichment (mempekayakan)

R = Reward (Ganjaran)

S = shoot (gugur/ambil tindakan disiplin)

Secara keseluruhan konsep TERs ini memberi satu gambaran dan peringatan daripada kerajaan negeri bahawa setiap penjawat awam yang telah diberi latihan dalam segala aspek dan ditempatkan di pejabat yang lengkap dengan segala kemudahan mestilah memberi komitmen dan yang terbaik kepada jabatannya. Jika penjawat awam ini cemerlang maka mereka patut diberi ganjaran dalam bentuk anugerah cemerlang atau lain-lain ganjaran. Walaubagaimanapun jika kakitangan tersebut setelah diberi ilmu dan disediakan segala kemudahan tetapi masih lagi bermasalah dan kurang berdisipin dalam pekerjaan maka mereka sepatutnya perlu diambil tindakan tatatertib sama ada diberi amaran sehinggalah di buang kerja mengikut Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatakelakuan) 1993.

Konsep TERs ini akan melatih penjawat awam dalam pelbagai bidang ilmu sama ada dalam bentuk latihan kendirian, motivasi, peraturan yang besesuaian dengan tugas mereka disamping melengkapkan pejabat dengan segala kemudahan terkini seperti computer peralatan ICT, kenderaan dan lain-lain peralatan yang diperlukan.

Dengan adanya ilmu /latihan dan tempat kerja yang selesa dan sesuai ianya akan menyebabkan motivasi penjawab awam akan meningkat. Latihan juga akan menambah ilmu kepada kakitangan dimana ilmu yang diajar tadi boleh di sampaikan pula kepada penjawat awam di bawahnya untuk digunakan bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat atau pelanggan.

Konsep ‘ Reward ‘ (ganjaran ) kepada penjawat awam yang cemerlang juga akan menyebabkan mereka menanam sikap untuk bekerja kuat dan memberi perkhidmatan yanag terbaik supaya pihak jabatan dan pelanggan dapat menilai dan seterusnya memilih mereka untuk memberi’Reward’ sama ada dalam bentuk Anugerah pekerja cemerlang, lawatan keluar negeri atau dalam bentuk kewangan. Kesan daripada ‘Ganjaran’ ini akan meningkatkan lagi motivasi penjawab awam dan sistem penyampaian jabatan kepada masyarakat.

Konsep ‘shoot’ (gugur) juga boleh dilihat memberi peringatan yang positif dimana penjawat awam juga akan merasa mereka perlu bekerja berdisiplin dan cemerlang jika tidak mereka sendiri terpaksa di ‘shoot’ kan. (diambil tindakan disiplin/digugurkan). Oleh itu walaupun peringatan ini dilihat agak keras tetapi ianya juga boleh dianggap sebagai amaran supaya penjawat awam itu dapat memberi komitmen kerja yang tinggi dan seterusnya meningkatkan motivasi diri dan sistem penyampaian jabatan.

Secara umumnya konsep TERs ini dapat membantu penjawat awam untuk meningkatkan lagi motivasi diri disamping meningkatkan sistem penyampaian jabatan kepada pelanggan seterusnya akan meningkatkan lagi imej jabatan dan Kerajaan Negeri dalam masyarakat.

Rabu, November 25, 2009

Tanggungjawab melaksanakan tugas adalah ibadat disisi Allah SWT. Selamat menyambut Hari Raya Qurban.

Tugas seorang pegawai dan staff biasa tidak banyak perbezaan. Pegawai adalah penjawat awam . Staff biasa pun penjawat awam juga . Sama-sama makan gaji. Cukup bulan dapat gaji. Walaupun jumlah gaji yang diterima tidak sama. Bergantung kepada pangkat dan gred seseorang.

Yang berbezanya adalah tanggungjawab. Pegawai tanggungjawabnya besar. Staff biasa kurang sedikit tanggung jawabnya. Setiap seorang terpaksa memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Amanah ini hendaklah dipikul didunia dan akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti. Sebab itu pegawai atau pun staff biasa tidak boleh mengkhianati amanah yang diberikan. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh ikhlas dan jujur. Melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Melaksanakan tugas sebagai penjawat awam juga ibadah jika kita tidak mengkhianati amanah tersebut. Oleh itu untuk menjadikan tugas harian kita sebagai ibadah kena ada cara dan kaedahnya. Profesor Dr yusof Al Qardawi mengatakan bahawa kerja yang boleh dikira sebagai ibadah mestilah dilaksanakan dengan niat yang betul. Niat kita dalam melaksanakan tugas hendaklah kerana Allah SWT sahaja, bukan kerana yang lain.

Kaedah perlaksanaan tugas tadi hendaklah kaedah yang betul, mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Maksudnya matlamat matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Dalam sesebuah organisasi semua pegawai dan staff hendaklah bekerja kearah mencapai visi dan misi yang sama. Bergerak dalam satu slogan. Walaupun tidur pada bantal yang berbeza tetapi mimpi hendaklah mimpi yang sama.

Kerja yang boleh dijadikan sebagai ibadah adalah kerja yang bersaman dengan tuntutan syariah. Jangan kerja yang dilarang oleh syariah. Bekerja dengan jujur dan ikhlas serta tidak melakukan penyelewengan dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan.

Walaupun sibuk setara manapun jangan sesekali meninggalkan solah. Kerana solah itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solah sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama. Oleh itu dalam melaksanakan tugas kita tidak boleh meninggalkan sembahyang.

Seandainya kaedah ini dipatuhi dengan baik dan sempurna maka apa jua tugas dan tanggungjawab yang kita laksanakan sebagai penjawat awam adalah dikira sebagai ibadah.

Khamis, November 19, 2009

Cabaran abad ke21 era ICT dan globalisasi. Aku juga pejuang Agama, bangsa dan tanah air (Bahagian v)

Berapa ramai agaknya gadis Melayu yang menjadi tukang urut. Mungkin bukan lima bukan lima puluh bukan juga lima ratus tetapi angkanya mencecah lima ribu orang itu statistik pada 2006 yang didedahkan oleh seorang senator ketika itu , iaitu bilangan gadis Melayu yang bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut di sekitar Lembah Kelang.
Mereka yang terlibat dalam industri maksiat ini sebenarnya lebih besar. Kalau lima ribu itu melibatkan mereka yang menjadi tukang urut, bagaimana pula mereka yang menjadi GRO, yang bekerja menghidang dan mempromosi arak di kelab-kelab malam dan pusat hiburan. Berkemungkinan angkanya lebih besar lagi.
Yang sedihnya, hakikat ini dipandang sepi. Dan sehingga pendekatan HOLISTIK itu diambil (entah bila agaknya) maka teruslah anak-anak bangsa kita akan menagih wang dengan melacurkan tubuh, mempergadaikan maruah, mempersetankan agama, kerana siapa pun tidak peduli, kerana yang pentingnya adalah wang dan cari makan.
Anak Melayu membancuh arak, anak Melayu dengan pakaian menjolok mata menghidang arak dan anak Melayu merela tubuhnya digomol dan diperlakukan semata-mata kerana alasan mencari rezeki. Anak-anak Melayu yang menjadi Mat rempit dan minah rongging. Anak-anak Melayu yang terlibat dengan dadah sebagai penagih dan juga pengedar.
Demikianlah anak-anak Melayu Islam pada hari ini, jika dizaman 50an dan 60an dahulu istilah wanita kabaret adalah istilah yang jalang dan hina dalam masyarakat Melayu, hari ini anak-anak Melayu berbangga bekerja di tempat-tempat ini kerana pendapatan mereka lumayan, dan mereka juga tidak keberatan melakukan apa sahaja.
Bagi kita yang memandang kecil perkara ini, pasti tidak merasa tersinggung sedikit pun apabila membaca kes wanita Melayu Islam memperagakan tubuh untuk memuaskan nafsu serakah pelanggan mereka. Manakala bagi kita yang bimbang, kita yang tersentuh perasaan, maka wajar sangatlah kita bersama-sama menginsafkan diri dan mengajak yang lain agar bersama-sama kembali kepada Islam.
Adakah dengan menuding jari itu akan dapat merobah nasib dan minda orang Melayu itu. Jjusteru itu untuk mengeluarkan Melayu dari kemelut dilemmanya? Jawapannya sudah tentu tidak... Tidak ada kuasa sakti yang datang dari jari itu, tundinglah sebanyak mana sekalipun, tidak akan ada 'magik' yang akan berlaku, Melayu tetap tidak akan berubah.
Itulah juga yang sering diperkatakan berkali-kali oleh para pemimpin Melayu, baik Dato' Onn, hingga ke Dr Mahathir dan kini Najib Tun Razak... dan saya percaya, ianya akan terus diulang-ulang lagi sehingga hari kiamat, Melayu itu akan tetap Melayu dan tidak akan berubah.(Bersambung)

Rabu, November 18, 2009

Kakitangan bermasalah atau ketua jabatan yang bermasalah

Jangan disamakan mentadbir dan mengurus manusia dengan mentadbir dan mengurus jentera atau mesin. Bila mengurus jentera kaedah yang terbaik adalah dengan mengikut panduan atau manual yang dibekalkan. Jika manual tersebut di ikuti sepenuhnya pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Namun begitu dalam hal mengurus manusia jika hanya mengikut buku 100 % pun belum tentu akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Manusia makhluk hidup bukan barang yang tidak bernyawa seperti mesin dan jentera.

Manusia ada hati dan perasaan . Ia juga mempunyai naluri untuk untuk dicintai dan disayangi. Oleh itu jika seseorang itu tidak ada hati dan perasaan sayangkan orang lain ia sesungguhnya tidak layak untuk menjadi pengurus sumber manusia. Jika hanya mencari salah dan silap manusia yang diurusnya pasti tidak menyelesaikan masalah dalam organisai yang diuruskannya.

Sebagai ketua jabatan sepatutnya turun padang melihat dan mengenal setiap ahli dalam organisasinya. Bila turun padang baru dapat melihat masalah sebenar apa yang berlaku. Akan ada perasaan serta dapat menjiwai masalah yang berlaku. Akan ada rasa emphaty terhadap orang lain. Dengan itu kelompangan dan kekosongan dapat diambil tindakan segera.

Ketua jabatan perlu menyelesaikan masalah kakitangan dibawah tanggung jawabnya bukan memindahkan masalah kejabatan lain. Umpamanya jika terdapat kakitangan yang mempunyai masalah disiplin tindakan sewajarnya perlu dilaksanakan termasuk mengambil tindakan dibawah peraturan tatatertib.

Namun begitu apa yang berlaku berlaku ketua jabatan hanya berusaha untuk menukarkan kakitangan yang bermasalah tadi ke jabatan lain. Ini berlaku kerana tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan. Pernah suatu ketika dahulu bila ibu pejabat mengarahkan ketua jabatan menyenaraikan kakitangan yang bermasalah untuk dibuat program kaunseling. Ketua jabatan ini menyenaraikan separuh dari kakitangan sebuah Majlis Daerah yang diketuainya dan menganggapnya sebagai kakitangan yang bermasalah. Yang menariknya apa yang berllaku selepas itu ketua jabatan tersebut memang benar-benar bermasalah. Ingat satu jari ditudingkan kepada orang lain tetapi tiga jari ditudingkan kepada diri kita sendiri.

Selasa, November 17, 2009

Dilema penjawat awam : Kerja atau teruskan pengajian di Universiti ?

Seorang pegawai melapur diri menjawat jawatan dalam gred 17. Proses menerima jawatan telah disempurnakan oleh pegawai berkenaan sebaiknya. Beliau datang untuk melapor diri pada 15 November 2009. Selepas mengangkat ikrar perkhidmatan awam. Menandatangani Akujanji dan akta rahsia rasmi, pegawai berkenaan diberi arahan untuk bertugas disebuah jabatan negeri.

Sebaik sahaja melapur diri untuk bertugas, pegawai berkenaan memberitahu bahawa beliau memohon cuti untuk menghadiri peperiksaan di sebuah Universiti di Utara Tanah Air. Maka terdedahlah segalanya bahawa pegawai tersebut sebenarnya seorang mahasiswi. Semasa memohon jawatan dengan Seruhanjaya Perkhidmatan Negeri beliau sedang belajar. Skim yang dipohon memerlukan syarat kelayakan SPM sahaja. Nasib beliau baik ia ditawarkan jawatan dalam gred 17.

Boleh atau tidak ketua jabatan memberi kelulusan kepada pegawai ini untuk menghadiri peperiksaan yang akan dihadapi nya untuk tempuh satu minggu. Bagaimana pula dengan pengajiannya di Universiti. Dilema pengawai berkenaan adalah kelayakan cuti rehat pada tahun ini adalah 2 hari sahaja. Apakah pelajar ini masih boleh meneruskan pengajiannya di Universiti. Beliau hanya memerlukan masa selama 3 semerter lagi menamatkan pengajian diperingkat ijazah. Apakah keputusan pegawai ini untuk menerima jawatan tersebut merugikan peluang kerjaya beliau.

Oleh kerana peluang kerja begitu terhad sekarang walaupun memiliki sekeping ijazah mungkin pegawai ini membuat keputusan untuk bekerja terlebih dahulu. Selepas bekerja dengan kerajaan kemudian meletak jawatan untuk sambung belajar beliau tidak layak lagi untuk memasuki perkhidmatan awam buat kali kedua.

Sebenarnya pegawai diatas layak untuk mendapat cuti tanpa rekod untuk tujuan menghadiri peperiksaan. Perintah-perintah am (VI) Cuti tidak berekod para 44. Bahwa ketu jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budi bicaranya sendiri untuk membolehkan seorang pegawai dibawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang dianggap oleh ketua jabatan boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan. Cuti ini bolehlah dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.

Untuk meneruskan pengajiaan pegawai ini bolehlah memohon dengan universiti untuk menangguhkan pengajian untuk satu tempuh yang dibenarkan oleh Universiti. Jika pihak universiti membenarkan dalam tempuh sehingga pegawai ini disahkan dalam tempuh percubaan 1 hingga 3 tahun. Selepas disahkan dalam jawatan pegawai ini bolehlah memohon cuti belajar tanpa gaji bagi meneruskan pengajiannya.

Ahad, November 15, 2009

Cabaran abad ke21 era ICT dan globalisasi. Aku juga pejuang Agama, bangsa dan tanah air (Bahagian iv)

Hidup ini suatu perjuangan. Setiap perjuangan itu mesti punya matlamat yang ingin dicapai. Perlu wawasan dan impian, walaupun ianya belum pasti menjadi realiti. Oleh itu jJika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya.
Oleh itu setiap orang yang mempunyai matlamat dalam hidupnya perlu bermula. Melangkah menuju kehadapan, bBukannya kebelakang. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Tidak ada orang sampai kepada kejayaan dengan hanya satu langkah.
Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Bergantung kepada kekuatan langkahnya. Bagaimana ia mengatur strategi. Langkah yang mempunyai strategi adalah langkah untuk menuju kejayaan. Namun begitu dalam mengatur langkah ada tanda-tanda sebilangan kita yang sudah kehilangan fokus dan lupa usaha untuk untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Apa yang paling penting dan utama dalam melangkah menuju matlamat adalah untuk membela nasib agama, bangsa dan tanahair ( alif, ba , ta ). Ini sebenarnya tunjang jati diri dalam perjuangan ini.
Benarlah apa yang diperkatakan oleh Dr Mahadhir matang Perdana Menteri Malaysia bahawa perjuangan masih belum selesai !. Kemiskinan masih ketara didalam lingkungan Melayu di Malaysia. Gejala sosial melipah ruah. Penagihan dan pengedaran dadah majoritinya dikalagan umat Melayu. Pergaulan bebas dan sumbang mahram juga dari kalangan bangsa ini. Berbagai lagi gejala sosial yang cukup mencemaskan kita. Masih adakah lagi jati diri dikalangan ummat diera globalisasi dan ICT ini ?.
Tepuk dada tanya selera. Pepatah Melayu yang bercanggah dengan isalam. Selera adalah nafsu, jika tanya nafsu tiada lagi pertimbangan dosa pahala. Tiada lagi pertimbangan syurga neraka. Oleh itu pepatah tersebut tidak boleh digunakan lagi dalam perjuangan ini. Tepuk dada tanya iman baru betul.
Bagi yang tidak tertakluk dalam perjuangan bangsa dan tiada jati diri. Soal gejala sosial yang berlaku dikalangan umamat Melayu hanya memandang kecil perkara ini, tidak merasa tersinggung sedikit pun apabila membaca kes wanita Melayu Islam memperagakan tubuh untuk memuaskan nafsu serakah pelanggan mereka. Manakala bagi kita yang bimbang, kita yang tersentuh perasaan, maka wajar sangatlah kita bersama-sama menginsafkan diri dan mengajak yang lain agar bersama-sama kembali membina jati diri alif, ba, ta (Agama. Bangsa dan tanah air).
Bagaimana untuk mengubah dan memulakan langkah. Adakah dengan menuding jari itu akan dapat merobah nasib dan minda orang Melayu itu, justeru mengeluarkan Melayu dari kemelut dilemmanya itu? Jawapannya sudah tentu tidak... Tidak ada kuasa sakti yang datang dari jari itu, tundinglah sebanyak mana sekalipun, tidak akan ada 'magik' yang akan berlaku, Melayu tetap tidak akan berubah. Itulah juga yang sering diperkatakan berkali-kali oleh para pemimpin Melayu, baik Dato' Onn, hingga ke Dr Mahathir dan kini Najib Tun Razak... dan saya percaya, ianya akan terus diulang-ulang lagi sehingga hari kiamat, Melayu itu akan tetap Melayu dan tidak akan berubah. (Bersambung)

Jumaat, November 13, 2009

Melayu abad ke21 era ICT dan globalisasi. Aku juga pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air (Bahagian 111)

Perjuangan belum selesai. Melayu belum berubah. Dasar ekonomi untuk mengembalikan hak Melayu tidak mampu mengembalikan kuasa ekonomi kepada bangsa Melayu. Ketika DEB dilaksanakan hanya segelintir Melayu menikmatinya itu pun atas dasar pengswastaan. Hanya syarikat yang untung sahaja diswastakan. Namun selepas diswastankan ianya merundum masalah. Ketika DEB dilaung sebagai benteng ekonomi orang Melayu, berbillion kekayaan ini masuk ke poket ‘tuan-tuan Melayu’. Apabila diperjuang subsidi dan kontrak untuk bangsa yang menjadi tuan negara ini, kita jual kepada bukan Melayu.

Melayu glokal kata Dato’ Najib. Melayu tidak ketinggalan zaman. Malangnya bangsa Melayu menjadi majoriti penghuni pusat serenti dan penjara. Ketika dasar meritokrasi diperkenalkan, semakin banyak bangsa ini yang gagal di universiti kerana masalah akhlak dan sosial. Betapa perjuangan tidak selari dan seimbang dengan realiti mahupun tindakan kita. Mengapa bangsa Melayu belum sedar dan insaf. Bangsa bagaimana yang mahu dilahirkan. Mengapa perjuangan bangsa tidak bertunjangkan kekuatan agama, bangsa dan tanah air.

Menuntut suatu peingiktirafan yang besar, memerlukan sumbangan yang lebih besar. Sebelum berbicara tentang hak, biarlah kita dulu menunaikan tanggungjawab kita terhadap orang sendiri mahupun orang lain. Kadang-kadang, kita lebih lajak dari laju. Kita bersikap reaktif dan defensif dalam isu ini dan berfikir kaum lain sedang mengancam kita. Tapi kita jarang sedar bahawa kebanyakan masa, kita yang menghakis hak kita sendiri lantaran kurang menunaikan tanggungjawab terhadap bangsa sendiri. Pemimpin yang berjuang untuk bangsa hanya dibibir sahaja. Hakikatnya berjuang untuk perut sendiri. Rasuah bermaharaja lela. Penyelewingan usah bicara. Saban hari kita dipaparkan dengan kisah penyelewingan bangsa sendiri.

Saya juga Melayu sejak lahir, ibu bapa Melayu dan seluruh budaya hidup adalah Melayu. Tiada anasir lain yang diterap dalam hidup selama ini selain dari cara Melayu. Makanan Melayu, baju Melayu dan pastinya bahasa Melayu. Hidup pula di negara Malaysia yang mempunyai kata akar ‘Malay’, merujuk kepada rumpun Melayu selaku peribuminya. Subjek sejarah di sekolah dulu pun mengajar, bahawa tanah air ini, dahulunya dikenali sebagai ‘Tanah Melayu’. Hari ini seolah tiada lagi yang berani mengaku ini adalah Tanah Melayu dalam erti kata sebenar. Tiada lagi majoriti Melayu dalam apa bidang sekali pun.

Hanya sekerat dua yang masih berani mendakwa ini bumi Melayu dan kita bangsa peribumi tanah ini. Lantaran itu ada pihak dengan tegas mahu orang lain seluruhnya mengiktiraf bahawa kita ‘tuan’ tanah ini. Walhal tanpa disedari ramai juga tuan tanah Melayu sejak dulu lagi telah pun menjual tanahnya sejengkal hingga sebidang demi sebidang kepada pemaju hartanah dari bangsa lain kerana laba sementara. Sedangkan pihak yang membeli itu untung lebih 10 kali ganda dari empunya tanah asalnya.(Bersambung)

Sabtu, November 07, 2009

Melayu diabad ke 21 Era Globalisasi dan ICT. Aku juga pejuang Agama Bangsa dan Tanah Air (Bahagian 11)

Kita semua perlu insaf, bahawa tiada apa yang dapat diwarisi oleh generasi akan datang, kalau kita terus cuai pada masa ini dan jika kita terus mengambil sikap tidak peduli. Malangnya nasib bangsaku.

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita hanya beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri. Apakah itu pejuang bangsa sejati?.

Kita gagal melihat asas mengapa kita perlu berjuang . Kita juga tidak mahu berkata dengan jujur dengan siapa yang sebenarnya hak - hak kita sekarang sedang berada.

Saban hari dalam perhimpunan raksasa. Kita terus didendangkan lagu perjuangan . Digesa untuk berjuang. Perjuangkan ketuanan Melayu. Ya itulah satu bentuk idealisme perjuangan bagi sebuah parti politik tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita sebenarnya? . Pemimpin kita takut dan gentar untuk menuding telunjuk bagi pengikut mengenal siapa sebenarnya saingan kita.

Malaysia telah menjalankan satu sejarah dunia tentang toleransi. Itulah unsur tentang memberikan hak politik bumiputera begitu luas kepada orang bukan bumiputera yang mana tidak ada sebuah negeri pun di dunia ini yang memberi hak sedemikian rupa kepada mereka.

Mengapa bangsa bernama melayu itu begitu lemah. Apakah kerana namanya MELAYU kita dianggap lemah. Adakah takrif Melayu ( ME + LAYU) itu sendiri membawa maksud LAYU , atau LEMAH atau GAGAL?

Ingatlah firman Allah yang bermaksud "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”" Ar.Raad: 11”

Selama setengah abad kita berupaya mengendalikan pemerintahan negara kita secara aman dan dapat pula menerokai pembangunan dalam berbagai bidang. Dalam konteks bahawa negara kita mewarisi sifat kemajmukan masyarakat yang tidak ada taranya di dunia, ini merupakan satu-satunya 'success story' yang membanggakan.

Namun, ada tanda sebilangan kita sudah kehilangan fokus dan lupa usaha untuk mendapatkan kedudukan dalam kerajaan dan parti adalah soal sekunder, sebaliknya yang lebih penting dan utama dalam matlamat kita berorganisasi adalah membela nasib agama, bangsa dan tanahair ( alif, ba , ta ). Alif – Agama. Ba – Bangsa dan ta – Tanah air. Perjuangan yang berpaksikan agama bangsa dan Tanah Air adalah perjuangan yang mempunyai jati diri.

Masihkan kita ingat pemimpin sebelum ini pernah bersajak tentang perjuangan perjuangan masih belum selesai !. Kemiskinan masih ketara di lingkungan Melayu di Malaysia. Penagihan dadah paling ramai juga dikalangan bangsa melayu. Begitu juga kenyataan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay pada 3 Nov.2009 di Parlimen bahawa seramai 1,265 rakyat Malaysia terutama gadis kini meringkuk dalam penjara di luar negara kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah.

Daripada jumlah itu, kira-kira 44 peratus terbabit dalam kes berkaitan dadah dengan kebanyakannya menjadi mangsa sindiket antarabangsa. Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, statistik menunjukkan kebanyakan mereka terdiri daripada gadis-gadis tempatan yang berpendidikan tinggi. Katanya, mereka dijanjikan dengan gaji mencecah AS$3,500 (RM11,900) untuk melaksanakan misi menghantar ‘barang’ yang sebenarnya adalah dadah.“Mereka menjadi ‘gadis kurier’ untuk menghantar bekalan dadah ke sesebuah negara dengan bayaran tertentu sejurus misi selesai. “Ia didorong kerana sifat tamak mereka untuk mendapatkan wang dengan cepat,” ujar beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Walau pun tidak dijelaskan bangsa mana yang ramai terlibat. Sesungguhnya saya bimbang bahawa ia adalah bangsa Melayu. Salah siapa semua ini terjadi. Kegagalan siapa perkara ini terjadi. Perjuangan siapa yang belum selesai. (bersambung)

Khamis, November 05, 2009

Melayu di Abad ke 21 Era globalisasi dan ICT . Aku juga pejuang agama, bangsa & negara (Bahagian1)

Lebih kurang 10 tahun lalu (26 November 2099) bersajak seorang novelis dan karyawan Melayu.

Osman Awang bersajak bagaimanakah Melayu diabad kedua puluh satu.

Katanya “ Masihkan tunduk tersipu-sipu?. Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka“

Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini:-

Bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?

Bukan setakat itu sahaja malah kita juga dilarang berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain. Kerana itu namanya provokasi!. Walau bagaimana pun kita boleh berbicara mengenai perjuangan hak orang Melayu, taraf ekonomi orang melayu, keistimewaan orang melayu dan kedudukan orang Melayu. Tetapi jangan sekali-kali menyebut siapa yang merampas hak kita atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.

Kita bangsa Melayu didendangkan dengan lagu indah, dengan nada yang lembut bahawa mereka tidak merampas. Tetapi mereka berusaha dan yang penting lagi mereka tahu membezakan antara isu ekonomi dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk maka mereka mampu menggunakan kuasa wang ringgit dengan sempurna dan berkesan, dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita sama-samalah berfikir snerio yang berlaku kini bahawa kita hanya kita hanya memberi, mereka merasa, maka generasi kita merana. Apakah ianya suatu realiti. Mimpi ngeri pejuang bangsa.

Kini nasib Melayu di era globalisasi seolah-olah sebuah tasik yang hampir gersang. Yang ada cuma anak ikan, air yang semakin cetek serta tercemar.

Kita masih terus takut menuntut hak . Melayu takut menyuarakan pendapat dan takut menongkah arus serta takut kepada diri sendiri. Adakah budaya - budaya takut ini akan dapat memajukan kita hatta mencapai satu tahap kemerdekaan yang berterusan?

Kita semua perlu insaf, bahawa tiada apa yang dapat diwarisi oleh generasi akan datang, kalau kita terus cuai pada masa ini dan jika kita terus mengambil sikap tidak peduli. Malangnya nasib bangsaku.

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita hanya beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk.

Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri. Apakah itu pejuang bangsa sejati?.

Kita gagal melihat asas mengapa kita perlu berjuang . Mengapapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita. Kita juga tidak mahu berkata dengan jujur dengan siapa yang sebenarnya hak - hak kita sekarang sedang berada.

Saban hari dalam perhimpunan raksasa. Kita terus didendangkan lagu perjuangan . Digesa untuk berjuang. Perjuangkan ketuanan Melayu. Ya itulah satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita? . Kita takut dan gentar untuk menuding telunjuk bagi pengikut mengenal siapa sebenarnya saingan kita.

Ahad, November 01, 2009

Siapa yang bersalah dan bagaimana untuk menyelesaikannya

Maaf tuan, saya tidak tahu buat kerja. Sekiranya tindakan saya bijaksana perkara sebegini pasti tidak akan terjadi. Sepatutnya surat tersebut tidak diposkan lagi. Tetapi apa yang telah terjadi kerana berlaku "break down" dalam sistem komunikasi. Sepatutnya surat tersebut tidak dihantar lagi kepada penerima. Keputusan tersebut belum lagi dimaklumkan kepada pihak tertinggi. Ia adalah tindakan yang penting walaupun tidak salah dari segi peraturan. Tetapi budaya dan amalan protokol mengkehendakinya berbuat demikian.

Menyedari kesilapan tersebut ketua jabatan telah mengarahkan supaya pembantu tadbir yang terbabit tawakufkan dahulu surat tersebut agar tidak dipos lagi. Oleh kerana masa tersebut hampir waktu akhir tugas pada hari tersebut. Pembantu tadbir berkenaan memberi tahu kerani surat supaya menarik balik surat berkenaan dari meja PAR yang menguruskan penghantaran surat. Kerani surat bertindak segera dengan mengambil surat dari meja PAR lalu diletakkan surat berkenaan diatas mejanya. Oleh kerana masa kerja sudah tamat kerani surat bergegas pulang.

Malangnya bila PAR yang bertugas lebih masa telah mengambil semula surat berkenaan dari meja kerani surat kerana tidak tahu arahan supaya surat tersebut perlu ditawakufkan dahulu. Maka surat tersebut telah di poskan pada hari itu juga.Maka terjadilah suatu keadaan yang serba salah. Tak kanlah nak hantar surat lain bagi membatalkan surat tersebut. Ini akan mencemarkan maruah jabatan dan mungkin pihak berkenaan akan menyaman jabatan, sekiranya pihak tertinggi tadi tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Agaknya siapa yang bersalah dalam kes ini. Adakah PAR yang bersalah. Kerani terbabitkah yang bersalah atau kerani surat yang bersalah. Adakah ketua jabatan yang bersalah. Surat tersebut ditandatangan oleh saya. Adakah saya yang bersalah. Saya buat surat tersebut pun atas arahan ketua jabatan juga. Jadi siapa yang bersalah. Tak kanlah tidak ada siapa yang bersalah.

Macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Saya boleh salahkan PAR. Saya juga boleh salahkan kerani. Tetapi tak kanlah saya nak menyalahkan ketua jabatan. Jika saya menyalahkan mereka, nasi dah jadi bubur. Mereka tidak boleh buat apa-apa. Nyaya saja mereka kena marah. Jadi dalam kes ini saya harus bertanggung jawab. Ini masalah besar, Ia perlu diselesaikan segera.

Macam mana saya nak selesaikan masalah tersebut. Apa yang saya buat ialah dengan mengenal pasti jalan penyelesaian. Bahagikan masalah yang besar tadi kepada beberapa kategori yang kecil dan selesaikan satu persatu.Dalam kes ini komunikasi dan jalinan hubungan dengan pihak tertinggi sangat penting. Sama-sama bertindak untuk mencari jalan penyelesaiaan.Kena berhati-hati seperti menarik rambut dari tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak rosak.

Alhamdulillah masalah tersebut telah selesai......

Jumaat, Oktober 30, 2009

Cerita sedih dari rumah sejahtera warga emas Bukit Payung, Marang, Terengganu

Anak derhaka tidak mengenang jasa ibu bapa. Ada penghuni yang berkerat rotan dan berpatah arang dengan anak-anak mereka. Masa muda merantau hingga kehujung dunia mencari rezeki wang ringgit dihantar ke kampung untuk anak isteri dengan harapan bila kembali dapat menyambung kehidupan dikampung bersama keluarga. Namun amanah yang diberi tidak dijaga. Duit yang dihantar habis digunakan untuk berpoya-poya. Bapa yang kembali merantau dihalau bagaikan anjing buruk kepala. Tempat kesudahan dirumah sejahtera orang tua hingga keakhir hayat.

Ada yang berpesan pada penjaga agar jenazahnya nanti disemadikan dsini. Jangan benarkan saudara mara menuntutnya kembali. Ini adalah secebis kisah penghuni rumah sejahtera ini telah berpatah hati dengan kaum keluarganya sendiri.

Seorang pesara yang pernah menjadi penghuni disini lain pula ceritanya. Nasibnya agak baik dari penghuni yang lain kerana masih mempunyai anak yang sanggup mengziarahinya setiap bulan. Anaknya datang dengan kereta dan membawanya bersiar-siar dibandar Kuala Terengganu. Destinasi terakhir ke bank untuk ambil wang elaun persaraan. Selepas dapat wang dari bapa yang tidak terdaya langsung menghantarnya semula kerumah sejahtera. Bulan hadapan datang lagi dan seterusnya. Demikianlah adanya hari demi hari. Bulan berganti bulan.

Ini adalah secebis kisah yang menyayat hati yang disampaikan oleh Tuan Haji Nordin ahli jawatankuasa rumah sejahtera, ketika memberi taklimat kepada 70 orang rombongan daripada bahagian Pasca Perkhidmatan JPA yang membuat lawatan ke Rumah Sejahtera Warga Emas, Bukit Payong. Marang Terengganu pada 30 Oktober 2009. Selain rumah orang tua rombongan ini juga melawat Rumah Anak Yatim Darulfalah, Marang dan juga Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Program turun padang begini wajar di contohi oleh anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu kearah merealisasikan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembanunan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan keinsafan dan kesedaran agar kita dapat mempertingkatkan sistem penyampaiaan yang baik dan berkesan. Kelab-kelab sukan dan kebajikan jabatan seharusnya menjadikan program begini sebagai aktiviti mereka, bukan hanya lawatan keluar negara sahaja. Kebanyakan jabatan hanya mengadakan aktiviti lawatan ke Indonesia. Cina, Vietnam dan Thailand sahaja